Tabung Elektronik

Wednesday, March 30, 2011

BITTAWFIQ WANNAJAH

Hari umum peperiksaan bagi universiti saya ; 31Mac-16Apr Hari umum peperiksaan untuk kertas pengajian saya; 5Apr-16Apr Sekadar mengingatkan diri sendiri dan yang lain.. Kalau terasa down. up. down. down. down. down. Wake up please! Mesti study dengan hebat-hebat. Sebab cuti 5 bulan menunggu. Saya akan pastikan cuti 5 bulan dalam keadaan tenang dan berbaloi-baloi-baloi-baloi-baloi-baloi. Okay dah, kami faham wawa. Memetik kata-kata pujangga:
"The future belong to those who believe in the beauty of their dreams"- Eleanor Roosevelt


"Your beleif determines your action & your action determines your results, but first you have to believe!"- Mark Victor Hansen


"I cant believe that God put us on this earth to be ordinary"- Lou Haltz


Dan banyak lagi dekat sini. kata-kata motivasi. (tak sempaaaaat dik non nak tulis semua) haha ;p


GOOD LUCK SEMUA! ;)

SEMOGA CEMERLANG DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT, INSYA-ALLAH.

Jumpa 2minggu akan datang. See you. Muah3

Sunday, March 27, 2011

macam ni lah

tajuk ken tulis kecik2. sebab melambangkan hati kecik, tapi jiwa besar. hehe

hari ni hari ahad.

duduk seorang2 dekat rumah. dengan umi & abah.

Macam ni lah kalau single. Kena tinggal duduk dengan parents.

  1. Kakak-kakak pergi ber-dating. tinggal yang bujang je main facebook dekat rumah. pfft.
  2. Kena bebel je, sebab yang lain takde kat rumah. Adik, kau balik sekarang! hahaha.

Moral value; kena cari boyfriend ke, kena balik uia cepat untuk study nih? hikhikhik


dah, jangan merepek. sebenarnya, saya tujukan entri ni untuk kawan2 dekat Kuantan. seperti akma, cha and nana. a few bio students, yang rapat.

Dulu, saya pernah janji nak ke sana masa 'revision week'. tapi, disebabkan oleh saya ada 2kelas ganti pada minggu depan, saya tak berani beri komitmen untuk ke sana.

kelas statistik 28hb petang. kelas arab 31hb malam. beserta kuiz.

nak pergi lepas 31hb, bebudak ni start exam dah. yang start exam lambat, aku je.

sorry dearests, next time babies ;)

InsyaAllah. until Allah say yes.

sorry taw!

All the best semua!

moga dipermudahkan segala urusan. Aminn

Saturday, March 26, 2011

NAK JADI APA EK?


Sebenarnya uols, daddy's daughter telah berazam taknak sentuh blog buat sebulan. Hal ini disebabkan oleh dD akan menjalani peperiksaan akhir bagi semester terakhir 2minggu lagi.

Namun, disebabkan ada adik reader yang meminta saya ceritakan serba sedikit tentang bidang saya sekarang ni.

Gila terharu, nak menangis bawah katil ah macam ni. tsk tsk tsk.



Ni lambang psikologi. Tak tahu kenapa bentuk dia macam lebih kurang 'Club Med'.

Jangan tanya saya, bentuk dia macam ni. Kalau aku ada kuasa, aku akan tukar simbol ni kepada wajah cantik saya. Ehhhh???

Kenapa kena letak nama Google, kalau ambik mana2 imej dari web itu?


Tak silap saya, 23hb Mac lepas, keputusan SPM diumumkan.

Tahniah pada sesiapa yang dapat A penuh. Memang wow! Macam haku nih, hehe tak penuh mana. Jadi, sudahkah anda men-decide nak ke mana lepas ni?

Weyh, apasal ayat tak boleh bla macam aku ni ada syarikat konsultan suruh pergi mana, masuk U mana. ;p

Yang tak dapat penuh keputusan SPM tu, tak apa. Usaha yang belum capai tahap maksima lagi (mungkin, macam akulah). Tempat dekat mana2 institusi tu mesti dan pasti ada. ;) Positif babe.

teringat result haku dulu. Memang tak cemerlang mana. Dapat UIA ni pun dah habis bangga dengan diri sendiri la. Tak yah proud lah dengan orang lain. Sebab nanti terasa diri sendiri tak setanding orang lain.

Belajarlah untuk tak kisah pada hal orang lain.

Kita mampu mengubahnya. Eh eh. Iklan Jabatan Kerja Raya ke apa ni. Hahahaha

Sudaaaaahhh. melalut dah aku ni.

Back to the track. Mengenai adik saya ni, Fatin Athirah. She was asking about my course: Psychology.

Minat benar katanya. Ce cite kak psikologi ni pasal apa.

Meh sini rapat2. Siapa2 yang dah dekt universiti ni pun nak datang rapat pon takpe. Mana tahu adik2 atau saudara mara datang tanya anda psikologi apa, nganga kau! hehehe

Question @ Q.

Answer @ A.

Q: Kalau isi borang UPU, kita nak bubuh apa?

A: Kalau matriks UIA, kena pilih Human Sciences. (atau Sains Kemanusiaan) . Ni info untuk adik2 yang sebelum ni tak tahu, tiba2 terbaca blog saya terubah fikiran la pulak kan? yang dah tahu, bagussss.

Q: Psikiatrik dan psikologi tu benda yang sama tak kak?

A: Ya, secara fizikalnya ya. Sebab, anda akan belajar benda yang sama. Otak, orang, emosi dll yang sewaktu dengannya.

Cuma, yang membezakan kedua-dua makhluk ni, psikiatrik adalah untuk golongan doktor je. Sesiapa ada ijazah kedoktoran (medical) sahaja yang akan digelar Psychiatist. Yang digelar Psychologist ni, aku je. Eh, silap2. Maksud saya, student yang ambik Psychology jelah.. Tak layak bergelar doktor, unless sambung pengajian ke peringkat tertinggi, pHd.

Jadi, sesiapa yang pernah berangan nak jadi doktor, boleh je. Cuma sambunglah pengajian yang agak-agak rambut dah nak botak lantaran belajar banyak sangat. hikhikhik.

Q; Kak, Psikologi tu apa kak? Ce cite.

A; Dik. psikologi ni maksud dia "kajian saintifik mengenai kelakuan manusia (human behavior) dan proses mental dan otak (mental processes). Cewahh! Tak refer buku nihh. terror tak? terror tak? hahaha ;p

Secara detail, kita belajar pasal emosi manusia. Kenapa orang ni jadi macam ni?

Apa kaitan dengan persekitaran dia, dia berperangai macam ni?

