Tabung Elektronik

Friday, December 31, 2010

Hutang Doa dan Budi


Saya terhutang budi dengan ramai orang untuk menjejakkan kaki ke kampus Gombak.
Brother Shahrul is one of them. Ramaaaaiii lagi sebenarnya. Tapi tadi baru je add beliau dekat FB.

Terus komen2 bagai. hahaha

Selamat Pengantin Baru, sir!!

May Allah bless you both. =))

OOPSIE, MERAHNYAAA MAK NGAH!

Gila stereotaip hidup aku. Geram je, update blog. Geram je, memuat naik entri berapi. Macam maggi kari berapi. Fuuuhhhh..

Mengucap-mengucap. Itu laa..Kerja aku belakangan ni asyik mencarut je. Nasib la aku letak "Zon Larangan Mencarut" kat Daddy's Daughter ni. hahaha Menyesal nyaaaaaaa!

To a person that I love, cha. Thank you so much for your concern.

I'll reveal the truth, one day. I'm waiting for the moment.
Tapi bila, tunggu lah. Tapi tak tahulah kalau hati dah lembut bagai, tak jadi cerita, harap maklum jelah kaaan ..

Wanita memang berjiwa lembut. Adeh!
Gelis mak. Padahal nak habis perkataan aku carut bagai. Some times, I was thinking, "Eh, wawa ke ni? Awat ceQ dok sebut suck, fuck, sial dan sebagainya. Sumpah ini bukan aku.." *Sambil nyanyi lagu Tapi Bukan Aku band Indon. Takyah ingat siapa nyanyi. Sebab garuda kalah dengan harimau muda. Aci tak?? Ahahahaha

Tumpang lalu mat-mat dan minah-minah seberang yang baca. Aku gurau ya pak.
Tapi anak-anak kamu yang belajar di sini ganteng-ganteng yaa. Aku sukaaa.. hhahahaha

Sabar jelah menggatal tak habis. -__-


Done with that, we should change our topic. Eh? our? Bukan topik aku je ke nih? hahahaha

25 dis 2010
Walimatul urus sepupu lelaki.
Sebab berpanas di kelantan lah aku demam. Ceh alasan. Sejak bila entah aku jadi alergik panas uolss. Kena hujan, demam. Kena panas, sakit kepala, demam.
Cliche betul hidup aku sejak setahun lalu.
Sampai malas makan ubat, takut efek antibodi. Sikit2 ubat. Period pain, ubat (this is not me, but my fellow friends, tak termasuk PONDAN) Sibuk nak jadi perempuan, kang datang period pain karang, baru kau jadi perkasa balik! Semua nak makan ubat pun tak bagus bhai.

Kalau selesema & batuk, I prefer makan madu. Sebab aku tak reti makan ubat batuk. Sumpah geli, tak sedap. Lepas tu makan ubat, tak hilang batuk. Cuba kau try makan madu. Kejap je. Alhamdulillah.
Madu tu penyembuh. Amalkan ea.
Bagus utk orang tak makan ubat batuk, macam saya.


Jangkitan virus daripada ayahanda, ni wajah demam.
Masa ni aku sihat walafiat. Balik KL terus hidung tersumbat. Daddy punya pasal!! 0__O




dari kiri! cepat jalan!

Banyak la kau. ingat ini kawad kaki?
Dari kiri, ibu pengantin lelaki. Momma mia aku. Mak Ngah (kakak momma mia).


DJ semasa :p
Hahahaa

Kesiann abah, demam masa ni.

Tapi gelak sakan. Macam tak demam pun. Tengok baju baru tahu beliau demam.
Takde mood untuk fashionista.



Momma Mia ku bersama newly wed.
Haruslah mengikut tema uolss.. Orang kuat majlis!


Siapa la ajar afnan makan paha ayam nih. Dah la gigi seputung pun tak dop ag. -___-"

Susah weyh nak tidurkan budak kecik nih. nak jugak tidur atas bahu aku yang empuk.
Boleh time2 kenduri aku babysit si kecik ni. Tidur kena style, mesti dekung, tak boleh baring. Kipas kena hala dekat dia je. Demand ni faris afnan ni. Nasib baik dapat babysitter cute macam err Cik Ude, hahahah. Layaaaan. Jadi mak sekejap pada hari tersebut.

Tak campur lagi anak-anak sepupu yang datang mengendeng suruh mekapkan bagai. Memang sporting habis cik ude. Pengantin sampai pun aku tak perasan, sebab tengah siapkan diorang. Boleh?


Ni tunggu upload gambar lama sangat sampai aku bebel. Hahaha.

Semoga happy ending. InsyaAllah =D


Pengantin bersama keluarga belah lelaki. *tertinggal 1 beradik. Adik tersebut beli air.


Bukti aku jadi baby sit si kecik. hahahaha =P

Tokoh makcik tercomel wahahahahahahahahaha boleh blahh wawa!










Selingan sebentar:

"kalau boleh kan, kalau ada perkara yang tak puas hati di kalangan keluarga, tolonglah jangan pos status sana sini. Orang nampak tahu? Bukan orang luar, pasti orang dalam. To be frank, kau dah kerja, maksudnya dekat sini..Kau dah ada degree. Degree kau dah habis bagus sangat ke sampai tak boleh pandang orang lain dah? Ni lah orang kata, ilmu baru sejengkal, dah lupa adab. Ilmu baru secubit, dah menggelupur. Try aku nak tengok kau sambung Master & pHd? Agak-agak, datang rumah orang kenduri ke apa kau boleh terkangkang tidur. Akai ada tak bai?
Kena ingat, anak2 kau semua kecik tak kahwin lagi. Kau sedap tak tolong kan? Aku nak tengok kau buat kenduri, ada orang tolong kau ke tak agak? Boleh?"


Peringatan buat yang lupa, buat yang buat-buat terlupa mahupun buat yang ada penyakit elzheimer. Nyanyuk! Meh sini kepala, aku libas.

