Tabung Elektronik

Friday, July 30, 2010

THANK TO MOMMY,MOMMY,MOMMY AND DADDY



DADDY, daddy cool..
daddy, daddy cool..

and,















MOMMY, the hottest ever..
hot like her daughter..wahh??!
hahaha













Ada seorang sahabat pernah berjumpa Rasulullah, lantas bertanya.
"pada siapakah yang harus aku lebih berbuat baik?"

Baginda; ibumu

Sahabat; kemudian?

Baginda; ibumu

Sahabat; kemudian?

Baginda: ibumu lagi.

Sahabat; kemudian?

Baginda; Bapamu.

Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki mommy kita. jadi jgn derhaka sangat. tapi tak lah juga bermaksud boleh menderhaka kepada daddy.Tak.tak boleh.
Dia bagi duit belanja, sedia rumah semua.sedia payung sebelum hujan salji ribut petir semua.
jadi berbuatlah baik dengan ibu bapa anda.

Contoh;
  1. urut2 ke.
Ni jelah contoh terdekat.,yang saya selalu buat. kemudian angin berg2 keluar.

Tapi, Isnin lepas, Mamma Hot & Daddy Cool datang UIA, melawat anak comel. Bagi nasi dagang buatan tangan, buatan rumah *home-made.

Teman makan sekali dekat tepi perigi,eh tak..tepi sungai UIA. Sweet lah mereka.
Baik sangat, saya tak makan hari tu, sebab tunggu mereka bawak meal sedap.
Dah cakap, tak payah datang, (both of them are working, I know they are very tired) BUT,
mamma said (in text) "xpe, nak hantar jugak."
What can I say, people.
Layan ajelah.haha

penat, dari pukul 8.30 am-11.00pm tak balik bilik. Ada talk dan sebagainya. T__T
Penat, tapi seronok.


Thanks to mommy,mommy,mommy (simbol 3kali) and daddy.
Love you, my love won't be last forever and ever, umi and abah. Muah.

Wednesday, July 21, 2010

AM I NORMAL?

Pagi yang ceria, mendebarkan dan sakit perut semua ada.
Today, is Wednesday. "wednesday is English day, English day, English day..Wednesday is English day, English day..We love English!" dush! -penumbuk-

Kau normal tak hari ni wawa sebenarnya?
I had my JPJ test this morning.. I am so Happy. Macam Barney & friend. But I am sad. Macam Elmo. kejap, elmo tu bukan binatang yang happy jugak ke? Shut up!

RESULT; jeng jeng jeng jeng... dang!!!!

Dua jenis berita; berita gembira dan berita terlebih gembira.. Hahaha. (jadi readers, sekarang anda rasa aku normal tak?)

Berita gembira; Saya gagal ujian menaiki/memanjat/ mendaki bukit. gahhh! kau ni, naik guna kereta pun gagal. ish3. tapi saya happy =)
Saya tak tahu kalau orang lain rasa macam mana. Mungkin ada sebak,yang tu saya rasa sikit. Mungkin sedih, macam nak pergi lenyek bukit tu dengan *binatang yang warna kuning - dia ada bila orang naik baiki jalan ke hape kan. Mungkin gembira-obviously itu adalah saya, orang yg dimaksudkan. Ni nak kena lempang dulu baru *hormon happy kurang sikit kahkahkah.
Naa, lepak lah. Kita gagal tak bermaksud lepas ni peluang untuk kita ambil ujian kali-2 akan berkurang, bukan?
Chances is always there. tapi sebab kita gabra, semua benda kelam kabut. Alah, bukan kita seorang yang malu kena turun kereta sebab gagal, ramai lagi. tapi saya gembira sebab saya orang pertama gagal. HAHAHA!
malu betul! Saya orang ke-4 terawal pada pagi yang mulia ni (boleh tak jadikan ini sbg alasan aku fail?oohh!). tapi tak apa. Kita belajar dari pengalaman. Lepas ni dah tahu dah macam mana nak handle emosi semua. tahu dah setiap kereta berlainan clutch. Jangan dok ingat sama je dengan kereta pakcik sekolah memandu. tak bagus.
Tapi setiap kegagalan ada harga yang perlu dibayar. kegagalan ini bernilai RM120. terbang lagi duit daddy. Sorry daddy~~ kan best kalau daddy beli kereta 1 letak kat rumah boleh pergi buat latihan semua..heheh

