Tabung Elektronik

Wednesday, October 30, 2013

OCTOBER BABY; 29th Oct 2013


Assalamualaikum wrt

Now, I am announcing the arrival of my cute boy, Mr J Junior (no name yet). 
Can you sense a happy auntie here? :D

My mom is very happy granny yesterday, to the extend she skipped her school which is ponteng sekolah is not her routine lah. Very workaholic one. 
Aku ni horlick je lebih. :P


 Suka lah tu dapat pegang dulu cucunya. :P


 Pandangan budak ni memang sesuatu. Macam tengah berfikir. Mungkin terkenang makcik dia yang tengah bekerja ni HAHA.

 Warghhhh! I wanna Milk! Milk!

Si kecil ni, dilahirkan dengan berat 3.56kg. 
Amboi, berat sangat. 
Kaki makan cam haku. Gebu cam haku. hehe

All relatives commented (in the Facebook) ; "macam baby besar dah"


 This is his mother. 

Isnin pagi dah warded sebab mula turun darah. 
I don't know how it looked like. Nanti aku pregnant sendiri esok, aku bagitahu hehe

Alhamdulillah J Junior was born normal. Even though he is big, the doctor insisted to has in normal way, not through cesarean. 

My bro-in-law told us, my sister's legs was shaking because she was trying so hard to push but this tiny creature couldnt get out. 

Sedih dengar. T_T



However, the process was eased by Allah swt.

Maka keluarlah bayi yang sempurna ini untuk ditatapi manusia lain di sekelilingnya.

MUMM doakan anakanda menjadi insan soleh.
You better do good deeds forever eh HEHE
Its important in order to get His blessing, rahmah and barakah.

p/s: Waiting for the second baby. :)

Wednesday, October 23, 2013

TRAVELOG UMRAH 2013: NABAWI MOSQUE


Dekat Nabawi, ambil gambar memang sesuatu yang dilarang. 
So, memang aku tak ambil banyak pun terutama yang di dalam.
Untuk masuk ke masjid, memang ada pengawal perempuan tunggu dan check dalam beg umrah (warna kuning) tu. 
Banyak jugak pantang larang nak masuk. Botol air besar pun tak boleh. 
Botol air kecik je dibenarkan. 
Kalau tak, kena rampas.

Ramai orang pakistan yang pakai tudung besar labuh labuh, try jugak bawak botol besar (botol minyak masak)

Memang dirampas. Sisters yang jaga pintu tu dah masak dengan taktik macam ni. 
Lagipun, cawan untuk minum air memang disediakan.





Hari terakhir di Madinah.
Satu tips untuk pembaca semua, yang bakal mengerjakan Haji & Umrah, sekiranya ingin membeli kurma dan kismis atau buahan kering yang lain, eloklah shopping di Madinah.

The price is better and cheaper if you compared to Mekah.
Sebab Madinah ni kebun kurma. Bukan Mekah.
Kurma Ajwa, the Prophet's favourite ada kat sini. :)



Lepas Subuh memang kedai tak bukak lagi.
Pukul 12 dah nak bertolak ke Mekah.
Walaupun sedih nak meninggalkan Madinah. Still aku excited dan berdebar nak pergi Mekah. :')







I love to see myself wearing this jilbab.
Rasa comel hikhikhik

Praying for myself to be good Muslimah, 'abd, daughter, sister, wife, and mother. Ameen YaRabbi.

 Yang tengah tu my youngest sister. 

Atuk is very kekwat. HAHA
Takmahu dipimpin abah aku.
Kalau aku, nenek, and adik je boleh pimpin.
Nanti dia cakap orang nak 'tunda' dia. hehe
Tak faham tak apa. :P



 Can you see our Prophet's Maqam?



 Rindu. :'')



Ada satu hari tu, dalam last week, aku dengar satu ceramah ustaz ni.
Berdekatan dengan mimbar Nabi, ada tiang yang dinamakan tiang menangis (TM)
So, ramailah yang bertanya TM ni lambang (or simbol or sumpahan) lelaki yang cuba mengorek ke maqam Nabi ke?

Ustaz cakap tak.
Sebenarnya TM tu datangnya dari sebatang pokok.
Sebelum Nabi Muhammad saw beralih ke mimbar yang baharu (kawasan raudhah), Nabi menyampaikan khutbahnya di bawah pokok tu.

Semasa Nabi ingin memulakan khutbah, maka terdengarlah suara bayi menangis.
Semakin lama, semakin kuat.
Bagai bayi yang inginkan ibunya.

