Tabung Elektronik

Saturday, July 28, 2012

TOO DISCRIMINATE (?)


Ustaz dan ustazah FB semakin ramai. Boleh diibaratkan cendawan tumbuh selepas hujan.

It is good. Very good.

Aku, kalau post sesuatu yang baik baik, atau mungkin kelihatan baik baik,. Tak bermaksud aku menasihati orang. Kalau ada yang terkesan, alhamdulillah.

Bagi aku, aku shared post atau apa saja, itu bermaksud untuk diri aku.
Pasal solat ke,
Puasa ke,
Couple ke, (jarang ambik port sekarang)
Motivasi ke, . .

Anything.

Itu semua untuk aku. Sebab I am no perfect.

So, tentang ustaz dan ustazah FB. (maaf menggelarkan begini) Take it easy eh?

Ramai di antara mereka ni lantang bersuara tentang aurat.
Which is bagus.
Ramai share quote dari ustaz azhar 'Ingat boleh masuk neraka sekejap sekejap?'

I do agree.

'Pakailah stoking, tutuplah dada dan sebagainya lagi.. aurat wanita untuk suami.. mekap untuk suami..'

Yes, itu semua fakta.

Cuma aku tak berkenan cara. Yes, cara.

Please la. Nampak perempuan free hair bertudung time puasa tetiba post 'Harap pakai tudung tak bermusim etc'

To us yang dah bertudung ni, mungkin nampak biasa. Nada post tu okay okay je. Aku pun pernah like. Like tak bermaksud setuju 100%.


Tapi cuba fikir perempuan yang tak bertudung tapi nak (ada jugak lah niat bertudung) walaupun hanya tukar DP atau default pic atau profile pic dekat FB kepada bertudung. Walaupun berselendang.

Aku rasa lagi sweet cakap: "Wah sweetnya tengok kawan kawan wanita dah ramai menutup aurat dalam bulan Ramadhan ni. Ni lah calon ahli syurga! Hehehe"

Kalau perempuan pergi clubbing kena puji cenggini pun dah melompat keriangan.

Bukan kah?

Ini tak, asal ada orang keras hati tak nak berubah, dimarah dimaki. Kata golongan pendakwah. Nabi guna hikmah tahu tak dalam berdakwah. Tapi diorang ni sesuka hati je cakap 'Tak payah nak tegur lembut lembut. Karang esok mati kang camne. Biar kasar asalkan meresap dalam jiwa.'

Percayalah. Orang berubah dengan cara kasar macam ni, tak kekal lama.

InsyaAllah diberi ketetapan hati dan istiqamah. Tetapi, untuk mereka jadikan korang sebagai pemangkin untuk berubah, TAK sama sekali.

Cakap dekat FB berdegar degar. -,-

Jangan buat orang hilang respect okay?

p/s: Kalaulah dekat MALAYSIA buat klip video lagu berunsur ketuhanan @ nasyid, dan diselit kaum hawa yang tak bertudung. MESTI kecoh. Mesti!

Sami Yusof, Maher Zain dan pihak belakang tabir boleh terapkan suasana 'wanita tak bertudung' dalam klip video. Aku rasa perkara ni hampir mustahil untuk kita.

Kita kena terima bahawa ibu kepada kawan kawan kita ada yg free hair. Makcik makcik kita..
Nenek nenek kita., Bukan semua orang dilahirkan di negeri serambi mekah, Madinah, Mekah, Mesir dan alim semulajadi. Hafal Qur'an masa di PASTI @ TASKA.

Perlukan perubahan. Ada yang mendadak. Ada yang perlahan (macam aku)

Kita nak ubah orang jadi yang macam kita nak. Bukan pada apa yang mereka perlu.  (?)

Thats why kadang kadang cara kita berdakwah perlu dikaji semula.

Jangan salahkan pendosa kalau taknak bertaubat. Salahkan kita yang nak menukar orang terus menjadi sempurna.



