Tabung Elektronik

Sunday, June 26, 2011

SEHARI BERGOSIP DENGAN KIMOK. *bukan nama sebenar*


Gambar ni boleh tunjuk kat bakal cucu, sebab granny yang comel ni pernah jumpa upin ipin secara live. KAH KAH KAH

Semalam perjumpaan dengan puak-puak selebriti.

Semalam, wedding atty dekat Putrajaya. Aini and I were together, go to Presint8 by erl. Dua-dua takde lesen. Public pon public ah. Hidup tak boleh nak demand sangat, kecuali kau berkemampuan. Buat apa ada BMW, tapi takde lesen. tsk tsk ;') haahaa

Dalam erl, jumpa dengan Ustaz Ridhuan Tee Abdullah. Penceramah bebas, tak pasti sekarang masih atau tak. Biasalah, aku jarang rancangan dakwah. -__-' Kalau tidak silap, beliau menulis dalam satu ruangan di Mingguan Malaysia. Tak pasti masih atau tak. tehehehe

Sampai je dekat Putrajaya Sentral, nampak upin-ipin tengah dirakam. Aih, macam aku peduli je kan rancangan apa? Tapi Aini tahuuuuu. HAHAHA Beliau penonton rancangan Kelab Upin-Ipin bersama adiknya yang bongsu. Maklumlah, saya tak tengok sebab saya yang bongsu, selepas adik aku balik sini, gelaran akan berpindah. T__T

Kemudian, pergi ke kenduri atty. Atty sangat sweet. ;) Percintaan yang disemai sejak matrikulasi UIA akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Alhamdulillah. All the best to you both ea.
Kedua-duanya bakal doktor, berada di tahun ke-4 sept ini.

Jumpa selebriti lagi. Anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah (betul ke nama dia ni?). Cantik woohoo. Okay, sepatutnya sebut subhanallah .;') Kurus! Tinggi! Suami dia pun handsome! Serius dia kurus. Envy. Tapi kesian jugak, manalah tahu beliau kurus disebabkan tekanan politik terhadap ayahndanya.












Kimok atau Kimball juga dikenali dengan nama sebenar, Hakimah. Hahahaah Sorry kim, gurau je ek. Teringat panggil dekat sekolah dulu. ;P

Inilah watak sebenar. Menurut tajuk post ni.

Baiklah puan puan yang dirahmati sekalian.. Perjalanan seterusnya adalah menuju ke Hosp. Pantai Bangsar. Agenda sama seperti minggu lepas, melawat ika.

Aku tak taip banyak banyak kali ni. Cuma copy paste post yang aku letak kat dinding FB.

Ika 'Atika makin sihat alhamdulillah, dah 3hari pindah ke wad biasa, level 5 bilik 502, blok yang sama. Dah boleh makan makaroni, sup cendawan semua. ;) Ika dah boleh pegang remote tv, tangan kanan lemah lagi, tangan kiri cergas dah.
Cuma ika belum bercakap lagi,dan doc berpesan supaya banyak bercakap dengan ika. She needs your moral support people. ;)

Turut disertakan sekali beberapa pedoman pada teman lain yang pergi melawat dan bebelan murahan aku yang mungkin orang baca akan menyampah, (like macam aku seorang je yang lawat ika?) padahal memang aku macam ni. Stress kalau kawan2 yang pergi melawat tapi taknak kongsi info bersama di page Ika.. Tapi hak memasing lah kan. Considering my other friends yang tak dapat pergi, sebab beberapa masalah, aku update kan untuk semua. ;)

Yang perlu anda tahu mengenai Ika:

  1. Dia dah berpindah ke wad biasa. Blok D, Tingkat 5, Bilik 502.
  2. Waktu melawat bagi wad biasa adalah random. Tak ada had.
  3. Masa awal2 datang dia tak pandang pelawat. Tengok je TV.
  4. Tapi mata dia bergenang di tubir matanya. Kenapa? Wallahualam. Mungkin wawa comel sangat tsk tsk tsk hahaha
  5. Dia makan banyak. ;) Sepinggan makaroni penuh. Satu mangkuk sup cendawan. Sedapnya makanan hospital ni.. Dah kata swasta kan? Yang sihat, boleh cuba masak sendiri ;')
  6. Dia tak boleh bercakap lagi. Aku tak pasti sama ada dia perlukan effort yang banyak atau tak. Mungkin dia malas bercakap. Tak tahu! Masa ayah dia angkat-alih badan, dia mengerang. Ada suara.
  7. Cara berkomunikasi dengan kami sebelum itu: angkat kening double-jerk & cebik mulut tanda ya atau tak. ;D
  8. Mama ika selalu tanya, ika ada suara tak? She 'said' (angkat kening) ada. tapi sampai sudah tak cakap atau keluarkan sebarang bunyi.
  9. Oh ya, aku dengan Kim err cuba2 jadi nurse. Tolong tukarkan pakaian Ika. Sorry ka, kalau sakit. Tapi geli hati gak. ;D

Bagi kawan2 yang tak berkesempatan melawat, kirimkan doa anda. Itu yang paling Ika perlukan. kata Mia, she needs some advises. Akan diusahakan. Insya Allah.



p/s: Kim, kita gosipppp banyaaaak sangat pasal PPI dan sebagainya. Hahaaha

Acara dijalankan ketika menumpang rumah kim utk solat zohor.

Acara adalah tertutup, maka tak boleh cerita dekat anda. hahahahaah

Saturday, June 25, 2011

DEMI MOORE


Ada 3 tugasan tertunggak, aku kena habiskan malam ni jugak. Nak tahu kejadah apa yang tertunggak tu? Mari tengok, mari tengok.

  1. Siapkan minit mesyuarat kerja RA. -___-
    Apa salah aku? haha Aku tak minat buat minit. I tak suka sebab kena buat dalam bahasa Inggeris. hukhuk
    Kenapa dulu aku boleh bercita cita nak jadi secretary? Main main setiausaha semasa kecil, lantas poyo poyo duduk di meja kemudian ketuk pintu bilik kakak seolah-olah ketuk pintu bos? Benci haku. Nasib baik cita-cita tu tak diteruskan.

    Dahla kena dengar voice recorder ni banyak kali sampai volume 100. Ada suara orang yang jelas, ada yang tak jelas langsung. Nak create macam mana entah. entah entah entah.


  2. Siapkan kerja RA, kena emel researchers.
    huwaaaaa. terkentut-kentutlah aku malam ni menahan beban homework RA.


  3. Kena siapkan rumah, touch up touch up uols kasi rumah cantik. Ada party esok. Kang kakak kakak aku pulaukan aku esok.
    untuk makluman ya, esok aku ada agenda sendiri, yang dah dirancang berkurun lagi.

    Kenduri atty ('atikah rozhan) di Putrajaya, presint 8.
    Kemudian, misi ke hosp. Pantai Bangsar.. (lawat ika)
    To those lovely people yang mendoakan, terima kasih banyak banyak. I love you! ;)


Okay, tak banyak kan? Memang tak banyak. Pengsan je nanti dalam LRT & ERL esok. Plan nak berborak dengan Aini, adalah dibatalkan. Berkuatkuasa serta merta! hahahaha


Doakan perjalanan saya.

**Demi Moore {read: Demimu}

Demimu RA, demimu kakak dan rumah. Saya bersengkang mata.

*__* panda eyes









Wednesday, June 22, 2011

MASIH ADA HARAPAN . SYUKUR .


Sehari dua lepas dikejutkan dengan berita pemergian rakan di Kuantan, *baca entri sebelum yang ini* hati saya diterkejutkan sekali lagi dengan berita dukacita di FB. Kali ini mengenai rakan sekolah teknik yang telah dimasukkan ke hospital pada Ahad lepas (12Jun).

Macam mana aku tahu? Meh sini nak cerita.

Jumaat lepas (17Jun) aku ada writing skill workshop under department psychology. Malangnya, on that day, aku punya sistem badan tak berfungsi dengan baik. Asyik pergi toilet jeh. Dah kali ke-3 asyik keluar, aku pun reti gak tebal muka. So, aku bawak diri pergi Lab Comp. Bagus kan tempat aku bawak diri? -__-' Online, lepas tu boleh get ready pergi tandas lagi.

Masa aku godek FB, aku macam pelik. Apakah kenapakah semacam apakah so many people are posting on my friend's wall. Semua berciri:

  • Ika hope you recover very soon
  • Ika, cepat sembuh
  • InsyaAllah..everything will be allright..fast recovery k =)
  • get well soon along :'( lamenya kau nak stay hospital ? bile nak lepak same2 lg ni ?? :(
  • just heard about you.. get well soon ika_matahari. Be strong!!

