Tabung Elektronik

Tuesday, November 30, 2010

ANNOTHER GIRLFRIEND- Qish

Teman lama, baru bertemu. Huahuahua, Lama gila tak jumpa, dah jumpa tapi kejap pulak.
bersyukur wawa, bersyukur.

This is Balqis, my another girlfriend. I'm telling ya, I am kaki perempuan, Haha, ada aku kisah? =P
Teman matriks UIA, bertemu ketika Taaruf Week, ouh so sweet sayang.
1st impression; Minah ni punya muka macam bajet sikit, so I was "ee, bagus sangat ke kau?"
2nd impression and last impression; "you're so nice baby." Baik taw you ni. *pujian hebat pulangan berlipat ganda. tetiba.

Kejadah apa nama Group Dynamic telah merapatkan kitorang. Ada 6orang 1 geng (xana, arifah, nada, camey -hello camey hehe- me dan balqis). So, Taaruf bukanlah sesuatu yang bosan pada kami pada waktu itu, at least not for me.
Ketawa2 like hell, macam matriks itu kami yang punya, almaklumlah. Excited.
Gosip kakak2 committee..Hehe, ada ke?

But now, she is in UTP, taking Civil Engineering =)
And me as well, not in UIA kuantan (supposed to be like her), now I'm in Gombak =D
Kami sama2 ambik Physical Science dekat matriks dulu, jadi student physic memang sure2 kena sambung Bachelor Math Sc, unfortunately, we are not.
Rezeki bergolek ke arah lain. Comel gila.

Jadi tengahari semalam, this aunty called me. She was in Ampang. So, wawa ok jelah. Keraskan punggung main facebook tengok tv ada apahal lagi derr?
Keluarlah, tambah lemak, makan Johnnys.


Gedik, Keluar dating pakai kurung. Sweet ah wawa ni.hahaha Gelis.

My 1st trial: Steamboat. Nak pecah perut guwe. -__- tapi sedap. Pot pet pot pet dok sedap ceghita. Johnnys itu bagai kami yang punya. HaHa
Biasalah, bila aku keluar, memang cenggini ye people. Ketawa memang mall tu bergegar, cerita itu ini macamlah kedai kopi tu famili ku yang punya. Ala, tapi ada pernah aku kisah? Takde, kejujuran tu penting brother. Sila cari calon bini pada lain masa. *oh,sangat tetiba okay

Cendawan *tak ingat nama =( tahu makan sahaja. =P

Qish, bila kita boleh jumpa lagi. Sob4 =(

Selalunya, kawan2 yang sering ajak saya keluar (memang dah dapat keluar - terus saya tulis dalam blog) adalah golongan yang bertuah. Kalau plan, mesti tak jadi, lalu saya makan hati =/
Kalau yang tak plan, tetiba sampai depan rumah la, datang uia la, tanpa ragu terus meronggeng sama. Contoh lain, AKMA
Nak cakaplah dekat anda, kadang2 unplanned event ni lagi terkesan dekat hati. Takyah susah2 plan reunion kejadah apa. Once ada rezeki, adalah tu.
Bosan jugak kekadang sesetengah kawan yang sikit2 nak buat reunion. Nak jumpa, jumpa je. Ni nak jugak tunggu semua ada, memang tak adanya derr! Kau ingat ni sekolah ke? Zaman sekolah boleh la buat reunion. Sekarang ni takde, orang semua sibuk hal sendiri. Nak cari boyfriend lah, nak bertunanglah, nak berkahwinlah, nak melancong dgn familylah, itulah inilah.

As simple as this; "ha free tak?" "ha ok2" "kita keluar sekarang"
Test tengok bila dah upload gambar dekat facebook, ada lah 2,3 orang histeria tanya kenapa keluar tak ajak? Lepastu, tak payah buat reunion, jumpa jelah bila2 pun. Cuma isu NAK atau TAK? Gituu!

Ini chef hebat, yang entertain saya makan =P

Chef hebat entertain saya yang hebat. =P
Hahaha,.Asal kenyang je! dah!

