Tabung Elektronik

Sunday, December 23, 2012

BIRTHDAY TREAT

Dear Cha, Thank You. 
:'D 

Semalam, date dengan dia.
One of best friends in my life. 
Kawan 'sepermainan' dekat Kuantan dulu. Hehe :)



Dia ajak jumpa dekat KLCC.
Yeay. Last jumpa hari tu masa COnvo-Day. 
Convo adalah pada bulan 10. 

















Sebenarnya, tak tahu nak tulis apa. Sebab terharu belanja mahal macam nih. tsk tsk tsk.

p/s: Dear anonymous, thanks for your supportive words.
I want to make things clear, I am not that sad. 
But when it comes to refreshing about those memories, I would feel sebak dalam hati. 
Tapi Insya-Allah, things run out smoothly. 
Allah is always by my side. 

Allah ada. :)

Thanks again. 

I love you, friend. 

I love you Cha. Kalau tak belanja Haagen Dazz Foundae pun sayang jugak. :D







Saturday, December 22, 2012

PREPARING FOR FINAL EXAMS

Memang post Rentetan tu aku biar tergantung.

Bagi readers sakit hati sekali sekala memang menggembirakan aku. 

Hahahaha/

Take care please.

I wont see you for another month. :'D


RENTETAN


Sebenarnya, post ni sambungan bagi post yang hari itu.

Itu pun kalau nak tahu sambungan lah. Kalau tak nak, tak apa. 

Tak paksa. 

Update ni sebab tak nak hati terganggu lagi dah. haha 

Kang sibuk study utk exam final, sibuk lah teringat nak update blog. 
Malas ah! 

Eh, apasal garang ni? 
Not a girl, not yet a woman tak boleh garang macam ni. nanti kedut seratus. 

Motif update gambar ni buat kali kedua tak tahu lah kenapa. 
Sebab masih feeling di awan biru, I tetap baby December. 
Abaikan baby yang lain. Wah. Kekwat 24 Hahahaha



Orang tengah bentang seminar paper, boleh posing belakang lecturer. 
Lepas tu ketawa. -__-'
I'll be more sopan lepas ni. Hehehe :P
Dalam mimpi..mu

Bawah ni, Anak anak Dr. Shukran.
I sebagai babysitter kena ada bukti tunjuk tengah baby sit. 
Muka yang berdarah darah tu akan update entri lain. 
Mungkin 2,3 bulan lagi. :)

Memang sengaja pasang terbalik. :')

Okay..
Tanpa berleter panjang. Let's continue to the story. Old long story.

I was saying that, my future is related to my past.
Hati lembut bla bla.
Penyumbang terbesar dalam bidang Psikologi.

It may seems nothing much for you.
But it is something for me. At least lah.

Ada hati lembut ni memang payah.
Risau aku macam mana nak mendidik diri untuk jangan jadi lembut.
Saki kepala, fikir macam mana boyfriend nak layan aku ni?
Kang marah sikit merajuk menangis.

FOrtunately, tak pernah pulak ada boyfriend.
So, tak ada pengalaman kena marah atau menangis sebab lelaki marah.
:)

Risau lagi nih, camna future husband tahan ni?
Fortunately, tak kahwin lagi. Hahaha :P

Tapi sekarang ni, aku ada 2 attitude. Tak tahulah gandingan bagus ke tak.
1. Happy go lucky
2. Garang

Ni nama dia angin satu badan. Environment di rumah banyak dibentuk oleh aku. Wakakaka.
Bulan ni garang sikit. Abah is always nagging that I am garang to him -__-'

Perempuan, abah. Perempuan. :D

Sebenarnya, orang yang hati sensitif ni, self-defense dia tinggi sedikit.
Takut terluka.
Setuju tak?

For example, kalau Miss A (stranger) datang tiba-tiba kutuk kau.. 'Eh, asal nampak main kembang dan montel?'
End up aku akan sengih sengih buat muka comel dan jawab 'Bahagia dengan assignment sekarang'

Kalau Miss Kara (family) datang "Eh gemukk okay. Jaga makan sikit." Cakap pulak depan Miss T-Ara (family jugak), Mr. SuperJunior ( family)..
Kejap je pride kau jatuh. Bukan tu je, air mata sekali jatuh. Bukan time tu lah.
Cari tempat.

Kalau tak menangis tu, itu mungkin saudara jauh.
Buat hati batu sikit.

Ohya.
Dari kecik memang pening asal aku sorang je ada penyakit ni.
kalau kau, tak ke pening?
Pening weh.
Nasib baik tak psychopath. Naudzubillah. Apa kaitan pun aku tak tahu. hehe

Jawapannya..
(panjang nau muqaddimah)

Nah, straight to the point..

Aku ni dilahirkan di Kelantan.
Lebih tepat dan spesifik, di rumah arwah Tok Ayah umi, Kg. Tambak.
So, if people asking me, what is my origin, I would say Kelate. Even though it is just my kampung.
Tak pernah duduk/ menetap di situ.
My siblings, semua membesar di KL.

SO kalau nak kata kitorang tak mengaku KL ke Kelantan ke apa ke. Tak timbul isu sedemikian.
Orang bodoh je suka memainkan subjek yang tak ada makna.
Eh emo kejap.

Okay, since aku ni time dilahikan dulu, pakai bidan. Yes bidan. Bukan misi/ nurse tu.
B.I.D.A.N.

Aku dengan kakak aku yang baru nikah baru ni je yang dibidankan. Yang lain semua hospital.

Nak dijadikan cerita..
Umi and abah, both cerita..
Aku lah yang paling lama nak keluar dari *(dari mana kita semua datang?)
Umi cakap lama gila dia tahan sakit nak keluarkan aku.
Berat aku time tu 2.8kg sahaja.

Tapi kepalaku,. Besar! haha
Bahu pun lebar.
Rasanya dari subuh ke pukul 10 pagi kot tahan sakit.
*Masa tu tak pasti. Malas nak check surat beranak.

Lamaa kan?
Dah lah bidan. Lepas tu lama pulak nak keluar.
Tak ada ubat bius lagi. ugh.
Takut pulak nak imagine.

Oh yes. Apa kaitan jiwa sensitif dengan lama nak beranakkan aku?

Ada.
Masa Tingkatan berapa entah..
Aku tertengok Discovery Channel.
Pasal kelahiran bayi.

Ada satu scene tu, researchers atau scientists cakaplah.
Ada efek pada emosi bayi sekiranya bayi tersebut susah nak dikeluarkan.
Aku tak tahu nak explain macam mana.
The prog was so long ago.
Helpless
Tapi yang aku ingat, baby yang susah nak keluar, dalam masa yang sama, dia
ada tekanan dekat rahim yang boleh bagi efek dekat baby tu.
Wallahualam aku tak pasti macam mana benda ni boleh jadi.
Cuma researchers buat kajian, baby yang susah keluar memang ada hati lembut sedikit atau bahasa kampungnya: emotional instability.

Oh, since then. Great. Finally I found the answers. :D

Thanks Allah.

Sejak haritu aku terdetik dalam hati. Aku nak belajar pasal ni.
But then I have no idea how to get to this field.
Dekat sekolah tak ada pulak belajar benda camni. -_-'

Rupanya, dekat sangat dengan bidang Psikologi.,

Patutlah sebelum aku berkira kira nak tukar course dari Math Science (Kuantan) dulu..
Aku asyik nak pergi Psikologi.
Dah memang itu je yang layak. Nak mintak Engin, Law, Accounting, memang bukan jiwa aku.

HS ada 5 major. Aku taknak major yang 4 tu. Aku nak major Psikologi saja.
Tak nak lain.

Bila belajar dalam bidang ni, cinta tu mula datang perlahan lahan.
Memang senyap menusuk ke jiwa.

Wakakaka.

Macam tak percaya dah nak final exam next week.

p/s: Doakan aku berjaya dunia akhirat.
Sir cakap, lepas grad nanti, serve the community. Or the ummah.
So, help me :)



BABY DEC


20#12#2012
20th Dec 2012

It was my special day. 
I grown up. 

Thanks umi, abah for raising me up past 24 years. 

Tiada lain, cuma doa saya pada Tuhan
:Ihdinassirotolmustaqiimm:
"Tunjukkan daku jalan yang lurus"

Biar mati dalam Islam dan Iman.
Supaya aku menjadi lebih redha dengan kehidupan. 