Mula mula, Nabi dan sahabat abaikan.
Namun esakan tersebut semakin kuat.
Lalu Nabi bergerak menghala ke pokok tersebut dan memujuknya seperti seorang ibu memujuk bayinya.
Kemudian Nabi terus beralih ke bawah pokok tersebut dan memberi khutbah di situ semula.

Dan dikatakan, jarak antara pokok dengan mimbar baru Nabi hanyalah diselangi dengan beberapa langkah sahaja.

Begitulah simbolik kerinduan sebatang pokok pada Nabi.
So bagaimana kita? Jarak kita pada Nabi yang jauhnya beribu-ribu batu.
Ustaz pesan, bagi kita yang masih tak mampu nak ke sana, kita berselawatlah pada Nabi setiap hari.
Aku tak ingat berapa kali, cuma ustaz berpesan,biarlah ia konsisten.
Jangan hari ni 1000 kali, esok lusa tak buat langsung.
Hari ni 50, esok pun 50.
Dan begitulah seterusnya.
InsyaAllah.

:)



Monday, October 21, 2013

TRAVELOG UMRAH 2013: MAGNETIC HILL


Selain beribadat pada Yang Satu, kitorang ada berjalan-jalan sikit lah sementelah 3hari berkampung di Madinah, kena pergi ke Mekah pulak.

Kebetulan, kawan PakNgah dah lama menetap di Saudi. 
Dia ajak pakNgah dan kami (sekeluarga) untuk ke Bukit Magnet. 

Apa benda Bukit Magnet ni? 
Tak pernah dengar pong? 
Ada pernah dengar tapi bukan di Madinah.

FYI people, magnetic hill is a place where the cars don't have to use gas/diesel to move the car. 
Even though the road itself has slopes, your car will be moving by itself. 
Magic tak? Magic tak? 

Magis sekali. SubhanAllah. 



This is PakNgah and his friend.

Nak pergi sini, memang jauh jugak. Bagi aku lah.
Sebab trafik dekat Saudi ni teruk sekali. 
Honk sana. honk sini.

Their culture, nak buat lagu mana. 
Kau lambat, kena honk. Cepat pun honk. Memang teruk trafik dekat sini.
Bersyukurlah ada di Malaysia. 

Nak lebih bersyukur, cuba memandu di Australia. 
60km/j tulah limitnya. 

Kalau dekat sini, kura kura orang panggil kau. 
Tapi memang ya serabut sangat trafik di Saudi. 


 Di Madinah mahupun Mekah, pemandangan bukit sebegini adalah BIASA. 

Nampak reduupp je dalam gambar. 
Namun hakikatnya panas hehe.

Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. 
Memang luas. 

Orang kata jugak. Hanya Di Malaysia ada Pasar Malam atau Night Market.
Jangan tak tahu, di Madinah pun ada! :D

Tetapi, haruslah berlainan sedikit. 
kawan kawan jangan pulak fikir PM dekat sana jual Yong Tau Foo ke apa ke. -_-'

Uniknya PM mereka, they do business with goats!
Yes, GOATS. 
Kekambing! 
You guys imagine jelah ek. 
Sebab ternampak PM mereka ni masa otw pergi MH. 
So memang we ols tak stop semata nak tengok PM. 
Almaklumlah menumpang orang. 

Dekat PM tu, tak ada payung besar like Malaysians do. hehe
Guess what?

They only have lorriessss. Gantikan setiap payung di Pasar Malam (PM) dengan lori. 
Oh dan bayangkan pula atas lori-lori terbabit ada kambings hns hns. :D

Kambing gemuk gemuk belaka. Sihat walafiat. 
Dan harga kambing dikira bergantung pada saiz. 
Warna apa nak? Hitam- Putih- Coklat.

Orang Arab kan makan kambing kuat. 
Supaya jadi lebihkuat seperti Kuat Harimau! eh eh. 

 Sebenarnya dah sampai pun di kawasan MH

Masa sampai kawasan ni, taklah hectic bebeno.
Jalan okay, tak banyak kereta pun.
Sebab menurut pakcik itu (tak ingat nama) -_-'
Tak ramai orang tahu kewujudan tempat ni.
Alasan sebenar tak pulak diketahui.
Cuma, mungkin pihak Saudi tak mahu hebahkan sebab dikhuatiri tempat ni boleh jadi tempat khurafat.
Not technically.
But you know, some how people take things very seriously.
Mulalah nak lakukan pemujaan ke hapa ke.
Which is, the gov emphasize on the Muslims' aqidah.
Kenapa nak percaya pada bumi sedangkan yang menciptanya adalah Allah.