I LOVE YOU BOYFIE..


Geli tak tajuk post aku pagi buta ni?
Jangan lah geli. Ughh.

You know what, guys (the boys)..
Once women (the girls) being not lazy, rajin superheroin entering the kitchen..
It means she is in love.

Kau kena tahu tu.
Kau demam, esok kang ada girlfie hantar nasi goreng. Alolo. Sedapnya.
Kau selesema. Jangan risau, malam karang girlfriend datang hantar laksa.
Laksa apa kau nak?
Oh, itu bergantung dia datang dari negeri mana.

Kalau kedah, laksa utara.
Kalau johor, laksa johor.
Kalau sarawak, aku tak pernah dengar sabah ada laksa. (so it should be laksa sarawak lah)
Kalau kelate, laksam.
Kalau awek kau KL, dia bagi spagetti. At least la. Kalau pandai masaklah.

Kalau tak pandai, maybe she will buy you laksa from night market (bajet rendah) or spagetti bolognese pizza huh huh (bajet tinggi sikit).


It's a fact tau. Girls yang ada special BF akan suka masak because (of course you guys) you ols encourage them to cook!

Standardlah. Nak test bakal bini pandai masak tak. Sukahati korang lah.

Itu cerita orang.
Hehe

Cerita aku.
Aku baru je pandai masak cuti 3 bulan ni.

Taklah pandai. Maksudnya tekak aku sendiri boleh telan hasil masakan aku.

Mana taknya!
Kalau weekdays, boleh mati kebulur kalau tak masak.

No one can depend on.
My mom is not a full time housewife.
She is a techer.
Hari hari balik pun dah lewat petang. Seriously lewat. Berbanding mak orang lain lah kot.

Kot.

She is back around 6pm. Awal pun 5pm. Nak lebih pelik dan tertanya tanya bila dia dah muncul 430pm.

Which is very very rare.

Memandangkan aku bercuti dengan adik, dan abang. Ada 3 mulut yang perlu disuap. Ewah. Cam burung pulak. :D

Selalunya aku masak SEKALI sehari. Dah semua bangun tengahari. Lame lah duduk KL.
Rasa nak jadi babysitter je. Baru aku rasa masa aku terisi dan lebih bertanggungjawab. -__-

Ada baby aku tak lah berhibernasi macam berhibur dah.

Dah alang alang masak tengahari, lauk tu akan diulang sampai malam. Panaskan.

Menu yang berulang lah boleh dikatakan begitu.

Sebab aku tak lah terror masak sangat. Markah terror makan adalah lebih tinggi berbanding terror masak masak :P

The dishes: Anything can do (ayam ikan udang sotong)

buat sambal.

Rotate.
Hari ni udang sambal.
Esok sotong sambal. Hahaha
Ikan sambal pulak.
Sotong kuah hitam. 
Ikan goreng.
Ayam goreng rangup.
Sotong goreng tepung, favourite favourite.
Ayam kicap.
Tak cukup ayam, udang kicap pulak. Hahaha

MENGKUBIS.

These 2 weeks around, hari hari makan kobis tahu tak. Alkisahnya my mom went to Cameron. Ada kerjaan sedikit. Dibelinya 3 bunga kobis. Bukan 3 helai daun. Seriously 3 bulatan kobis tu. -__-

Sebagai tukang masak rasmi, I terpegun tersenyum tak payah ar wey cakap pape. Masak jelah! Hahaha

Dah lepastu, aku buat lah sayur goreng. Aku terrar goreng sayur.
Sayur memang aku goreng tiram je. Kalau malas sangat, campak kan aje kiub ayam maggi.
Pergh asal sedap sangat ni// Puasa, istighfar. istighfar.


Itu cerita lauk lauk. 