Thanks people (in my Facebook, my phone) for the warm wishes. 
Allah will pay you. :)





Wednesday, December 12, 2012

MY CUTE DECEMBER

Every time december is arrived people, I think I am cute.

Woah. Motif sekali tulis cenggitu kaannn. Ptuih *ludah sikit-sikit.

But it's true, I feel absolutely cute when December comes.

:D

Today is 12.12.2012.
To make it prettier, 12.12.12

Tomorrow will be my sister's solemnization. :')

First sibling that will be married.
I rasa mata air I akan tumpah.

Air mata tak. Hahaha

Will pray for her happiness.
Will do.

Semoga Allah memberkat perjalanan beliau sebagai seorang isteri.

Sebagai adik, I rasa tertekan sebab kena hantar assignment esok. AHAHAHA

Esh, dah nama pun student, assignment tak akan pernah lekang di bibir, di pipi, di jari, di otak.

p/s: Nak special December for my birthday. hehe Nak celebrate camne yeh?


Monday, December 10, 2012

HATI LEMBUT

Tapi, lagi bosan bila...

Orang yang kita sayang suka ungkit masa lampau kita dekat orang lain.

Cerita berulang-ulang dekat someone else.

Kononnya tak nak kita tahu.
Sebab kalau kita tahu akan kecil hati.
Tapi sebenarnya..

Bila dah tahu bila 'orang lain' yang bagitahu sambil gelak gelak..
Itu lebihh kecil hati.

Maybe it's my fault to have this kind of fragile heart.

However, because of my this 'fragile heart' lah that turns me out to be one of good psychologist.

At least tak dapat jaga hati sendiri sepenuhnya, jagalah hati orang lain juga.

My second sis pernah tanya, 'kenapa kau cepat merajuk?'

Once upon a time (ecece) di waktu aku kanak-kanak riang gembira..
That was me yang suka merajuk.

Considering me, anak ke4, hampir bongsu.
Itu salah satu penyumbang.
lagi satu, kalau orang tak buat, aku taklah merajuk.

That question, from my sis pun boleh buat aku menangis lagi.
Sebak.
Sebab dalam fikiran aku, apasal orang nampak aku yang suka merajuk ni teruk? (automatic thoughts)
kenapa tak disalahkan orang yang suka cakap lepas tanpa fikir.
Tuhan bagi otak and akal, guna!

Tapi ada satu lagi sebab.
Aku terjumpa ni masa aku sekolah.
Ni penyumbang besar jugak kenapa aku di bidang ni sekarang.

I'll tell you when my birthday is turning up.

Insya-Allah. Sekiranya masih ada nyawa.

:)

Today is my mom's Birthday.

Happy Birthday UMI.
I love you even though you love to nag more. HAHA!

I love you// can't describe my feeling much better.

10.12.2012
Thanks Allah for giving me my best mother.
Tambahkan kesabaran dalam hati dia untuk berdepan dengan anak yang banyak kerenah macam aku.
hehe.

BOSAN

 Ada dua benda yang aku boleh kata aku bosan sekarang.

So far lah, setakat saat ni.

Yang pertama,
Sekarang musim kahwin kahwin.
Semalam my cousin//
Tulat (hari selepas lusa) will be my sis's turn.
Her solemnization.

Jadi, pertemuan ukhuwah, silaturrahim antara saudara mara adalah giat sekarang.
Maka, sesi komen tentang bentuk badan terkini adalah wajib.
Tambah-tambah lagi aku.

You know what, every time sem memang aku makan banyak.
ya Allah, kalau lah orang tahu UIA ni syorga makanan! hahaha
cannot resist. cannot!

Dah pulak sem ni, banyak pulak subjek yang kitorang kena present sendiri semua.
Tahu sajalah bila dah banyak group present, (student-centered- learning) semua sibuk buat Quiz masa hujung presentation.

Itu semua markah. kalau kau buat quiz orang boleh jawab pon markah.
Tak kisah.

dah ada quiz, ada pulak hadiahnya.
Dah tentulah makanan ringan.
Takkan nak bagi nasi goreng jadah tu semua, ya tak?

nak dijadikan cerita, aku ni participant kekal yang asyik menjawab dalam kelas.
of course the jajans always be mine! haha tak kelakar.
tanya soalan pun dapat jugak. tak tahu dah nak buat macam mana.