Contohnya:

  • Apa kaitan sikap seseorang bayi atau manusia dewasa dengan proses tumbesarannya?
  • Barangsiapa (ibu-ibu) yang melahirkan anak-anak atau bayi2 mereka dalam keadaan stress, effect tu akan dapat dekat anak2 mereka.
  • pernah dengar tak, orang tua2 cakap, masa pregnant tak boleh sedih2 sangat, nanti anak murung. Pernah kan?
  • So, we, the psychologists ni, buat kajian untuk membuktikan emosi ibu ketika mengandung akan terkesan pada emosi bayi. Lebih teruk lagi, kalau bayi ni membesar jadi orang dewasa murung. Cepat marah, garang. Euuwww. Takut kan?
  • Kes lagi; Anak penagih tend to jadi penagih. Sebab dia dibesarkan dengan persekitaran yang tak sihat. Tapi, ni pun terpulang jugak, kalau anak ni baik, bijak pilih buruk dan baik, retilah dia nak jadi apa.
  • Pernah dengar tak skizofrenia? Ni korang panggil orang gila orang gila. Kalau dalam tv, kanak2 lari ikout belakang sambil jerit "orang gila orang gila" Pathetic kan?
  • Skizo; orang yang cakap seorang2. Kalau orang dulu2 cakap, dia ni kena sampuk. Main dengan anak hantu, cakap dengan hantu. That's why bawak pergi jumpa bomoh, tak sembuh2. Padahal, dalam otak orang ni terbentuk jelmaan kawan dia. Tapi kita tak nampak. Sometimes, kawan dia ni boleh mendorong pesakit untu bunuh orang. I wish kawan dia boleh bunuh semua orang jahat yang tak diperlukan dalam dunia ni. -_- Senang nak shopping sorang2. pfft. Kerek gila reason kau.



Google, memang kena mintak kebenaran kau ke letak ni ha?



*Ingin saya tegaskan dekat sini, pasal kes sampuk-menyampuk.Saya percaya benda2 ghaib. Tapi, itu satu isu yang lain okay? Nanti kita mintak Misteri Nusantara tv3 huraikan isu nih.. hehe I malas.

Q; Prospek kerja ni luas ke kak??

A; Luaaaaaaassss, at least lebih luas dari lubang hidung aku. hahahaha

Sebelum tu, let me explain about Human Sciences ni. Terbahagi kepada 5.

1. Psikologi

2. Sosiologi

3. Sejarah & Tamadun

4. Komunikasi Media

5. Sains Politik. (kalau agak-agak satu hari nanti nak ganti Najib, boleh ambik yang ni. Dan yang pasti, cari bini yang humble2 sikit. eh eh)

Kalau bawah Psikologi pulak..

  1. Ada clinical psychology. (Kerja dekat hospital. Ini sangat tough) Ni cita2 saya, even tak ada basic Biology. Saya kan bekas pelajar teknik dulu. It's challenging.
  2. Sports Psychology
  3. Child Psychology (siapa minat kanak2, boleh specialize yang ini)
  4. Counselling (ni wajib ada skill ni)
  5. Career Counselling (macam apa yang aku buat ni haa. tak ke sama?) promosi psychology sana sini. Tengok perangai orang tu, sesuai jadi apa agaknya? doktor? kalau yang tulis blog, agak2 dia sesuai jadi apa? haaa. camtulah. eh jawab eh. i tanya ni tau.
  6. Adolescent psychology (untuk remaja2)

banyaklah.

Dan minta maaf saya nak cakap sikit.

Some people, especially orang2 teknikal seperti X, W, Y, O,P..(bukan nama sebenar)

Mereka berfikiran bahawa, bidang sains kemanusiaan ni macam bidang cikai2 je.

Maklumlah, mak bapak dia jurutera. Habis anak-beranak jurutera. Nenek datuk dia cikgu, habis anak menantu cikgu. Makcik pakcik dia doktor, habis anak saudara jadi doktor.

Boring kan macam ni? Ce jadi lain sikit macam aku. ;D

Tahu tak kawan2? Menurut daddy saya, orang2 psikologi (macam saya ni..;p) sangat diperlukan di Malaysia. Orang macam kau jelah wawa? Habis, orang macam kitorang ni, takde orang nak ah?

Alaaaaa. Jangan ah sentap, ni entri nak promot Psyc. Bukan kos lain. Yang lain, lainkali lah okaaaay?? ;)

Hah, daddy cakap macam ni.. Dunia sekarang, makin tertekan. Siapa tak rajin baca suratkhabar, diam2. Kalau yang rajin tu, korang pernah baca tak kes2 sebegini;

  1. Buang bayi di longkang, tong sampah, tepi sungai, bawah jambatan.....
  2. Isteri pertama serang isteri kedua, isteri kedua dilaporkan parah.
  3. lelaki gantung diri selepas meracun dua anaknya.
  4. Ibu bakar diri lalalalala
  5. Remaja bunuh anak saudara sebab dengar bisikan...
  6. Lelaki bunuh kakak, nenek dan datuk dan ayah sebab ada wanita suruh bunuh. Dengar bisikan mangsa2 ni adalah jahat.

Jadi, adakah kes2 sebegini layak ditangani oleh jurutera, orang politik atau cikgu? Mestilah tak. Ni kes2 untuk orang psikologi ni.

Orang sekarang mudah tertekan. Puncanya banyak. Cerai-berai pun dah jadi isu biasa. Buang baby sebab zina, pun biasa. Di mana silapnya? Ya, orang macam kitalah yang tukang mengkaji.


*Jadi, saya perlu belajar rajin2.* tsk tsk tak boleh malas2.

Masyarakat tak layak pandang rendah untuk mana2 bidang pun. Daddy pesan lagi, ambiklah bidang apa2 pun. Asalkan cemerlang! Cemerlang tu maksudnya cgpa 3 dan ke atas.

Ambik bidang yang (wow-wow) je pun, tapi kalau cgpa tak bagus, nak buat apa kan? Nak ngangankan mulut orang kampung, boleh lah. Tak gituu? Eh, apasal aku terasa ni? Adakah disebabkan saya banyk main semester ni. ouch.

p/s; Just take any course that you want. Sesuai dengan minat anda. Bukan sesuai dengan minat mak bapak keluarga tau kawan2 anda.

Sebab yang nak examnya, korang. Bukan mereka dan keluarga mereka.

Yang letih menaip assignment, korang.

Yang letih naikkan cgpa, korang jugak.

Aku ni letih taip blog. ehhh tetibaaaa.

Yang pastinya, ambiklah bidang apa pun. Sebab yang BERSUSAH PAYAH STUDY IALAH ANDA SEMUA.

Yang nak konvo pun you are all alone. Setakat ni takde lagi kes orang bawak nenek datuk mak bapak adik beradik naik pentas ambik skrol ijazah. Kau jangan buat gila, hahahaha .

Cukup ke dik? Kalau ada apa2 lagi, komen okay, i'll update for the next entry. ;)

To be a psychologist, tak pernah ada dalam list cita-cita saya dulu-dulu.