Ini sayur hebat, yang entertain perut Wawa haHaha

Jadi, apakah harapan wawa pada masa depan?

::Qis, hope to see you again. Even jumpa sekejap, tapi takpe, semoga Allah limpahkan rezeki dekat kita boleh jumpa lagi next time.::
Miss you sooooo much.
Johnny's Shedaaaap ouh!
Boleh try lagi nanti.hehehe

Next time jemput guna Mini Cooper pulak ea, Neo Sexy =D

Saturday, November 27, 2010

BERITAHU MEREKA

Sekadar berfikir, daripada idea ni berkisar dalam otak tak berhenti, baik bagitahu blog. Supaya blog bagitahu orang lain. =)

Tak salah pentingkan kawan daripada kekasih. Bukan menyalahkan sesiapa, tetapi saya nampak, sesetengah orang yang sedang berkasih sayang (belum kahwin- bujang trang tang3) ni kadang2 perangai mereka agak jelik di mata saya.

Yang utamakan bf/ gf lebih daripada kawan itu biasa. Melebihkan kekasih drpd ibu bapa juga semakin menjadi kebiasaan.
Tapi tak kisahlah. Just watch out your steps. Dont let your parents and family cry because of you. Kawan2 dah biasa.

Saya perhatikan dari zaman matriks lagi sebenarnya. Saya malas nak ungkap lagi malam ni. Mungkin esok2 jelah. Sebab utama nak post entri malam ni adalah topik perpisahan dengan kekawan. Berkait rapat betul dengan hidup wawa 2tahun kebelakangan ni. Terutamanya dengan kawan2 UIA.

I really appreciate you guys. Deeper in my heart, I'll always thinking of you taw.

Cerita happy yang bertimpa-timpa. Sedih yang datang menyelit tiba-tiba. Syahdu, pilu. Teruja. Semua ada.

Missing our memories. (nak mati agaknya aku nih.hahha) Orang cakap, kena bagitahu kita sayang sementara waktu masih ada. {ouh, ayat novel gila} Benci wawa! =P

  • Bila kita boleh meronggeng sama2 lagi?
  • Bila kita boleh bergosip pasal diri kita lagi? We hate talking about others kan? ehehe
  • Bila kita boleh sakiti hati sesama kita lagi? So nanti boleh pujuk2,kan? ^__^
  • Bila entah kita nak jalan sama lagi. Sebelum, awak, saya, kita, dia, semuanyalah dimiliki oleh somebody. Itu membataskan tahu. Sorry cakap macam ni, haha. Biasalah, aku kan single T_T
  • Mari ratah usia remaja puas2. Taknak jumpa lagi sekali, kita dah tukar topik cerita kepada >> Anak you pakai jenama pampers apa? >> Anak you ni menyusu badan ke tepung? Aiyooh. That's not so sweet.
    Pernah dengar ke Live our life to the fullest?? Bukan menidakkan proses kematangan korang nak jadi wanita ke apa..But,aih entahlah. apa aku merepek nih.
Tapi jangan salah anggap, melangkah ke fasa yang lebih baru adalah menarik, dan tak akan tertannding dengan mana2 momen pon. =)
Dapat hubby baru (ramai dah member saya kawen, dalam proses, dll. sekuran-kurangnya dah 10- belum termasuk yang bertunang) anak, kerja baru. Ini memang best. Tapi tak adil nak banding2 dengan kewujudan friendship. Siapa nafi, memang ah dia. Abnormal. Hahaha

I just miss those previous moments. Saya rindu la semua kenangan lalu. **lagu retro berkumandang** atau lebih gedik lagi, lagu matriks uia terus aku bagi hahaha (pasang sendiri laa)

Perpisahan adalah pahit, tetapi ini adalah satu pengalaman. Kita tidak akan merasa bertuahnya hidup di muka bumi ini jika kita tidak membuka mata dan melihat malam yang bertimpa di tempat orang.