So, macam mana tak gemuk every sem pun?
So, macam mana nak terang dekat semua orang student life ni membahagiakan?
Macam mana?

A few words to remind you:
janganlah dah lama jumpa sesuka hati komen pasal PHYSICAL APPEARANCE orang lain
sesedap mulut kau je.

Eh, tetiba banyak jerawat ke, banyak lemak kat perut ke dada ke.
kenapa perlu susahkan hati dan perut kau fikir pasal lemak orang lain, bukan?

Serius, BOSAN!

Yang kedua Bosan: assignment.
Aku punya tahap kebosanan dia, sampai nak tulis dekat blog pun bosan,


BOSAN!!!!

hahaha puas hati aku.


Thursday, December 6, 2012

PIANO


Hidup kita ni kan, umpama piano.
Ada naik turunnya.
Ada sedih dukanya.
Ada suka gembiranya.

Tapi kenapa Wawa cakap piano?
Sebab piano tu ada warna putih hitam (punat nak tekan tekan).
Yang hitam kasi bunyi camni,
Tang putih kasi bunyi camtu.

Katakanlah hitam melambangkan muzik sedih, dan putih muzik gembira.
Bayangkan lagi, kalau piano ada yang button putih tu je.
Sumbang tak agak agak muzik tu?
Sumbang, sayang.

Same goes to life.

Tak adil rasanya nak gembira tanpa duka.
Sebab kalau kita suka sangat, kita tak ada masa untuk sedih dan simpati untuk orang lain.

To make it short, it's all about my life.

 Nak mulakan cerita, aku nak beritahu semester ni sangat lapang dada aku. Lapang macam padang bola.
Tak ada apa yang menyesakkan fikiran. Alhamdulillah.

Masalah dengan groupmates tu dah kira biasa.

Alhamdulillah.
Tetapi, aku rasa hormon endorphin aku terlebih lah sem ni. Dalam kelas asyik ketawa.
Macam suka happy go-lucky sangat.

Let me tell you this.

Mungkin ini salah satu cara aku melindung diri aku daripada sedih. Kenapa?

I have been here, in IIUM for almost 5 years (main campus).

Kawan kawan, satu persatu mula pergi. Grad, dah kerja.

Bukan dengki dengan rezeki diorang. Tak.

Aku ni, tak dengki pun. Malahan, nak beritahu, setiap saat dalam UIA, aku nikmati.

Ada 1 sem saja yang tinggal. Takkanlah nak kejar hidupan yang akan datang sampai lupa nak appreciate life yang depan mata, bukan?

RUGI!

Back to my point, semua kawan kawan dah tak ada.
Termasuklah best friend. :')

Sedih tahu?
Tapi hati dah terbiasa semenjak aku pindah dari Kuantan. It was a big deal.
Not now anymore.
Tapi hati ni kadang-kadang berubah jugak.

Ada masa aku ada masalah, memang teringat my besties.

Especially Aini. :)

Hello!

Sem ni, bakal ditinggalkan lagi.

That's why aku galak (suka) sangat dalam kelas.
Pernah membuat cubaan membunuh lipas dalam kelas.

Depan Dr. Shukran, pulak tuh. -__-'

The hyperactive type is inside my body.

Habis kena bahan. Tak apa. I dont mind sebab that was great. At least you have something to remember about me in future. HAHAHA

Sudah pasal gembira.
Mari cerita sedih pula.


Hmm. cerita sedih ni sedih lah sikit.

As permanent readers of my blog, saya pasti anda tahu saya try aim Dean's List dari sem lepas.

Sem ni aku tak tahu ada harapan atau tak. Mudah-mudahan ada.

Ceritanya:

I got 14/30 for my History and Philosophy of Psychology.
This is open book test. Aku tak suka open book. Rasa macam susah.
Tambah sedih, ramai je kawan sekelas dapat skor. They got 20, 22, 24.

Alahai. Sedih. kecewa.

I made a mistake.
Ada 2 soalan, esei okay. Each question is 15 marks.

Yang soalan ke2 tu aku jawab dalam masa 10 minit yang berbaki.
Dah namanya history, nak belek buku lagi, nak pilih tokoh mana paling daebak, nak create ayat lagi..

