Tabung Elektronik

Tuesday, October 26, 2010

TIPS DURING EXAMINATIONSSS

Saja aku tambah tiga ess (S) dekat belakang. Sebab Malaysia banyak peperiksaan. Sikit2 exam. Sikit2 test. Nak ambik lesen pun kena ada test. Benci!!

Tapi takpelah. Kalau derhaka, kena buang negeri pulak. Nak duduk mana lagi. Sob3. wtf wut te fon merepek budak ni.

okay, baiklah. Pastikan masa baca entri ni perut anda semua ada rama2 dalam perut. Mesti ada!
Lepas baca, harap tingal 2,3 ekor jelah. Dapat buang sikit cuaks, dan ragu2, dan perasaan bila study last minute tu.

TIPS-tips.menduduki.peperiksaan.
  1. UNDERSTAND; kalau tak faham, macam mana nak hafal? kalau tak faham, macam mana nak buat kira2? hafal formula sampai katil terbalik pun, minta maaf. Anda tak boleh jawab punya. Kunci pertama, FAHAMKAN!
  2. CHUNKING; kumpulkan data mengikut kumpulan masing2. Maksud dia, kalau lembu, masukkan dalam group animal, bukan vegetable.
  3. REPEAT; ulang apa yang anda faham, dekat orang lain. Atau kalau malas nak tengok muka member, ulang dekat diri sendiri.
  4. BACA KUAT2; korang bajetlah macam nak ajar orang.uols jadik cikgu. tapi jangan jerit kuat2 ah. satu bangunan nak dengar apasal? Gila. buatnya kejap lagi ada orang menyahut "Faham, cikgu" ramai2. tengok jam dah pukul 2pagi. jeng2.. Dan lagi satu, kau tak payah la baca kuat2 satu bijik buku tu.Takyah! kang esok exam tak habis baca lagi. baca yang penting, dan yang kena faham betul2. tu je.
  5. BACA DOA; Berkat nih. Ni yang paling penting sekali. Baca nak beria. Doanya tak. Payah gak.

Abah pernah bagitahu saya, jangan bangun tengahari. study pagi2. kalau exam pagi, kita biasa study petang dan malam, otak kita tak biasa kerja (mengerah otak) waktu pagi.

Dalam psikologi pun belajar pasal ni uols. Petang tadi saya baru belajar.
Menurut cikgu,

STUDY ; at 3pm
EXAM ; at 3pm (you'll perform better) THAN
STUDY ; at 9pm.

Faham ke weyh?
Tak faham xpe la =='

p/s; bangun pagi, lepas tu study.
Jangan lah malam ni tidur tak study, biasa korang ni.

DO'A.LOVE.OATH

Tiredness of people's attitudes.
That is the point.
Surely i have to be committed for both fields.
You know what i mean. academically. non-academically.
This is a PROMISE. Or we should call it as an OATH?

A million thanks to my darling friend, Aini Basri for your non-stop support. HEART YOU.

Mudah-mudahan mendapat kepenatan yang sangat: sangat: sangat BERBALOI-BALOI.
~ini bukan iklan CELCOM~

Doakan saya.
Moga mendapat keputusan warna yang berterbangan _flying colours_
Insya Allah.
BittawfiQ wannajah.
Jazakumullah khairan kathira.
Kullu 'aam wa antum bikhair.
Amiin.

Sunday, October 24, 2010

PSYCHOLOGICAL STUDENT SYNDROME

Amboi! Macam gempak sangat je bunyi tajuk.Hahaha. Jangan risau, tak gempak mana pun.
Saya ambik adatlah, dalam hidup ni kena poyo-poyo sikit. Biasalah, nanti rasa macam tak lengkap pulak hidup ni. Macam menyelam dalam air tapi tak basah.

Well then. Ada beberapa perkara saya nak sentuh.

To dear abah, I'll download your series movie, KETIKA CINTA BERTASBIH *special edition* as soon as possible. Don't you worry.

Anak ini makin pelupa. Terlampau banyak membaca buku ilmiah barangkali. HA HA HA
Tak payah nak tipu ok wawa, lempang nak? baca faceBuku banyaklah.
Dah lama bapa saya mintak download, tapi itulah. Banyak makan jeruk masa kecik dulu ni.
yang memuskilkan saya, bapa lebih pantas tahu KCB ada edisi istimewa. Apasal saya yang muda belia ni tak tahu?
Nampak tidak, betapa kita tak ada FB pun kita masih tak ketinggalan zaman.
Well, abah is the die-hard-fan movie KCB. Eh, jangan tanya banyaklah! For sure, I lah wartawan yang kenalkan movie tu dekat beliau. I ni anak baik uols.. I tak pernah eh kenalkan movie 'High-School Musical' merepek kat daddy. Marah kang dia. 'Twilight' pon takde.

Okeh.Daddy yang tersayang, nanti I download lepas exam. Kasihani anakmu yang *rajin* ini. Last minute punya person memang study waktu2 akhir macam ni. Gagaga

Monyetband pun akan ditinggal di rumah.tak bawa dah.
GEJALA BERSOSIAL akan dihentikan sementara waktu.
jangan cuba mempengaruhi hormon saya untuk on9 eh. Aku karate nanti.

haa,lagi satu.
Dah lama saya join menatang FORMSPRING.
Dua tiga hari ni baru aktif balik.secara TAK SENGAJA. sebab dalam inbox mesej, ada soalan orang tanya.

TETAPI!!! tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati. I rasa sedikit weird di situ.
Okay, memanglah saya punya headline formspring berbunyi begini:
"malu bertanya, cepat salah sangka.jadi tanya"

~sambil mencekak pinggang:: amboi amboi amboi korang..pantang aku letak headline cenggitu, uols laju gilak tanya pasal jodoh.
contoh dia:
  • ada tak berkenan kat kelasmate?nak buat jadik suami. (ni kes takut kecewa..bhahahahahahha)
  • bila nak kahwin? (nak beli hadiah dah ke?ke nak sponsor.uish2 best ni)
  • dengan siapa? (ni aku rasa kes takut melepas ni..hahahahahahahahahaha//// takpun penggosip terhebat kat Malaysia tanya ni..hahahah)
  • Kahwin.Cinta. suke benar kaw tanya dekat aku.
Tanyalah benda lain ke..
Cik wawa pandai masak?? mesti aku jawab tak.
Cik wawa suka buat apa kat rumah? mesti I jawab,update blog lah. kasi korang baca ni.
Cik wawa belajar kos apa? mesti lah aku taknak jawab. tengoklah tajuk entri ni. Lempang karang.
Cik wawa anak daddy ye? mestilah tak. saya anak mom and dad. Mana mungkin seorang lelaki mampu lahirkan aku. tak ye, tak.
Cik wawa ada bestfriend tak? ada. ramaii!!

Adventure punya soalan lah.Yang boleh buat aku termangu-mangu depan formspring ni. 'nak jawab apa eh?'

hahaha sekarang pun termangu-mangu jugak. semua tanya pasal kahwin. Dik, akak tak tahu nak jawab apa dik. Akak blur ah kalo kaw tanya pasal jodoh ni. Akak rasa bodoh sekejap. Akak rasa paper exam pun tak susah cenggini dik.
Lagipun, akak percaya muka akak ni tak gatal punya imej. Muka akak ni macam muka orang nak kahwin ke dik? hahaha Akak serba salah dik. Tolong jangan buat akak camni lagik. Kalau akak kahwin awal, kesian kekanda2 akak yang 3orang tu. HA HA HA.

Nak bagi cincin whatever sebab langkah bendul merepek. Haih, soalan anda itu memang menyesakkan minda dan dada saya.

:jadi,kenapa ada formspring, kalau tak boleh tanya apa2?:

okaylah.tanyalah sampai puas. akak akan goreng uols semua dengan jawapan akak sampai korang hangits.

..::akak nak sedut aura study. akak nak jadi pakar psikologi dik. uols doakan eh.nanti uols boleh tanya dekat akak masalah cinta (wtf-wut te fon) * akak pening dengar masalah cinta.*
tanya masalah belajar ke. kos apa yang sesuia ke. Masalah kanak2 ke. Kau ada masalah halusinasi ke. Masalah skizofrenia ke. Boleh refer kat akak ah nanti eh.