Setiap seorang dr kita mempunyai tujuan dan cita2 yang berbeza. Tujuan utk mengecap kebahagiaan, dan ketenangan.

.::najwazin::.

Pesanan terakhir saya berkaitan dengan persahabatan.

Jika mahu bersahabat, bersahabatlah puas-puas semasa di UK dan Ireland.

Pulang ke Malaysia, biar pun kita seposkod, namun peluang untuk bertemu semakin sukar. Semua orang ter’sihir’ oleh kalimah berkuasa tinggi bernama S.I.B.U.K. Tiada lagi masa untuk bersama. Tiada lagi peluang untuk bertandang. Tiada berita mungkin sebaik-baik berita. Kalau sakit adalah bunyinya. Kalau mati adalah beritanya. Tanpa berita, mungkin semua baik-baik belaka.

Tambah-tambah pula bagi Muslimat.

Selepas kahwin, sahabatnya hanya suami dan anak.

Teman yang begitu rapat dan mesra semasa di perantauan, yang berkongsi tudung, baju, bantal dan tilam, mungkin tidak akan lagi dihubungi. Sekali berjumpa, update mungkin tentang jumlah anak dan produk pelangsingan tubuh yang diguna.

Jangan begitu.

Telefon ada.

Mailing list ada.

Semua ada.

Apa yang mungkin tiada ialah keinginan untuk mengekalkan persahabatan. Sedangkan sahabat-sahabat itulah yang sekapal dengan kalian semasa mengembara mengenal Iman dan kehidupan, semasa di perantauan dulu. Jangan lupakan mereka. Jangan tinggalkan mereka.

Jika tidak dapat bertemu 20 orang, hargai peluang bertemu dengan 2.

Setiap pertemuan, untuk menyuburkan kembali persahabatan yang pudar oleh kesibukan, adalah nikmat besar dari Allah, tatkala bermastautinnya antum di bumi Malaysia ini.

petikan daripada .::saifulislam.com::.


Wednesday, November 24, 2010

PRAKTIKAL



Hari ni dekat rumah, melayan hidung. Hari sebelum2 ni kurang layan sebab ia sihat. Sekarang hidung banjir tahu, ingat dekat Kedah je banjir ceQ?

Bersin merupakan perkara yg perit. Ahha, hidung gatal2, bersin sampai terangkat kaki. HaHaHa. Wawa cerita mesti nak over. Tapi tak tokok tambah pon ye. Fakta ni.

Tadi menggodek facebook, kerja sepenuh masa waktu cuti. =)
Ala, korang pon sama kan..
Saya terbukak page Industial Training KOS (uia kuantan).
Ramai jugak kawan2 saya dapat practikal dekat Putrajaya, and i was reacting (woow..gempak member2 guwa nih) Cayalah!

Ada yang dapat menempatkan diri dekat universiti lain, contohnya UMK, UMT..Pejabat Pelajaran pun ada, bagi pelajar Minor Pendidikan la.

Eh, bangga betul. Hope you guys do our best okay. Mana tahu majikan terus ambik you kerja after tamat belajar. Kerja rajin2 babe, jangan malas.

* * *

Okay. kos saya pun ada industrial training. Aih, tetapi macam payah je nooxx.
mana taknya weh, ada atu subjek tu kena dapat B+ (research method- kalau tak silap lah). CGPA pulak sekurang-kurangnya 3.2
jadi, saya nak. Tapi tengok rezeki masa hadapan ada ke tak untuk saya. InsyaAllah. Doakan ya kawan2. =D

Err, debar debar debar debar debar debar tunggu keputusan exam sem 1 ni. Gagagaga
>,< okay, demam datang balik. Choww!