Maka, datanglah golongan seperti:

  • ika........terkejut dgr citer neyh...ak tau ko kuat k,ak doakn ko cpt sembuh...:)
  • can someone update me on what really happen to our Ika 'Atika ? T_T
  • eh what happened to her? ada sape2 boleh cerita? anyway, recover n get well soon!
  • Even me myself: Amende jadi ni? Ika sakit apa nii? Apasal aku seorang je noob tak tahu cerita? *noob tu apa? aku main pakai je. (ni pertanyaan dalam hati SAHAJA)

Lepak korek mengkorek, sesi stalk secara detail dan pukal dijalankan, baru aku tahu apa yang terjadi sebenarnya.

My ex-schoolmate, Ika. Dia ada blood clot in her brain. Tapi dah selamat dibedah Isnin lepas, sehari selepas beliau dimasukkan ke wad.

Ahad lepas (19Jun) aku ada pertemuan kecil-kecilan dengan member Kuantan. Di Mid Valley. Dah alang-alang ke sana, memang niat tu ada nak pergi hospital. Sejak kat rumah aku dah google where is Hosp. Pantai Bangsar. ditemani Nana (ex-coursemate uia kuantan) pergi lah bertawakal naik teksi menyerah diri untuk dibawa ke hospital. Oh rupanya dekat gila. Tepi mid hujung sana. Alhamdulillah. Pekerjaan yang baik, insyaAllah sentiasa dipermudahkan. ;')

Baiklah, sesampai saja aku di sana, sekitar pukul 5.00. Waktu melawat pon pukul6.00 So, sempat solat semua, cerita2 dengan mak ika.. Masa ni pelawat lain pon tak ada. Kira ok. Again, syukran Ya Tuhan.

Momen salam perkenalkan diri takyah cerita ek?

Mak ika cerita, ahad malam kejadian, ika belum balik rumah. Malam tu, dapat panggilan dari adik ika, yang study uniten jugak. "Ma, along kat hosp. Assunta."

Terkejut acik. Ingat main2. Rupanya betul. Doc cakap ada blood clot then perlu segera dibedah. setiap 2,3 jam memang kena panggil dengan doc. (aku tak tahu pulak apa tujuan kan) Then celah mana dipindahkan ke Pantai Bangsar pon aku tak perasan sebab syok sangat dengar cerita kan.

Doc cakap punca darah beku ni mungkin tersalah ambik makanan (tersalah makan) ataupun stress. Even mak ika cakap ika tak pernah pulak terjatuh atau terhantuk. (namun kalau ada, di luar pengetahuan beliau).

Memang simpati aku dengar. Dahla kawan ni dah lama tak berjumpa, tiba2 jatuh sakit masuk icu. Siapa yang tak terkejut? ;'( Walaupun tak rapat, ikatan saudara seagama tu kan utuh lagi. insyaAllah.

Sampai detik pukul 6pm, aku pun membontoti langkah mak ika. Debar di dada jangan kata lah. Susah nak imagine keadaan ika macam mana. Aku ni dah lah bangsa cepat sebak. eeee, geram sungguh!

Masuk icu kena sanitize dulu tangan tu dengan cecair khas. Takut kuman merebak ke apa. Cegah la apa apa yang perlu.

Masuk2 je, tengok ika sedar. Mak ika tanya, along..kawan datang. kawan sekolah teknik. along kenal tak?

ika angkat kening sikit je. pastu angguk pun sikit je. Serius lemah la keadaan dia. Aku dah sedih dah. tapi controllllll.

Aku pun perkenal la diri aku. Memang ika kenal. Aku pegang tangan kanan dia. Tanya mak nya, boleh tak pegang. She said okay jeh. Aku pun usap2 lengan dia.

Pastu kan.. aku cakap la dengan ika. ika kena sembuh tau. semua orang post dekat FB suruh sembuh cepat. kena kuat. *masa ni berair gila mata aku.* ;( Aku termenangis. Sorry dear.