Berita terlebih gembira; As you can expect, but not me (KAHKAHKAH), saya lulus jalan raya. Bereh la, dapat JPJ ore kelate kei. Kito kecek laluh. hahaha~(HAI, SAYA WANITA YG BIJAK AMBIK KESEMPATAN.HAHAH) ~ ini teknik psikologi ya kawan2.
Dalam hati saya; "encik wi lah sayo luluh. Kito ore sekampung jah kei. tok soh dok wak payoh2 la..heheheh"
baik betul dia, kitorang sempat lah taaruf. hehe, tak banyak, saya tak ada goda2, cuma guna ilmu yang ada, ilmu psikologi _hahahah blah la lu wawa! bukit pun fail! cis! Dia ada ajar jugak..Tolong tekan brek semua, macam bagi arahan belajar. Oh best2. ALHAMDULILLAH! bersyukur sangat je bunyi dia kan? macam mana lah tak bersyukur, nak mampus, buatnya dua2 ujian gagal..Tak malu kat orang kampung ke?hahahah
bagus betul beliau, kitorang asyik story2 je. memang lari habis gabra zebra aku. Best2.
dapat 18/20 pulak tu.Hahaha, obviously nampak bukan keterlebihan gembira saya? ^_^

DAN TERBUKTI, SAYA MEMANG DADDY'S DAUGHTER. bapa saya pernah fail bukit jugak duluu...HAHAHAHAHA
ok nyanyi kat daddy lepas ni~ "kita serupa..kita serupa.."

Usai ujian memandu, pulang ke kantor daddy,..hahaha yang ini sangat menyampah. Sampai ofis, daddy bukak pintu sengih2-menyampah haku hahaha dengan anak2 buah dia sekali ada depan pintu (meja receptionist) senyum2 bajet sweet ke hapa, tengok aku masuk..cis! hahahaha bencilah..
yang bhgn Lulus boleh la nak bangga, sekali cakap pasal bukit, jalan masuk bilik abah menunduk memang sebijik gadis baru lepas kena risik.haha bongek. ok, diam semua. aku benci fikir pasal ni.

Dahla dah ponteng kelas sehari suntuk. Empat kelas pulak tu.Haih. -_-
catch up study pulaaaaaakk!
Semester ni sangat melelahkan, saya boleh nampak begitu. Tapi belum rasa lagi setakat ni =P

SAYA NAK JUGAK!

Esok JpJ test. Nak lulus dengan jayanya. Nak lulus,tak kira. Anda kena doa utk saya, saya tak kira. Saya nak jugak saya nak jugak ~iklan apa entah ni..hahaha

Doakan wawa yup? TAk sabar memandu kereta sendiri..ececehh.
Tak sabar nak miliki lesen sendiri.

NAnti kita drift kat sepang sama2 okay! ^^insyaAllah

Sunday, July 18, 2010

HAPPY BIRTHDAY DARLING!



Hai, I am Dalila.

Ceh, gatal nak kenalkan anak dara orang apesal kau ni? HAha

Sajalah, nak cerita pasal gadis sweet ni. Dia sweet sebab dia ada lesung pipit dekat tepi mulut. Lala, Wawa jeles okay. Bak sini satu! ;p

tapi kalau dia tak ada lesung pipit pun dia sweet jugak. haruslah semua yang kawan dengan saya sweet2 rupanya. pasal berkawan dengan saya pun dah cukup bagi hidup anda cukup sweet. jangan bagi diabetes dah! hahaha. bahaya! nanti kena potong kaki semua.

~Cis,merepek kena diabetes kat entry kawan ni apesal? potong *wap betul.

okaylah2..nak ringkaskan cerita.