Oh yes, masa balik kelantan tengok atuk hari tu sempat jugaklah memasak. Tapi masakan saya yang berusia sebulan ni manakan mampu mengalahkan masakan nenek yang err mungkin sudah 60-70 tahun (?)


Kita surrender. Goreng mee sajelah. My 2nd time cook fried mee to tok ayah. :)


Pagi tu before nak goreng mee, telah menghantar sistem pesanan ringkas pada umi. Mintak resepi. 
Tak dibalas sampai sudah. Aku punnnn.


Ilmu campak campak aku jangan dibuat main. Dia datang, zas zas zas. Eh, siap dah? 


Adik said sedap. 
Boleh lah tu. 
Habis. Thank you :)


Dan asal usul aku ni reti masak (sedikit sedikit) sebab perlu hidup berdikari.
Mengenang kembali hidup masa lepas matrik dan beberapa tahun lepas, mak saya pulang dalam keadaan lapar. But this daughter didnt cook anything. Aku suka berlapar daripada masak.

Pathetic. Tahu makan. Tak nak masak.

After few times in few years memujuk diri untuk memasak, now my mom jarang ( tak ada) balik lapar lapar.

I tak boleh tunggu I kahwin untuk pandai masak.
I tak boleh tunggu I ada boyfie untuk mahir pegang kuali.
I tak boleh tunggu I dipinang dirisik untuk jadi chef.

Mungkin ada lelaki yang boleh consider seorang perempuan yang tak boleh masak untuk dijadikan suri..
Its okay. I akan tinggalkan peluang tu untuk perempuan lain.

To be frank, masakan Kelantan tak conquer habis.
Yang masak (menus) dekat atas tu, I didnt learn OFFICIALLY from my mom or sisters. Tapi cuba dan cuba.

First trial memang tak selalunya menjadi. Mungkin jadi, tapi 2nd and 3rd trial belum tentu.
Masa matriks dulu teringat kena masak untuk adik yang tengah sekolah lagi masa tu. I have to cook.

I HAVE TO.

My young sis ni ada gastrik. Kalau tak masak, habislah!

Nak suruh dia goreng telur memang tak. She was unable to handle the kitchen at that time.

My dad strict sangat dulu. Tak kasi anak amak pegang dapur time kecik kecik. Sayang anak katanya.
Kalau lapar suruh the elder sibs masakkan. If they are not at home, makan roti.

That's why aku liat pegang senjata dapur. I wasnt used to cook. Eeee. Siang siang ikan ayam? Please!

Potong bawang.. Hiris ulam (?)

My dad taknak bagi permission. Kalau buat nasi kerabu kan ada ulam?

Aku rajin nak potong, tapi my dad tak suka hasil tangan budak yang hodoh.  (bukan anak dia hodoh, kena faham nih haha)

He is cerewet eh.

Dah form 4 masuk asrama pulakkk. Memang bertambah berat punggung ke dapur.


Apa apa pun, memasak ni bukan memerlukan kePAKARan. Cuma keRAJINan. 

If you rajin and ada sedikit confidence, your dishes will be great and delicious yummeh! :D

Then kemahiran akan datang lepas kerajinan. Hehehe

Just sharing. Jangan tunggu kahwin baru nak masak.

p/s: Serve your parents with your cooking skill dulu. Baru husband. Dua dua pahala.


Friday, July 27, 2012

7RAMADHAN

It is 7 Ramadhan today, isn't?

Yet, I just read a few pages of Qur'an. Not too much. Pity me. Lazy me.

Esok Allah lazy nak masukkan aku ke syurga baru tahu. T__T

Anyway, sesiapa yang sudah sampai half of Qur'an, Alhamdulillah. :) Semoga saya rajin ke arah itu.

Dah 7 Ramdhan, menghampiri 10 Ramadhan.


Mengimbas kembali hari check result exam. 24/ 26 June 2012. If I am not mistaken eh.

The result was really great. Supposedly I have to tell this to my own blog because (apa yeh?)..