Aku sambung cakap lagi, next month kita pergi wedding member sesama ek, (read: Fatin Fasehah Mazelan). Gasak la. Aku tibai je ayat ni. Suka hati aku je ajak anak org pergi wedding. Tak kisahlah, asalkan ika bersemangat sikit, ajak pergi maa2 pun aku boleh tolong tuturkan ;D

Pas air mata aku menitik tu kan, aku cari tisu dalam handbag, membelakangi ika (bajet tak bagi nampak la tangisan ni, padahal orang sakit boleh dan cepat rasa kot!). Then aku pusing menghadap ika balik. Air mata dia pulak gugur.. Alolo sedihnya aku. Menyesal pulak menangis.

T___T Ika sorry.

Nasib baik makcik tak marah. Sorry jugak makcik. Sedih tak dapat tahan. eh apasal nana pon nk menangis jugak? haha siap mintak tisu yang aku dah pakai. Aih, sayang nana Adam ni ;')


Baiklah, tak payah dah cerita pasal air mata yang menitik 3,4 titik. (tak boleh menitik banyak2, nanti pesakit demotivatd)


Kemudian aku beralih ke sebelah kiri ika, tengok jahitan kat atas kepala. Aku pegang jugak tangan kiri ika.

Tetiba...

Ika genggam tangan aku!!

Terkejut akak! kering mata aku rasa lepas tu. Macam happy gila. Oh em jay. Cakap dekat mak ika, makcik dia genggam tangan saya!!! Rasa ingin menjerit kepada satu dunia. hahaha

Okay. Dah, kemudan kitorang keluar sebab ayah ika cakap ramai lagi tunggu. Tak boleh tunggu lama2.

Before keluar, aku genggam tangan ika lagi sekali, cakap bye2. Then aku cium dia. ;')

Bagi semangat lebih sikit supaya cepat sembuh. huhu


# # # # #

Itu cerita terdahulu. Aku lambat update pasal ni sebab aku malas nak melayan emosi. Kang aku sedih sambil type, siapa nak pujuk aku pulak? haha

Tapi tadi, ada member ika di uniten, merangkap member abang aku, sekarang dah jadi member aku pun., Watak baru: Mia Amira.


@wawa; lawat ika eh? update eh nanti. ;) tQ

@mia;she's improve! (= tgn kiri da bole angkat tinggi, tgn knn lemah sket. Da bole mkn bubur, sup

@wawa; alhamdulillah ;D seronoknya dengar!!. ahad lepas dy tangan kiri boleh genggam je. hehe

weekend ni kalo free, nk g lagi insyaAllah. bila ika boleh kua icu?

@mia; em tu doc xckp pape lg. But i believe soon. And em make sure dtg during visit hour and dtg in smal grup. Ayah die strict sket nw. Even tampal no visitor kt lua bilik die. If he's around je kwn2 bole masuk. Gad and nurse pn da strict nw.


So, thank you so much Mia ;) Kami yang membaca blog wawa sangat terhutang budi. ok poyo.
Mia ialah seorang kawan ika yang paling kerap pergi jenguk lah. Siap tolong sikat2 rambut semua. So, kawan2 please thanks to her.

Ingat dua perkara:

  1. pastikan anda semua melawat dalam group yang kecil. Tak datang segerombolan like rombongan mak kiah mak minah or wateva.
  2. Datang ketika waktu melawat sahaja okay?

Penting untuk memastikan Ika tak letih (masuk hospital ni memenatkan okay- aku bekas pesakit denggi)..

Kena jaga sensitiviti ibu bapa pesakit (ika) they need to guide our way to ika's room. Penat. Kasihani mereka. Bekerja lagi, jaga ika lagi. Keprihatinan kawan kawan sangat membantu kondisi mereka sekeluarga.

Jangan lupa doakan kesejahteraan ika dan semua orang!!

Thanks a lot. I love you, friends. ;)


#Gambar: ika yang paling kiri# ;)


Wednesday, June 15, 2011

Dia LebihTahu

Tengah hari tadi. Dapat teks dari seorang teman di kuantan, memberi khabar berita. Mula-mula aku rasa biasa. tak bertanya siapa yang terlibat. Sebab hidup aku tak lama di Kuantan. Setahun je. Nak kenal junior memang susah. Tambah pulak bukan budak kos aku.

Sekarang bukak FB, post teman2 kebanyakannya menyentap jiwa.

Seorang lagi, dicabut nyawa. Perginya seorang teman.