Monday, November 22, 2010

HARI RAYA QURBAN

Eh, Bulatnya.Hahaha =p

Meriah memang meriah!
Sampai eja korban pun ganti dengan huruf Q, namun takde kaitan pon dengan spaQ.

not finished yet,,

Ok sambung. *Demam*



On my way back to KL. Sakit pinggang, 13jam dalam kereta =(


balik dari rumah Tok Ayah. Umi dan PakCik Din ;my beloved Uncle =)


Ni masa nak balik Kelantan. dari KL . Gila bosan sampai tangkap gambar Bear. Arghh. Dekat tol Karak pon dah jammed. So we decided to go back through Terengganu (jabor)

Tengok nih! Dekat tol Karak tepi UIA. Jammed Gila weyh (11pm)


Tu jelah cerita raya. Malas nak menggoreng sebab tak larat.
Demam, semoga Allah mmenghapuskan dosa2 ku.

2010; demam buat kali ke-10

Sunday, November 14, 2010

AAL IZ WELL

3idiots.
This movie does sound stupid actually, however technically it is not.
Aamir Khan said; 'Say to your heart *tepuk-tepuk dada* NO PROBLEM BABY, EVERYTHING IS OKAY. Aal iz Well.'
begitulah ya puan2, cara memujuk hati. Lebih berkesan lagi kalau kau baca al-Fatihah. hehehe =p

I do love the lyrics,
Give me some sunshine,
Give me some rain,
Give me another chance,
so i wanna grow up once again..

Please, never look down on someone.

p/s; I feel bit depressed, regret (?) haaaaa..tak tahulah. macam tak buat yang terbaik untuk final semester ni.

Okay,tinggalkan sekejap cerita sedih, dahlah hari hujan, kalau dilayan memang basah hati ni.

Cerita 1:
Paper pukul 5pm tadi, habis tepatlah pukul5. Tak tangguh2 apa dah.
tolonglah UIA, err. Kali ni konsentrasi sangat terganggu jawab exam.
kenapa ramai sangat Asst Exam jantina dia lelaki?
Tak khusyuk akak jawab periksa -.-
*gataii wawa
okay,lepas siap hantar, aku keluar dewan.tetiba nampak seorang female ni.
I knew her. she was my classmate. tapi taklah kenal sangat.
Dah tak kenal, borak pun sekali dua jelah dalam masa setahun ni.
Bukan tak nak kawan ke apa, bukan jugak nak diskriminasi. tapi ada sesuatu yang pelik
somewhere, which is nak terang pon payah kan. Tapi kena terang jugak. nanti uols tanya dekat formsprings. Semenjak aku sound orang yang suka bertanya dekat formspring tu, (tanya pasal kawin je memanjang) terus formsprings tu senyap macam kubur. *sunyi habis!

begini, she saw I smile to her, terus dia ajak akak borak uols. Err..
"meh kita duduk dulu meh."
I: Ok =)
"saya nak tunjuk gambar (sambil mengeluarkan kamera digital, bateri AA), saya suka gambar
pemandangan. berebut pegang kamera dengan adik. Asyik gambar dia je yang banyak, gambar saya sekeping pun jarang2. Haha."
dia tunjuk gambar pokok2- views la senang cerita weyh.
"haa, yang ni (gambar nota-nota, yang diselitkan dengan gambar2 watak kartun jepun *she did mention nama2 watak, tapi aku mana layan benda-benda tersebut, tapi i do adore her paintings.* jangan jahat sangat lah tak layan kan. EVENTHOUGH AKU SANGAT BLUR.) saya tengah lukis masa study, maklumlah..bosan kan study ni.kita lukis2 lah."

Dalam hati saya digeletek persoalan yang terharu, WHY BABY WHY YOU SHARE THESE THINGS WITH ME? I TERHARU TAW. KITA TAK KENAL RAPAT PON.
untuk tidak memalukan sesiapa, sebab malulah dengar orang cerita aku nak termenguap. Gahahaa.*cubit wawa.
Alaaaa.blur lah. Kenapa weyh? kenapa hidup wawa sering dirundung persoalan yang
susah nak cari jawapan. *okay,tarik-tarik rambut. Over gila.
Jadi,saya dengarlah cerita tu sampai habis. rekod menunjukkan ada 200++ keping gambar,
selamat beliau tunjuk beberepa keping je (lebih 30keping sebenarnya).
Wawa lapar okay, tak boleh layan sesiapa lepas exam. i frust dengan paper tadi, terus Allah menghantar seseorang, dan cukup buat aku termangu-mangu. Jadi pelik tak boleh fikir apa2 dah.
REDHA adalah perkataan paling sesuai buat masa kini.