Hahahaha
This is general.
Siapa makan ubi, dialah kentut paling deras.
Kahkahkahkah

LOOKING BACK

Ni bukan ujian. Ni bukan dugaan. Ni bencana. >> Negatif.
Ni bukan bencana. Ni bukan malapetaka. Ni test. Macam test kereta. Naik bukit, undur.
Naik bukit, undur.

Mampukah kita akui kita hamba-Nya, sedangkan tidak diuji?
Allah sayang kita, sebab tu Dia uji hamba-hamba-Nya.

Dan Dia tidak akan menguji seseorang itu, melainkan dengan kemampuan hamba itu.

I am facing quite tough problem. Hhehehehe.

But I am tough enough insyaAllah.
Itula..Suka sangat makan biskut. Nak nak pula BisKUAT! Roarr.Biskut tiger. =,='

Takpelah, semoga teruji keimanan, semoga itu jugalah level aku di sisi Tuhan meningkat sikit.

Siapa doktor dekat sini? Saya mahu tanya. Saya sudah demam kali ke-12 untuk tahun ni.
Mengapa? Adakah demam cinta?

Aku tak rindu siapa-siapa punn?? o_O''

Stress duduk gombak memang ya. Tapi perlu ke demam selalu?

Hikmah apa ini ya? *I am just waiting for the answer* Thank you Allah.

Saya terkenang, sesuatu perkara. Which I don't prefer to tell in my personal journal here.

Saya sedih. Saya ingin menangis.

Tetapi saya tahu, kalau saya menangis, saya kalah dengan mereka.

I know I can.
yet
I do not know how I can beat them.

berikan aku kekuatan, sebab kadang kukuat setegar karang, kadang kurapuh liar merana.


Saya dah tak tahan bila ada orang perasan perubahan saya, bukan sebab saiz badan ea. Aku cubit kang, ni pasal lain.

It disturbs my feeling yoo. My focus too.

Betul2 tak tahu nak buat apa. Sekadar tunggu dan lihat bukan jalan penyelesaian.

I was thinking to quit, but I can't.

I'll never give up to the situation.

You know me, isn't? =)

Thursday, December 30, 2010

DOUBLE 2 WITH BASS-ROBB




Mint ice-cream cake for my birthday.

Yo-yo an je kan? Haha. Comel je saya rasa birthday girl pada hari kejadian. 1 hari dahla. Kang cakap aku cakap aku comel sepanjang tahun kang kau dengki. Hahahahaha

Hmmmmmm,.How to make a first sentence heh? Until now, the touching2 feeling still exist weyh in my heart! Ahaha gila koya. =P
Anyway. Izinkan aku tersedu-sedu sebentar.

Acah je.

tetamu pertama. Cik Tipah.

Gila annoying gambar ni. Kau bajet kau sorang je ada kek?

Memang pun hahahaha



Muka bajet gembira. Sedapnya kek nih. -,-



Thanx to both lovely (dah belanja mesti la love bagai, cuba takde kek? hahaha) sisters. I lap you!!


Ceritanya bermula begini......
Satu petang yang hening, tanggal 20dis. Air hujan mula menitik2 haluuuusss (macam buih nescafe)...

Birthday gegirl (BG) telah habis kelas pada Isnin tersebut, jam 3.30 petang.
Angin dari benua mana entah datang menghembus pujuk supaya memotong rambutnya.
Lantas, dengan keberanian sebesar kek baskin robin hahahaha beliau mengajak kawannya ke kedai gunting rambut.

Dengan berbekalkan motor, yang bukan ditunggang sendiri. Lantas menge'text' kakanda2 nya memberitahu niat (padahal masa tu dah potong) sambil mms anta gambo rambut dah ghope profesor klon da weyhhh!

*eh, penat pula karang2 ayat begini. -___-

Kemudian, kakanda2 dua sibuk membalas mesej saya sambil bertanya bukan2 dan melahirkan rasa kasihan yang berbelah bagi (sebahagian lagi simpan untuk boyfriend, adik dah jatuh level dah.).

Sebab apa kesian? Sebab BG telah mengatakan tiada sesiapa yang menyambut birthdaynya dan takde orang tahu pun. Sebab saya tak meletakkan birthday saya di profil FB. Maka, hanya insan2 terpilih jelah yang wish. Tapi, memang niat taknak sambut pon kan. Rasa nak sambut secara matured la~

tQ to adik sebab sudi hantar 3 mesej dari perantauan. Lepas tu dia takmau dah mesej. Mahal katanya. Aku redha, sebab dah tahu dia kedengss. =P

Lepas puas balas2 mesej bagaii..Tanya malam ni free ke tak..Ada discussion ke tak..Ada meeting ke tak... Gila gedik.
Bajet aku tak boleh baca pergerakan dyorang hahaha

Dapat adik ambik kos psikologi memang susah la nak bujat surprise bagai nii.. Cuba lagi tahun depan okayyy?? =D

Plan kena rapi2...Nanti aku kena pura2 excited lagi macam hari tuh..ngehngehngeh.,

Terharu pun ada, sanggup drive jauh-jauh (jauh la sangatt kann) datang UIA hantar subway lah, kek lah, ada aiskrim pulakk tuu. Layaaan uols. Layaaan =DD

Siap bawak kek pergi meeting lagik. Baiknya ketua.

Biar semua hitam. Hati jangan hitam, ok?


Biar gambar coklat, hati jangan coklat. Boleh?

Gila dah takde idea nak letak caption apa. Kahkahkahkah


The most special cake I've ever get for my special day.


These people make my life brightful because you give me sunshine. hahahahahaha bahasa apa aku guna nih??????


Thank you, kakChiQ and uYu..
Heart you both.
Lainkali tak bagi mahal2 pun takpe. I'll just be okay.
Bagi benda mahal2 akan membuatkan someone expecting something bigger and grand 'what will be the next, huh??' haaa..aku la tu..hahaha

Kasih sayang you both, memang cukup ah I tell you!
Kurangkan gayut2 je. Nanti boleh spend duit banyak untuk aku dan surprise lagi best next year! hahahahahahahaha

Untuk kawan2 baik yang tak terjemput,>> Maafkan ye. Ini kejutan. Tak sempat buat panggilan emergency weyy! Kek cair! Kemudian berebut nak pergi meeting pulak.. Haih..
Next time ok. Saya jemput, bawak hadiah sekali..hehehehe

p/s: Birthday lu 2orang, aku kena bagi Baskin jugak ke weyh????? Ala..duit takde -___-

Monday, December 27, 2010

SAYA DI-TAGGED!