Ibnu Syaibah meriwayatkan dari Abdullah bin Utaiq katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bahawa orang yang mati syahid itu ada lima, yang pertamanya orang yang mati disebabkan sakit perut, kedua orang yang mati ditikam, ketiga orang yang mati tenggelam (karam) di dalam air, keempat sobihul badmi, kelima orang yang mati berperang fi sabilillah." (Hadith riwayat At-Termizi dari Abi Hurairah).
(bro. aklil)

Arwah meninggal sebab menolong rakannya yang lemas, bagaimanapun ajal beliau dulu yang datang menjemput. Aku tak pasti mereka ke Sg. lembing atas urusan perkelahan atau ada program, tahu cerita pun dari mulut ke mulut.

yang kita semua mampu, sedekahkan al-Fatihah buat arwah, semoga Allah membalas segala jasa dan pengorbanan arwah seterusnya menempatkan arwah di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah
buat saudara Adha Amer

Kepada keluarga dan teman-teman arwah, semoga bersabar. Sesungguhnya arwah merupakan kawan terbaik, hingga ke hembusan nafas yang terakhir. Redhakan perjalanan beliau ke sana.
bagaimanalah hari kita nanti? mungkinkah pergi dalam keadaan baik atau sebaliknya? Wallahualam. merenung kata-kata seorang sahabat:

"jangan takut dengan kematian. tetapi takutlah dengan amalan kalian yang mahu dibawa kelak. jangan lari daripada kematian seolah olah para alim ulama' dan para syuhada tak sabar akan kematian.'' -bro. pudin *aku edit sikit ayat


Sebenarnya, walaupun aku tinggalkan bumi kuantan dalam tempoh yang agak lama, aku kenal arwah ni. kenal ketika sama2 menjayakan program. baik. Semua orang mengatakan arwah baik. lebih2 yang mengenali arwah lama. Aku ingat dia sebab semua orang tag nama arwah, bila tengok gambar baru terasa sedih dan pilu. (fitrah dunia, kita akan sedih bila terkenang orang yang meninggal dan kita kenal orang tersebut. maafkan aku, tapi itu aku.)

Terkenang dengan pemergian teman lama, Allahyarhamah Nur Maslina. 2tahun lalu, kemalangan di bandar Kuantan ketika menunggang motosikal. tapi topik ni aku tak mahu ulas lanjut. Takut jika teman di Kuantan terluka kalau baca blog aku nih. Ingat tak dalam post ni, Durra sentak aku dengan siku sebab aku menangis?

Masa ni, aku dapat kiriman MMS dari seorang teman, muka depan Harian Metro edisi Timur 'Mata Terkeluar'. Aku sedih sebab aku takde dekat Kuantan bila semua orang ada dekat situ. Aku ingat lagi, a week before she died, aku sempat jumpa arwah. Suruh pegang kepala dia. Usap kepala dia. Dan Aku lagi sedih bila dapat kiriman MMS tu. Rasa hiba tu ada sampai hari ni..
kawan2 sana call, suruh aku tabah je lah. Diorang wakilkan diri diorang untuk aku. Bukan senang nak pergi Kuantan, sementelah aku ni perempuan dan etc. Thanks Izwan. Dia banyak menyedapkan hati aku masa ni. Seminggu aku menggodek internet cari berita semua. Apa daya, metro edisi KL tak ada berita tentang ni. Few weeks later, kawan2 Kuantan ada datang sini, bagi keratan akhbar tentang arwah Mas.

Aku sangat berpuas hati, takpelah. tengok paper pun takpe dah. Dan aku jugak sangat berterima kasih sebab kawan2 sangat supportive and ingat even aku jauh. Cuma aku ralat tak dapat sama sama dengan diorang waktu bersedih. Namun, Allah Maha Tahu. ;) Redha, aku rasa berbaloi pergi Kuantan a week before even tanpa keizinan ibu bapa. (wey, jangan bagitahu diorang). Itu first and last aku pergi sana so far. InsyaAllah ada masa pergi lagi. DENGAN keizinan. Bimbang sebarang kejadian tak diingini terjadi. At least mati di dalam keredhaan mak bapak adalah penting. Sebab redha Allah terletak bersama redha ibu bapa.

Apa apa pun, ajal dan jodoh itu satu ketentuan dari Allah. Bila kita pergi, kita tak tahu. Ingat 5, Sebelum 5.