Again, I'm stressing here, I am NOT discriminate anybody here.
Saya boleh berkawan dengan sesiapa jua.
Tapi ada 1kisah yang tak boleh saya lupa, masa semester 2 2009/10, that girl (the same girl) kitorang pernah terserempak (she went out from the class, and I just want to enter the class. Kira lepas habis kelas dia, kelas saya lah pulak.)
Tiba2, dia datang cubit pipi saya dua2 belah, and then wish me happy birthday kawan-kawan.
At that time, i was saying dalam hati; "eh,ni bulan 3 ni. Jap, aku lahir 2kali ke? sekali je rasanya, hujung tahun je."
Nasib baik dia tanya: "haaa..hari ni birthday awak kan?"
I: "err takk! *geleng2+pipi merah (I malu kena cubit depan ramai orang >.< lepas tu saya tak kenal orang tu, tak pernah bagitahu dia pun birthday saya bila)
Dan, wawa yang sensitif ni pon terharu gila! Hahaha.
Wish paling awal, tak sampai hujung tahun pun dah datang wish baru haih -___-
Gelak sakan member aku. Hai Rina =)

Dah dengar aku jawab tak, dia menonong blah. okay I tahu you malu, tapi xpe. i dont mind.
=)

Lepas hari kejadian, jumpa saya memang saya teragak2 nak senyum dekat dia, dia lagilah kan!
Sem ni i sekelas Parenting dengan dia, tak pulak pernah tegur.

Jadi kawan2, siapa pelik sekarang.
I am, was and keep wondering.
Siapa ada jawapan, tolong bagitahu sekarang.


Cerita 2, 3, 4 ...dan seterusnya kita sambung lain kali. Tak sangka ya cerita 1 sangat panjang?

Friday, November 12, 2010

EY, Tolonglah okay!

10 tahun yang lalu..
Result upsr keluar- ouh, tak havoc mana eh. havoc lagi keputusan uols agaknya.

Tengah hari tadi, saya pergi kiosk (koperasi) nak beli air mineral. Yelah,diet2 mana minum air teh ais. Tapi nasi jangan tinggal, sebab anda seolah-olah akan kehilangan salah satu nikmat dunia. HaHaHa. tipulah.

Yang tak sedap didengar:
I heard someone (perempuan) talking to the phone- I'm not stalker but stranger- .
saya bukan sengaja uols. Siapa suruh dia mengamuk secara terang-terangan dengan orang dalam telefon tu.
saja cari pasallah kan nak bagi orang dengar? ellleeh.Puh Leassh ah.

Begini cerita dia. I heard she was pong pang pong pang (babbling) about UPSR punya result,
mungkinlah pasal adik dia. Biasalah,kakak kan monopoli sikit hidup adik2. kira mandur dengan orang bawahan.
Dia marahkan pasal budak tu dapat C untuk pendidikan Islam. cot cet cot cet.bebel lagi.
"Matematik pun macam apa, pendidikan Islam pun dapat c??!!!At least skor la subjek yang satu tu."

okay, 2kali kau tahu aku lalu situ. Everytime aku lalu,apasal kau tak lepas pandang aku?
you want to show me that you are such a kind sista ke?

Takyah,salah orang. marah budak2 macam tu, macam apa jek. Telefon dalam bilik ok what?
terbukak sangat kau nak malukan budak upsr dekat tengah2 alam. ni.

Ini mungkin baru satu. Kita tak pusing Malaysia lagi tengok situasi dekat semua sekolah. For sure banyak lagi kisah.