Tapi, bukan senang nak jadi pakar dalam bidang ni. susah. semua bidang pun susah. dont worry.
akak faham. Tengoklah, nak exam final pun hasilkan entri macam apa entah.
kalaulah daddy tahuu..OHH!

Doakan I dapat result with flying colours ya uols. InsyaAllah,ameen!
I nak fokus.FOKUS!

Friday, October 22, 2010

TUMBESARAN

Jangan, takde siapa yang besar dekat sini. Kita tak nak cerita pasal tumbesaran pokok ke, semut ke. Takde eh, takde. Tapi it's all about growing up.

Tumbesaran yang saya maksudkan di sini adalah keMATANGan.

John C. Maxwell, a philosopher said:
"If we are growing, we are always going to be out of our comfort zone."

Totally agree with this statement.
Tanpa kepayahan, kita tak belajar pun apa itu kepahitan.
Kadang-kadang, ujian itu nikmat. Malah, nikmat itu juga adalah ujian.

Dalam Qur'an ada menyebut tentang ini, manusia mengaku bahawa mereka beriman. Tetapi berimankah mereka selagi tidak diuji?

kadang-kadang, saya pun keliru. Antara nak jadi khalifah terbaik, hamba yang terbaik, pelajar yang terbaik, anak yang macam terbagus, adik atau kakak yang macam ter-woow-!.
keliru kan benda2 macam ni?

Inilah ujian sebenarnya. bagi akulah. Tak tahu pulak korang punya macam mana..

Allah lebih tahu apa yang terbaik bagi setiap hamba-Nya. Kaaaaaaaaaannn???

HANIS ZHAFIRAH MD ZIN *18*


Buat adinda yang manis, macam kakaknya juga..
Entri khas buatmu,ececece. Harap baca dengan linangan air mata. HAHA.
Bersyukur ye, bukan senang nak masuk blog ni.

Dua bulan sudah jarak telah memisahkan kita. sob3,
sambutlah kau harijadi secara solo. tapi takpe, kawan ramai kaaaann??? Masakkan sup ketam whatever.

Buat adik, SELAMAT HARI JADI. atau dalam bahasa Arab, sebab I dah belajar arab jugek ye.
SANAH HELWA YA HABIBATI! adik manis Lapan Belas.

My wishes, dari kekanda yang cute, tulus dan mulus ini:
  1. May Allah bless you, sayang.
  2. May Allah grants you with HIS barakah, rahmah and mawaddah.
  3. May you succeed. doc-to-be. Muslim doctor. A good muslim doc,surely. Insya-Allah. boleh cut budget ku kalau sakit.hikhikhik.
  4. Be strong, dear sister.
  5. Tunjukkan kegagahanmu. Sembunyikan manjamu, sebab itu keluarga je yang tahu. HAHA bukan apa, takut orang buli pulaks,kan susah. I busy eh dengan study, jadi tak dapat entertain you selalu. harap maklum =p
  6. Cover sikek emosi, matang dik.Matang. You're 18. =) a bit childish ok, boleh guna memikat lelaki. KAH KAH KAH (tips dari pakar psikologi, DR wawa)
Okay, cukuplah enam. Nak lagi ke? okay, kita tambah.
7. Semoga panjang umur.
8. Semoga dimurahkan rezeki.
9. Semoga ditemukan jodoh yang baik (subjektif nak terang, tak cukup blog nak taip) dan sesuai. Tapi jangan langkah bendul I ok.I tak suka. HA HA
10. Semoga tidak LOKEK membawa pulang anything dari sana kalau balik tahun depan.

yang nombor sepuluh ni akan diberi peringatan lagi dari masa ke masa.