Hidup sebelum Mati.

Kawan-kawan jangan sedih ya? Sesiapa yang berniat nak jumpa arwah Amer @ Adha buat kali terakhir, tetapi tak kesampaian, kirimkan saja doa buat beliau. Terkilan itu pastinya ada. tak apa, bak kata seorang kawan (lagi) kita boleh buat solat jenazah ghaib untuk arwah.

Semoga arwah tenang menuju alam yang kekal abadi. insyaAllah.

meninggal pada usia yang masih muda,22 tahun. Bidang BioTek kehilangan satu lagi bakal permata. Allah adalah sebaik baik Perancang.

Mati itu tak kira usia. Mati itu tak kira baik atau buruknya kita. Benarlah, Allah lebih menyayangi hamba-Nya.

Innalillahi wainna ilaihirojiun.

p/s: Sesiapa yang ingin membuat sumbangan, boleh salurkan wang ke:
03010071115727-bank muamalat
06010001178203-bank cimb
Atas nama badruddin Othman.

Thanks to Muhammad Cahaya kelebihan utk info.

Sumber berita boleh tengok sini : AdhaAmer

Saturday, June 11, 2011

PIDATO.


Sebuah entri lama. Aku bagi nafas baru. Kalau agak agak tak rasa nafas baru tu, elok lah kau guna cpr je ok? HaHaHa.

Entri ni pasal tengok Debat Kebangsaan, yang dah lamaaaaaaaaaaa dah. Aku je yang reti baru nak update. Sorry kawan kawans. Lappy ada prob. Jadi harap maaf dan maklum. ;) Nikmatilah
gambar2 yang dah nak basi ni. Orang-orang dalam gambar je yang tak makan dek zaman. Especially. ehem ehem. Siapa terror, boleh jawab. ;P




Ni group Gamelan uia. Tiap kali event besar, memang diorang ada.


Cik Nessa (ex-roomie) :: Siapa tak kenal aku kena hempuk :: Cik Aini Amin Punya. eh eh



Caption sama dengan atas. ;D



Caak! Di belakang sana. ;D






AIKOLians.














Oh ya! Masa ni busy week. Hectic sangat2. Sampai kena bawak homework skill pergi PICC,Putrajaya demi tak menghampakan teman, IrwanSyah. hihi

Muka tabah; tangan dah kerang, telinga memang terbukak, sebab nak dengar orang berpidato lagi. memang haru. Wajah pun kena tak boleh tunduk sangat. Cameraman nak shoot susah kang? ;P

Thanks to Aini, sebab tolong. Dapat A skill menjahit. Huiyoo Huiyooo





Sebab dah lama tak letak gambar dalam blog, ni kena letak banyak.
Perut kena cover. -__-''



Makanan ditaja. ;D




Pak Najib ada.
Nah tengok.



p/s: benda dah lama, tak mampu nak bebel banyak sangat.

Friday, June 10, 2011

Tak Payah Nak Love Me Like Crazy Sangatlah Okay?


Baiklah, ada orang berhutang budi dengan saya. Tentang entri lepas. Entri proses kematangan.

Berhutang dengan terhutang ada beza tahu?

Berhutang: Kau kena bayar, KAHKAHKAH

Terhutang: Kau tak payah bayar. KAHKAHKAH

Jadi, faham sendiri2,please? ;P

And, welcome BEARy much too.


& & &

Sesiapa rajin baca paper (surat khabar) semalam?

Semalam, alkisah aku terbukak paper New Straits Times. Selalunya memang tak pernah belek detail. Aku mana minat English ni. Tapi nasib baik kesedaran datang semalam. Baca satu topik yang hot sangat. Gila hot.

There is no cure for cheating hearts- Chok Suat Ling

Dr. Rohaya Mohamed, naib presiden kelab the obedient wives (OWC), telah memberi statement yang anda boleh nilai sendiri jika kelihatan cukup bijak atau sebaliknya.

..:: Women must serve their husbands like 'first-class prostitutes' ::..

what for? >to keep him from straying and to prevent greater social ills< Dr. Rohaya

Beberapa isu yang memenuhi benak fikiran aku:

1. Really? So semua isteri kena pergi lorong belakang Haji Taib menuntut ilmu pelacuran. Begitu?

2. Perkahwinan tu berlandaskan unsur seks semata. Kah?

3. Tiada cinta dalam konsep pelacuran. *orang yang ada phD cakap camni. isu yang beliau kaji.

Malunya, kenapa minda kita tersekat dekat sini? Haiyo! beberapa surat respons dalam NST, daripada komuniti (bukan melayu) menunjukkan rasa tidak puas hati dan TAK menyokong statement 'bijak' di atas.