HAPPY BIRTHDAY DALILA!! may Allah bless you darL!

luv you,miss you them* (damn-tak baik carut, eja them pun ok lah =p) muuuccchhh! muah2..

Lala best jadi kawan dorm lala. makan suap2. miss those moments.

Sorry kalau dulu tak sempat nak tunjuk semua perangai baik...huhu I pemalu..t__t hahaha

*dengan ini, saya najwa suhaili ingin dedikasikan sebuah lagu utk lala. dengar ye.dengar.

oooOOOooh lalala..setiap masa..ooo lalala..~ KRU oLaLa

With LOVe, wawa =)

Makan Angin Kasi Kembung dekat AMPANG PARK

Topik meja bulat kita pada tengah malam ni adalah secara gerakan BROWN, atau rawak dalam bahasa mudah.

CAAKKKkkk!!


Hahaha wat lu baby ni. Main cak cak dengan saya pulak..haha

Masa ni saya tengah makan dekat Ampang Park, dengan kakak saya, Khalis tuh.
Dia mengidam, bukan pregnant, tapi tekak dahagakan
Cantonese Yee Mee. Ish, kakcik, patutlah kau kurus. Aku je gemuk. T__T ouh,jangan sedih sangat, asalkan kau bahagia dah.

Ni dia mee dia. Taklah sedap sangat, tapi bolehlah. Tapi saya memang jatuh cinta dengan banana milk shake dia..yum3

Mulut budak ni, bukan main banyak ye. Suara dia memenuhi restoran anda tahu? Mentang2lah kedai tersebut ada 3 meja yang penuh dengan pengunjung, termasuk mak bapak dia, Baby ni sesedap rasa buat macam kafe sendiri ye. Haip! biasa kau ni. haha

tapi takpe, saya ada kawan main masa makan. Aik? Hahaha Badan budak ni sasa betul, woot2.
Comel bagai dipam2.

Minggu ni jugaklah saya pergi cari manik2 nak jahit dekat baju raya saya yang tailor cina jahit baju kurung tu. Saya pesan jahit kurung moden, tapi dia jahit baju kurung biasa.

ouh, perempuan memang ambil berat benda2 macam ni saya kira ya kaum lelaki.
Yes, you might say;

U; "Alah, bukannya tak boleh pakai langsung?kan?"

I; " Yes, memang bukn tak boleh pakai. Tapi, kan kita dah melabur beli kain mahal2 (mahallah sangat kan,haha) ingat nak cantik2 boleh mengorat siapa2 yang hensem dekat kampung..haha *manalah tahu kan..hahah" gatal you ni wawa!

Lalu, saya perlulah menghabiskan bajet beli manik, RM 16 ke? tak ingatlah, tapi yang pasti lebih Rm15. Tapi takpe, asalkan dapat kepuasan, bukan?

Nanti saya tunjuk dekat awak semua teknik menjahit yang tak berapa cantik dan kemas tu.
But, who cares isn't it? nak pakai sendiri je pun. Mommy saya pun ada cakap nak melanggan dah. Heheh

Itu jelah saya rasa nak menaip setakat ni. Esok ada kelas memandu dekat Imkeda.
Rabu depan, 21 Julai ada test JPJ. warggh! tak sabar nak ambil bagi lulus. wuuhooo!

Doakan saya ya. Nanti anda boleh jadi penumpang saya, manalah tahu kan? =)
Boleh merempit merempuh di Sepang sama2. Manalah tahu kan? Hahaha
Boleh berdrift di UIA together2. Manalah tahu, bukan?
Aii.annoying pulak tulis manalah tahu kan banyak2 ni. DAh2.

Bebelan terhenti di sini.

Kita tutup round table kita dengan tasbih kafarah dan surah al-'Asr.

Cop! kau bukak majlis ke tak tadi??

Saturday, July 17, 2010

Jangan Sedih, Kalau Ada 1,000,000 Sebab Untuk Bahagia


Jangan Bersedih! Kenapa bersedih, bila anda pakai kasut crocodile, sedangkan orang lain dekat negara arab yang sedang berperang, ada yang berkaki ayam babe. tak ada kasut, kaki beralas tanah, cacing tanah. Ada yang sesetengah tu, tak ada kaki langsung.