I was naming Daddy's Daughter to Dean's List Student. :)

Nanti bukak sem I will change it again. As long as I am a student, forever will be. Even we are gonna be parents, still we are students kan? Need to learn, learn till the end of our life.

Sambung pasal keputusan peperiksaan.

Tidaklah cemerlang. Tidaklah Dean's List.

Aaaa. Sedikit kecewa gundah gulana. But I did try my best. Allah dis the rest.

Selama-lamanya I would say my effort is not enough.

Bukan tak bersyukur dengan result tetapi when we did our best, dah dapat result, kita masih tahu bahawa
kita sentiasa boleh melakukan yang terbaik lebih dari ini.

Lagi 0.3 GPA nak dapat Dean's List. The journey is still far I guess. You guess so kan? I know I know.

Namun masih gembira sebab dapat 2 butir A untuk subjek core course.

Aku pernah berfikir dan terfikir bahawa dapatkan A untuk subjek Psikologi adalah macam hampir mustahil.
Perlu kegeniusan yang jitu.

Trauma dari Bachelor of Mathematical Science agaknya.
Last sem adalah result tergempak yang pernah saya dapat.

English dapat A-.
Cuba selami perasaan, aku tak pernah dapat A dalam mana mana peperiksaan.

UPSR-B
PMR- A lah. But it is PMR.
SPM- B3 rasanya. We dont have plus + , minus - yet that time.

Matriks UIA punya BI is scary. Takut okeh,. Seingat aku lah, aku dapat C+ pun dah bersyukur Alhamdulillah.

Janji tak fail.

Aku ni bodoh english. Satu zaman dulu lah.
Memang dari zaman sekolah rendah. Bijak tak? Kecik2 dah pandai benci subjek English.

Serius, aku selalu kena marah dengan cikgu BI sebab tak buat homework.

Cinta aku lebih terarah BM, bahasa Melayu. That's why kau akan jumpa ayat skema dalam blog ni.
Tapi jarang ah. Because the rojak language is conquering me. Wahaha tak klakar.

Orang lain citacita dulu dokter k. Taknak kalah.
Aku cita cita masa Darjah 3 is jadi cikgu BM. Kau mampu ke?

Serius cinta tak berbelah bagi. Exam dapat 100 markah okkk. Cikgu letak paper aku atas sekali. Lepas tu ada mamat ketua kelas, nama Adam kecoh2 kan. Ya, dia uni mate sekarang., Sama dengan aku dekat UIA.


Sepanjang persekolahan, menengah dan rendah, aku pegang rekod. Asal buat esei je aku paling tinggi markah. HAHA  Kalau ada orang kejar markah aku untuk next ujian, aku kejar orang tu balik. Sampai kau tak larat kejar lah senang cerita.

Masa darjah 6, aku ingat nama cikgu BM aku. Cikgu Rosli. Dia kuat merokok ok. Bibir hitam lepastu smokers kan cam ada cigar punya bau kan. Jantan mesti tahu pasal ni.

Tapi tak kisahlah. Aku ni cepat sayang cikgu2 BM aku. Because ye lah, dah namanya skor paper dia. Cikgu tak pernah marah. Cuba cikgu BI. Aku maki dalam hati. HAhAHAHAH

Cikgu Rosli ni suka gurauu. Ada satu masa tu, nak pulangkan paper ujian. Dia sebut markah yang tinggi tinggi je kot. Tak ingat.

Tapi tetiba tang paper aku dia sebut jugak. Markah 68. Hoi, apasal cikgu sebut?

Sekali pergi ambik 86 sebenarnya.

Aku sedih dah time tu. Apasal rendah pulak ni..

Yang bestnya, tak jadi kawan kawan aku berbangga, haha haha haha

Lepas tu stress pulak sekarang apasal aku tak jadi cikgu (BM). 