Come on. Ada banyak perkara yang boleh improve kan hubungan suami isteri. Tambahan pulak, tak semua lelaki curang pada setiap isterinya. Ya, perkara sedemikian memang ada terpampang di dada dada akhbar. Tapi, aku tak pasti korang tahu fakta ni ke tak. Paper akan highlight isu isu yang panas-panas (i.e kes curang, buang bayi et cetera) demi keuntungan. Cerita baik2 ni jarang pulak nak siar kan? Lebih kurang movie la. You guys memang akan tertarik tengok cerita KL Gangster berbanding cerita atau filem Ustaz Amirul. (konon je la eh)

Katanya KL Gangster ada moral yang banyak. Trust me, cuba tanya budak2 sekolah yang pergi tengok semalam, moral apa yang kau dapat? Sebab post diorang aku tengok, 'Aaron Aziz style gila doh' 'KL Gangs. Best gilaa!'

Takkan ada yang cakap, 'Jangan join Gangs. bahaya!' 'Aku insaf tengok KL Gangs.'

Dialog nasi lemak Farid Kamil lagikan orang ingat daripada hadith, ni aku cakap aku. Mungkin kau hafal semua hadith. Aku bercakap orang yang sama dengan aku je. Jangan terasa. Nanti cepat bongkok eh eh. haha

Biar aku simpulkan dekat sini bahawa: Orang akan ingat yang tak senonoh berbanding senonoh. Terutamanya adik2 yang belum matang fikirannya. take note benda ni eh. Aku tak cakap semua. Majoriti, ya.

Pulang kepada topik asal kita tadi, aku rasa tak semua manusia (lelaki dan perempuan) berpenyakit seperti tiger woods - serius dia berpenyakit dan memerlukan terapi. Jadi, tak perlulah lelaki mahupun perempuan cuba menjadi pelacur atau gigolo kelas atasan untuk berkhidmat untuk suami isteri masing2. Aku tegas mengatakan, perkahwinan tu tak berkiblatkan nafsu sahaja. It is more than that. Beyond.

We have to do something. This is an urge, menyentap segala urat saraf aku. How can a Dr. gave this statement? Another world controversial issues come up after the tsunami case by someone famous jugak. Cukup-cukuplah. Lepas satu, satu.

If they sound intelligent, go ahead. Unfortunately they are not.

Yang buat aku lemah lagi. Non-Muslim pun reti hal hal sivik macam ni. Tambah2 kita pulak yang Islam.

Betullah apa Allah cakap, back to the Qur'an for any issue.

Dialah jawapan yang terbaik.

Back to basic. Mari kita baca Qur'an sama sama hari ni.

Kita bukan gelakkan orang yang buat kesilapan, tapi kita refleks diri kita sendiri. We might do the same thing. Tapi Allah dah tunjuk dulu. Selalunya, orang yang selalu membuat kesilapan, dia lebih disayangi Tuhan - dikritik dicaci ke apa. Allah mahu beri petunjuk. Sama ada kita nampak dengan tak nampak. Kan?




Early & Late Maturation.


Tolong jawab assignment orang. Sekaligus membantu sesiapa yang nak exam, terutamanya dalam bulan ni. Boleh jemput tengok kalau nak. ;D

Soalan: Masalah yang bakal berlaku pada remaja yang matang awal? *soalan aku guna aayatku sendiri, harap maklum. ;p




..:: Some of you entered puberty early, others late, and still others right on time. Adolescents who mature earlier or later than peers perceive themselves differently (Costello & others, 2007).

An increasing numbers of researchers have found that early maturation increases girls' vulnerability to a number of problems (Biehl, Natsuaki, & Ge, 2007; Mendle, Turkheimer, & Emery, 2007). Early-maturing girls are more likely to smoke, drink, be depressed, have an eating disorder, struggle for earlier independence from their parents, and have older friends; and their bodies are likely to elicit responses from males that lead to earlier dating and earlier sexual experiences (Wiesner & Ittel, 2002). For example, a recent study revealed that early maturing girls were more likely to try cigarettes and alcohol without their parents' knowledge (Westling & others, 2008). ::..