Ini serius punya entry. Jangan gelak.

Kenapa nak bersedih, kalau anda pakai cardigan, tapi ada orang pakai baju t-shirt koyak, dibaluti debu perang. Lubang sana-sini.

Kenapa nak bersedih, kalau anda ada siblings cantik, penyayang macam saya, tapi ada orang dia anak tunggal, lepas tu tak ada ibu bapa.


Kenapa nak bersedih, kalau tak dapat KFC, tapi ada orang tak pernah sentuh ayam pun.

Dan aku ulang, ini bukan entri nak sedih2. Ini entri serius.

Kenapa nak sedih bila lelaki tak nak dengan kita? Tapi ada orang, bukan je lelaki, perempuan pun tak nak kawan dengan dia. Sebab ketiak dia berlecak..Eee. pengotor kau ni. =p

Kenapa tak nak ceria, sedangkan anda boleh bahagia?

Kenapa perlu bersedih bila ada lelaki curang dekat awak, sedangkan terbukti awak lebih mulia daripada dia?


kenapa awak kecewa, kalau kebahagiaan yg awak impikan selama ni tak berpihak dekat awak?
Allah dah bagi banyak. Dia cuba nak tarik sikit aje.

Nak sedih lagi ke?


Kenapalah awak nak sedih lagi bila awak ada saya. Saya ada, masa awak suka, mahupun duka.
Kita kan berhubungan, silaturrahim kita sebab DIA. Dia tu siapa? Allah lah.

Dan kenapa mahu berduka, jika kita ada berjuta sebab untuk bahagia. Kan? =)

LA TAHZAN!!

pesanan ikhlas buat semua.
gambar di atas hiasan semata-mata =)

Friday, July 16, 2010

Nanny Mc Phee

Okay, mommy-mia sedang tengok Imam Muda. Ouh, minat jugak rupanya, tapi tak lama lah mommy tengok. Seminit kemudian beliau dah tutup mata, tidur.. T_T
tadi saya dan mommy sedang seronok tengok sebuah rancangan dekat tV, pasal pengasuh, mengasuh dan diasuh.

Tajuk rancangan tu, Nanny 911. Aik? macam kenal nombor dekat belakang tu bukan?
Nombor telefon bomba eh korang?AHahaha Fail kau ni wawa! Nombor telefon polis pun saya tak pasti guna nombor 999 lagi atau tak.. -_- okay,lepas ni pergi semak balik muka surat kuning (yellow page). Saya tonton rancangan ni hari Jumaat (hari ni), pukul 8.30 pm-9.30 pm di ntv7.
Saya tak berapa pasti kalau slot ni wujud atau tak sebelum ni, sebab ini pertama kali saya bukak ntv7..hahaha~ maklumlah, ada astro, lupakan yang lain. Ish3.
Yelah, kalau ada orang dekat rumah, ada yang request nak tengok berita tv3, ada nak tengok cerita hantu la, bla3. Kan? tapi hari ni penonton tV, saya dan mommy. tak ada orang lain, mungkin yang lain tak ada mood tengok skrin tV, tak tahulah saya.

Nanny 911; Pasal apa cerita ni?
~sinopsis (berdasarkan yang penonton comel ni faham); agak2 kalau tak sama dengan yang show tu nak tunjuk, maaflah.

I think this is quite a reality show. Yvonne, the nanny, macam agak ada peranan sbg kaunselor pada sepasang suami isteri ni. Dia menetap dekat rumah suami isteri ni (senang kalau saya singkatkan nama pasangan ni sbg B,cik suami dan A,cik isteri) untuk menengok keadaan rumah dengan kids (ada 6orang, tak ramai Mat Salleh ada ramai anak kan?)