 One thing for sure, jangan biarkan diri terperangkap dalam pengalaman lalu. Tu je. Tak faham takpe.
Aku faham, sebab ni life aku. hehe

Yang kedua, sedihnya.
I got my paper back, assignment counselling.

Sepatutnya dapat Isnin lepas, tapi aku terlepas kelas tu sebab Overslept. Malam tu tak dapat tidur.
Diganggu anjing dan anasir perasaan. Takut hantu lah kononnya.

Friends were congratulating me sebab Madam asyik bragging pasal aku dalam kelas. Kononnya dapat highest mark utk assignment.

Wow. Bestnya aku fikir.
Aku? Highest? So not me. ( I have low self confidence untuk katakan aku pandai- pengalaman lalu)

Macam bangga. Bukan nak riak. Tapi macam best lah feeling dia dapat paling tinggi mengatasi budak budak Dean's list lain.

Isn't it? :)

Markah aku rahsia sebab ada kawan nak ambilkan, tapi Mdm nak bagi in-person.

So, today's class, I asked from the lecturer my paper. Awwhh, tak sabarnya. Yang highest aku tahu dari kawan-kawan diorang dapat 28. Tapi nama yang disebut-sebut adalah aku.

Eh, apasal nih? aku dapat 29,5 over 30 ke? hahaha :D

Over dan exaggerated sekali imaginary thinking aku.

So lepas kelas tadi membontotti lah Madam ke biliknya.

Guess what?

Madam kasilah paper aku. Sambil cakap, 'Ah, you are Najwa?'

Your paper was good.

So aku 'usha' markah. Excited lah jugak, kawan-kawan asyik bragging pasal markah aku kan.

Sekali nampak 29.
Wow, menangislah dalam hati KAHKAH

Sekali nampak tulisan -2

Total now: 27/30

Sedih no?

Punya harapan besar... Alih alih macam tu.

Cepat pujuk aku!

Madam's reason is: Awak dapat 29/30. Saya kena baca lagi sekali, dan saya jumpa awak lacking point dekat sini.

Menangis I di bilik (mahallah) terkenang perkara ni.

At the first place, aku lebih redha kalau dapat 27/30. So tak ada lah Madam nak edit edit markah kan?

Perfect salah, tak perfect pun salah.


Nak menjadi REDHA tu bukan semudah nak mengeja perkataan ni. Nak implement REDHA memang susah.

Sekarang aku sedang mencuba.


Now asyik melayan lagu Mendua-Hampir Ke Situ.

p/s: Nak keluar menangis.












Monday, December 3, 2012

MY FINAL SEM


Assalamualaikum wrt.

Tetiba je bagi salam dekat hantu-hantu yang baca blog aku nih. Maklumlah, bertahun tak update, rasanya aku dan malaikat tepi bahu aku je yang baca entri entri yang aku update. hehe

Tak ada apa yang nak dibagitahu sangat. Cuma nak tunjuk pre-reg aku sebagai final year student. Sobs!
Alhamdulillah, everything was flowing smoothly. Tak ada rasa nak hentak keyboard sebab line tersangkut ke apa. 4th year kan. So, memang kita yang jadi prioritinya. :D

Selamat mendaftar subjek tahun hadapan:

  1. Methods of Da'wah. (minor IRK)
  2. Islamic Aqidah. (minor IRK)
  3.  Clinical Psychology (Tak sangka Department offer ni saat-saat aku nak grad dah! :] ) Happy!!
  4. Experimental Psychology (ni main dalam lab jelah. aku pun tak plan lagi nak buat eksperimen apa next sem, still boleh plan later)
  5. Organisational Psychology (ni tak sure belajar pasal apa. Tak apa. Surprise!
     
Planning all A's for next semester. 4 flat kau! Bukan main. hehe

p/s: Make sure cgpa sem ni pun naik gila gila. This is my second final semester. Tak boleh buat diri sendiri sedih. Tak boleh!




Mengharapkan sesiapa yang terbaca, sudi-sudikan sedekah doa untuk kejayaan saya and kita semua.


Thanks,
N

(eh, gediknya! tiru cerita 'Istanbul aku datang' heheheh :P)