Tabung Elektronik

Wednesday, September 11, 2013

TRAVELOG UMRAH: RAMADHAN 2013


Assalamualaikum Insan Insan sabar lagi gorgeous yang tabah menanti aku mengemaskini blog ni.

Untuk yang baru singgah, selamat datang.

Wah, panjangnya muqaddimah. Selalunya tak begini pun.
Tolong faham ya kawan kawan.
Aku tengah seru mode ustazah datang.
Supaya sifat mahmudah je yang ada dalam lubuk hati masa tengah menaip entri ni. HAHA


Dua, tiga hari sebelum Ramadhan yang lalu, aku dan keluarga (bapa, ibu, adik, nenek dan datuk) telah berangkat ke Tanah Suci Haram.

Bertolak pada 3Julai, penerbangan sepatutnya pukul 7 pagi rasanya.. Ke 9 pagi.
Ko ya aku terlupaaa HAHAHA

Actually, kitorang pergi dengan agensi atau syarikat dari Kelantan asbabnya pakcik dan makcik (Pak Ngah Mak Ngah) setiap tahun ke sana. So memang diorang terbiasa pergi dengan ejen ni.
Murah pun murah.
So, abah pun decide lah nak join tumpang sekaki.
Mudah pun mudah.
Nak ke mana mana dengan orang yang dah biasa dengan tempat tu lagiiii senang.

Khamis pagi bertolak, kitorang akan transit ke Colombo.

For your info, ini penerbangan pertama aku ke luar negara.
Sedih bukan.
Pertama untuk aku. Bukan untuk yang lain. -_-

Perjalanan ke Colombo ambil masa yang lama jugaklah. Dah namanya pun dekat Sri Lanka.
Airport dia pun macam dekat Kelantan.

Tapi feeling dia, macam airport tu dekat Tumpat.
Dengan berangin yang bukan sepoi bahasa. Dia kasar sikiitt je dengan yang sepoi bahasa.
Sebab tepi laut kan.
Memang airport tu dekat dengan kampung laut/ kampung nelayan gittew.

Aku ni sikit punya expect airport cam best macam KLIA, tapi..
Lebih kurang airport Subang tahun 1993.

Bila fikir balik, logiklah macam tu.
Dah namanya negara India. Yang aku tahu, sistem negara situ sistem kasta.
Yang kaya, kaya bebenor.. Yang miskin pun bebenor jugak.
So, nak merungut pun, tak perlu sangat.
Ingat sikit, nak pergi Tanah Haram ni! Jangan memain.

Dekat Colombo Airport, we need to transit berapa jam entah.
Aku tak ingat dah sebab lama sangat (sebulan lalu) :P
Cumanya, perbandingan tempoh dia diibaratkan bagai, perut yang kenyang sudah menjadi lapar semula. :D
Lama hoi!

Nasib baik abah bawak bekal roti Gardenia & serunding daging import Kelantan.
Cuma slack, tak ada air mineral.
Memang lah tak patut ada sebabnya nak naik flight dari KL, strict sikit.
Tak boleh bawak naik air mineral.

Jadinya, dekat airport tu kenalah beli air mineral botol besar untuk dikongsi 6 orang.
Sweet bukan?

Masa transit period tu, berdebar sangat..

Excited nak pergi umrah, dah tentu!

Nak tahu ke kenapa berdebar?


Haaa.... Kena tunggu saka rajin untuk update next time. hehehe

Rajah 1:


Baru mendarat di Jeddah. 


Rajah 2:


Nabawi Mosque. After pray at Raudhah. :')

Tuesday, September 10, 2013

CAREER WOMAN

I am a career woman now.
Ptuih Hahaha

Sekarang aku kerja secara sambilan di UIA (mana lagi) sebab senang, mudah dan menyelerakan (?).

It's near to my house lah senang cerita.

I work as Administrative Assistant at Education's Kulliyyah.
Kerja kerani lah dia punya bahasa mudah.
Buat filing filing.

Sementara tunggu Masters atau kerja tetap gaji lumayan senang pinang anak teruna orang. KAH KAH.
Tak kelakar.

Aku memang mencari kerja yang tak menggunakan otak (berfikir) dan berhempas pulas kena kerut kening dan sebagainya.
Itu kerja akan diburu awal 2014.
Awal 2014 (means Jan- Jun) HAHA

Kita tengok. Ada rezeki Clinical di UIA, aku ambil.
Jika hati dibuka untuk UKM, dan rezeki masih (?) di situ, I'll take it. InsyaAllah.

Semuanya bergantung pada keizinan Allah.
Allah izin aku kahwin, aku hold dulu. eh eh. HAHA

Yang pastinya itu jelah update buat masa sekarang.
Sorry sebab ada penyakit malas terlampau untuk update blog.

Aku harap pakar perubatan Malaysia (Islam) boleh reka antibiotik untuk penyakit ni.
Tak pernah pernah nak bla.