* the situation is;
  • The mommy, house wife kena jaga 6orang anak - 3lelaki,3 perempuan. Si hubby kerjalah. pergi mana lagi, ya tak?
  • Anak2 dia, masya-Allah, membentak2 bila kena suruh buat kerja rumah. "Mama, i dont like to hear the sound of vacuum!" sambil menangis2. yalah, she is the eldest,(8yrs maybe) kena kemas2 rumah, bagi adik minum susu (6bulan kot) ada adik2 lain lagi.
  • yang anak dia lagi sorang, nama Mary (7yrs). kau! nakal tahu! dia pergi meniarap atas tangga, lepas tu menggelongsor turun..waduh2..hyperactive la kau ni Mary.
  • Mary ni, mak dia suruh lap meja pun taknak. penat mak dia tarik2 suruh buat jugak,.Kemudian, mak dia tarik naik bilik, tanya dia kenapa tak nak buat kerja rumah ni. Si mary ni mengamuk2 lah. then, mak dia kurung dalam bilik. LOL! kesian, siapa suruh kau malas?hahahaha (macam lah aku rajin).

Tuesday, July 13, 2010

SEMESTER YANG MENDEBARKAN?

Yes, baby. Yes! Gaaaahh. Nak merungut banyak2 macam tak redha dekat kehidupan. tApi kena cerita jugaklah.
Want to hear a story tak buddies? hoho =p haha.

okay, sem ni sangat debar2, macam nak ambik test jpj pun hade. Credit hours taklah banyak. 16 je pun. Tapi, dari segi kerja, nak bagi komitmen dekat seketul2 subjek tuh....alahaiii! Mahu saja nak tutup akaun fb ni.

Antara subjek panas2;
  1. ISLAM & PSYCHOLOGY
  2. PSYCHOLOGY OF LEARNING
  3. DEVELOP-MENTAL PSYCHOLOGY =P
  4. ARAB LEVEL 3 (credit hour 0.5, tapi kau punya contact hour...amboi3..)
  5. FAMILY MANAGEMENT & PARENTING (tak lama lagi dah nak kahwin, jadi perlu buat persiapan ye.)
  6. INTRODUCTION TO FIQH
  7. LANGUAGE FOR OCCUPATION PURPOSES
Hari selasa yang mulia (hari-hari pun mulia) saya baru balik Gombak. Balik awal2 nak buat apa? -__-
banyaklah kau wawa! Hampir2 je nak kena ambik 13CH je.
Semua sections closed. Ye, semua. UIA memang camni.Saya harap Uni anda pun macam ni.hahahaha
Kalau tak,rasa macam UIA je yang pelik.

Hari pertama yang bolehlah dikatakan syok2.
pergi kelas Arab pun sesat! -_-.
Tapi, kenapa ustaz tu macam Charlie Chaplin eh? pelik dow! Saya bajet dia skema.
ada ke patut dia ajak kami belajar arab macam ni;

"okay,let's get loud!!" nak kena ustaz ni. Saya report dekat daddy.

Itu kelas pertama, bersusah payah ke sana sini,nak add itu ini, aduh2..semput2..
okay, kelas ke 2.
kelas Islam & Psychology.
Seram okay kelas ni. First time okay saya ambik subjek major.
Terasa aura skema, lurus bendul betul!
muka sorang2 macam scary, yang pakai cermin mata pun ramai..hek2. (nampak benar rajin membaca + pandai). sob2,
"daddy, nak cermin mata tak ada cermin satu!!" kata saya. dalam hati dah la.

kelas ke 3;
psychology of learning.
I met the same person, the same people. Alamaaak! bosannya! Tak ada muka lain ke? huhu
okay, some people said, this madam quite strict bla3..benda yang tak enak nak dengarlah. tapi, gain your own experience wawa!
Kadang2,apa yang kita rasa, lain dengan apa yang orang rasa. Never judge a book by its pages.
But, the madam said, in the class;
"just get ready. we might have experiments outside the claSs.. bla3.."
saya terfikir dan tergambar KLCC. kenapa ya, agaknya? Hahahahaa

Do you see people? belum apa2 dah stress dah saya ni.
Pening aku. I need something. Apa ye?