Jawapan adalah merujuk kepada soalan. Tajuk entri adalah menggelabah sebab aku tak berniat nak terangkan pasal late maturation. Kalau ada permintaan, aku akan pertimbangkan. HeHe.

p/s: jawapan ni jugak dicetak daripada buku 'Life Span Development'.Penulis John W. Santrock.
See? kalau tengok statement di atas, banyak menceritakan berkenaan perubahan ke arah terlibat dengan minuman keras dan hubungan seks. Sebab researcher ni kan orang Europe. The jawapan depends on the place that they do the research. Kalau kat Malaysia mungkin lain jawapannya. Orang yang cepat matang ni mungkin tak terlibat dah dengan teng teng. Itu mungkin hasil kajian di sini. Tempat lain pun mungkin lain hasil kajian dia. Tapi lebih kurang sama.

Okay, people. Boleh bersurai pergi solat Jumaat sekarang.

HUTANG ENTRI DIBAYAR DENGAN ENTRI

Apa khabar orang kampung,
Sudah lama tak berjumpa,
Mintak mintak semuanya,
di dalam sihat sejahtera.


(sudirman punya lagu)

hehehe
Lama tunggu eh?
;)

Arifah, saya dah kembali. Harap anda happy.

Poyo benar dia, siap tag nama dekat FB merayu rayu update blog. Shakespeare habis keluar, takut pulak baca kan? HAHA Tapi takpe, aku bangsa tak mudah perasan. Cool je. Biar lagi lama tunggu, last last memang tak payah tunggu pun.

Macam biasa, cerita banyak. Tak terupdate. Sengaja tinggalkan blog ni. Kasi terbengkalai lama even waktu cuti. Apa benda yang aku sibukkan pun tak tahu. (?) Umur baru 23 tak yah nak busy sangat lah kan? HAHA

Oh, lupa nak cakap. Aku ada sedikit kesukaran nak update, sebab power supply lappy aku ni terencat. Maklumlah, tuan dia ganas, lipat macam tu macam ni, urat dia pun tergeliat. Dah massage pelbagai cara dah, dia merajuk habis! Pergi cari charger dekat wangsa walk ( ni je tempat paling senang aku nak pergi- seorang) >> kes simbah asid<< menyukarkan niat nak ke pusat komputer berhemah sekitar KL.

Kalau update guna laptop kakak atau orang lain memang tak best. maklumlah, lappy kau je best kan wa?

Gambar2 pun ada dekat desktop sini, then senang nak resiza segala. Lappy kakak aku berat gila. Nak install Photoscape pun payah. Aih. Jadi, kemalasan mengupdate blog adalah tahap kronik. Kerajinan update perut pun kronik jugak. HA HA HA Gaining weight is painful yet kind of funny jugak. tsk tsk tsk.

Lepas ni, mungkin ada azam tinggi sikit. Mungkin 10 entri sehari? Ewah! Ingat jari jemari cap ayam ke kerja nak mancakar keyboard? Nan ado. Depends.

Ketabahan aku mengawal mood sendiri pun dikira satu kerja sekarang.

Tajuk2 entri dah boleh ambik nombor giliran sekarang.

Kalau dah hutang, memang kena bayar.

Ouh lupa. lagi satu.

Happy 1st anniversary eh sayang? Setahun kau ada, kadang2 aku bahagia. Kadang2 tak. Depends dengan persekitaran kita.
Penyumbang utama adalah makhluk2 Allah.

Tak sangka kau ada peminat jugak. (?)

Statistik sejak belakangan ni menunjukkan kau diminati ramai di US dan M'sia. Tapi takpe. Aku tak cepat melatah. US tu advertiser merepek je. Kau masih dalam lingkungan Malaysia. Tak payah pergi jauh pun. Sebab kita bekerjasama bukan untuk bertanding tanding.

kau jadi diri kau okay?

Daddy's Daughter.

1st anniversary.

30 followers

5000++ visitors so far.
*okay, aku tahu 4500 aku yang view sendirik. haha

Not bad huh? Tolong menulis dan menggoreng secara lebih kerap.
Baik.

kesian kau. genap setahun, tetiba ada entri sampah camni.

-__-'