Ini semua sebab kerajaan punya pasal kecohkan bahawa perlukan tenaga kerja dalam bidang Math and Science. my parents dah bising2 kena pergi for Pure Science punya bidang. Aku dulu mana reti luah2 perasaan. Masa tu dah hampa gila tak tahu nak buat apa. Tapi tengoklah sekarang. Dah kebanjiran cikgu Math & Science pulak. Kalau aku pergi buat Ijazah Bahasa pun takpa.

Boleh buat novel. Goreng goreng readers tapi dapat duit. Alahai. Comel sangat. :P


For your info, aku ada dua cita cita dulu.

Dalam biodata akan tulis cenggini// Cita-cita: Guru atau Doktor.

Menyampah kan? Mentaliti anak anak Malaysia. Semuaaaaaa nak jadi doktor. Memang annoying aku bila terkenang cita cita ni Haha
Pandai kemain bercita2, belajar nye malas. Dan I changed my school. Transferred to Teknik kan. So ada banyak perkara yang bukan ke arah kedua-duanya.

Tak ada rezeki. 

Pasal english, aku mula bercucuk tanam Minat untuk subjek ni lepas masuk UIA.

One of the reasons aku rasa sukacita masuk uia sebab parents bagitahu english akan jadi bagus.

It's proven. Bagi aku lah. Tak tahu orang lain macam mana. I suggest adik2 yang sedang SPM atau akan SPM masuklah uia. Ni iklan bukan uia bayar.  Tapi inisiatif best student (wah perasannya kau!)

Padahal dapat C+ je BI tadi kakakaka.

Jika tak layak masuk uia, mesti aku blogging guna bahasa Melayu purba. Which orang zaman sekarang found it as lame.

Ah, bahasa Melayu mana pernah lame bagi aku. Tapi kalau kerajaan martabatkan jawi lebih bagus.

Korea bangga dengan hangul nya. Why not kita kan?

Sayang lah kalau lupus harta ni.

Aku ni, kalau boleh blogging guna jawi pun aku buat!


p/s: Tetiba aku mengantuk.




Thursday, July 26, 2012

RAMADHAN, DAN SEJARAH YANG BERULANG


Bila ramadhan, aku suka perhatikan orang orang. Since aku keluar malam untuk tarawih je, tak pulak keluar siang. Hibernasi. Wahaha

Untuk tarawih..
Kenapa orang tua suka marah kanak-kanak yang duduk saf depan dia. Ulang suara, DEPAN DIA.
Like seriously tak perlu marah. Kau datang lambat, kau lah blah pergi belakang. Ni boleh herdik budak2 (datang secara geng, taklah budak sangat) Mungkin baru darjah 2@3. Atau lebih tepat lagi budak2 ni tak akan berjoget terhuyung hayang depan dia.

Aku tak faham dengan perangai makcik makcik bongkak ni. Diorang yang mencekik kat rumah lama lama. Datang lambat kecoh kecoh, please lah. Aku taklah emo sangat kalau dia cakap elok elok. Ni memekik. Aku tampar kang.
Elok cantik mulut, esok bukak puasa makan cendol je kang ahahaha

Itu baru satu kes.
Ada kes lagi. Jangan risau. Aku observer yang gempak. haha

(kes tahun lepas)

Ada pesen makcik makcik yang uzur ni, (fine, bukan nak condemn mereka uzur duduk atas kerusi. Tak).

Yang tak bestnya, dah lah duduk atas kerusi, lepas tu duduk tu betul betul tepi kipas. Setiap malam macam tu. Alahai, macam dia seorang je panas. Kot kalau dia duduk barisan lagi depan 2 baris pun still dapat kipas jugak. Cuma perangai. Kalau kecik takpe jugak. Dapatlah orang sebelah rasa. Ni ngadap dia sorang k.

Ni pun ada geng. Duduk 2,3 orang sekali.
Tahun ni tak nampak fenomena ni sangat sebab aku nampak ada makcik tu duduk dekat kipas berdiri sorang dia je. Yang lain aku tak tahu. Solat kat surau lain kot.