Okay. Apa lagi? Hadiah?
ahha. Tunggu tahun depan pulang. Sila tuntut di pos Laju MALAYSIA.
Famili di sini tengah siap potong kek gulung je -______-

Monday, October 18, 2010

DADDY..MOMMYY!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku ni gila meroyan asyik meng-update kejadah faceBook dengan Blog seminggu ni.
ye, semua tahu dah aku stress. Kerja half dah siap, tunggu suku lagi.habis,yang lagi suku pergi mana?
Pergi naik Genting agaknya.
Wow,kerek ye kaw sekarang.

Ye, time sedih baru ingat Tuhan..EE.geram dengan diri sendiri.. >,<
*cubit,cubit,cubit*

ya, cubit diri sendiri. Takkanlah cubit teddy bear pulak.

Jadi,mujur tadi terbaca sesuatu yang telah menemukan saya dengan sesuatu:

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" Surah Al-Mulk ayat 2.
~kita pilih nak jadi baik atau sebaliknya. Rajin/ Malas.~

Dan Najwa;
"ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." al-Baqarah 286

Jadi, terpujuklah sedikit hati yang gundahs inis.

Jangan datang yang lain.
Saya nak exam.Jadi bagi saya ruang ok.

Ruang nak yang besar, sebab aku kan gemss..hahahha

Yang malas layan korang semua;
Student berwibawa. *of course la aku* hahahaha -___-




Sunday, October 17, 2010

DO NOT DISTURB!

Okay, garangnya. Mode ni datang tak semena-mena. Tiba-tiba je.

Nak pesan ye.
"Yes, I'm single, but I'm not that desperate eh."

Kepada yang berkenaan, kalau dah ada gf, tak payah la kacau aku yang kepunyaan famili ni.
Nanti bapak saya marah. Eh, anak gadis dia pun marah jugak.

What is your motif eh, telefon malam (macam tak ada siang kan? harap guna je telefon mahal, nak jimat kredit? oh, I tak berminat dengan lelaki kedekut)

Kalau yang single tu pun,jangan kacau time aku nak exam. Bawak bertenang ye.
Bertenang eh,bertenang.

Cuba improve sikit skill mengorat time jiwa aku tenang, time cuti sem ke.. Apa ke.
Itu pun kalau nasib kau baik. Selalunya sebelum2 ini adalah tak baik.
Cuba lagi, cuba.
Tapi aku tak galakkan.hahahaha

Mungkin kalau degil sangat, pesanan aku dekat kau,;Tunggu tahun depan. Kalau tahun depan pun, aku akan pesan yang sama. Tahun2 akan datang pun itu jelah pesanan aku.
*Ingat senang ke cari soulmate weh? Aku berhak pilih selagi boleh. Bukankah begitu?


Yang ikhlas:
si gemuk, tapi cute. (wahahahahahaha)

sem ni xde amek subjek skil cara mengorat, jadi saya tak perlu aplikasi lagi. Mungkin next sem =)


DarLing SouLmates

~Sometimes when I say "I'm okay", I want someone to look into my eyes,
Hug me tight, and say "I know you are not"~

Friday, October 15, 2010

Semua Nak Laju Je.

dua entri lepas memang takde caption dekat gambar.
takde karang ayat seperti selalu.
kalau tak faham, biarlah.
kira saya punya personal entri, padehal memang blog ni memang personal.
bukan kau punya, tapi aku yang punya.hahaha begitulah.

Entri kena bergerak secara laju-laju sebab
  • nak exam dah ni.
  • proposal dah bertukar2. pening la. ingin ikoutkan hati, tapi nanti carut je kerja aku. Jadi SLOW & STEADY la waaa.. =(
  • Dah nak exam pun ada presentation jugeks. Nak buat macam mana..?
  • saya tak stress dengan kerja sangat, tapi lebih stress dengan perangai orang sekeliling.
People, tak salah kalau kita selalu beralah. TAK RUGI MANA2 PUN!
Kalau taknak mengalah, jangan bising2 mengadu itu ini.
Dan aku paling geram la dengan orang tak tahu tak faham buat kerja, tapi bila orang terangkan fokus dia dekat lain. Rasa nak lempang bagi muka dia penyek: macam ayat penyet:

DO NOT EVER DARE TO TOUCH ME. Kalau berani cuba, kita tengok macam mana nanti.