Oh maaii..Apakah ini Camey?
Hahaha
Sepanjang hayat tak pernah ditagged sebegini rupa di blog.
Yang saya tahu, tag gambar dekat FB je.

Layankan ajelah. 1st time kaann hehe
  1. Benda paling penting dalam hidup? Qur'an. (Harap bakal mak mertua baca yang ini. hahaha)
  2. Benda terakhir beli dengan duit sendiri? Tak pernah kerja pun. So, I never buy with my own money. Guna duit daddy memaaaang selalu! -__-
  3. tempat kahwin & tema? Err. masih muda untuk fikirkan benda ni. Tapi xpe, berangan adalah hobi aku.hahaha tempat kahwin; it doesn't really bother me. Kat mana2 pun boleh, asal dapat kahwin dengan suami. Tu je. Tema pun sama, cuma saya nak meriah. Tolong datang masa wawa kahwin, kalau tak, musnah impian aku nak jadikan majlis ni meriah. hadirkan diri ke majlis walimatul urus pun ibadat apa? =D
  4. Adakah anda bercinta sekarang? Tidak. Sebab tu saya blur nak jawab tema kahwin ni bagai. Belum sempat bincang dengan kekasih. Boleh? =P
  5. Berapa lama mencintai pasangan? Haruslah sampai mati. Dah mati nanti, konfem kita sama2 lupa.
  6. Novel/ Majalah/ Buku terakhir yang dibeli? Buku Research Method in Psychology. RM65. kau nak bayarkan ke???
  7. Mak ayah- yang mana awak lebih mesra? Ayah saya. Mak saya garaaang awak -__-' hahaha mati haku umi baca nih. Tapi to be frank, dua-dua adalah okay. mesra tu subjektif. Tak tahu mesra tentang apa. It depends on the subject to be discussed!
  8. Anda nak jumpa siapa? Saya nak jumpa Pak Lah la. PM ke 5. Dia humble. Macam saya. (sila muntah)
  9. Basuh baju sendiri tak?? dekat rumah, mesin basuhkan. dekat asrama, sendiri jelah.. Duduk tingkat 5, mesin dekat ground floor. Mana lagi menyusahkan? basuh sendiri atau suruh mesin?
  10. nak pergi mana? most lovable place. nak pergi New Zealand weyh. for sure Mekah Madinah nak pergi jugak. Ni kira kewajipan dua negara nih. Tapi NZ adalah tempat impian; yang hukumnya harus kalau nak pergi.hahaha
  11. peluk atau cium? peluk! sebab ia menyenangkan. *untuk muhrim sahja. thank you =P
  12. 3benda orang yangtag anda. Namanya Camey- Dia dah kurus weyh! aku jeles hahaha - Dia tukar kos macam aku. hehe
  13. lagu kegemaran? lagu yang seksi2. Banyak. Malas taip. Aku artistik. Lagu itik tokwi pun aku gemar. Jadi?
  14. Blogger yang bertanggungjawab untuk jawab tag ni? Yang baca ni. tolong rajinkan diri buat benda alah ni. Aku penat taip soalan. Sekali tak boleh paste laaa.

Tuesday, December 21, 2010

DARI PENULIS

Untuk readers:: Thank you for reading this 'poor' blog!
It has been posted for 6months & viewed by 1000++ persons.
Walaupun kutahu 500++ tu adalah aku yang view sendirik! Tapi takpe, aku bangga. Hahaha
Tak bangga banyak pun, yelah, korang punya viewers pun dah sejuta kan? Followers pun ramai kan... Tapi takpe, (berapa banyak kali nak jaga hati sendiri nih?? hahaha
Followers & viewers are not an issue for me.
As long as anak umi & abah ni hidup, i'll try to write, write & write..
Hingga kau taknak baca dah blog aku nih. hahaha
tQ again. Sooooo much.
Keep supporting me uolsss! *baca dalam nada gedik, kalau tak kurang rasa. =P

Monday, December 20, 2010

DOUBLE TWO OF ME

Wishing myself, najwazin~ A Greatest Birthday yoo!
Hi! I am 22 years old.
kesian, orang lain nak masuk 23, kau baru 22.
  • may Allah bless me, myself.
  • may I succeed in dunya & akhirah.
  • may I become the bestest khalifah & servant of Allah s.w.t, daughter of my parents, sisters of my siblings, buddy among your mates and etc.
  • may Allah give me so much rezeki. And I am very happy to be grateful to him. =))

Sebenarnya, malam tadi saya lupa hari ni birthday saya.

Banyak benda fikir. So far, semenjak sem bermula, meeting setiap malam, tak pernah stop. Enough with that.

i would like to thank to few persons that wish me 'happy birthday'

You guys are awesome! I tak letak pun reminder dalam facebook. And i was really toucehd last night okay. =')

kalau bagi hadiah lagi aku teresak2 hahahahahahahahaha

Credit to them; jap eh, I taip nama person special ni~

  1. Akma (the most fastest person ever..hehe )
  2. Zikry
  3. Maidhatul
  4. Durra (muzik birthday pun ada sekali) ^__^
  5. Najihah -sibling-
  6. Izatul Firdaus
  7. Syazana Adam
  8. Ras Adiela
  9. Khalis -sibling-

tQ soo much okay?

i heart you..

p/s Ain azwanie, tekaan kau betul dekat fb. =)

i share the same month with my mom taw. She was born on 10dec, I was born on 20dec. Cool!

^^^^_______________^^^^

hMmmm~ hadiah hari jadi terbaik..?

Tadi toleh belakang ; i saw himm!!! hahhahaha

who is he? ouh.surely secret doww..

aku cover2 kay tulis ayat2 ni..tak bagi nampak..ngeee.

Gatal no?

Hormon 22 sedang merembes. isn't??

Saturday, December 18, 2010

PROFESIONALISME

Saya percaya setiap ketua ada acuan membentuk anak2 buah mereka.
begitu juga saya.
Kita sebagai ketua tak boleh mintak lebih.
tapi, Selalulah memberi lebih.
Kalau kita pun tak boleh memberi lebih, macam mana nak anak2 buah nak beri lebih?
Hidup ni mudah. Cuma kita membuat hidup susah.

Apa, tak betul ke?
Hidup ni, buat observation banyak2 okay.
Bukan nak kumpul buat kutukan.
Buat pengajaran. Tak gituu?

Kes 1:

Saya ketua jabatan. Contohlah. hahaha sorry kalau nampak exaggerate & extravaganza sangat contoh ni. Aku kan poyoo??? =P

eh,sambung2..

Katalah saya perlu conduct event.
1program ni, saya perlu jadi supervisor. Jadi, saya lantik satu insan ni untuk jadi ketua program tu. Makanya, saya telah plan (mesyuarat dll) 3minggu sebelum cuti. event sebenar bertarikh 8minggu kemudian.

nak dijadikan cerita, insan tersebut telah menge'text' saya a week before event berlangsung.
Text tersebut berbunyi begini: "maaf, i can't join this programme this week cause i got walimatul urus...."

Yelah, saya tahu wedding2 ni susah nak tolak alasan sebegini.
Dan saya pula bukan ketua jabatan yang kejam. saudara kau nak kahwin pun aku tak halang.
Tapi ..

SALAH KE? kalau kau bagitahu awal? Salah ke?
dah la payah aku nak contact kau nak tanya update apa2?
tapi takpelah. selalunya orang begini, kerja dia tak perfectlah! Aku jamin.
I'm not saying i'm a very goooooddddddddd leader. Tapi~ too much tapi eh nowadays wawa?

Dey,.kau hebat sangatkah? Tak ponnnn!
Last2 baru sibuk contact guwa. Tak cool langsung. kau ingat ketua jabatan nak handle 1 program je ehh? Tak la sayang...banyak...
Aku bukan kau. Kena conduct 1program je. Kau tahap ciput. Aku tahap ciput babi. lebih dekat babi jelah..Tapi takyah ah samak2. siput je ann??

Leader macam ni kita perlu respect ke ha?
Eventhough kau kira sub ketua jabatan. Ingat tuu. baru pegang jawatan cinonet, dah menggelupur. Kalau pegang ketua jabatan? Gasak kaaauuuu laah.
Happy for not to see you again.Aih? negativenya wawa.

Taklah..Happy to see you again. namun, tolong siapkan telinga nak kena basuh dengan aku ok?

KES 2:

Ni lagi seorang.
Awak nak orang respect awak.
Tapi balik2, awak tak respek orang.
Ni kira ketua jabatan lain.
Masa event aku berlangsung, takde pulak nampak kau?
Masa event kau belum berlangsung lagi, pandai pulak mesej2 suruh turun buat kerja?
Apa ada hal di sudut hati aku nak mengenang orang sebegini.
Please laa..

Tiap kali perjumpaan sedaya upaya cakap 'benda sama'.
Melayuuu; "cakap tak serupa bikin"

Memang kalau boleh taknak ungkit. Tapi apa yang awak buat tu memang bertentangan dengan hukum alam yang awak selalu gembar gemburkan.

Saya kerja memang ikhlas. (Orang kata kalau buat baik jangan cakap. Tapi aku cakap jugak? Kira down to earth la ni??) Apa2 jelaaahh.

Talam muka dua. Kesian talam. Aku rasa, kalau talam ada mulut, mesti dia dah marah2 orang melayu.
Apasal lah samakan talam dengan orang hipokrit?
Manalah aku nak tahu kan?
Sorry eh,talam.

Aku, kalau boleh nak letak nama lain. Tapi, takpelah. Kalau2 ni tak boleh guna dalam Islam.
Melawan taqdir namanya!!

^^^^_______^^^^

p/s:
1. kita memang tak boleh puaskan hati semua orang. kuasa kita limited. hanya Allah yang Maha Berkuasa. (tazkirah kejap.) hahaha

2. Kita memang akan jumpa pelbagai ragam orang dalam proses kematangan kita. Selalunya, apa2 cabaran yang datang sekarang, itulah yang membantu kita membentuk identiti yang kukuh & gagah perkasa. (ni bakal pakar psikologi cakap) -ala..yang comel cun cantik tuh?- rugii tak kenal.

3. Sabar. itu kunci utama. Buat apa2 pun perlu sabar. Sabar itu kan separuh daripada imaan???
*ustazah menyelit lagi* ngahaha..

4. Saya bos yang garang. Aku akan desak2 kau, sampai kau lebam buat kerja. Haruslah kan? Event dah nak sampai, kau tak buat kerja apa2. Manalah haku tak hangin.
(Orang tanya apa maksud *supik pun aku boleh bagitahu maksud dia Sarawak?? Padahal maksud dia plastik.) You'll never like me if you know me as a worker, boss and etc.
But, you will fall in love with me if you know me as your friend. I'll be your bestest buddy and lovely friend to share story with. Insya-Allah.

Serabut tahu jadi ketua ni. Tak mudah. Tapi bukan mustahil. ^____^

#siapa ada tips jadi ketua yang best? *maksud saya bagus la* tak syok sendiri, kerja memang ummphh!#


Thursday, December 16, 2010

URGHH!

NajwaZin needs a manual diary. MANUAL.
Not electronic.

Lengkap untuk buat appointments semua. kalendar cukup untuk 12 bulan.

Kalau lah daddy's daughter boleh dibawa kemana mana aje, aku bawak dah.
Cuma leceh nak log in bagai.

Wednesday, December 15, 2010

SEM DUA MENUNJUKKAN TARINGNYA

Baru 2hari sem start. 3hari kelas, kehadiran penuh. Wah3!
3hari baru je bermula kelas, tapi dah dapat beberapa perkara:

  1. 3midterms on 26january.
  2. 4subjek dah perlu pilih group members.
  3. 9 & 14march perlu hantar 2 assignments.
  4. 3subjek dah dapat tajuk untuk presentation.
  5. lecturer statistik dah bagi warning untuk kelas pertama. 'siapa rasa dia busy sem ni, tolong drop subjek statistik. sem lepas 35 pelajar fail (25%) daripada jumlah sebenar. (apasal aku terasa dengan statement ni haa?????) BENCI!

Moga TABAH>TABAH>TABAH.

*Saya annoyed dengan orang yang nak kita ulang banyak2 kali. Tak faham2 jugak.

Penat lah.

Call la okay? I need to text tooooo many persons nowadays.

I need to think about myself too.

tolonglaaah. dah 2malam berturut2 meeting. Dey! Aku tak selesa okay tido tak mandi!! meeting nak habis tengah malam je okay. Tak nice! tak nice! ='(

Dulu dah pesan settle awal2, taknak DENGAR..Lepas tu boleh condemn aku depan orang lain?

Sorry if kasar tapi nak cakap jugak; "Pergilah mam*** okay? "

Ha, lagi satu;

Buat readers di luar, (tak semestinya followers): since this is my blog, obviously hal dalam ni adalah utk tontonan umum. maka saya berkongsi di sini bukan untuk anda berkongsi dengan orang lain which is maksud aku....

KAU TAK PAYAH NAK CONDEM APA YANG AKU TULIS DALAM BLOG AKU WTV! BOLEH?

PLEASE HAVE ONE LA DEYYY!

A person yang entah apa2, >> dah baca, diam2 sudah.

takyah nak komen2 kalau tak suka. Same goes to the FB network. I don't really like a criticise yang nak menunjukkan salah aku, walhal benda tu kau start dulu.

Be nice to me, and i'll be nice to you too people.

jangan pandai2 nak suruh aku buat itu ini, meletakkan border line dengan life aku okay?

I know my limit. Cakap macam tak pernah KENAL aku. For sure aku marah.

Korang, dah baca blog ni diam2 sudah! Tak minat blog ni pun sudah!

kalau tak selesa jadi friends dekat fb pon toksah gedik nak add. Apasal laa aku jumpa orang2 camni heh?

Tolonglah..minta pengertian semua.. MIND YOUR OWN BUSINESS.

p/s: how to private this blog application eh? Bosan.

Saturday, December 11, 2010

JOURNEY TO THE WEST


Dan siri PENGEMBARAAN wawa pun bermula!!! yeah!

Puas makan kambing hari ni. Esok pagi, bangun mengembek-ngembek. Boleh?hahaha

Friday, December 10, 2010

DUREN-DUREN MERONGGENG



1 lagi entri hasil ronggengan dengan kawan2. Kamu bosan ke? Kalau bosan, pergi mengaji okay. Dapat pahala, lepas tu sedekah dekat saya sikit. Ngehehe.

My another bestfirend in uia Kuantan. Syazana Adam. atau lebih glamour panggil Nana.
hey, beliau ada kembar. Namanya Nani.

Tengok saya, sengih bukan main kalau dapat ronggeng, cuba suruh pergi kelas pagi2..hahaha

Tak sangka nana dah pindah Putrajaya. Jauhnyaa.. ya, saya baru je tahu awak. Nana baru bagitahu semalam. Dia lupa, dah 2bulan dekat sana. So, as long nana bagitahu i'll be okay. Dekat dengan pejabat Daddy saya. So, lepas ni adalah senang untuk ronggeng dekat Alamanda. haha
bosan. Najib, boleh tak bukak Alamanda lagi satu yang lebih best dekat Putrajaya?? *okay, abaikan ye. Bina pusat Islam lagi best. ^__^

Kami sepakat pergi Jusco jelah. Dah lewat petang pun. As long dapat bergosipan pasal diri memasing okay dah tu. Niat di hati takde nak beli apa2 pun. Tapi semalam saya ajar nana makan Big Apple; my favourite flavour- teka cepat! teka!!

DUREN-DUREN
Yummy okay. Elok dimakan semasa bukan musim durian. Siapa yang bini dia kempunan durian masa preggy, bagi je duren2. Mesti diam terus. Tapi, kalau dia mengidam durian belanda, Big Apple tak dapat tolong okayy. Sorryyyyyyyyyy.hehehe =P

Eh, sebelum lupa. Watak2 lain yang ada semalam: Man (adik nana) & Daus (kawan kami)
Pandai je lelaki-lelakis ni. bawak diri macam tahu2 je kan kitorang banyak benda nak gosip..hehehe Bagus!

Before balik tangkap gambar 3orang. Nah! sudah diabadi dalam blog guwe yang tak ramai pengikut nih..Hahaha.

p/s: Nana, anything sms je okay. update pasal urself. Jangan down sorang2. Tu layak untuk orang takde kawan taw, sedangkan nana ada wawa.. hehee Geli tak ayat ni? kalau geli, garu jelah okayy! Boleh?

Hey, nampak gemuk pakai baju besar!!
Padahal memang gemuk pun kaaannn?? =D



Okay, tukar2..saya dekat tepi dengan harapan nampak kurus sedikit.Ngahaha.

Kau ada idea macam tu? =P

Okay, dah takde date lain dah.. =))

Date dengan uia jelah pasni. Semoga bertabah, wawa.

^^^^^^^_________^^^^^^^

Okayy! Sudah tu dengan kawan2. Aku nak bukak cerita baru. Senonoh tak? Rasa tercemar pulak entri ni.

Aku dah fikir masak2. Lepas ni akan sound orang terbabit ikut blog je. dah sound depan2 kau tak dengar ye! Aku sound belakang2, aku nak tengok kau cakap apa.

Bajet bagus sangat lah tuh. Cari pasal, pandai la tanggung risiko. Tak kuasa aku nak jaga hati kau dah. Aku penatlah.. Boleh tak nak cuti sem2 ni?

Malas tengok orang2 camni. -__-
HATI SAYA PEDIH!

KLCC LOVES US!



Sure ke KLCC sayang dekat kitorang? Kami adalah pengunjung tetap KLCC. Sampai nak muntah tengok KLCC, tapi nak buat macam mana..... Beriadah dekat sini adalah simple. Naik train, lepas tu terus sampai. Best, bukan?

Saya rindu MIDVALLEY, kami sebenarnya. Tapi, leceh lah nak pergi sana. Nak tukar2 train, kami yang cerewet ni memang tak layak pergi sana T___T

Tahu jelah, servis KTM mana pernah best. Padahal aku dah lama tak naik, tapi nak menceceh jugak. Gerabak wanita pun belum jejak. Dah la kena tunggu berminit2..Lama, tahu? Rasa jalan kaki atas rel lagi cepat sampai. Rasanyalah, tapi tak pernah buat lagi. Err. Cuba pun tak mahu. Hahaha.

Ini boleh dikatakan kawan baik. (ada ke weyh gelaran macam ni?) Macam tak ekhlas!! Sentap Hil karang =P

Okaylah, straight to the point, malas mengarang, mengantup tahap cipan nih.


Mempersembahkan kepada anda semua: Nur Hilwani Md Razi (benarkah ini nama bapanya? tatau..tatau..) salah, tolong komen k macekk. =P

Dia ex-schoolmate sekolah teknik saya. yang terletak di Cheras, tengah2 bandar cheras, antara sekolah menengah sains selangor dan sekolah menengah sains alam shah.

kami tak suka budak alam shah! mereka poyo! hahahaha
okay, tetiba ada readers datangnya daripada sekolah tersebut. Err, saya jamin anda bukan golongan poo tersebut. Anda adalah gorgeous sementelah jadi readers aku. So, you are safe! Tahniah..=)

Takdir telah menemukan kami, 2tahun duduk 1dorm sama okayy. Padahal rapat masa form5 sebab pergi kem motivasi sama masa cuti dekat UKM. *okay, teringat pengalaman dimengorat..hahaha =P* Maaf ye, sekadar mengenang memori silam.

Lepas rapat masa form 5, terus jatuh sayang. Hahahahaa~ macek, aku pasti kau geli baca blog nih. Tapi, harap maklum, aku gurau je. Kau layan jantan hot je..Sampai blog kau pun nama scandal apa nama entah aku tak reti sebut, then dipenuhi gambar2 lelaki2 yang hot. Aku yang HOT ni takde pulak kau letak! -__- Sampai hati benar kau ni.

Tapi takpe, as a friend aku sokong minat kau.. Baik gila aku.
Sementelah dah grad, rajin2kan diri tu sikek baca paper tang iklan2 tuh. Jangan jadi gadis kilang dekat Pinang please. Susah nak date.

Dahlah jumpa sekali setahun, pulak tu Asyik2 jumpa time krismas, kurang pahala tahu tak? hahaha ~ ada kaitan ke?

Nanti dah dapat kerja, belanja aku okay. ZARA pun dah okay. ngahahaha. Engineer gaji harus mantap okay. Nanti aku balas Jimmy Choo. Boleh? ke JC mahal lagi? errmm..Takpun, F.O.S jelah weyy. Murah, cermat lagii.

Habis dengan dia. Teman penggosip dari alam zaman awal remaja hingga pertengahan remaja.
Apa2 skandal saya dalam pemerhatian dia. wah!!! haha
Takdelah skandal kan, cerita Gila-gila Remaja lah maksud saya.
She is hot, keluar kali ni pakai heels. Tak cakap, kalau tak join sekaki. Aku keluar dengan kau pakai selipar beli dekat Masjid Jamek je okay!!. Hormon feminin memang menguasai bila kita tamat study. So, when is my turn? haha harapan jelah.


Ni pulak, adik katil saya. Farrah Syazana. =))

I'm a good sister taw..Tak caya, tanya dia okayy. Dia sakit jari pun suruh aku urut. Tak boleh bla punya manja anak sulung ni. Aku sebagai kakak yang berwawasan , layankan aje.

Gila rindu dengan adik2 dorm. Mana hilang pun aku tak tahu. Yang ada add dekat facebook, hanyalah beberapa ketul, yang pernah bermanja-manjaan dengan aku.

Harap korang selamat okayy. Nak dating, contact je akak. Jangan segan. =)

Farah ni kerja sementara dekat Petrosains. Sambil tunggu kemasukan ke UiTM, untuk bahagian Ijazah (civil engineering.) Yang ni unavailable. Tak boleh kacau haaaa..


Kali ni lepak kejap je..
Gosip cerita basi..
Pergi tuntut sim kad maxis aku yang dah basi jugak. uwekkk
mengenang memori yang tak basi2..haruummm.. Hahaha
Pergi taman klcc, keluarkan peluh lepas lunch, then masuk balik klcc. isi perut dengan ais krimm. Aik, tadi kan dah peluh2? kena ganti la balik lemak2 tuh. Begitu??

Camtu jelah cerita. Bosan lah entri nih. Nak sangat update, tapi lupa mengarang.
Janji ada.
Hil, update cepat gambar2 hot kita.
Beli usb cepat.
Aku dah edit gambar kau cantik2 nih..


Tata people. My bed is miss-calling me for 34 times. =0



Tuesday, December 7, 2010

TAHUN BARU ISLAM

Salam 1 Muharram!!

Jadi sama2lah doa agar azam kita tu dimakbulkan Tuhan. Kalau nak dimakbulkan, usaha haruslah seiring dengan niat, tak cukup kaw gebang2 dekat blog and facebook. Tapi satu hape pun takdak, wawa. Not nice, people.

"Iman itu bukan sekadar bicara, bukan juga sekadar cita-cita, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat di dalam hati, dan dibuktikan dengan amal."
Sesungguhnya:

“Tiada Hijrah (ke Madinah) selepas pembukaan Kota Mekah, tetapi yang kekal wujud hanyalah jihad dan niat. Apabila kamu diseru untuk berjihad hendaklah kamu menyahutnya.” (Riwayat al-Bukhari)

So, niatlah apa2 pun asalkan berkiblatkan kebaikan, sifat mahmudah. Insya Allah.

Sebelum 1Muharram, result pun keluar. Ingat malas nak check, tapi laju pulak tangan pergi website universiti. Poyo kan tangan aku nih! Penat aku larang. Nak jugak pergi. Haih -_-

Ingat tak entri yang INI? Sikit punya tertekan. Jadi tak mengharap banyak pun result kali ni.
Usaha pun tak banyak. Lepas check semalam, rasa terkujat pun ada. Tidur tak hengat, padahal exam esok. Memang ^&(^%^.

Baguslah sem lepas. Mengajar aku berusaha tahap tak ingat untuk sem-sem yang bakal datang.
Sebenarnya, result taklah teruk. Err.teruk sebenarnya. Sebab jatuh. Tapi lega sebab masih dalam lingkungan 3. Gpa turun, 2.9 -______________-

AINI said;

Haa! Dengar tu. Kena sedih! jangan gembira tahap tak ingat ok.
Hey, saya pelajar suka study last minute taw.
Walaupun ada 3midterm fail, (please do not tell my momma! aku sepak kaw kalau kau buat hahaha) tapi alhamdulillah rezeki sgt menyebelahi saya. 2 subjek dapat C+, 1 lagi dapat B.
Teruk la prestasi kali ni. Tapi tetap percaya pada diri sendiri sebab dapat skor untuk final.
Kadang2, saya terfikir, aku ni betul ke last minute punya student? Ataupun, result akan berganda2 jadi hebat kalau usaha lebih AWAL & KONSISTEN?
Saya cabar diri saya untuk jadi kategori yang ke-2 ni. We will see then. Lepas tu kita jumpa entri pasal result tahun depan pulak.Hehehe. =P

Sebelum exam, saya emel2 dengan sir english. Lepas tu, dia bagi ni haaa.!!

Hey!! Aku suka! Aku suka! hahaha. Dapat B+ untuk BI memang best. Tambah2 dekat UIA nih.
Hanya student UIA jelah tahu struggle macam mana english dekat sini
~ Eleh, english susah ke, kau yang bengap BI ea wawa? ahahahaha ~ hey pape jelah okayyy!! =P

Doa jelah banyak2, buat yang terbaik. TERBAIK. TERBAIK. TERBAIK.

Harap tak gebang je lebih. Kalau niat, mesti buat.
Tetiba teringat aku belum habis qadha' puasa lagi. Hahaha 1hari je lagi tinggal. Err, anda semua dah habis ye?

Friday, December 3, 2010

TUMPAT DARUL KETUPAT




Kampung patik, Kelantan Darul Naim. Tumpat yang takde darul ni, patik saja-saja tambah Ketupat tu kampung ayah patik. Merangkap kampung patik jugak. Kampung mak, kita cerita lain kali. Sebab hari ni nak letak gambar daerah Tumpat je. Sengaja haku nak bagi famous, nyah.

Lepas tu, mana lah tahu ada orang yang tengah belajar luar negara rindu sama kampung ni, dia godek blog saya kan. Ha, kan marvellous begitu. Eh, jemput tengok. Jemput tengok. Takyah segan nooxx. Free je, mak tak ambik bayaran pape pun. =P

Ha, yang ni tengah tunggu bot penambang. Belakang tu contoh bot penambang lah. Ada bran ke kaw nak naik?

Eh, siapa-siapa yang berkenan nak datang, marilah mencemar duli ke kampung patik yang down to the earth macam tuan dia ni ha. Down to the earth ye wawa. hahaha
I'm telling you eh people, tambang bot rate dia RM2.00-RM3.00 seorang.
Tapi my papa (papa lah pulak kan?ngahaha) selalu bayar lebih, sebab uols tahu jelah, famili I ni ramai, 7orang kan..(ramai le tu) berat2 pulak tu, tambah2 haku kan. Beg pulak nak gedabak seorang-seorang. Lagipun apa ada halnya bayar dekat orang kampung sendiri. Nak bagi seronok2, dapat duit.

Cerita pasal orang kampung ni, teringat lah pulak, my papa selalu cerita dia orang pertama masuk universiti dekat kampungnya. *okay, boleh tepuk tangan sekarang* pap pap paap
Kalau jumpa generasi dulu2; atau makcik2 dekat area kampung bapa saya, mereka selalu cerita lah, "Abah korang dulu, petang2 duduk tepi sungai, baca buku..Rajin abah kome dulu" -tetibe je kan loghat Perak ada-. Hahaha heh, mokcik tu kecek kelate la..Bukan Perak.

So, tolong ambil iktibar or wtv dari cerita ni. Dulu abah saya tak duduk dekat kampung. Dia di'angkat' oleh seorang guru dan tinggal bersama guru tersebut. Namun, guru itu dan isterinya telah pulang ke rahmatullah. *If you dont mind, could you please pray for them? al-Fatihah*
Saya difahamkan oleh bapa, beliau dilihat sebagai pelajar berpotensi, makanya beliau telah di'angkat' dan dibesarkan oleh arwah Ayah Long (jadi, arwah datuk angkat saya lah jugak).
So, begitulah.

Jadi, yang saya nak cerita dekat sini, abah saya tak kisah nak bayar tambang banyak2 dekat orang kampung. Sebab dia hati lembut, cepat kesian. Maklumlah, orang kampung kerja nelayan, nak pulak tanggung anak ramai. Kurang2 aje 6orang kan (okay, ni agak je.) kalau yang ramai tu ada 9orang, 10 ke. Tapi kalau korang nak datang kampung ni, suka hati la nak bayar lebih ke tak. Duit uols. Wah! tetiba je uols tak jadi datang sebab takut kena bayar tambang lebih.AHahaHa. Takde okek. Kau jangan merepek.

