Tabung Elektronik

Wednesday, June 22, 2011

MASIH ADA HARAPAN . SYUKUR .


Sehari dua lepas dikejutkan dengan berita pemergian rakan di Kuantan, *baca entri sebelum yang ini* hati saya diterkejutkan sekali lagi dengan berita dukacita di FB. Kali ini mengenai rakan sekolah teknik yang telah dimasukkan ke hospital pada Ahad lepas (12Jun).

Macam mana aku tahu? Meh sini nak cerita.

Jumaat lepas (17Jun) aku ada writing skill workshop under department psychology. Malangnya, on that day, aku punya sistem badan tak berfungsi dengan baik. Asyik pergi toilet jeh. Dah kali ke-3 asyik keluar, aku pun reti gak tebal muka. So, aku bawak diri pergi Lab Comp. Bagus kan tempat aku bawak diri? -__-' Online, lepas tu boleh get ready pergi tandas lagi.

Masa aku godek FB, aku macam pelik. Apakah kenapakah semacam apakah so many people are posting on my friend's wall. Semua berciri:

  • Ika hope you recover very soon
  • Ika, cepat sembuh
  • InsyaAllah..everything will be allright..fast recovery k =)
  • get well soon along :'( lamenya kau nak stay hospital ? bile nak lepak same2 lg ni ?? :(
  • just heard about you.. get well soon ika_matahari. Be strong!!

Maka, datanglah golongan seperti:

  • ika........terkejut dgr citer neyh...ak tau ko kuat k,ak doakn ko cpt sembuh...:)
  • can someone update me on what really happen to our Ika 'Atika ? T_T
  • eh what happened to her? ada sape2 boleh cerita? anyway, recover n get well soon!
  • Even me myself: Amende jadi ni? Ika sakit apa nii? Apasal aku seorang je noob tak tahu cerita? *noob tu apa? aku main pakai je. (ni pertanyaan dalam hati SAHAJA)

Lepak korek mengkorek, sesi stalk secara detail dan pukal dijalankan, baru aku tahu apa yang terjadi sebenarnya.

My ex-schoolmate, Ika. Dia ada blood clot in her brain. Tapi dah selamat dibedah Isnin lepas, sehari selepas beliau dimasukkan ke wad.

Ahad lepas (19Jun) aku ada pertemuan kecil-kecilan dengan member Kuantan. Di Mid Valley. Dah alang-alang ke sana, memang niat tu ada nak pergi hospital. Sejak kat rumah aku dah google where is Hosp. Pantai Bangsar. ditemani Nana (ex-coursemate uia kuantan) pergi lah bertawakal naik teksi menyerah diri untuk dibawa ke hospital. Oh rupanya dekat gila. Tepi mid hujung sana. Alhamdulillah. Pekerjaan yang baik, insyaAllah sentiasa dipermudahkan. ;')

Baiklah, sesampai saja aku di sana, sekitar pukul 5.00. Waktu melawat pon pukul6.00 So, sempat solat semua, cerita2 dengan mak ika.. Masa ni pelawat lain pon tak ada. Kira ok. Again, syukran Ya Tuhan.

Momen salam perkenalkan diri takyah cerita ek?

Mak ika cerita, ahad malam kejadian, ika belum balik rumah. Malam tu, dapat panggilan dari adik ika, yang study uniten jugak. "Ma, along kat hosp. Assunta."

Terkejut acik. Ingat main2. Rupanya betul. Doc cakap ada blood clot then perlu segera dibedah. setiap 2,3 jam memang kena panggil dengan doc. (aku tak tahu pulak apa tujuan kan) Then celah mana dipindahkan ke Pantai Bangsar pon aku tak perasan sebab syok sangat dengar cerita kan.

Doc cakap punca darah beku ni mungkin tersalah ambik makanan (tersalah makan) ataupun stress. Even mak ika cakap ika tak pernah pulak terjatuh atau terhantuk. (namun kalau ada, di luar pengetahuan beliau).

Memang simpati aku dengar. Dahla kawan ni dah lama tak berjumpa, tiba2 jatuh sakit masuk icu. Siapa yang tak terkejut? ;'( Walaupun tak rapat, ikatan saudara seagama tu kan utuh lagi. insyaAllah.

Sampai detik pukul 6pm, aku pun membontoti langkah mak ika. Debar di dada jangan kata lah. Susah nak imagine keadaan ika macam mana. Aku ni dah lah bangsa cepat sebak. eeee, geram sungguh!

Masuk icu kena sanitize dulu tangan tu dengan cecair khas. Takut kuman merebak ke apa. Cegah la apa apa yang perlu.

Masuk2 je, tengok ika sedar. Mak ika tanya, along..kawan datang. kawan sekolah teknik. along kenal tak?

ika angkat kening sikit je. pastu angguk pun sikit je. Serius lemah la keadaan dia. Aku dah sedih dah. tapi controllllll.

Aku pun perkenal la diri aku. Memang ika kenal. Aku pegang tangan kanan dia. Tanya mak nya, boleh tak pegang. She said okay jeh. Aku pun usap2 lengan dia.