Tuesday, March 22, 2011

SURATAN ATAU KEBETULAN?

She was here, yesterday! =)

Good morning, sunshine!! Tapi pukul9 pagi ni, baru nampak sunshine-nya. Sebab bangun awal pagi tadi, hujan mencurah-curah. Bak kata kawan saya, langit menangis. ;)

Mungkin lelaki perlu belajar daripada langit macam mana untu menangis. hahaha Okay, boring. Hari-hari pun nak cakap pasal lelaki korang nih. Tukar topik!

Semalam, detik manis bagi orang manis macam saya. Manis macam err, sweet lah. Cand ke. Lolly-pop ke. WHATEVER, as long as perasan diri sendiri manis pun okay. Yang penting bukan kerjasama sekarang nih. Tetapi, konfiden!

Lupakan lolly-pop sebentar.

Hari ni bersemangat bangun awal nak mampos, bukan main bersemangat, sebab semalam awek saya datang. a.k.a girlfreng kesayangan alias I bukan lesbian. Yang lesbian tu cicak kubeng.

Pffftt. Seronoknya bukan main. Tapi saya tak sempat meluang masa banyak, sebab meeting dengan principal sampai Maghrib. My gf pun sempat pergi Sogo kauuu! Amboih, datang je KL budak2 kuantan ni, bukan main shopping2. Tapi, yang kenal, akma seorang je. So, it's okay. Kasih sayang wawa tak terbelah bagi la. Lain pulak cerita dia kalau saya ke Kuantan, maka ramai akan menggoda nak tidur sama, keluar sama, pergi tengok Hikayat merong mahawangsa Maju sama. ;P

Jadi, golongan awek2 yang normal ni keluar, pergi dinner semalam.
Actually, akma baru je baik dari demam cacar air atau chicken pox.


Chicken Chop, bahan dinner kitorang semalam.

Unfortunately, kema kena makan fish n chip, sebab orang chicken pox ni tak boleh makan chicken chop sebab nama sama, nanti kimia dalam badan bertembung nanti merembes lagi air chicken pox. (haih, pening ayat ni)

Senang cerita, kau tak payah gedik makan ayam kalau kau chicken pox. Barang2 yang terkandung chicken jangan makan ye adik2. Telur, kicap. Takut parut terlekat di kulit sampai ke tua. Nanti kena gelak dengan cucu. Not nice, people.

Tapi okay je kalau korang nak tinggalkan parut sebarang dua, nanti boleh cerita dekat masyarakat umumnnya,
"Hey, I dah pernah kena dah. Masa darjah 5 dulu."

"Hmm. kena rendam dalam air kaler purple, duduk dalam besen diam2. Sekarang, kalau kena chicken pox, tak tahu nak rendam dalam apa, sebab badan dah besar gila. Muat berendam dalam kolam renang UIA je. tsk tsk tsk"

Macam-macam lah akma ni. Mula2 mesej saya cakap denggi, terkejut beruk lah akak kan?? hahaa Aku pernah jadi mangsa nyamuk betina denggi, hesh. Seksa Akak duduk dalam hospital sampai tak maw mandi. Adalah dalam 3minggu dapat mc. Ni jadi dekat matriks.

Kurus sekejap, kemudian, selera makan terus bertimpa-timpa. Aku rasa nyamuk betina berselera besar gigit aku. Tengok, sampai sekarang selera aku besar. chicken chop pon besar.
eh eh hahaha

Pengalaman lanjut akan cerita kemudian. Ni bukan entri denggi ni.

Lepas makan, kena exercise.

3hidangan, 2 orang, 1malam. 3:2:1



Wawa suka senaman2 ni. Kita bako lemak yang ada.
Kita bako! Kita bako! bako! hahahaha



Dah lama tak bergonjeng sedemikian rupa.

Kayuhan sampai ke Maryam, sebab bebudak Allied (Radiologi) semua duduk sana.
Class Rep. mana nak duduk aminah. hehe ;P
Kena jaga anak-anak.

Amanah.
=)






Cukup tak ?

Belum, we were sharing story.
Sad, happy stories were there.

Banyak yang tak tahu. Saya rasa memang dekat sana, tak ada orang tahu cerita.
And they have no right pun untuk tahu, unless diri sendiri nak cerita.

Cuma satu pesan saya, sesiapa yang terbaca ini, entri aku. Bukan entri hanis Zalikha ke. (babab kang)

  1. Never rude to my friend. Berani kau?
berbuat baiklah pada anak yatim okay. Besaaaarrrrr gila pahala.
Gosok kepala anak yatim pun besar dah. Apa lagi jaga hati mereka babe.

Makin aku membesar dekat uni. makin aku rasa annoyed dengan orang sekeliling yang tak matang.

Jealousy is a common thing. Tambah2 pulak diorang ni tak cukup kasih sayang ke apa. I do not know. Sampai ambik study leave. (Orang berkenaan je tahu siapa) Tak ada kaitan dengan akma. hehehe


Okay, dah. Nak study ni.

Ingat sikit kau tu ada quiz Arab petang karang.
Hahaha

*Sedih time akma peluk wawa macam taknak lepas semalam.
We will meet next time, until Allah say yes again. Taw??!

Jangan sedih. Allah always be by your side. Sometimes, I can't, but He does.

I won't reveal the secret de 'amor ;) I know you can trust me.

Tapi kan, geli oh semalam kema peluk. sebab kena leher. Tahan je, nak tergelak. hahaahha

Time syahdu, kena buat cara syahdu. hahahahahaaha ;D

Jaga diri elok2. Kuat semangatt, ex-wirawati kena bisKUAT! hehe

I know you can. ignore others yang dengki.

They are jealous sebab kema ada girlfreng cute cam wawa.

And one more thing, they will totally jealous sebab tak pernah naik basikal putih tuuu. hahahha ;D

Eh, ke tak jealous?

Wednesday, March 16, 2011

YANG MANIS-MANIS JE



Minggu ni nak jadi baik sedikit. Lebih hangit daripada biasa, hahaha

Mode: Ustazah dalam genggaman.

"Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang terang (al-Qur'an) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. DAn sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu." al-Hadid; 9


Bad days & good days : Both make your life great, kan?

Yaaa, begitulah.

Tak payahla down sangat.
Masalah kecik je..
Tak besar pun.

Kalau sedih, ingat je bebudak comot ni.

Kalau nak sengih sorang2 pon, ingat je bebudak ni.
Eventhough aku tahu rindu tersebut mungkin bertepuk sebelah tangan.
Sama kes nya dengan kawan2 uia kuantan.
Yes, i miss them. But i'm not sure if they miss me too? Gituuuu.

