Tabung Elektronik

Monday, July 22, 2013

TARAWIKH 22/7/2013

Ada masjid aneh sekitar tempat tinggal saya. Masjid tidak mesra anak kecil, tapi mesra pencuri. Sebabnya, anak kecil yang membuat bising ketika solat tarawikh akan dirotan. Huk Aloh. Tok dekat masjid buat pengumuman sempena bersyukur dapat solat dengan khusyuk sebab anak anak tak buat bising. Namun, jemaah masjid ini sangatlah kurang. Tak ceria dan tak ramai. 
Mungkin jemaah ambil inisiatif ke masjid lain. Mungkin yang ambil inisiatif untuk solat di rumah sahaja. Sedih. 

Kes mesra pencuri pula, sudah dua kali tabung masjid dipecahkan. Sedih, hampir pertengahan Ramadhan pun aktiviti mencuri duit masjid berleluasa. Tapi saya tak salahkan pencuri sepenuhnya. Sebab apa, sebab..
Tabung diperbuat dari kaca lutsinar. Tembus ke duit duit, siapa yang tak terliur? 

Apa motif bina tabung berdindingkan kaca pun tak tahulah.
Tak logik.