Same goes to Muslims in Malaysia, kan ada benda syirik jugak satu ketika dahulu.
Mintak dijauhkan lah daripada benda2 mudarat tu.
Kan kalau ada busut, pergi letak ayam golek seekor kat situ. Kononnya mintak nombor ekor/tuah and et cetera. 

Nampak agak rasional lah sebab tu.
Sebab kebanyakan orang yang ke sini adalah Pakistanis.
Ni menurut kawan pakcik tadi tu.

Dan masa dalam perjalanan, ramai lah jugak kereta yang berhenti tengah jalan.
They were doing their own experiments :')
Amboi rajin kan?

Ada yang biarkan kereta bergerak sendiri tanpa pemandu dekat jalan bukit tu.
Means, the owners were waiting outside.
Biar kereta meluncur sendiri.





Alhamdulillah, aku pun sempat merasa sendiri keajaiban Allah swt.

The pakcik was driving 100km/h.
Then he didn't put his feet on the accelerator however, the car was still moving 100km/h and above.
Even masa nak balik tu pun, he was pressing the accelerator till 60km/h, then kereta memang bergerak sendiri.

Dan untuk pengetahuan anda semua, jalan dekat situ sama ada mendatar atau mendaki sedikit.
Yang menuruni bukit memang tak ada langsung.



 Sekeliling memang berbukit bukau. Tapi jalan tak pun.










p/s: A day left before going to Mecca.

Stay tune eh people. ! :)

Thursday, October 10, 2013

TRAVELOG UMRAH 2013; RAUDHAH & MADINAH


Dulu, aku ada bagitahu yang aku didatangi makhluk merah kan? Sebelum bertolak ke Al-Haramyn.
Alhamdulillah, sesampai saja di Madinah, aku check aku bebas dah. Hehe

Nak menangis tahu bila nak bertolak (dalam seminggu sebelum ke sana) kita ada benda ni.
Sesetengah perempuan, lama. Sesetengah tak.
Namun, aku tetap doa Allah permudahkan segala urusan ibadat umrah.

Kalau lama, kita redha.
Kalau kejap pun, kita redha.
Tambah syukur sekali.

I tell you, nak masuk Raudhah memerlukan komitmen.
Lepas subuh, tunggu. Dalam pukul 10 baru dapat masuk.
Nak balik hotel dulu pun okay. 
Tak ada masalah pun.
Kalau tunggu, dapat baca Qur'an buat 2,3 pipi (muka surat).

Yang bestnya pasal Nabawi @ masjid Rasul Allah ni..
Ada air-cond. Sejuk dan nyaman senyaman-nyamannya.
Masjid yang terbaik.
Sudahlah ada air zam zam di dalamnya.

Bayangkan eh.
Macam mana air zam zam boleh disalurkan dari Mekah ke Madinah?
Aku punya imaginasi biasa biasa je.
Oh hantar naik lori agaknya. 
Like seriously (?)
Tak jauh ke?
Tak panas ke?

Lepas tu nenek bagitahu (kelas kan Maria)
"Dia bina saliran paip air zam zam dari Mekah ke sini dik''

Pengsan dengar. Hahaaha

Kau ingat Mekah dan Madinah macam dekat UIA dengan Selayang?
Nan hado.
Jauhnya adalah dalam tempoh masa bersamaan 8jam. 
Kalau dari KL, boleh sampai Terengganu & Kelantan dah.

MasyaAllah, SubhanAllah. Alhamdulillah. AllahuAkbar.

Allah saja tahu kekuasaanNya di bumi ni.
Macam mana air zam zam boleh mencukupi di Mekah? Disalurkan lagi ke Madinah?

Allahu. 



 Curi curi tangkap gambar. Dalam Nabawi, bergambar adalah salah satu larangan. 

Ini adalah gambar selepas solat sunat di Raudhah. Muka memasing pucat sebab baru lepas menangis.
Mahu tak menangis.
Dapat solat dekat tepi maqam Rasullullah saw.

If you guys can see, the carpets in Nabawi are Maroon. However, in the Raudhah area, the carpets are in green colour.
Gambar tak boleh nak tangkap sebab karpet-karpet memang dipenuhi manusia.
Pengawal perempuan pun ramai.
Dan yang lebih cun, 'pengawal-pengawal' di Madinah dan Mekah, semuanya berjubah, berpurdah dan bersarung tangan.