See you again people. Maybe on the next semester? HAhahahahahaha =p

Wednesday, July 7, 2010

MENUNGGU AYAHANDA DI KANTOR ^___^

Burrr...Sejuknya ofis daddy..Gagaga. Sejak ada kelas memandu ni, saya perlu ikut daddy pergi ofis, sebab melanggan dekat sekolah memandu Keluarga, orang Putrajaya memang familiar dengan sekolah ni. =)

Adik-beradik saya, dari abang sulung yang gagah & macho (aku tipu fakta yang ini-harap maklum), kak Ngah (cantik berdahi licin-dusta), kak Cik (lucu tapi maLu-haha tipu lagi), saya (..isikan tempat kosong..kah4) dan adinda (yang pemarah tapi cute-kata kawan2nya).

Sebab pakcik yang ajar lesen dekat kami ni, husband kepada kawan daddy masa dekat JPA dulu. Mungkin daddy nak jaga hubungan baik ke hapa, memang pakcik ni ajar secara berkesan ke, saya tak pulak tahu. Tanya daddy.

Okay, pagi2 kena bangun pukul6 pagi, tanpa ragu. Perlu bertolak ke kantor daddy pukul 6.3o. Tapi hari ni saya bangun 6.20, jadi macam lambat sikitlah sampai. Tapi tak apa. Daddy tak marah pun? I am a daddy's daughter,bukan?gaghahahahahaha ;p

Hari ni belajar turning point (betul ke nama dia?-whatever). Sumpah hari ni penat, semalam kaki cramp, hari ni bahu lenguh. Kalau ada sesiapa nak sponsor pergi spa ke, pusat refleksologi, memang saya akan volunteer macam tak sedar diri. Takkkan lah nak fikir banyak lagi? Mari!!rebut segala peluang yang ada di depan mata. *tapi sayang. itu semua cuma harapan,sekian. T___T

tadi saya suruh pakcik hantar pergi Alamanda. Hajatnya, nak jumpa kawan lama; Noor Liyana Awaluddin.
Dia teman lama saya, Sek. Men. Keb. Taman Melati. Memang kitorang macam belangkas, sebab kitorang je otai dekat kelas (siapa percaya, memang ah dia!haha). dalam satu kelas, ada 7perempuan aje. yang lain pengawas, jadi tinggallah kami berdua masa rehat, masa mana2 ajelah. Tapi, masa Ting.2, dia pindah Putrajaya. Sejak itu, kitorang dengan romantisnya saling mengutus surat. Comel, bukan?hahahaha

Atas sebab2 yang munasabah, dia tak dapat jumpa saya hari ni. Ada hal, jadi saya berjalan2 seorang bak lonely ranger dekat Alamanda. Saya jenis tak kisah, ade ke hal aku nak kisah? ececcee.tak baik bongkak wawa ;l
Naik bas Nadi Putra (kalau dekat KL-rapid KL), nak tahu tambang dia berapa? 50 sen! murahnya! murahnya!
Alhamdulillah hari ni jumpa orang baik2. Wanita tu, tolong tekankan loceng masa nak dekat sampai ofis daddy,saya ragu2 sikitlah.Blur2,naik bas tak sama macam kita naik kereta, kan? =) Thanx,beautie. May Allah bless you. Then ada beli Dunkin Donut dan sebungkus roti walnut buat daddy- beliau ni,workaholic sangat. beliau dah biasa tak makan lunch semua. Balik malam, baru dinner. tapi saya....aku malas nak cerita.hahaha

Sekarang dekat ofis daddy lagi. Tunggu beliau siapkan kerja. esok daddy kena bagi ucapan apa entah, he needs to sum up, re-check the important things la. Punyalah bagus teks ucapan daddy, saya baca. Daddy rujuk 5novel karya Indonesia (jangan pertikaikan kenapa dia tak rujuk karya novelis malaysia, aku sepak kang) dan antaranya:
  1. Ketika Cinta Bertasbih - habiburrahman shirazy
  2. Di bawah Lindungan Kaabah - hamka.