Tetapi apa yang saya nak tekan dekat sini adalah:
  • Tolong telefon saudara mara dekat dalam bilik ok. Jangan jerit2 pasal result upsr dekat laluan orang ramai. Tak manis lah. kau pakai tudung labuh. kau kena jaga adab lebih sikit.Tahulah ni kolej perempuan whereby mana ada lelaki. So what??
  • kau marah2 budak kecik (kewujudan budak ni takde secara lahiriah, batiniah je -otak) bagai nak rak tu apasal? Ala,lepak ah. Upsr je baru. Too many things in front of him/ her.
  • Eh, kau bagus sangat ke upsr dulu nak marah2 orang macam tu? kalau budak tu tahu kau cakap kuat2 dekat telefon pasal dia, menangis *ouh,I kecik hati* kata bekas calon UPSR tersebut.
  • Jangan lah menghakimi budak kecik yang baru 12tahun tu cenggitu. tak elok weh. Dia baru nak kenal dunia. Let him explore his world step by step. Macam saya dulu.
  • Bukan niat saya nak cakap UPSR tu patut dipandang remeh, tapi ia bukan jalan terakhir untuk berjaya. Sedangkan orang terkandas SPM boleh bangkit, inikan pulak upsr.nak mintak kerja pak Guard pon tak laku. jadi move-on lah.
Kadang2 orang lain suka nak tengok kita perfect, tapi pernah ke 'orang lain' tu sedar dia pon tak perfect jugak.
karang aku tanya sista tu cgpa dia baru tahu. bukan kau dapat 4.00 every sem. Sure punya.
Kalau dah bijak pandai sangat pergi ah fly. Kurang2 kalau ada masalah kewangan kelaurga pun boleh masuk UM- one of the prestigious university taw.

Banyak test lagi nak menilai kebijaksanaan seseorang. tak tertakluk sistem peperiksaan Malaysia.
Sebenarnya saya bosan dengan orang menilai kejayaan, kekayaan seseorang berdasarkan result exam. macamlah nak kahwin nanti kena bawak slip universiti jumpa tok Qadi.
Kita abaikan dulu kisah mertua nak menantu bijak pandai kaya handsome bergaya.
Dunia. *ececeh..poyo gila.Hahaha

p.s/ one more paper to go. I do hate exams, but what can I do huh? Nationality aku: Malaysian =D

Tuesday, November 9, 2010

BOSAN

Time2 exam boleh bosan minah ni. Bukan bosan tu.Bosan lain.
Bosan ah dengan perangai kau ni.
Takde respek dekat orang.
Kau tahu kan every single thing has its price to pay?
Tolong sediakan cash eh, aku ada kad kredit je.
Please la. You're nobody.
p/s; boringlah. meh bak muka meh sini aku nak tonyoh. -_-

Friday, November 5, 2010

AS WE GO ON, WE REMEMBER.

**all the time we had together..
Graduation Day! vitamin C -nama band ni ke?

Argh, apa2 jelah. As long tak masuk exam kan. Kita baca lain untuk exam. Baca EOP, Development. Heh! bosan, update blog sikit2 pon nak relate dan interconnection kan dengan exam..
E! Beautiful life betul. -_-

takpe, kali ni kita cerita yang best2! Orang graduate, kita jadi terinspirasi sikit. Lebih hangat daripada biasa. Tapi kalau tak study2 jugak lepas baca ni, memang hangit dan hangus lah kau.
Tak boleh tolong. Balik kampung ternak lemak jelah.hehehe *kidding. Gurau kena bagitahu, nanti orang tak faham sentap aje.

Last Monday, 1st Nov. 2010, Cik Lis kita, as well known as (a.w.k.a) KakChik, telah dianugerahkan sekeping sijil ijazah. Disertakan sekali Anugerah Emas Timb. Naib Canselor UUM.

Setinggi-tinggi tahniah tiang lampu letrik luar rumah I bagi dekat u kakChiQ. =D
Ko Mg nok tinggi ag?