Hhehe. Cun kan?



Muka macam kena sembelit. Tapi tengah insaf ni. Haha

I was with my MakNgah, Umi, and Nenek (Mek)

View from Naim's Hotel.

Hotel kami dekat Madinah memang beberapa tapak dari Nabawi.
Lagiiiiilah best. 
Nak qada' hajat, baik balik hotel. Selesa melampau.



Dalam proses pembinaan. Tapi tak tahu bina apa.

Kalau tengok pemandangan bukit di belakang sana tu, nampak macam lukisan kan?
Ni first time okek ai tengok bukit batu. 
Batu Caves tu biasa. muehehe.

Ni memang batu. Dahlah cuaca panas, kau tengok batu dari jauh pun dah takut. 

Imagine lah macam mana Nabi dan sahabat pergi berperang pada bulan Ramadhan. 


Uniknya Madinah dan anehnya Madinah ni, cuacanya, YaRabbi sahaja yang tahu. 
MakNgah pesan, kalau ada tuala kecil, basahkan time nak pergi Masjid.

Sebab cuaca kan above 40 degree C.
Keluar dari hotel, panas dia sampai rasa menyengat-nyengat kulit muka.
Dah aku nak cerita pun tak tahu.
Panas dia lain. 
Cam semut semut gigit gitu. Sakit tapi tak sakit. 

Jadi, before keluar hotel, kitorang akan basahkan towel. 
Towel tu memang digunakan untuk tutup muka/ hidung tambahan pulak Saudi memang berdebu+panas.
Pakej sangat cantik untuk sakit.
TETAPI..
sakit atau tak, itu semua dengan izin Allah. 

Bila keluar dari hotel, kita akan expect towel tu kering sikitlah.
Namun, kejadian aneh terjadi.
Towel tu jadi sedingin-dinginnya macam kena rendam dalam air berais.
Do you get me?

Towel kecil kitorang tu, sejukkkkkk sangat. 
Melampaui aura panas sengatan cuaca Madinah.


Nak tahu apa yang aneh lagi? 
Tunggu aku sambung cerita next post. :D



Wednesday, October 2, 2013

HAJJ SEASON REMINDS ME; UMRAH'S TRAVELOG 2013


Lama gila tak update blog.
Jari pun berkarat.
Otak pun makin menumpul. Betullah orang cakap, menulis ni kena asah.
Kalau main berhenti-henti buat separuh ni memang susah.

But, nevermind, aku tengah rajin ni update.
of course lah pasal Umrah! HAHA
Dah berbulan-bulan, baru reti nak cerita. Kesian orang menunggu.
Janji kemain dalam Twitter kan.

Kalau tunggu kesakaan Rajin tu datang alamat memang berkulat dulu lah DD blog ni.

Aku jadi rajin sedikit nak update pasal Umrah sebab kebelakangan ni asyik baca pasal Musim Haji.
Bestnya. Bestnya!

Sayu okk hati teringat lambaian Al-Haramayn.
Both Mekah and Madinah.
Kota cintaku. hehe

Bukan Paris dan si Eiffel Towernya.

Betul cakap orang, kalau dah pergi, mesti dalam hati tu terdetik nak pergi lagi.

Cerita bermula di Madinah.
(setiap post tak akan dinyatakan tarikh mahupun hari oleh sebab ingatan yang semakin pudar)
Perasaan je yang tak pudar. Tak sepudar Rossa. HEHE

Awal Julai.
Rombongan kitorang ni sebenarnya menuju ke Madinah terlebih dahulu.
Sebab nanti kitorang bertolak dari Jeddah terus pulang ke tanah air.

Beberapa hari sebelum berangkat ke Al-Haramayn, perasaan yang ada tu bercampur baur.

1. Layakkah ke sana?

Aku guarantee semua bakal tetamu Allah akan ada fikiran macam ni. Anggapan jelah sebenarnya. Riak nau guna guarantee. Poyo der. HAHA
Back to the story.. Siapa yang tak berdebar, bukan?
Jantung ni sering berlari setempat dalam dada.
Fikir selalu apa bakal jadi dekat aku dekat sana.
Elok kah.
Sihatkah.

Aku ada hubungi few of my friends yang pernah ke sana.
2 of them were Mashitah and Najwa N. (bukan aku)
They told me, I'll be okay. Jangan risau apa apa.
Dan yang paling penting sekali, bergunung dosa pun kita ada dengan Allah..
Itu semua kerja dia.
Kita pergi atas jemputan Dia.
Bukan orang lain. :']
Dengar je kawan cakap macam ni, aku lega.
Mana tak lega, dosa bergantang gantang, malah bergunung gunung.