Pastu kan.. aku cakap la dengan ika. ika kena sembuh tau. semua orang post dekat FB suruh sembuh cepat. kena kuat. *masa ni berair gila mata aku.* ;( Aku termenangis. Sorry dear.

Aku sambung cakap lagi, next month kita pergi wedding member sesama ek, (read: Fatin Fasehah Mazelan). Gasak la. Aku tibai je ayat ni. Suka hati aku je ajak anak org pergi wedding. Tak kisahlah, asalkan ika bersemangat sikit, ajak pergi maa2 pun aku boleh tolong tuturkan ;D

Pas air mata aku menitik tu kan, aku cari tisu dalam handbag, membelakangi ika (bajet tak bagi nampak la tangisan ni, padahal orang sakit boleh dan cepat rasa kot!). Then aku pusing menghadap ika balik. Air mata dia pulak gugur.. Alolo sedihnya aku. Menyesal pulak menangis.

T___T Ika sorry.

Nasib baik makcik tak marah. Sorry jugak makcik. Sedih tak dapat tahan. eh apasal nana pon nk menangis jugak? haha siap mintak tisu yang aku dah pakai. Aih, sayang nana Adam ni ;')


Baiklah, tak payah dah cerita pasal air mata yang menitik 3,4 titik. (tak boleh menitik banyak2, nanti pesakit demotivatd)


Kemudian aku beralih ke sebelah kiri ika, tengok jahitan kat atas kepala. Aku pegang jugak tangan kiri ika.

Tetiba...

Ika genggam tangan aku!!

Terkejut akak! kering mata aku rasa lepas tu. Macam happy gila. Oh em jay. Cakap dekat mak ika, makcik dia genggam tangan saya!!! Rasa ingin menjerit kepada satu dunia. hahaha

Okay. Dah, kemudan kitorang keluar sebab ayah ika cakap ramai lagi tunggu. Tak boleh tunggu lama2.

Before keluar, aku genggam tangan ika lagi sekali, cakap bye2. Then aku cium dia. ;')

Bagi semangat lebih sikit supaya cepat sembuh. huhu


# # # # #

Itu cerita terdahulu. Aku lambat update pasal ni sebab aku malas nak melayan emosi. Kang aku sedih sambil type, siapa nak pujuk aku pulak? haha

Tapi tadi, ada member ika di uniten, merangkap member abang aku, sekarang dah jadi member aku pun., Watak baru: Mia Amira.


@wawa; lawat ika eh? update eh nanti. ;) tQ

@mia;she's improve! (= tgn kiri da bole angkat tinggi, tgn knn lemah sket. Da bole mkn bubur, sup

@wawa; alhamdulillah ;D seronoknya dengar!!. ahad lepas dy tangan kiri boleh genggam je. hehe

weekend ni kalo free, nk g lagi insyaAllah. bila ika boleh kua icu?

@mia; em tu doc xckp pape lg. But i believe soon. And em make sure dtg during visit hour and dtg in smal grup. Ayah die strict sket nw. Even tampal no visitor kt lua bilik die. If he's around je kwn2 bole masuk. Gad and nurse pn da strict nw.


So, thank you so much Mia ;) Kami yang membaca blog wawa sangat terhutang budi. ok poyo.
Mia ialah seorang kawan ika yang paling kerap pergi jenguk lah. Siap tolong sikat2 rambut semua. So, kawan2 please thanks to her.

Ingat dua perkara:

  1. pastikan anda semua melawat dalam group yang kecil. Tak datang segerombolan like rombongan mak kiah mak minah or wateva.
  2. Datang ketika waktu melawat sahaja okay?

Penting untuk memastikan Ika tak letih (masuk hospital ni memenatkan okay- aku bekas pesakit denggi)..

Kena jaga sensitiviti ibu bapa pesakit (ika) they need to guide our way to ika's room. Penat. Kasihani mereka. Bekerja lagi, jaga ika lagi. Keprihatinan kawan kawan sangat membantu kondisi mereka sekeluarga.

Jangan lupa doakan kesejahteraan ika dan semua orang!!

Thanks a lot. I love you, friends. ;)


#Gambar: ika yang paling kiri# ;)


6 comments:

D said...

sedih3....kite teringat mase pegi melawat arwah Ziha, junior TIKL dulu kat ICU Hosp Serdang..3 kali pegi, 3 kali x dpt buat ape3..arwah koma je sampai sudah..
Hope ika get well soon~~

NajwaZin said...

Takpe atie. Wawa yakin kes Ika ni insyaAllah dipermudahkan dan ika cepat sembuh. Teringat kes yang lagi satu, batch kita, Allahyarham Aizat. Budak mecha. Dia meninggal sebab ada jangkitan kuman dalam otak. hari ni lawat. esok meninggal. innalillah.

adikk said...

tgk dia. kuat je genggam2 tangan lagik.kak ude dulu, bangun tdo pon xmo..baru denggi..:P

NajwaZin said...

hahaha biar ah. time tu umi kite xde.. adik pon xdtg lawat! hoh

NurIzza said...

semoga ika cepat sembuh...

akmazakia said...

ya Rabbi, sembuhkanlah penyakit
sahabat hambamu ini.
ameen.