Perasaan orang. Berbezaa.
Yang feeling2 lebih, aku je., hahaha





A doc-to-be (Faiz) & businessman-to-be (Daniel)


Kalau nak cerita sebiji-sebiji pasal bebudak VI ni kan, memang uols dah muak nak muntah bagai.
Tapi, mengenali bebudak comel2 yang sedang membesar ni sangatlah peluang keemasan bagi saya untuk mengenali lelaki. Wah gituuuuu hahahaha

Yes, mungkin mereka tak comel bagi uols, sebab uols tak kenal. Kita kan bias. Sayang dan puji untuk manusia yang kita kenal saja,which is tak kena langsung dengan hadith Nabi Muhammad~

~Tak lengkap iman seseorang Muslim itu selagi dia tidak menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri~

Mereka ni, nampak je kecik. Tapi jiwa besar. (wawa dah start daaahh..Jiwa siapa aku nak beli pun aku tak tahu. ) ahahaha




Eh, frankly speaking, they asked me about this...

"kak, saya rendah kan kak?"
"kak, saya kira pendek kan kak banding kawan2 lain?"

Dik, kau tu baru ting.3. Kecik besar kecik besar je akak tengok kau ni.
Kau tengok akak, memang la besaaaaaarrrrr. Aku kan 60kilos. Hahahaha

Masa program hari tu, anak buah group saya demam.
Penat aku hambat dia naik bilik. pergi rehat.
Dia taknak. nak tahu dia cakap apa?

"Taknak ah kak. Boleh ni. Boleh tahan lagi"
Aku cakap, takpe kalau terlepas sesi ni. Tak rugi apa-apa pun. ( Sabtu malam, lepas xplorace)

"takpe kak, saya dah besar la kak. Dah form 4"
Gulp.

Mak aih, kau besar sangat la ye? hahahaha

See, people.
Aku pun tak tahulah apasal aku tengok budak2 ni kecik. Maybe sebab nampak manja all the way. Yelah, ingat tough sangat, nama pun VI. Tapi budak form 1 aku tengok macam darjah 1 je. hehehehehe ;p Darjah 6 ke, entahlah.
Rabun ayam..


@__@ gemuuk.
Belajar banyaklah pasal diorang ni.

  1. Lelaki memang ego. terbukti pun
  2. Tetapi, ego macam mana pun, mereka tetap ada hati & perasaan.
  3. Siapa kata hati lelaki tak tersentuh, sukar lah maksud saya dekat sini.
  4. Menangis pun mereka mampu.
  5. Jangan permainkan isu mak ayah, main kepala pun jangan.
  6. Isu perempuan & lelaki kebanyakannya sama. Apa yang menjarakkan kita? -ego gender-
  7. Mungkin sukar kot bagi diorang tunjukkan kasih sayang. Yang aku perhatikan, fasi2 semangat benar komen2 dekat fb mereka. Layanan, biasa-biasa yang kami dapat.
  8. That is why aku cakap siang-siang tadi, kita rindu orang. Kita sayang orang. Tapi, kita tak tahu orang macam mana. Same goes to kawan2 la. Bukan untuk budak2 VI je.
  9. Sahsiah diorang tinggi. Aku akui itu. Kalau ada anak lelaki sekarang ni, aku hantar pergi VI je. Cehhhh. hahaha (sahsiah tak bergantung pada sekolah sebenarnya, yang penting, diri sendiri & mak bapak- in case ada orang terasa sekolah dia tak bagus kan)
  10. Aku bukan Victorians, tapi aku tetap baguuuuussss. ;D
  11. Cuma, yang aku taknak hantar pergi victoria anak2 ku nanti, semua nak memikat Bebudak CBN. aih. Seksi je aku tengok bebudak tuu. hahaha (no offense, hidayah tu milik Tuhan. Bebudak uia pun ramai je yang tak senonoh aku dengar.)
  12. Nama institusi tak menjamin sahsiah terbaik.



p/s : Apasal melalut sampai ke anak menantu ni? Ce cite wawa~





NASIHAT LUQMAN

"Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."

"Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui."

Surah Luqman, atas (ayat 17)
bawah (ayat 16)

Jawapan yang terbaik buat masa ini.
;)
Lega.

Tuesday, March 15, 2011

Ku Mencari Hati Mulia

I do not know how to start this entry.

Satu lagi kedukaan bertandang.
Saya tak pinta pun.
Patutlah satu orang ni memberi keprihatinan yang lebih.
Memang patut.
Saya yang buta.
Buta hati, buta mata.
Sudah terang lagi bersuluh.
Jawapan diterima. T__T
Duka, it suits me. Really.
And it really hurts.
Apa yang orang tu cakap, saya pernah terfikir.
Cuma satu yang belum terjawab.
Selama manakah yang saya perlukan?
Sebulan, 2bulan, 3bulan atau 4 bulan?

Setahun ke?
I am trying my best to be tough.
A very tough chick.
Saya cuba, dan cuba lagi.
Tapi, bila berdepan dengan keadaan yang sama..
Saya tahu, saya masih tewas.
Saya cuba terima fakta, saya insan biasa.
Bisa melakukan kesilapan.
Orang lain pon.
Tapi, saya terkilan.
Ruang tersebut dah jadi terlalu dalam.

Saya trauma dengan manusia sekeliling..Ada lagi tak strangers yang betul-betul ada hati mulia?
Ada lagi tak insan di sekeliling, yang tak menggunakan orang lain untuk kepentingan sendiri?
Ada lagi orang yang tak dengki tengok orang lain?
mungkin kita bukan lah baik mana.
Tapi saya tak ada daya.
Daya melupakan semua ni.
Dan saya benci bila, orang dapat detect kesedihan pada wajah rahsia hati saya.
Bila fikir balik, people could detect my happiness easily. Saya lupa, wajah saya jujur.

Lahir bulan Disember; mudah ekspresikan emosi.
Maaf sebab saya jujur. Kadang-kadang, bukan sengaja. Cuma, mungkin (ini semulajadi kotttt)
Namun, orang-orang yang saya terkilan ni, lagilah tak bertanya apa-apa.
Ye, kening aku lebat. jadi nampak garang. So?
Kita dah bersama hampir setahun.
Okay,.



Kejadian semalam menambahkan tekanan.
A friend of mine said : "Dah cakap dah, wawa kuat! Tabik wawa."

Another one: "You manage to do it well"
Okay, i'll take that as a challenge.

Tetapi, ada satu cerita yang masih panjang. Dalam proses penghuraian. Tak tahu mula dari mana. Pengakhiran pun belum ada.
Cerita inilah yang memberi kesan kepada study saya. Terkesan dengan teruk.
Ke aku yang malas sebenarnya?

Masalah ini lah yang paling aku tak sabar nak lihat apa hikmahnya.
Mungkin ke aku buta hati lagi?
Clinical psychologist dah aku jumpa, mintak nasihat,.
Belum cukup membantu. Apa yang beliau cadangkan, sebenarnya saya sedang lakukan. Dan tak keterlaluan untuk saya cakap, sudah lakukan.

Kemana kau pergi, wahai jawapan?
Wawa tunggu ni....