Ya Allah. Dia masih memandang kita.
Cita cita kita semua dari kecil lagi.
Aku tak pernah menjejak kaki ke mana mana negara luar.
Rezeki yang bergolek ni, mana daya nak menolak. Tak mampu.

2. Bakal sesatkah di sana?

Lagi sekali. Ni bukan aku je kan yang tertanya tanya pasal ni?
Kita semua manusia normal. Lebih lebih lagi aku. hehe
Kau tahu, dari kecik, maksud aku dari bangku sekolah rendah abah terapkan budaya membaca.
So, abah ada beli komik KAWAN, Mastika dan Wanita sebagai bahan bacaan hari minggu.
Siapa sama? Seppp!

Mastika tu kan majalah yang cerita pasal paranormal, kisah insaf insaf, jumpa bunian, dan paling penting pengalaman mutawif yang mengendalikan jemaah haji/ umrah di Haramayn.
Kebanyakan cerita yang disebarkan tu, memang buruk buruk belaka.
Sebab tu sejak aku sekolah menengah abah tak beli dah buku tu. HAHA
Dah namanya pun manusia. Kita ni nak insaf bila baca cerita mengerikan saja.
Yang baik baik ni kita ingat kejappp je. Normal.
Salah satu keburukan dia, hasil baca Mastika ni, aku rasa tak confident nak pergi Haramayn.
Takut okkk.

Satu cerita yang aku ingat sampai sekarang, jemaah tu muntah darah bila sampai Tanah Haram.
Tanda Allah tak terima, macam tu lah ceritanya.
Dalam flight memang terngiang-ngiang semua ceita aneh kat dalam kepala. Tak tidur lena. Hazzabbb.
Tu lah, banyak lagi dosa. -_-
Tapi, yang penting.. Ingat lah. Bersangka baik pada Allah. Tak ada benda yang berlaku melainkan dengan izin Dia.
All is well.
Dah sampai sana, All were well.
:)

3. Cuaca terik. Mampukah bertahan?

Dua tiga bulan sebelum berlepas ke Tanah Suci, aku ada buat survey tentang cuaca di kedua dua tempat.
MashaAllah. Mengejutkan dan buat-buat terkejut.
Panasnya yaAllah.
Malaysia tak pernah sampai suhu tu.
46deg Celcius siangnya.
malamnya aku tak check.

Aku ni, dah lah Puteri Lilin layu layuan.
Tak boleh panas sikit. Datang sakit kepala.
Sebab tu masa study UIA, kalau ada gap kelas pagi dan petang, aku lepak je dekat Centre UIA.
Nama aku nak balik redah matahari tengahari dan matahari petang pukul 2/ 3.30 memang tak.
Kuasa haku.
Nak tidur, tidur masjid.
Zaman 4th year dah tak tidur. Merayapp je mana mana. Asalkan bahagia. Hehe

So, boleh bayang ke macam mana aku nak hadapi semua rintangan ni seorang diri?
Penat aku fikir macam mana tak nak bagi sakit kepala datang dan of course lah sakit kena rehat.
Tapi siapa mahu rehat?
Peluang keemasan camni nak pergi santai santai dekat Haramayn (?)

Are you nuts? *pekik dalam hati.

Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. :)

Few months before pergi sana, kebetulan aku baca post one of my favorite bloggers- She went for Umrah.
Dia bagitahu, dia memang ada penyakit migrain.
Dia berharap benar tak ada migrain menyinggah masa Umrah. (post before perform Umrah)
After she came back from Umrah, she said that she was okay.
No migrain. She was really healthy.
Alhamdulillah.

Again, you can ask anything from Him. He can answer you pray anytime and anywhere.
inshaAllah.

--

Dua hari sebelum berangkat ke Haramayn, aku didatangi makhluk merah.
Kalau nak lebih faham, perkara merah ni tak membenarkan aku bersolat.
Do you get me, ladies?

Sesungguhnya aku cuak okk. HAHA
Adik aku dah kena a week before. So aku ni macam mana?
Taknak lah dekat sana kena. Orang pergi masjid, takkanlah aku kena pergi shopping dan memencil diri dalam bilik hotel?
Ini boleh mendatangkan kemurungan, kan?

Jadi, terpaksa pujuk diri sendiri.
Ini dah takdir. Haruslah redha.
Allah dah jemput pergi tanah Haram pun kira bagus. Jangan sebab marahkan makhluk merah, kita dah stress macam apa.
Anggap je ni ujian awal.
Kecik sangat ni.

Tapi bersyukur jugak. Sebab kitorang kan naik flight yang kena transit di Colombo, around 4-5 hours (?) not sure.
Dalam flight KL-Colombo dah 8 jam.
Cuba imaginasikan betapa berlendirnya tak mandi. T,T
Masukkan masa transit lagi.
Dah bertolak dari rumah ke airport 1 pagi. Pergi Colombo 9 am.
Then calculate lah.
Badan melekit, kena solat dengan masuk toiletnya. Renyah. Aku tak boleh geli geli terpercik air, kang ragu dengan kebersihan. Naya.
Better lah off day pada hari kejadian.

Tapi masa sampai Jeddah, (hari ke 3 makhluk merah berleluasa) waktu tu dah tengah malam. mengantuk pun ya. Tunggu bas. Dalam 30min memang bas ada. Maka, terpaparlah imej pak Arab dan mak Arab di mata yang layu ni.

Ni gambar menunggu bas yang baru sampai. Pandai pandai lah memasing tonggeng PC.



Masa ni debaran bukan main main lagi dah. Dari Jeddah ke Madinah ambil masa 8 jam.
Naik bas, baru nak bertolak ada mercun pulak.
Rupanya driver bagitahu, ada sambutan untuk orang baru kahwin.
Macam ada keraian gittew.
Ingatkan orang Hindustan je main letup letup ni. hehe

Naik je bas, semua letih lesu tak cukup tidur.
Senyap je. Dengan aku sekali tidur.
Bayangkan dah berbelas jam naik kapal terbang.
Tambah 8jam pergi Madinah.

Oh kematu punggung dan belakangku.
Tapi diam jelah.
Umi dah sound banyak kali, jaga mulut. Jangan laser.
Alhamdulillah. 30min sebelum subuh (4am) camtu, mutawif kami buat announcement.
Kita dah sampai madinah ni!
Ya Allah. Sayu sesayu sayunya.
I still can feel that moment.

Waktu subuh kan gelap. Nampak Nabawi di celahan bangunan hotel-hotel..
Menara bercahaya..

AllahuRabbi.

''Maka nikmat yang manakah yang sering kau dustakan" Ar-Rahman 30
Namun, sedih sebab mutawif kata kitorang tak akan sempat solat subuh. Mana nak angkat barang lagi..
Nak check in..
The system in Saudi is much greater bad compared in Malaysia.
Kau tahu cakap Arab, kau ok. Kau tak tahu, kau diam jelah.

Raudhah
Ketua rombongan dah pesan, pagi lepas Subuh dan sarapan, jemaah wanita akan dibawa ke Raudhah.
Raudhah tu Taman Syurga, atau tempat makam Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat yang lain.

Raudhah tu sebenarnya tempat antara maqam Rasulullah dan mimbar putih di mana baginda memberikan khutbah yang terakhir sebelum wafat.

Jadi tempat ni memang tempat yang berkah untuk berdoa. Salah satu tempat yang munajab untuk berdoa.
.
.
.




Raudhah-Waiting for our turn.


Namun ya Allah.. Tuhan sajalah yang tahu berapa ramai nak solat sunat dekat sini.
Inilah antara ruang solat yang tersesak selepas masjidilHaram. memang sesak yang kau berebut-rebut nak masuk.

Dan selalunya, jemaah Asia, iaitu jemaah bersaiz kecil memang dapat giliran paling akhir untuk solat.
Kerana apa?

kebarangkalian kau jadi rempeyek amatlah tinggi.
Dilangkahi, dipijak dan lain lain.
So, jemaah Asia memang diasingkan atau dikumpul di satu kelompok berlainan. Jadi memang orang Malasyia tak akan asing dengan jemaah Indo sebab saiz sama, telekung pun sama HAHA -_-'
Dah namanya orang Malaysia suka memborong telekung dekat sana..

Kalau tengok elok elok, papan putih tu semua amaran atau peringatan untuk para jemaah supaya tak bertolakan ketika masuk ke Raudhah.
Mungkin kurang adab kalau aku cakap begini,
keghairahan peminat bola Malaysia nak beli tiket sampai bergomol-gomol nak rempuh pengadang kaunter tiket, begitulah rupanya dengan jemaah wanita yang nak solat dekat sini.

MasyaAllah.
Ibadat yang direbut rebut.




To be continued... :)