Kes yang ke3.

Ni dasar orang masjid ke, ajk masjid ke aku tak kenal sebab aku memang pergi masjid untuk tarawih je. Masjid lain yang aku pergi dengan acap kali pun adalah masjid UIA. Tetiba rindu. Kau, nak tahu, sembahyang tarawih situ boleh menggigil kepala lutut tahu tak. Imam baca surah bagi khatam Qur'an okeh. Peluh peluh jangan cakap.
Basah baju jangan cerita.

Ewah cam pantun pulak dah.

Eh sambung cerita.
Yang satu geng makcik makcik ni (takkan aku nak cerita pasal pakcik2 kot?) Aku sembahyang dekat makmum muslimat. Bukan dekat muslimin haha (fine tak klaka)


Geng ni satu hal. Sibuk la suruh orang pergi depan. pasai apa?? Pasai depa nak bersandaq ke dinding. Kebetulan pulak kipas siling atas kepala betul betul. memang sedaplah solat situ. tapi ai tak pernah solat situ. ai x cukup tua xpayah nak bersandar sangat!

Kita semua pergi masjid bukan untuk bersandar okay?

Jemaah dekat belakang sangat lah tersumbat macam sardin. Sebab nya geng makcik ni taknak gerak. Boleh? Orang belakang tak nampak tau kalau tak pergi depan.Kira tempat depan sebelah kiri ada dinding. terselindung. Siapa yang rajin pergi depan baru nampak. Kalau tak selamat bersempit-sempitan lah dekat belakang.

Orang belakang tak boleh dipersalahkan. I blame those old girls.



TAZKIRAH RAMADHAN

Dibawa khas untuk anda,

Ditaja oleh: Daddy's Daughter. Warghh!

Kalau terasa ingin kecewa, tapi belum apa apa dah kecewa dulu. Dengar sini.

Teruslah bergerak, hingga keletihan itu lelah mengikutimu
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu
Hamba Allah tidak pernah berhenti di persimpangan
Hanya ketika bertsmu dengan-Nyalah, waktu-waktu untuk beristirahat.

Pang sedas dekat aku. Aku ni istirahat je memanjang. Koreaaa semedang.
Cepatlah sem mula. Bosan duduk rumah. Memang lah best. Tapi aku terlalu membuang masa. Daripada buang masa, baik aku belajar.

p/s: Dipetik dari buku 'Cahaya atas cahaya' nukilan Oki Setiana Dewi. Quote dari Ustaz Rahmat Abdullah.

Aku baru baca 2 muka surat. Dah jumpa perkataan hebat. This book seems to be very good. :)

Saturday, July 7, 2012

THINKING


Anyeong sayur (sayo)~
Jangan marah orang Korea.
Ai saja test. Hihi

Sorry for late updating my blog.
Aku terleka dengan beberapa perkara lagha dan juga mendatangkan pahala :D

Yang lagha itu adalah berkaitan dengan Korea. Aku ada ikut pengajian bahasa Korea secara intensif. Baru saja sebulan. Ada 2 bulan lagi baki.

Free je kelasnya.

Tak percaya?

I am very good LISTENING to Korea and speaking (not really) it.

Ala, siapa percaya memang kesian.
Aku belajar secara tak langsung dari drama drama je.

Duduk rumah, aktiviti berhibernasi dah jatuh perkara wajib dah. Tak ada sunat muakkad mahupun harus.
Lepas tu aktiviti housewife tu pun hampir kepada hukum wajib dah.
Memasak tu bukan lah hampir setiap hari. Tapi memang hari hari pegang dapur gas. Pegang dapur tu dah tentu. Jangan dapur yang pegang aku sudah. Ngeri.