='((((((((((((.....................)))))))))))))'=


p/s: I'm not an attention seekers.

Saya sakit dilambung ombak kerinduan . . . . T_______________________T

Sunday, March 13, 2011

TAK RAMAI YANG TAHU






Menyulam Cinta Bersamamu.


tak ramai yang tahu..
mungkin tak patut rahsiakan lagi dah.



Cinta hatiku.


HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA
hahahahahahaha
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH


Dah, dah la wawa. Kesian orang.

Korang expect apa ni people?

I tak bercinta okeh.

I bercinta dengan skill menjahit je.

Semester ni saya ambik kemahiran menjahit. Lantaran kegedikan nak menjahit baju untuk diri sendiri sangat meluap. Untuk ibubapa apatah lagi.
Suami? lagi laaaaaaa.hahaha

Hey, sudah,sudah!

Minggu ni adalah 20kali kasihan berbanding semester2 yang lepas. Kerana, seminggu bertungkus lumus menyiapkan assignment menjahit. Kena hantar tadik. Tak campur kerja core course, ni pun dah banyak skip buat kerja. SORRY, GROUPMATES. Dengan meeting kelab yang tak habis-habis. Aduh. Perlukan pengertian. Tetapi, macam lah orang nak faham. Orang lain pun sibuk jugak. no excuse sepatutnya. Takpelah.

Bukan main bengkak dan terluka lagi jari jemari saya yang bulat ni sebab siapkan tesis menjahit. Okayh! Over wawa, over. hahahaha Baru belajar menyulam, kau panggil tesis ye?



Cantikkan skirt dan blouse saya jahit? ;P

Tak boleh ambik gambar secara dekat, nanti anda boleh nampak kekejian di situ.
Hahaa, jahitan yang cacat, tak sempurna. Tak terbanding dengan jahitan Rizalman. Eh, who cares? lalalala.

Mungkin satu hari nanti, saya akan publish gambar saya memakai baju dan skirt ni sekali dekat blog. Siapalah yang tahu kan?

(err.I dont reall confident sebenarnya, nak pakai baju buatan sendiri. takut tertetas benang -bukan menetas-)

tapi, doakan lah ye.
Skill siri ke-2, semester yang akan datang, (2kali semester, wallahualam, tak pasti lagi) baru akan belajar menjahit jubah dan juga baju kurung.
Lepas ni mungkin umi tak perlu hantar kain kurung saya untuk ditempah lagi. I can sew by myself. Baju sendiri jelah. So far, belum terlintas lagi nak MENJAHANAMKAN baju sesiapa. Unless ada sesiapa yang berani cuba, dan sanggup jadi risk-taker.


Anyone? ;D


Markah assessment menjahit: Sulaman 22markah:: Baju:: 28markah:: Skirt:: 29markah..

Majoriti dapat markah lebih kurang untuk skirt dan baju. Nothing to be proud, except, dah reti pasang benang dekat mesin jahit elektronik. :p

At least, I have something extra than others. Lepas ni ambik skill cooking pulak. Tapi belajar dekat rumah sendiri. hahahaha Tak lepas-lepas dari zaman matriks. wekk.! Loser? Tak pun. Tak pun.

Markah paling rendah untuk sulaman. Simple nak mampos!Hodoh pulak tuh. hahaha (malu nak tunjuk dekat abah. I can expect abah cakap apa.
"Macam buat dengan kaki" uols tahu jelah kan.. Abah pengkritik terbagus, sampai anak dia tak mahu tunjuk. Tak boleh terima kenyataan. maklumlah. :D

nasib baik cikgu sayang aku.Aku sayang cikgu Abol jugak. I'll create a special entry for him, coming soon. ;)

Bagi 22 per 30 pon okaylah ni!!
Untuk pengetahuan semua, markah untuk ketiga-tiga jenis jahitan adalah bernilai 30markah.
Darab 3= 90markah. Tambah 10markah untuk kedatangan. Doakan saya dapat A. Tak sabar nak show off dapat A result nanti. hahaha (ASTAGHFIRULLAHAL'AZIMMMM)

iSH3.


Geng Kelas Menjahit.

Ada sesiapa cari calon menantu dekat sini? Atau calon isteri????? hahaha

Saturday, March 12, 2011

WE ARE RISK-TAKERSSS

You know what people? Once you have your own blog, you are risk taker.

Why baby why?

Sepanjang saya menjadi penulis tersohor di gelanggang blog saya sendiri, saya ada menerjah ke beberapa butir blog (termasuk ddalam kalangan rakan-rakan mahupun orang luar, yakni tak pernah kenal di alam realiti.) saya dapati ramai yang menulis blog untuk:

  1. berkongsi cerita, pengalaman dan apa-apalah.
  2. melepaskan perasaan yang terpendam.
  3. melepaskan kata-kata cinta (so far yang ni saya belum buat lagi. Bakal) ;p
  4. bagitahu semua orang yang dia stress, jadi pelajar psikologi. ha ha ha ha aku lah itu. (taklah. semua orang pun stress)
  5. Ketidakpuasan hati pun bagitahu dekat blog.
  6. kongsi gambar yang kita pergi melancong, yakni makan dengan keluarga, rakan taulan, makan dekat kedai mahal, murah, sederhana, semua ada dalam blog.
Kenyataan di atas ni, kita kongsi, bukan?
Saya lakukan apa yang anda lakukan..

Sebab, kita serupa. 1niat yang sama, kita 1 Malaysia. hahahaha Okehhh. Fun wawa, fun.

Uols, uols tahu tak kenapa uols ni risk-takers? including me..

Yea, it is true the fact that, BLOG INI AKU YANG PUNYA BUKAN NENEK KAU PUNYA.

Tetapi tuan-tuan, (maklumlah, readers aku lelaki je.. Takde perempuan.) eh eh eh.