Eh,bestlah. Lepas konvo dapat degree. Semua happy nak konvo lepas study.
tapi, sebelum kemanisan datang, kepahitan haruslah ditelan.
Suka hati uols lah nak telan macam mana
Each one of person cannot escape from difficulties during study period. oh, memang tak =(

Kadang2 I terfikir ye tuan2 dan puan2. Manusia memang aneh.
I pun tergolong sama dalam golongan ni.
Kita macam excited gila nak dapatkan sekeping kertas tu masa hari graduasi.
tempah baju mahal, gemerlapan wow-wow-wow. Fikir nak mekap apa nanti, kasut nak berapa inci nanti. Memang macam buat prep utk kahwin la. Tapi kahwin grand lebih sikit. &&haila, apasal cerita kahwin dikaitkan dengan konvo?&&

Namun, pernhkah kalian terfikir, ada apa dengan cinta eh tak tak.

ada APA DENGAN SKROL IJAZAH

Kertas je. Boleh cetak banyak2.
Sumpah, ni jelah yang aku fikir.
tapi, tapi tapi miss and mis tres hermanas..
I rasa I tahu sebab apa kita jadi manusia aneh.

  1. sebab time nih boleh jumpa Canselor Universiti. Alang2 pulak dia Sultan ye tak. Boleh bisik secara personal, "tuanku ada anak lelaki sebaya saya tak?" T__T glamor weh, glamor you amik skrol dengan sultan.
  2. Naik pentas orang ramai tengok. phewwit!
    kesian golongan yang tak pernah dapat publisiti, INILAH MASANYA. yeay! tak sabar. tunjuk kasut tinggi. boleh baling dekat lelaki gatal. perempuan gatal lelaki lah baling.
  3. Dah berpenat lelah, berpeluh ketiak pergi kelas, nak lah duduk dalam majlis berprestij. Kan best rasa macam pandai gila boleh naik pentas.
  4. Cikgu pesan ;" belajar tinggi2, tak payah masuk dapur *hahaha* aku gurau*" ~belajar tinggi2, masuk menara gading, kerja dapat gaji ribu riban. (kertas itulah buktinya korang masuk U. eventhough you never know what the exact meaning of menara gading (bergadingkah menara tu?)
  5. Boleh bawa atuk nenek masuk dewan. "Lihat tok wan, lihat nanny. Eventhough tok wan nanny opah tak masuk U, cucu dapat masuk." umpanyalah kan.
  6. Golongan berpendidikan melahirkan generasi berketrampilan. ngahahaha. aku punya ayat best! Macam nak jadi Menteri Pendidikan. YAB Muhiyiddin Yassin (siap sedia pencen ok.nanti I ganti you) hhehe *eja nama menteri memang aku fail sikit. nama bapak je tahu// PM dan bekas PM2 mesti bangga ada rakyat macam I.
  7. Last but not least, (malas nak pikir reason lain dah sebenarnya hikhikhik) kau nak kerja takkanlah nak tunjuk sijil nikah atau sijil jadi setiausaha kelab kowtt?! Beragak sikit heh. hahaha Tunjuk lah kertas ijazah tu. Begitulah cerita dia
  8. (aku tunggu lembab gila blog ni upload gambar,fikir lagi reason. malas ah!
Kita upload nanti gambar. Masa, internet tak mengizinkan. Datuk Daddy nak mencemar duli guna lappy.

So, congratulations to Cik Lis, another Daddy's Daughter.
Sayaaaang umi.

Thursday, November 4, 2010

EXAM ANXIETY

Eh,tak tahulah apasal bagi tajuk macam ni. Yelah, obvious sangat sekarang musim periksa. Wherever you are, exam is around the corner. HaHaHa. annoyed tak? HaHa.
Mungkin sebab masa tulis entri ni rasa macam nak ter... er..er.. (wtv)

Tahu jelah, rindu sangat dengan blog I. I bukak je tengok2 nak dekat 600 view daddy's daughter ni. Ku ingatkan blog ni adalah blog yang kegersangan tak ada pelawat.
Ceh, ada. Ada rupanya. =p
mesti rindu saya. mesti. kan? (lempang meh wawa. lempang nak?)
Tapi xpe,sekurang-kurangnya cinta akak tak bertepuk sebelah tangan. haHAha tetiba.

i have no idea nak tulis entri pasal apa sebenarnya.
gap exam selasa depan,9hb. hari ni 4hb. Haih, gap cepat tak boleh, gap lambat pon
tak boleh..habis tu dapat takde gap karang.

Macam kawan saya, ada 3paper eh sehari. Gila ke apa?
pihak pentadbiran pun, agak-agak la. karang aku bagi surat kat rektor baru tahu.
Ada sesetengah tu, kerja kerani je I guess, yelah duduk kaunter tolong jawab soalan pelajar je
pun.
ah! kau nak emo2. geli aku. kau nak jawab baik2 dekat siapa?
harap Remy Ishak & Fahrin Ahmad datang sini ke baru nak jawab elok2.
harapan la dyorang nak tegur kau. mesti diorang tegur aku dulu. HaHaHa. *dush.
Kejap eh, kita emo kejap je.
Sebabnya macam ni, kawan saya pergi tanya pihak terbabit, takkanlah takde kemungkinan nak tukar tarikh untuk mana2 paper..
Anda tahu dia cakap apa? "Students takde hak nak pertikaikan bla3"

Jom, lempang staf macam ni jom.
kau ingat bagus sangat ke jawab macam tu? kalau dah malas nak edit, perah otak tu, cakap jelah.
eleh, bajet nak guna kuasa veto.
Sorry eh kalau baca entri ni nampak macam nak kutuk kerja2 org bawahan (kerani what-so-ever). *kita tak tengok status*kita tengok ketaqwaan je.* ececeehh

tapi kenyataanya; WE ARE NOT ROBOT. Robot takde emosi kalau kerja banyak pon, but we are not!!! NOT!

Ada dua paper dalam sehari pun otak dah penat macam apa.
Logik lah sikit. haduuulaaa.

yelah, U ni kan nak melahirkan pelajar yang jamil, berketrampilan WTV, niat tu dah baik dah,. Tapi lagi baik kalau timbangkan sikit benda2 yang kecik dan remeh temeh ni.
Nanti kang KPT nak tengok pulak prestasi U kita macam mana, nak duduk ranking nombor berapa bla2.

Aih, apasal entah aku nak emo. eh tak tahulah. concern sangat dekat orang Hahaha.
Biasalah, simpati dan empati sukar dipisahkan dari aku. Emping jagung tidak terkecuali.

Berbalik kepada tajuk entri, kita cerita pasal kisah aku pulak.
semalam, ada paper Islam & Psychology.
tengah nervous, gementar, anxiety, excited, sambil tangan laju2 tulis esei, tiba2 pen takde dakwat nooxxx!
geram I. tapi kita kawal ye perasaan marah tuh. Idea turun mencurah2,alhamdulillah, sampai dakwat pun habis hahaha you wish!

bawak pen pon 1 je. Lalu dengan penuh keredhaan, saya menjawab exam guna pen basah. warna biru laut pulak tu. Aih, kategori pen warna pulak tu. kesian. Actually, i dont really prefer to use gel pen for anwering the paper. buat nota pun hanya nak buat corak2 guna pen tu.
takpelah! rezeki jawab dengan pen basah
kalau ikot skema SPM, memang dia tak terimalah jawab dengan pen basah.
banyak bad consequences.
naudzubillah.
Doakan yang terbaik, insyaAllah.

Semoga dapat markah extra sebab pen tu harga RM2.50//
yang habis dakwat tu RM0.80//
MEMANG KITA TAK BOLEH DEMAND TINGGI dengan pen murah. HEHE =p
taklah, I gurau je.
Pen tu banyak sangat guna untuk buat notes,tu pasaila.

jadi,lepas habis paper tersebut, pelajar genius ni pergilah ke kedai buku berhampiran untuk beli pen barang sebatang dua.
Kesian,
eh. salah.
SEKIAN. =)