So, sebab itu saya kata jangan pertikaikan,kalau anda tilik nama novelis tu pun anda akan tahu kenapa, bagaimana dan sebagainya. Penulis yang maha agung idea dan cara penulisannya- anugerah Illahi, setitis dari keagungan Allah =) tengok,saya pun dah gatal nak bersastera jugak =P

Daddy; "dik,kita balik lambat sikit hari ni ok?"

Me; "ok," -ala,camne nak tidur niii> Sejuk, ya ampun! hahaha

Daddy;" abah banyak lagi tak siap ni, kita balik pukul12..nanti adik buat slide untuk abah ok."

Me; "guLp!ok!"

Daddy; "abah hantar naik ERL dulu nak?" -dia takut saya malas tunggu lama.

Me; "takpa, malas. Kaki lenguh malas jalan." - ala, gedik sangatlah kalau taknak tunggu. boleh update blog, ya tak?hehehe

jadi, sekarang tangan keras, tak boleh nak taip dah. idea pun dah beku sekarang ni.

Kita jumpa lagi, anda boleh tengok tv sekarang...bUrrrrR -___-

KAKIKU CRaMp!Hatiku SmALL!

Adakah normal kalau belajar kereta kaki sakit?Hahahaha. Eh, betul ni, kaki kiri yang tekan clutch memang sakit..=P ala, gedik nak mengadu kat blog ni. Diibaratkan, tak pernah berlari, tetiba kau paksa kaki kau round 5km, tanpa warming-up. Hah,sakit la. Err,normal ke tak ni?

Er,aku guess perempuan belajar kereta memang camni kan? Dah boleh agak dah, apa lelaki akan cakap.
"Perempuan,camni lah dia," >> ee.suka hati lah.

Aku pulak gatal pergi tinggal kelas (lebih 3bulan). Lama lah, sepatutnya dah lama boleh lulus, tapi sebab ada masalah yang sengaja dibangkitkan (hahaha), dan tak sengaja dibangkitkan, memang mengada mogok tak mahu pergi sambung belajar.

Nah! sekarang kau tengok. Anda tahu, pakcik ni ajar saya bawak jalan raya dulu.

Dalam satu kelas, mungkin seribu kali dia cakap dekat saya : “najwa jangan tekan minyak sangat.” “Najwa pusing stereng lambat, balas tu cepat sikit,” “Najwa jaga2,kereta nak masuk jalan kita.” “Najwa itu, Najwa ini.”

Tapi,saya rasa, dalam banyak2 yang dia cakap, “Najwa suka tekan minyak” >> haruslah bukan? Hehe tekan minyak itu adalah suatu perkara yang menyeronokkan.haha NAk lajuuu je.

Kalau orang lain ada masalah dengan ‘clutch’, saya tak ada. Terus terang, nak kawal clutch tak sesusah kawal stereng. Siapa ada masalah yang sama? Jom kita sep!! Gimme five! ^_^

Naik bukit pun tak sesukar mana..(ceh, berlagak ye). Haha, sebenarnya okay, tak ada masalah sangat. Cuma kadang2 saya terlajak ke depan sikit. Cermin sisi tersama baris dengan tiang tu.

CARA; stop- clutch brake- freekan gear- angkat handbrake- tekan clutch- gear1- minyak- jalan dengan perlahan...op op....clutch & brake serentak (side mirror kasi lebih kurang sikit dengan tiang) >> angkat hand brake 4kali- free gear>> cuba lepas brek perlahan-lahan, tengok kereta undur tak, kalau undur angkat hand brake 1 lagi. >> ready nak turun: tukar dari free gear kpd gear 1 (clutch jgn lupa tekan sekali ok)- tekan minyak bagi dia mengaum VROOM2 (sumpah masa ni rasa macam nak buat drift,hahahahaha)- angkat clutch perlahan2, kasi rasa henjut sikit, (jangan nyanyi lagu ‘enjut’ noraniza idris time cenggini. Gila tak comel, nervous kena ada,) then turunkan handbrake.. Maintain kaki tu, cluth jangan angkat semua, minyak pun jangan banyak sangat. Time nak turun bukit, tak perlu tekan minyak lagi dah. Then, wawa boleh turun dah hehehe ;D

Parking site (ke side hah? Lantaklah nama kau apa pun). Tadi pertama kali belajar, quite okay jugak. Habis peluh perempuan, (bukan peluh jantan ea, nak penampar?hahah Aku perempuan ye.) menitik semua. Metafora yang dihiperBIOLAkan sungguh~ ilovemusic ilovebiola. Kejap,ada kaitan ke? Okay takde.