  • Rakyat Malaysia ni berjiwa sensitif babe.
  • Kita cepat terasa. Mungkin tak bagi blogger handalan macam saya (hah, yelah. handal lah sangat kan. hahaha)
  • Tatasusila perlu jaga babe. Bukan masalah *BLOG INI AKU YANG PUNYA.. (okay kitorang dah baca dah tadi ayat atas wawa, tak yah ulang)*
  • The issue is, you publish your own words. Orang boleh baca ( the main purpose anda buat blog, memang nak bagi orang baca punbaka..) Kalau ada orang terasa, habislah. matilah blog kita kalau dia bakar. Boleh bakar ke masalahnya?? Hahahaha
  • I mean, dia tulis komen guna ID _Anonymous_ which is macam ala, tahu jelah kan, taktik2 pengecut gituuuu. Mungkin dia menjaga saham ke, maruah ke. Mungkin nak merendah diri, nasihat secara sembunyi2 or whatever. (i.e: Hey, kau bajet kau baguz ke?)
  • tapi, kadang-kadang tu, wawa rasa penulis pun perlulah jaga bahasa masing2. you know what i mean? kita suka kritik orang, secara belakang2 (tambah2 bila kita emosi) (i.e: tiada manusia yang lebih fuck berbanding dia) eh eh.
  • Bila kita larut dalam emosi, mulalah kesalahan orang kita letak dekat depan. Kesalahan kita?? kita letak jelah belakang bontot gajah afrika (The biggest animal on the wonder land) ha ha serius la weyh.
  • Jangan macam tulah. Kesian orang lain, dia takde blog. Dia tak boleh lawan. (eh eh)
  • Kan senang, jika update ketika emosi tenang (macam saya sekarang) ;p kita sakit hati dengan 1001 perkara lepas. It's not fair untuk judge orang senang-senang ikut hati kita.
  • take your time, people. think deeper. semua orang buat kesalahan. don't expect kita ni sangat sempurna. Kita akan menulis dengan berhemah ketika emosi kita stabil dan tenang. we will get win-win situation.
  • KITA BERNASIB BAIK, SEBAB KITA ADA BLOG. kesian orang takde blog. Nanti kalau dia buat blog, habislah, tak popularlah blog yang sedia ada tu (blog korang, bukan blog haku) hahahahaha
  • kalau kita tak sedia dikritik, dikutuk. Please! jangan ikut hati dan perasaan kita untuk menulis.
  • Dan, kalau blog anda tu memanjang kutuk orang, macam andalah manusia paling sempurna (even you didnt say so!!) nampak benar bias puan-puan & tuan-tuan.
  • maka, terjadilah fenomena KETIDAKADILAN di sini.
Belajar menghormati orang lain.

Kalau kes tegur-menegur terjadi dalam alam maya sahaja... Apa nak jadi eh dengan alam realiti?

Kita sibuk tegur kesalahan orang melalui blog, kita anggap orang akan baca blog kita dan insaf. (bertuah lah kalau orang nak baca. Kalau tidak?) Tolong fikir ye bloggers.

p.s: Kita (manusia-manusia including me, kita akan lagi down kalau kesalahan kita ditegur melalui sembunyi-sembunyi. BERTERUS TERANGLAH. Kalau tak jalan jugak, cari orang tengah. Tak jalan jugakk????
Haaa. meh sini. Ce cite dekat akak. Meh akak nasihatkannnnn! hahahaha)

Ingat tuu. Sekeras mana pun kita, dalam hati ada ladang teh. waaahh!. ;D (merepek nau)

Sekadar peringatan. Luah mana yang patut. Cakap bila perlu.

Ni tak, asignment berlambak, sibuk update blog. Ouchh. Apasal aku terasa niiii?

Simple, ni peringatan untuk diri sendiri.

nasihat rambang, untuk perbuatan rambang yang saya sendiri pernah lakukan. Tak semua saya buat. Tapi ada.

peribahasa: Kuman di seberang sungai nampak, gajah afrika di tepi mata tak nampak yeeee??

hahaha, okay. memang dapat c+ buat karangan guna peribahasa macam ni. -_-'

I LOVE YOU A MILLION, DEARIE AINI.

dear...be strong ok :) i know its hard for you to smile lately. i know this isnt a good start for you. hopefully abes sem ni wawa bule refresh balik. da nak abes sem da wawa. sume ni akan berakhir. till that, i hope you can cheer up. have fun. wawa tabah ok?

sume ni pengalaman as a student kn. hopefully next next sem wawa akan lebih cerie. and takde masalah2 cmni da. ape yang da belaku jd kn pengajaran. thats the best. kadang2 masalah tu bukan datang dari kte. tapi kte yang tepakse tanggung bebannye. this isnt fair. but nothing we can do about it. its good yang wawa da redha. serahkan pade Allah s.w.t. yang penting kte da wat yang tebaek :)

like for me, ade my groupmate copy paste untuk presentation. and madam perasan. i was very angry bcoz ive put milllions effort for that. tapi cmni la dunie. theres nothing we can do when we are facing this kind of people. nak gado kang, tak matang pulak.

wawa sabar eh. i understand that you cant help to listen to anyone else problem. since yours have given you such a burden. i will always pray that Allah s.w.t. will protect you. sabar ok dear :) love you :)


wo aini. ;)

Ukhwah Fillah Abadan Abada dearie.









Thursday, March 10, 2011

"SUKA TAU KUTUK KITEE"

Habis tu adik, kalau tak kutuk kau, siapa lagi mangsa blog ni?? hahahaha

Ce cite, ce cite (tunjuk2 tangan)

Siapa setuju, tolong angkat tangan macam saya.. (sambil tangan gerak-gerak kiri kanan, lembut taw tangan I) hahahahaha.

Tuesday, March 8, 2011

KASI CAN, DIA SEORANG JE SIBUK. ORANG LAIN TAK.


Time is Golden?
Yes, it is.
Mungkin lebih mahal daripada emas dah masa ni.


Haha. Jam comel. Teringat dekat Cts (computational theoretical Science).
My previous course.
Yuhhuuuuuuu.

p/s: kena mintak mintak kebenaran cik google ke kalau letak gambar ni. thanx giigiiL. ;p

Monday, March 7, 2011

THE MORE DEPRESSED I AM, THE MORE FREQUENT I UPDATING MY BLOG.

Ha. Ha. Ha.
Terrible dah aku nih.

hykiza puteri has left a new comment on your post "BERCAMPUR-BAUR":

wawa huhuhu sedihnya baca..
keciannya wawa..
tapi kan wawa despite everything, insha Allah lesson learnt He wants you to be very strong *huhu ckp je bole la kan* x maksd kite if wawa x sekuat ni wawa x smpi tahap ni. kecundang dh kan. tp wawa x, u still move forward despite the sadness.

Insha Allah , not everything start with sweet memories, who knows bitter in the very beginning but sweetest in the end.

O' Allah lindungi sahabatku ini dari putus asa kerana dia seorg yg ceria, ingin ku kembali melihat senyuman dan tawa riangnya. kembalikanlah keceriaan, kejayaan dan kebahagian dlm hidupnya . Ameen.

take care , hopefully the remaining will run smoothly.



Terima kasih untuk keprihatinan saudari hykiza. Cewahh! =D

Terharu nooxx, bila baca nih.

Thanx zaty, it just a small matter. So far, boleh handle lagi.
The most important thing, jangan layan sangat emosi.
-__-

Kalau tak kerja lain pun tak boleh jalan.
Wawa baca emel, sampai menangis. Waahh! hahaha terharu lebih la pulak. ;p

Lagipun, semua salah sendiri.
Berani buat, beranilah tanggung.

I am risk taker though. Hmmmm.

JANGAN DENDAM, TAK ELOK.






Garang tak haku? hehehehe

Berani mengorat? Silakaaaaaaaaaaaaann!
Yang benar,

Bekas pelajar silat cekak hanafi. Kah kah kah.

Kalau geram, tak ragu lagi dah. terbayang-bayang macam ni dekat orang yang berkenaan.
Tetapi, wajiblah dalam Islam tak ada dendam-dendam ni.

Aku kan anak solehahhhh! Muslimah terbaik. Doa nih. Doa. Aminnnnn!




Nak kuruslah, macam zaman hot dulu.

Sampai budak medik pun terpaut. Pfffft! Korang bawak cikedis tak ni? Janji dalam entri sebelum ni. (ingat tak, ingat tak? Tak ingat???????)

Ha, agak-agak, takde sorang pon bawak cikedis.
Aku cerita esok-esok jelah.

Dah lewat ni. Pergi tidur.

Kang dapat malaria tropika. Aku hantar dekat budak medik tuh nanti. hahaha.

Nak kurus, malas diet.

But don't ever try to seduce me with any slim product. I love to be healthy in a very natural way.

Jadi sekarang, tolong bakar hati aku supaya rajin bersenam.

Kau bakar hati aku suruh makan produk bukan-bukan, esok kau tengoklah apa
yang terbakar nanti. Kahkahkah kahkahkahakah
Seriously, I am joking. Dengan kau-kau aku bakar.
Nyte people.

BERCAAMPUR-BAUR

2011
I don't think 2011 is a good starting for me. =.=
Maafkan, Tuhan. Bukan tak bersyukur.
Cuma sekadar meluahkan.. Selama ini diberi nikmat keterlaluan, lantas bila diuji sekali terus
menggedik down. Najwa. Najwa.
Meh lempang aku sedas..

  1. I know I am a sad person nowadays.
  2. Demotivated psychology student. Currently. I am motivated myself now. Kalaulah minum superpower mampu menaikkan hormon happy. Akan kuminum berbalang-balang.
  3. Hidup tak seindah dulu semenjak join mrc. Gilalah, hati akak ditendang sana-sini sampai kau buatlah apa-apa dekat aku, no effect anymore.
  4. Yang akak perasan, akak dah malas layan orang. Lelaki perempuan sama je. Letih. Nak dengar masalah orang pun, aku dah menguap dalam hati. Asyik dok fikir masalah aku lebih besar daripada diorang. Sorry.
  5. Yuran bayar lambat. Finance tak key-in data akak. Jadi akak tak boleh pre-registration subjek. Akak sedih, nak menangis. Terkenang waktu add manual nanti. Perit.
  6. Akak benci bila coursemate cakap macam ni; " Haa? Apa? tak pre-reg lagikkk? Dahla student Psyc (kena berebut lalalalal.) Akak pun tak tahu kenapa golongan ni boleh jadi student Psyc. Yes, I am underestimate you because of this SMALL problem.
  7. Kalau kata-kata diorang boleh buat aku selesa, takpe. Ni tak, tak bagi keselesaan. Langsung!!
  8. See, aku cepat marah 5bulan kebelakangan ni.
  9. Lainkali, mungkin kita boleh mintak ihsan diorang tolong bayar in advance. Kan?
  10. Apa perasaan kalau selalu kena aim dengan lecturer, as if kita ni 'problematic student'?
  11. Sepanjang bergelar student, dari sekolah dulu. Disiplin aku cemerlang bukan main. Sekarang niii?? (adakah kita jauh daripada pandangan ibu bapa? Tambah-tambah Taman Melati dengan UIA jauh sangat.) Tambang pun mahal kalau nak balik.
  12. Lecturer ni suka sebut nama akak dalam kelas. Tahulah student psikologi. Lecturer adalah master (sifu) psikologi. Pantang boleh baca mata kita. Adehh!
  • Najwa, are you okay?
  • Najwa, you looked tired?
  • Najwa, you looked confused? (mapuh g la kalu grammar saloh pong)
  • Najwa, we are discussing about lalalala. What is the relationship with lalalala?
  • Najwa, are you in Twilight Zone? (weh, twilight zone ni apa benda? daydream e natang apa?Akak tak tahu la dikk)
  • Najwa this. Najwa that.

  1. malu lah. Tahu tak? Yes, I know, my first class (performance) was good. Lately, i don't feel i want to participate. Akak pun tak tahu apa yang akak penatkan sangat nihhhhh!!
  2. Adakah akak perlukan kacip fatimaaaahhhhh abu bakar???????? hahahahaaha
  3. Sumpah, this is tiring. Penat. lelah gila. Nak menangis lah.
  4. Saya dah takda harapan ke Tuhan untuk ambik praktikal? =(
  5. That 5marks....
  6. I wonder why, that post graduate student had to be soooooo strict.
  7. As if she is my lecturer. Tolonglah. Aku harap kau dapat benda yang sama one day. Let you remind about this thing. Tak semua benda akan berjalan dengan baik, walaupun anda perancang masa yang terbagus.
  8. Yes, Allah wants me to learn something. He wants me to be a better person. Get a good lesson. Yes, I am redha. A big redha.
  9. Terkilan tetap ada pada sister tu. She should know, because she is a student too.
  10. Takpelah. Hari dia. Bukan hari aku..
  11. Tengok, tengok. lately sangat menyedihkan. Jiwa raga sakit.
  12. Minggu ni sangat sakit. Kena siapkan semua benda.
  13. Tak sangka hidup jadi pathetic macam ni.
  14. Ini semua sebab nak jadi psychologist.
  15. It is a very big OKAY. For the God's sake. Family. Friends. Others ( communities) and, especially, MYSELF. to my future children. my new generation. (husband pun termasuklah. ;p)
  16. And, last but not least, I have learnt about life. this is the reality. Terimalah dengan tangan terbuka, jangan fikir seolah-olah esok dah tertutup buat kita walaupun ita dah terjebak dengan kesilapan. Tak kisahlah besar gajah ke. Kecil macam kuman, amaeba ke. The thing is, yourself. Either you want to proceed with a greater step or vice versa.
  17. Aku sahut cabaran iniiii. Yeah!!

Sesiapa tak faham, takpe. Ni personal life. Adakala kita tak mampu nak cerita semua.
Esok akak bawak cerita cinta.
Bawak bekal keropok (cikedis) depan laptop eh.

Thursday, March 3, 2011

SEE YOU LATER. OR MAYBE very soon?




Semalam, cik dokter Zhafirah telah kembali ke pangkuan Mesir.
Flight pukul 2.40.
Yang aku pulak, tergedik-gedik nak menghantar jugak. Tapi niat di hati Allah sahaja yang tahu.
hehehe

Antaranya;
  1. Syok jugak memonteng kelas. Satu jelah. Satu sudah. Kau nak ponteng banyak kelas macam lah kau tu genius sangat??
  2. Eh cuci mata tengok kasut ehem2 (new arrival pun bagus jugak? Tapi tak sempat. +.+
  3. Weh!! Dah lama tak pergi kLia. Rindu. Rindu asap kapal terbang. What the heh? hahaha
  4. Hmm. naik kLia express pon macam best nih.
  5. Hantar cik Zhaffy, sebab haritu masa dia kembali ke pangkuan Malaysia, saya tak pergi jemput. Sebab menggedik dekat VI. Ingat tak?
Nak tahu uols? Saya pergi KLIA dari UIA naik bas transit kL sentral kemudia naik KLIA ekspress.

Bagus dari uia pukul 11.50. Berkejaran macam nak gila. Semput naik bas t231. Hah! ambik. No bas sekalikk aku kasiiiii.

Lepastu, pergi KL sentral. Sungguh lembab tren ketika itu. Rasa nak keluar tren berlari secara watson nyambek (wahahahaha- nescaya bertaburanlah lemak auntie) dan pecut meninggalkan tren ke belakang. Tapi tak usah percaya. Ni boleh terjadi dalam mimpi saja.

Okay2. Sampai kL sentral 12.30.
Tersalah pergi kaunter KLIA transit pulak daaahhh. Mak kan jakunnn????
Okay2. pergi KLIA ekspres pulaakkk!.
okeh2. cik kaunter cakap next train lagi 7 minit. Okay beli tiket.

Kemudian beli makanan doraemon. Perisa cokolat. Mineral water. Ganti balik peluh2 yang hilang. Pffftt!



Tengah elok menogok air mineral BLUE sambil tunggu si ekspres tu datang, tetiba ada seseorang lalu depan haku.

Sambil togok air, mata tak lepas tengok orang tersebut. Aikkkk? Macam kenal. Gila tak kenal?
Kecik2 dulu, selalu lah tengok miss world kejadah apa yang tak senonoh tu.
Tapi, saya adore dengan pengacara dia. Oh..

Tak sangka boleh jumpa dekat sini. Oh, syahdunya hati. Terus feeling artis-artis kejap.

Guess who?
Mahadzir Lokman.
Aku yang jarang jumpa artis ni. (artis tahap atas sikit) macam usha tak lepas. Nak tegur kang takut salah orang. nak letak muka kat mana? Celah cardigan?

Kita aim. Kita aim kena tinggi. Haku yang ala-ala dah excited ni, dah cakap dalam hati. Hah, kita kena duduk sekali ni uncle. Baru best. Hahahahaha

2minit kemudian (macamlah sebelum ni ada mention pukul berapa kan?)....
Tren sampai.
Wuhhuuu. Misi perlu dijalankan. Jeng.Jeng.

Menyelit sikit. Doa dalam hati mintak2 ada tempat kosong bersama uncle Mahadzir nih.
tetiba je, ada lelaki mana entah menyelit nak lalu tempat aku. Oh nooo!

Jangan duduk situ. Aku jerit kuat-kuat.

Semua orang dah pandang aku pelik. Uncle M turut pandang. Dan dia macam seakan-akan tahu aku nak duduk dengan dia. Dia pun tepuk2 kerusi depannya (bajet cop untuk aku la) wehehehe
I bangga I bangga. hahaha


Muka penuh kepuasan.
(p/s: Tulisan warna kuning adalah berbentuk khayalan. Kesian dia, siapa yang percaya. huahuahuahuahua)

Tapi, betul lah people. Aku duduk dengan beliau. (kepoh kan aku? Tapi kau ada????) hahahaha

Aku dengan santun duduk depan dia. Tapi, betul ke pakcik ni Mahdzir Lokman. Haish. Kang takut hampa, aku nak angkat punggung pergi duduk gerabak lain.Boleh?

Dekat 10minit usha situ sana sini. Nak tanya, haruslah aku malu. Pemalu. Biasa ah.

Sat lagi nampak dah. CeQ nampak dah. nampak apa?

Beliau letak tiket dalam kocek baju beb. Dengan menggunakan power mata yang tertinggi, dapat juga scan nama dia. Fuhhh!

Mahadzir Lokman Dato


yehaaaa! Berjaya babe, berjaya.
=) =D

Kenapa wawa adore dia?
Sebab kemahiran L ni mengacara, perghhhhhh.
Suara dia. perghhhhhhh.
Bahasa yang dia kuasai. Banyak lah sikit daripada daripada Paknil. hehehe
Adorable sangat!!!!!!.

Dasar penyibuk ni, berasa curious. Ingin tahu ML ni nak pergi mana. Tak sabar dah nak gosip dengan Daddy. Hahaha.

Uncle ni nak pergi KK jeeeee. Kalau tulis Paris, dekat situ jugak aku cakap nak ikut. hehe

Lepas tu, sambil stalk orang yang dah ada depan mata ni, dia dok la tulis something atas paper.
Baju melayu..suit..

Takut tertinggal barang ye, uncle?

Tapi kan, macam teringin lah pulak nak dengar suara uncle ni live.

Alhamdulillah. Allah telah mengabulkan doakuuu. haha
Ada orang call uncle ni. He speaks Malay. Then he speaks English too..,.Yea! (apesal excited nau nih?

Memang best. Best, best. Macam dalam tv. haha
Okay dah. 30minit je boleh duduk dalam tu. terus sampai klia.

Eh, lupa kejap pasal adik. Boleh?
Terus berdesup pergi lari naik lif, cari international departure sampai lelah esofagus aku (betul ke aku eja ni?)

jantung pun pam darah 2,3kali lebih hebat daripada biasa. Maklumlah, malas exercise.. ;)

Sampai je dekat mCd, terus kena bebel dengan adik "hey, orang nak turun dah ni. Lambat gila sampai." Biasalah tu.. dasar darah gelabah tak habis -habis. haha

Ada aku pedulikk? Jumpa ML pon dah seronok. ;D

penat dari uia ke klia berbaloi-baloi.


Okay, lepas salam terus adik turun dengan 3kawan dia. Memang 3 orang ni je tinggal sebab tunggu aku.
tQ lah tunggu. Susah-susah je >,<



Another Daddy's GirL. (anak bongsu abah ye dikk? ;p)



With our sister (kak Ngah yang bakal kahwin tak lama lagikk. Aminkan ramai-ramai cepat!!)
Yang bajet-bajet maskulin, tapi pemalu tu kitorang punya sepupu. Single lagi kot. Anyone?
Muda setahun daripada saya. Borang mintak dengan I okay ^__^

Dah, tu jelah cerita terbaru. Gambar aku dengan adik memang takde. Sempat salam cium pipi je. Terus budak tu turun.

Cerita hati dan perasaan aku, banyaaaaakk. Tak sempat nak buat entri baru je.
Kang group-mate ingat aku tak buat kerja pulak kan. Maklumlah, kita tak tahu siapa stalk kita kan?


P/s: Aku rasa, aku ada darah polis sikit. Boleh mintak jadi calon FBI nih. =.=

Sekian dulu...

Kakak Cik Zhaffy yang cute. Oh!