Tabung Elektronik

Sunday, June 26, 2011

SEHARI BERGOSIP DENGAN KIMOK. *bukan nama sebenar*


Gambar ni boleh tunjuk kat bakal cucu, sebab granny yang comel ni pernah jumpa upin ipin secara live. KAH KAH KAH

Semalam perjumpaan dengan puak-puak selebriti.

Semalam, wedding atty dekat Putrajaya. Aini and I were together, go to Presint8 by erl. Dua-dua takde lesen. Public pon public ah. Hidup tak boleh nak demand sangat, kecuali kau berkemampuan. Buat apa ada BMW, tapi takde lesen. tsk tsk ;') haahaa

Dalam erl, jumpa dengan Ustaz Ridhuan Tee Abdullah. Penceramah bebas, tak pasti sekarang masih atau tak. Biasalah, aku jarang rancangan dakwah. -__-' Kalau tidak silap, beliau menulis dalam satu ruangan di Mingguan Malaysia. Tak pasti masih atau tak. tehehehe

Sampai je dekat Putrajaya Sentral, nampak upin-ipin tengah dirakam. Aih, macam aku peduli je kan rancangan apa? Tapi Aini tahuuuuu. HAHAHA Beliau penonton rancangan Kelab Upin-Ipin bersama adiknya yang bongsu. Maklumlah, saya tak tengok sebab saya yang bongsu, selepas adik aku balik sini, gelaran akan berpindah. T__T

Kemudian, pergi ke kenduri atty. Atty sangat sweet. ;) Percintaan yang disemai sejak matrikulasi UIA akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Alhamdulillah. All the best to you both ea.
Kedua-duanya bakal doktor, berada di tahun ke-4 sept ini.

Jumpa selebriti lagi. Anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah (betul ke nama dia ni?). Cantik woohoo. Okay, sepatutnya sebut subhanallah .;') Kurus! Tinggi! Suami dia pun handsome! Serius dia kurus. Envy. Tapi kesian jugak, manalah tahu beliau kurus disebabkan tekanan politik terhadap ayahndanya.












Kimok atau Kimball juga dikenali dengan nama sebenar, Hakimah. Hahahaah Sorry kim, gurau je ek. Teringat panggil dekat sekolah dulu. ;P

Inilah watak sebenar. Menurut tajuk post ni.

Baiklah puan puan yang dirahmati sekalian.. Perjalanan seterusnya adalah menuju ke Hosp. Pantai Bangsar. Agenda sama seperti minggu lepas, melawat ika.

Aku tak taip banyak banyak kali ni. Cuma copy paste post yang aku letak kat dinding FB.

Ika 'Atika makin sihat alhamdulillah, dah 3hari pindah ke wad biasa, level 5 bilik 502, blok yang sama. Dah boleh makan makaroni, sup cendawan semua. ;) Ika dah boleh pegang remote tv, tangan kanan lemah lagi, tangan kiri cergas dah.
Cuma ika belum bercakap lagi,dan doc berpesan supaya banyak bercakap dengan ika. She needs your moral support people. ;)

Turut disertakan sekali beberapa pedoman pada teman lain yang pergi melawat dan bebelan murahan aku yang mungkin orang baca akan menyampah, (like macam aku seorang je yang lawat ika?) padahal memang aku macam ni. Stress kalau kawan2 yang pergi melawat tapi taknak kongsi info bersama di page Ika.. Tapi hak memasing lah kan. Considering my other friends yang tak dapat pergi, sebab beberapa masalah, aku update kan untuk semua. ;)

Yang perlu anda tahu mengenai Ika:

  1. Dia dah berpindah ke wad biasa. Blok D, Tingkat 5, Bilik 502.
  2. Waktu melawat bagi wad biasa adalah random. Tak ada had.
  3. Masa awal2 datang dia tak pandang pelawat. Tengok je TV.
  4. Tapi mata dia bergenang di tubir matanya. Kenapa? Wallahualam. Mungkin wawa comel sangat tsk tsk tsk hahaha
  5. Dia makan banyak. ;) Sepinggan makaroni penuh. Satu mangkuk sup cendawan. Sedapnya makanan hospital ni.. Dah kata swasta kan? Yang sihat, boleh cuba masak sendiri ;')
  6. Dia tak boleh bercakap lagi. Aku tak pasti sama ada dia perlukan effort yang banyak atau tak. Mungkin dia malas bercakap. Tak tahu! Masa ayah dia angkat-alih badan, dia mengerang. Ada suara.
  7. Cara berkomunikasi dengan kami sebelum itu: angkat kening double-jerk & cebik mulut tanda ya atau tak. ;D
  8. Mama ika selalu tanya, ika ada suara tak? She 'said' (angkat kening) ada. tapi sampai sudah tak cakap atau keluarkan sebarang bunyi.
  9. Oh ya, aku dengan Kim err cuba2 jadi nurse. Tolong tukarkan pakaian Ika. Sorry ka, kalau sakit. Tapi geli hati gak. ;D

Bagi kawan2 yang tak berkesempatan melawat, kirimkan doa anda. Itu yang paling Ika perlukan. kata Mia, she needs some advises. Akan diusahakan. Insya Allah.



p/s: Kim, kita gosipppp banyaaaak sangat pasal PPI dan sebagainya. Hahaaha

Acara dijalankan ketika menumpang rumah kim utk solat zohor.

Acara adalah tertutup, maka tak boleh cerita dekat anda. hahahahaah

No comments: