Maafkan aku DD. Aku memang malas. Kadang2 nak update, tapi macam mood mengarang dan menggoreng tu jarang ada. Aku malas berfikir, sebab aku ada perkara lain perlu aku fikir.
Dear, sebenarnya, aku frust! Kalau you guys ada FB aku (korang add aku lah/ aku add korang), aku ada post pasal notes (read: merujuk kerja aku).
Tak dapat sambutan weyh. Sedih betul.
Aku fahamlah, kerja mana yang senang? Ini kerja pakai otak (tapi aku tak cakap pulak kerja dekat KFC tak pakai otak kan? Kecuali budak yang calit paha ayam kat tapak kasut dia. Macam %^&* betul perangai).
Baiklah, malam Ahad yang mulia ni tak baik emo-emo. Hehe
Marilah aku tanya, sesiapa yang berminat nak join research aku. Kalau takde respon jugak dekat blog aku nak pergi letak jawatan dah.
Kajian ni tajuk dia: KUALITI SERVIS; IMPAK PADA PENGURUSAN DI IPT MALAYSIA (UIA)
In case kalau korang blur jugak (seperti mana aku yang blur, dah 2bulan kerja baru faham jadah apa aku nak buat ni.) Jadi jangan rendah diri kalau tak faham ok.
Aku kena interview (sebenarnya jadi pemerhati, sebab aku RA .research asst. Yang tanya2 tu should be researcher aku). Jadi janganlah segan silu taknak join research aku sebab aku yang tukang tanya. tak perlu ok? -_-'
Baiklah, ada 4 kategori peserta:
- IBU BAPA
- KOMUNITI *
- MAJIKAN
- ALUMNI
Sebab? Ada soalan yang bertanyakan pasal apa sumbangan pelajar UIA dekat komuniti sekitarnya? Membantu tak masyarakat sekeliling?
- Ibu bapa; kalau kawan2 uia saya sudi beri pinjam pada saya untuk ditemu ramah. Bakal pelajar uia pon tak mengapa. ;)
- Majikan; Seeloknya mereka yang pernah bekerja di unit HR (Human Resource). Mereka ni golongan yang tahu jenis graduan yang melayakkan diri bekerja di syarikat mereka. Ok?
- Alumni; pelajar uia yang dah grad. dari tahun 2005-2011 diutamakan. kami perlukan info dari anda.
Saya tahu keterbatasan saya mencari peserta. (Amboi guna saya? haha) Jadi gunakan kuasa anda sebagai YB yang banyak pengaruh tuuu! haha
kalau berminat, boleh contact saya dengan segera. jangan ragu kerna kami menyediakan makanan untuk anda. dan pastinya anda tak akan pulang dengan tangan kosong (souvenirs are provided)
Last but not least, aku stop dekat sini je. Sebab kawan aku pernah cakap, 'Wawa update blog mesti panjangpanjang.'
Ok, terus aku tak update seminggu. Hahaha
lagipun bukan ada orang rajin baca panjang2. nasiblah aku dilahirkan memang untuk syok sendiri selalu.
p/s: Kajian ni sesuai la untuk orang yang mengutuk UIA. Ada apaapa hal tak puas hati, tolong daftarkan diri sekarang! Takpelah kau dah grad pun, sebab uia kena kekalkan kualiti untuk generasi masa depan ok. Bantu kami untuk kami bantu yang lain. ;D Terima kasih.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment