Tabung Elektronik

Wednesday, June 15, 2011

Dia LebihTahu

Tengah hari tadi. Dapat teks dari seorang teman di kuantan, memberi khabar berita. Mula-mula aku rasa biasa. tak bertanya siapa yang terlibat. Sebab hidup aku tak lama di Kuantan. Setahun je. Nak kenal junior memang susah. Tambah pulak bukan budak kos aku.

Sekarang bukak FB, post teman2 kebanyakannya menyentap jiwa.

Seorang lagi, dicabut nyawa. Perginya seorang teman.

Ibnu Syaibah meriwayatkan dari Abdullah bin Utaiq katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bahawa orang yang mati syahid itu ada lima, yang pertamanya orang yang mati disebabkan sakit perut, kedua orang yang mati ditikam, ketiga orang yang mati tenggelam (karam) di dalam air, keempat sobihul badmi, kelima orang yang mati berperang fi sabilillah." (Hadith riwayat At-Termizi dari Abi Hurairah).
(bro. aklil)

Arwah meninggal sebab menolong rakannya yang lemas, bagaimanapun ajal beliau dulu yang datang menjemput. Aku tak pasti mereka ke Sg. lembing atas urusan perkelahan atau ada program, tahu cerita pun dari mulut ke mulut.

yang kita semua mampu, sedekahkan al-Fatihah buat arwah, semoga Allah membalas segala jasa dan pengorbanan arwah seterusnya menempatkan arwah di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah
buat saudara Adha Amer

Kepada keluarga dan teman-teman arwah, semoga bersabar. Sesungguhnya arwah merupakan kawan terbaik, hingga ke hembusan nafas yang terakhir. Redhakan perjalanan beliau ke sana.
bagaimanalah hari kita nanti? mungkinkah pergi dalam keadaan baik atau sebaliknya? Wallahualam. merenung kata-kata seorang sahabat:

"jangan takut dengan kematian. tetapi takutlah dengan amalan kalian yang mahu dibawa kelak. jangan lari daripada kematian seolah olah para alim ulama' dan para syuhada tak sabar akan kematian.'' -bro. pudin *aku edit sikit ayat


Sebenarnya, walaupun aku tinggalkan bumi kuantan dalam tempoh yang agak lama, aku kenal arwah ni. kenal ketika sama2 menjayakan program. baik. Semua orang mengatakan arwah baik. lebih2 yang mengenali arwah lama. Aku ingat dia sebab semua orang tag nama arwah, bila tengok gambar baru terasa sedih dan pilu. (fitrah dunia, kita akan sedih bila terkenang orang yang meninggal dan kita kenal orang tersebut. maafkan aku, tapi itu aku.)

Terkenang dengan pemergian teman lama, Allahyarhamah Nur Maslina. 2tahun lalu, kemalangan di bandar Kuantan ketika menunggang motosikal. tapi topik ni aku tak mahu ulas lanjut. Takut jika teman di Kuantan terluka kalau baca blog aku nih. Ingat tak dalam post ni, Durra sentak aku dengan siku sebab aku menangis?

Masa ni, aku dapat kiriman MMS dari seorang teman, muka depan Harian Metro edisi Timur 'Mata Terkeluar'. Aku sedih sebab aku takde dekat Kuantan bila semua orang ada dekat situ. Aku ingat lagi, a week before she died, aku sempat jumpa arwah. Suruh pegang kepala dia. Usap kepala dia. Dan Aku lagi sedih bila dapat kiriman MMS tu. Rasa hiba tu ada sampai hari ni..
kawan2 sana call, suruh aku tabah je lah. Diorang wakilkan diri diorang untuk aku. Bukan senang nak pergi Kuantan, sementelah aku ni perempuan dan etc. Thanks Izwan. Dia banyak menyedapkan hati aku masa ni. Seminggu aku menggodek internet cari berita semua. Apa daya, metro edisi KL tak ada berita tentang ni. Few weeks later, kawan2 Kuantan ada datang sini, bagi keratan akhbar tentang arwah Mas.

Aku sangat berpuas hati, takpelah. tengok paper pun takpe dah. Dan aku jugak sangat berterima kasih sebab kawan2 sangat supportive and ingat even aku jauh. Cuma aku ralat tak dapat sama sama dengan diorang waktu bersedih. Namun, Allah Maha Tahu. ;) Redha, aku rasa berbaloi pergi Kuantan a week before even tanpa keizinan ibu bapa. (wey, jangan bagitahu diorang). Itu first and last aku pergi sana so far. InsyaAllah ada masa pergi lagi. DENGAN keizinan. Bimbang sebarang kejadian tak diingini terjadi. At least mati di dalam keredhaan mak bapak adalah penting. Sebab redha Allah terletak bersama redha ibu bapa.

Apa apa pun, ajal dan jodoh itu satu ketentuan dari Allah. Bila kita pergi, kita tak tahu. Ingat 5, Sebelum 5.

Hidup sebelum Mati.

Kawan-kawan jangan sedih ya? Sesiapa yang berniat nak jumpa arwah Amer @ Adha buat kali terakhir, tetapi tak kesampaian, kirimkan saja doa buat beliau. Terkilan itu pastinya ada. tak apa, bak kata seorang kawan (lagi) kita boleh buat solat jenazah ghaib untuk arwah.

Semoga arwah tenang menuju alam yang kekal abadi. insyaAllah.

meninggal pada usia yang masih muda,22 tahun. Bidang BioTek kehilangan satu lagi bakal permata. Allah adalah sebaik baik Perancang.

Mati itu tak kira usia. Mati itu tak kira baik atau buruknya kita. Benarlah, Allah lebih menyayangi hamba-Nya.

Innalillahi wainna ilaihirojiun.

p/s: Sesiapa yang ingin membuat sumbangan, boleh salurkan wang ke:
03010071115727-bank muamalat
06010001178203-bank cimb
Atas nama badruddin Othman.

Thanks to Muhammad Cahaya kelebihan utk info.

Sumber berita boleh tengok sini : AdhaAmer

1 comment:

akmazakia said...

al-fatihah untuk arwah
takziah juga untuk his family.
even kema xberapa knal arwah,tp rasa sedey sgt.