Lagi satu, never talking at the back. Kick nak tak?

Kalau ada kekurangan, cakap depan la. Aku kan comel, ada pakej profesional lagi.
Tak cukup ke? tak bersyukur kau ni.
yes, anda kelihatan bagus bila bisik2 dekat belakang. Thanx ea.
Maruah kau da bergolek ke tanah di mata aku.

Nah! Ambik kau!





KEHADIRAN YANG SEKEJAP







Hadir pada seketika cuma, tapi masih terasa. Okay gedik sangat ayat nih. Muntah Celcom Blue aku!





























Lama ey kita tak jumpa, tak ada perancangan, tapi rezeki jumpa itu ada











Sedih sebab dapat jumpa sekejap, tapi tetap bersyukur! Alhamdulillah =)
I love Allah, coz You are the only one can read my Mind and Heart.

Monday, October 11, 2010

PISANG BERBUAH DUA,TIGA KALI

Biarlah pisang nak berbuah berpa kali dia nak pon kan..Ape I kisah. sedap kot kek pisang, sumber dijana daripada pokok pisang lah. takkan pulak dijana dari pohon durian.

Well,well,well. Biarlah pokok saja yang berbuah banyak kali. jangan kegagalan yang sama berulang banyak kali.
pedihs hati guwe.

Nabi s.a.w. cakap; "A mu'min will never fall in the same whole twice,"

yang I faham, sama jelah macam pokok pisang tersebut. Pepatah Melayu 'ibarat pisang berbuah dua kali'

tapi jangan salahkan pisang lain kali.begitu juga lubang.
kalau uols tak jalan molek2, jalan tu asyik mendongak ke atas je, memanglah tak nampak lubang.

ouh,nature manusia. Dah berjaya, tak tengok yang bawah dah.
tengok yang atas je.

kena ingat ye wawa,..Ingat..
~ tak salah mendongak ke langit, tapi kena tahu, setinggi mana kepala didongak, kaki tetap di tanah~

jangan lupa kisah lalu. pengajaran banyak.

Bittawfiq wannajah,
Semoga barakah dan rahmah Allah mengiringiku. Ameen. anda juga.
Insya Allah =)

pisang sedap,durian pon marvellous lagi. Tapi jatuh je yang tak sedap kan??

Saturday, October 9, 2010

Minggu ni kan..Minggu ni..I nak kasi tahu u olls. I stress.
Dipressed like a mangkuk. Bukan I yang mangkuk.
Tapi I rasa kan..macam nak ketuk semua orang di sekeliling hamba ni dengan mangkuk.
Tak kisahlah dengan mangkuk ayun ke hapa. Mangkuk jamban for sure aku tak larat nak angkat.

Tuhan, tolong kukuhkan hati saya.
Saya nak jadi hamba yang taat pada-Mu.
Jauhkan syaitan yang suka bolak-balikkan hati saya.

Kalau tak stress, tak adventure lah. oh! sheeet! macam mana nak sedapkan hati sendiri ni weh?
Ni bukan adventure nama dia. Ni apa kita nak panggil pun tak tahulah.
Risawnya..
I tension okay.
Esok sesiapa tolong belanja Subway..
ah sedapnya -__-

Monday, October 4, 2010

MAGIKA is MAGIC!!

AMARAN: peminat filem Vampire jangan baca, tapi kalau minat filem melayu takpe. Kalau tak,main jingkang jongket dekat tempat lain.

What an awesome movie??! Korang semua dah tengok? Jangan pernah jawab belum dekat sini. Nanti sesal. memang saya pun kesal sekali dengan anda. Saya memang bagi filem muzikal ni 5 setengah bintang. Apesal setengah tu terlebih jangan tanya banyak. Bulan nak bagi pinjam setengah jeh. Nak buat macam mana kan.