Kemas mengemas tu dah jatuh hukum sunat, nampak tak yang aku ni bukan tangan interior designer atau pemalas sikit? I think lepas kahwin I need find a bibik- special untuk kemas rumah. After kemas kau boleh balik tak boleh tidur rumah aku hahaha.

Itu perancangan sekiranya saya tak bergelar surihani. Err, maksudnya suri rumah :D

Kalau suami kata jadilah SURIHONEY, okay sayang I belai you je lepas balik kerja. Elaun ada sekali kan? Wahaha gatalnya tulis macam ni.


Eh, kenapa panjang pulang tulis pasal kerja rumah ni? Tadi cerita pasal Korea je.

Ok sambung.

Aku belajar Korea bukan tutor datang mai rumah. I just on the movie dekat laptop. Sama ada drama atau reality show, memang tak tinggal.

Kalau buka tv, channel 393 and 391 itu memang wajib aku petik.

Rasa tak macam cool gila bila tengok korea drama berbanding indon? Puteri yang ditukar?

Hish. Tukarlah kau kalau nak. Aku rasa tahun lepas pun tajuk macam ni jugak. Bila entah nak habis. Tak best. Cerita Indon ni asyik2 baby kena tukar masa kecik. Lepastu dapat tahu sebenarnya anak orang kaya.
Why tak pernah rupa-rupanya anak org miskin?

Hidup bukan seindah yang kita nak.

Life is something that must be very challenging. Life yang smooth macam rambut Barbie tak adalah cute bebenor, Bukan?

Ini tak, sikit sikit menangis. Come on lah.

Ewah tetiba aunty emo Hahaha

Tak emo tak emo.

Tapi Korea pun Koya nye pun banyak. So tak payah percaya jugaklah. As an adult (eceh eceh menyampah)  hahahaha

As an adult (I ulang), kita tengok movie bukanlah feng-feeling romantik koya koya sampai saliva berterabur kan. Cuma tengok jalan cerita, scenes of the dramas, their culture. Learning vocabs from them..

achumal? yeke.
wey? kenapa
cincha? yeke.

haha cuba dengar. lepas tu ikut. terasa cute sekali ada pelajaran intensif camni. kan bagus kalau rajin download cerita arab lepas tu praktik cam nih kan.. Hihihihohoho :P

Satu yang ai tabik dengan Koreans, they are so proud to be Koreans.

Aku cakap camni sebab ada Malaysians yang tak bangga dia adalah Malaysians.

Macam aku lah kan. Tulis rojak rojak. Itu dah satu isu.

Tapi kalau Korea, dah lah reti tulis hangul. Ask your friends, ramai mana reti baca dan tulis jawi. kalau tahu pun mesti yang pernah bersekolah agama- inc myself.

Bukan memperkecilkan kawan kawan, tapi I think kerajaan kena tekankan jawi punya pendidikan. Kalau tak, lupuslah seni khat ni.

Ramai mana yang malu bawak bekal pergi sekolah. Korea bangga okay bawak bibimbap lah kejadah semua.

Kalau drama Melayu, papar cerita budu, orang mesti condemn orang Kelantan. Watching movies or dramas are not for being racist tahu? Orang buat cerita suruh kau berfikir. Tapi kau #$%^&* (aku tak mencarut- hilang kata kata je)

Korea, dalam setiap drama, kalau observe betul betul, Kimchi adalah agen yang tak asing pun dalam cerita. Why?

Malay: sorry I cant say specific. Mekap tebal kot?

We dont have our own identity. Macam cerita Shamsul Yusof lah. Kenapa cerita gangster2 je nih? Are all Malaysians gangstah? Ommoo! Aku yang comel ni pun ada ciri gangstah?

I am saying this not because I am not proud with Malaysians lah. Cuma we need to improve je.

So, jangan nak membantah sangat dengan apa aku cakap. Sebab  ni blog aku. Hahaha

p/s: Aku mamai. Need to sleep. Bye ^_^