Tapi, selalu jugak terjumpa penambang2 yang tak kisah berapa bayaran;
Abah; "Brapo nok keno bayar nih? (Ha, berapa ni nak kena bayar) kura2 betul ayah patik ni.haha saja tanya.
Penambang; "Berapo2 jelah abe, kito takpo belako." (berapa2 jelah abang, saya tak kisah.)

Jadi masa ni, saya nak je hulur RM100! hahaha macam lah ada duit kan.
Memang takde situasi argue harga la dekat sini. Baik gila orang2 dekat sini, at least kalau compare dekat KL. Argue sampai habis air liur pun belum tentu dapat kurang, nak2 pulak dengan Apek. Memang takde can punya kau dapat diskaun beb.


Ni keluarga belah abah. Layaaaaann uols!. Gegak gempita bila2 aja.

Jadi, teruja tak nak datang sini? HaHa. heh! kementerian pelancongan tak bayar 1sen pun dekat saya sebab promosi Kelantan dekat uols.
Promosi adalah tertakluk kepada syarat, terma dan perubahan.
  1. Individu untuk perempuan. Nak datang geng2 pun lagi boleh.
  2. Berkumpulan untuk lelaki. I taknak nenek dan atuk tersalah anggap bawa pulang cucu baru. Tak sama sekali.Haha. (Ni I ajak2 ayam je ok lelaki's. Never trust wawa.kahkahkah)
  3. Mestilah tunggu aku available nyah. Kalau ajak aku time tengah semester, takde maknenya der!. Tunggu cuti okek =P
View daripada atas bot. ^__^
Kampung awak macam ni tak? =P hahaha



Kalau awak naik bot, mesti jadi macam mak kita wak. Mulut terkumat kamit baca doa.
Teehee..

Petang2 memang scary naik bot. Nak2 pulak air tengah pasang. Lepas tu naik dekat tanjung, dekat dengan Laut China Selatan. Angin menderu2, air jadi berombak sikitlah, pukul2 bot, sampai terlambung-lambung. Tapi taklah melambung macam naik kuda. Tak,itu tipuuu sangat.

Masa kecik saya selalu menjerit kegembiraan, keterujaan. "ayoyo! adventure2! hahaha"
Lepas tu terus kena marah dengan abah, "heh! diam! duduk senyap2"

That is why akak tak join adventure club dekat sekolah dan universiti. Balik kampung pun dah cukup thrill bagi akak. 9jam waktu biasa. 13 & 14 jam kalau balik waktu puncak. (khususnya waktu Raya) keras punggung -___-

KAWAN KAPAL

Kawan kapal; Friendship.

Kubiar kalam berbicara,
Menghurai maksudnya di jiwa,
Agar mudah kumengerti segala yang terjadi,

Sudah suratan Illahi.

Kubiarkan pena menulis,
Meluahkan hasrat di hati,

Moga terubat segala keresahan di jiwa,
Tak pernah kuingini.

Aku telahpun sedaya tak melukai hatimu,
Kasih yang lama terjalin berderai bagaikan kaca,
Oh teman maafkanlah diriku..

Oh Tuhan, tunjukkanku jalan

Untuk menempuhi dugaan ini,

Teman maafkan jika ku melukaimu,

Moga ikatan ukhuwah yang dibina..ke akhirnya


Aku tidak 'kan berdaya menahan hibanya rasa,
Kau pergi meninggalkan diriku,
Redhalah apa terjadi,
Usahlah dikau kesali,

Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..

Boleh picit sini untuk dengar; Sahabat Sejati


Untuk teman-teman tersayang..
yang jauh di mata, tapi dekat di hati,
yang dekat di mata, melekat dalam doa. =)

p/s: yang jauh pun ada dalam doa.
Mana2 anda semua pergi, doakan kebahagiaan saya di dunia dan akhirat; doakan kesihatan saya..Doakanlah saya, semoga Allah merahmati kamu semua. insyaAllah.
Sama-sama kita doa okay!!

Wednesday, December 1, 2010

KAHWIN SITU SANA SINI

Pictures: Credited to Lina & Daus

Wedding Achinut dan Suami (cinot is my ex-Uni.mate)

Wedding Sarah & Fitri (my schoolmates)

"Aku terima nikahnya...." - Saya pasti ini ayat keramat untuk 2 bulan terakhir 2010 (atau mana2 tahun pun). Cuti sekolah sama dengan kahwin. Wah! Gituu ye?! Begitulah. Masa nilah nak kumpul saudara ramai2, jumpa famili jauh dekat selain hari raya.

Saya pun tak terkecuali. Tapi setakat ni tergolong dalam golongan hadirin jemputan ajelah. Jadi pengantin belum lagi HaHaHa. =P

Ramai betul kawan2 nak kahwin (ada yang sudah setakat ni). Meh saya listkan;
  1. Achinut 27nov (Nurul Ashikin Mohamad Radzi)
  2. Sarah & Fitri 28nov
  3. Lina & Tunang 12dec *kot (Lina Iryani)
  4. Sepupu (Pije & k'Yat) 18dec

Pictures; Credit to Nurul Nadhirah; Sabrena & Adib.

Sarah fitri punya wedding je saya pergi.
Wedding yang lagi 3 tu saya tak berkesempatan untuk pergi; di atas beberapa sebab
-Jauh (Johor & P.Pinang)
-Wedding sepupu dilangsungkan masa semester telah dibuka, tambahan terikat dengan program di UIA. Kalau saya lari drpd program, tak boleh. Aku tersepit dekat sini.
Malas nak terangkan, sebab saya tak mahu anda pening dengan masalah saya.

Apa-apa pun seronok dapat jumpa ex schoolmates. Yeay!
Jadi, ada siapa2 mahu kahwin lagi? Hantar saya kad okay =P

Untuk semua pasangan pengantin;
  • May Allah bless you, your spouse and the marriage.
  • May you have children, Quick2. Hahaha
  • Dikurniakan anak2 soleh & solehah.
  • Dikurniakan kesabaran, toleransi - perkahwinan yg bahagia. InsyaAllah.
Aminn.