CARA; bayangkan ya, ada petak segi 4 tepat. Anda letak kereta maju ke depan sikek, tapi bagi selari.

Stop: clutch & brake- free gear- angkat handbrake. Undur: gear R(reverse) turunkan handbrake- (time ni memang main clutch dengan minyak je-brake maintain reverse ye sayang- undur perlahan2- dekat segi 3 cermin,Nampak tiang pertama, terus brake. (main tekan & angkat clutch aje, taruhkan sedikit minyak kalau gegar2 kereta tu) pulas/ putar stereng ke kiri sampai habis (memang lenguh, jangan pusing lemah lembut macam anda nak putar adunan kek ya) ok, clutch-undur lagi-bagi (pusing stereng ke kanan 2kali puan2). Nampak tiang ke 4, op op..tekan brek/ cluth *err tak pasti tekan mana.(pulas stereng tu, ke kanan pulak dah sampai habis- berapa kali nak pulas da) Then, undur kereta, turunkan cermin sisi tengok tayar belakang kasi cecah garisan putih- brek lagi- angkat cermin balik- undur lagi- kali ni tayar depan pulak kasi cecah line putih. Whhopp! Stop. Lepastu betulkan stereng kasi lurus..Ahha! dah masuk parking kereta anda ;) Nak keluar petak parking: pulas stereng ke kanan sampai habis, abaikan tangan melecet! Oh tanganku,.(okay, ni gedik! Haha) tukar gear 1,(before tu step stop jgn lupa ok,) clutch minyak. Jalan sikit2, pulas pulak stereng ke kiri bagi jangan langgar tiang dekat luar. Okay,siap lah tu. HAhahaha kalau ada nasihat yang terkehel mana2 tu, jangan marah ya. Ini teori yang saya dapat ingat untuk pembelajaran hari ni. O_o oohhHHhhh, letih.

Lagi satu, turning point baru buat sekali, belum catch up lagi. Esok kelas ada lagi. Jadi esok akan sambung. =)

******balik rumah..... mommy bagi bungkusan plastik, ada pakaian. Tapi saya kecewa ..=/

Benarlah kata Karam Singh, siapa tak kenal lelaki ni, tolong pergi tengok tV3 sekarang!!

~rumah terbakar satu kampong tahu, hati terbakar tiada siapa tahu~ T___T oh sedih benar.

Baju batik yang saya pilih, beli dekat Jalan Conlay, pusat kraftangan. Punya berangan ingin melawa melaram raya ni.. sob3,, you guys tahulah, batik putih quite plain, kalau jahit fesyen sikit baru cantik. Jadi sekarang saya rasa nak jahit manik dekat baju tersebut. Sedih sangat, apa nak jadi, jadilah. Semoga cantik. Insya Allah. (err, saya tak terima tempahan,hahaha).

Kesian baju raya saya, tempah nak buat kurung moden, tapi si tukang jahit pergi buat kurung biasa. Oh sedih, rasa nak menangis lagi. Ada kawan lelaki Tanya;

He; “oh,tak sama ke kurung moden & kurung biasa?

I; “tak sama, kurung biasa ada pesak, kurung moden tak ada.” Err.ye kan?hahaha

*oh,sedihnya. Saya nak bagitahu saya sedih sampai rasa sedih ni hilang. Nak bagitahu lagi.. saya sedih. Sedih.

sabar wawa, kitorang faham’ anda nak cakap macam ni kan?

Oh, terima kasih. Saya hargai. Tapi kalau anda hadiahkan kain pasang baru (batik putih) lagi saya hargai. Hahahahahahaha =P

Jadi, hari ni kaki cramp, hati pula small. Kecik hati dengan tukang jahit, rasa nak pergi jahit badan dia.