Sebab saya bagi 5setengah (macam movie paling cool ah konon kan ;p)
  1. oh my Prada! Gabungan cerita epik Melayu zaman dahulu kala.Siapa pernah baca buku
    masa kecik dulu? watak2 bawang putih dan merah ada. Mahsuri ada. Naga Tasik chini, Badang ada, Orang minyak ada, Puteri Gunung ledang ada. yaAllah. Memang sedap cerita ni. setanding aiskrim sundae mcD.hahahah over sangat compare nih.
  2. M.Nasir jadi naga tasik Chini...Huiyoo2..
  3. Ziana Zain jadi nenek kebayan..hahahah
  4. Mahsuri kena baling tombak- lepastu sempat jalan pegang perut macam ibu mengandung.,I was like...wutcha doin'? memang lawak.
  5. Maya Karin jadi bunian..okay,dekat tv3 pun ada bunian.tapi bunian ni dah la ramai..semua muka maya. macam ek eleh...comelnya bunian muka serupa? ^^
  6. Ning baizura jadi puteri gunung ledang yang gemuk @ macam dah tak laku..hahaha poyo jeh spare part dekat perut banyak..hahaha
  7. there was 5 hang in there. hang tuah,jebat, lekir and two others acted by senario.. yang ni pun fun jugak...ee...semua fun lah!!
  8. okay, mawi makan muntah ek.sebab dia badang, i do not know why people in panggung say eee,iii,ooo.uu bla bla bla. tak yah imagine rendah sangat. Imagine dia minum nestum pekat jeh. senang. baru dapat menikmati cerita dengan sempurna. ececece,hahaha
  9. Bawang putih bawang merah ; anak cikgu fatimah AF atau amani dan aleya. comel jugeks. ala,,xtahu nak terang macam mana dah.Memang sedap cerita ni.
  10. Ada awang kenit. Jangan ah tanya saiz dia macam mana bak kate mawi. "agak2 ar" =p
  11. Memang siapa yang stres pegi ah tengok.Saya ulang,nanti kesal kalau tak tengok. Awal2 da bantai gelak. memang best. Best lagi pergi tengok dengan Muhrim. hehe
  12. Nabil RL jadi orang minyak? bayangkanlah.geli.orang minyak nih tak ada job lain agaknya.Nak rape je..Cuba surf tenet tekan kat google.com cari 'jobmalaysia" -_-
  13. Cerita ni gembira,sedih ada.
Well the, apa2 pon I really like this movie u olls. macam nak pergi tengok lagi.
For your info, I dah lama gila tak tengok wayang.
Eclipse belum nengok. New moon apatah lagi.
Siapa ada soft copy, baik hati nak bagi? Ok, pos sekarang =)

Pergi tengok cerita ni. I suruh.

Friday, October 1, 2010

KUFUR NIKMAT

WARNING: Entri ini bukan tazkirah walaupun hari ni hari Jumaat. Para lelaki,pergi sembahyang Jumaat sekarang. Dilarang baca!

Okay,whatever.
hari ni hari jumaat. Minggu ni minggu konvo.
yang aku tahu, setiap tahun nak konvo aku mesti demam. kenapa Tuhan? kenapa?
Bagaimana hamba-Mu ini nak meronggeng pergi chocolate fair di kaed galeri dan sebagainya?

see?nampak tidak sedikit kufur nikmat di situ.

masa sihat tak pertikaikan apa2.tapi bila demam,ada2 je yang aku nak pertikaikan -__-

yang buat aku bertambah2 pulak geram, kafe tutup puleks,yelah kan...diorang bukak bazar secara besar-besaran dekat convest hill. macam mana lah aku nak pergi time demam2 cenggini.so saaad..
convest hill tu pulak,kalau dekat,xpe noxx.ni jauh.
koman2 naik kereta baru sedap.
kalau nak pergi jalan kaki,mahu kebah demam aku sebab berpeluh2,ketiak berlecak.ee!

tapi tahu jelah..nak berpeluh2 pon,agak2 argh..tengah hari buta nak jalan.memang demam tak kebah nye derr.

wah..tak suka! memerap di bilik.
orang lain bersuka ria.aku duduk kat bilik terperap,basuh baju pon tak larat.
thanx to panadol actifast.
kerana dirimu sungguh bermakna.,
selamat tinggal demam.
baldi penuh baju sedang menunggu di bilik dobi.sekian.