Tabung Elektronik

Thursday, August 25, 2011

Double Season



Sebab esok aku dah nak balik kampung, aku mintak, rakyat pantai Timur tolonglah balik hari selain esok. Hahaha,

Bontotku tak koser okay nak bertahan lama-lama dalam kereta. Yang tak bawak kereta pun sakit bontot, ini kan pulak driver? Ke driver tak sakit? Aku tak pernah drive pun Hahahaha

Macam tahun-tahun lepas, 13jam itu perkara biasa. Tahun ni aku tak koser nak imagine. Aku tak koser nak imagine berapa lama aku boleh tidur dalam kereta. Sampai kampung kan, membedal tidur lagi. Penat kononnya. Macam kan dalam kereta tu aku summersault kan? Tak pun aku buat kerja RA aku. Harapanlah nak buat kerja dalam laptop. Kang ada yang juling time raya.

Eh, bukak puasa dengan kacang pun pernah dalam kereta. Time tu aku sekolah menengah lagi.
Style family kitorang memang camtu, bertolak nak tengahari saja. Orang lain takut hitam dan panas, kitorang memang sukaaaaaaaaaa. Panas!

Tapi masa berbuka dengan kacang tanah tu, (mana nak cari kedai dalam hutan kan?) aku ada tusyen pagi tu. Masa form3 kot. Style kan? Aku DISURUH ponteng satu kelas. BM. BM adalah seubjek kegemaran aku, tapi aku tak nak tanggung risiko beraya di perantauan. Aku masih muda. hahaha

Apahal nak cerita panjang-panjang niiii?
Baju raya pun tak ada lagi. Ganow niiii? Stress (tipu) Janji kasut dah ada :))

Hmm Hmm.

Esok kemungkinan besar bertolak balik, mungkin jugak sabtu. So, mungkin aku dah tak bukak FB and blog for a week or two. Kampung tak boleh nak online sangat.

Mana sempat nak kejar ayam kampung lagi, dan meriamkan kampung lagi. Nan hado sempat :D

Aku nak minta maaf atas segala kekurangan yang berlaku atau yang terjadi sepanjang hidup dari 1988-2011.

Siapa yang kecik hati atau sentap dengan aku, aku mohon kemaafan dari hujung rambut ke hujung jari tangan dan kaki.

Dont worry, kesilapan semua umat manusia aku dah ampunkan.

Tapi bab hutang-hutang duit tetap kena jalaannn! hehe

Jadi,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
SALAM MERDEKA.

sila baca dengan feeling lebih sikit ucapan ni masa malam raya hikhik.

Last, but not least. Tunggangi keldai dan kuda (read: transport) dengan selamat. Ingatlah orang tersayang, dan Najwa Suhaili.

:: Ucapan Selamat Hari Raya ini mewakili saya dan keluarga saya juga:: :)

Jumpa anda September nantii!!

Wednesday, August 24, 2011

Dia berikan kita apa yang diperlukan, bukan apa yang kita harapkan:)
Shared by Fatirah

“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah), ALLAH jualah Yang mengetahui (semuanya itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya. ”
(al-Baqarah: 216)

Shared by Amerul Farhan.

Thanks, these kind of sentences and words keep me calm and redhoooo.


Sekarang dalam mood tak berapa sihat. It's all about money.

Tapi duit bukan segala-galanya.

Itu yang pasti. :')

Mari kita berhari raya dengan simple dan sempoi sahaja.

Yang penting, cari keberkatan bulan puasa. Malam 1000 bulan (kan? kalau salah cakap eh)
insyaAllah. Aminn Aminn

Kalau kita tinggalkan dunia utk kejar akhirat, insyaALLAH dunia yang kejar kita.


Sunday, August 21, 2011


"Allah akan hancurkan hati org yang Dia sayang berkali-kali sehingga hambaNya itu tiada harapan lagi untuk dunia ini. Yang ada hanya harapan untuk Dia sahaja. Jadi, bagi yang mencari cinta Allah bersedialah untuk menerima hakikat ini."

Shared from Izatul (FB Nur Izza)

Mendoakan agar kesihatan ayahanda beliau kembali pulih seperti biasa.

Okay, itu selingan.

Aku nak elaborate sikit pasal words dekat atas. Sikit, janji!

:: Somehow, bukanlah menyalahkan Allah kerana menghancurkan hati kita. Sebenarnya, yang menghancurkan hati kita itu ditugaskan oleh orang lain. Utusan lah kononnya. Kadang-kadang kau (read: kita) cepat sentap dengan orang yang lebih rapat dengan kita berbanding dengan orang yang tak rapat.::

Contoh, kalau kawan-kawan kata kita hodoh dan gemuk, tak ada apahal. Kalau siblings atau saudara mara cakap macam gitu, kau kecut hati tak?

Kalau aku, ya. Mungkin aku saja macam ni.
Oh, contoh je kat atas tu.

Kadangkala, cercaan dan hinaan daripada orang yang rapat tersebut lebih mematangkan dan mentabahkan hati tsk tsk, untuk berhadapan dengan strangers. TRUST ME.

Kalau kawan rapat kau panggil kau binatang sekalipun, kau tak akan rasa apa sangatlah tiba tiba pergi somewhere orang jerit kau dekat kau 'Hoi! Binatanggg!!!'. Sekurang-kurangnya boleh cop orang tu gila. Kalau tak pun, kau boleh jadi sama sama gila bila kau berbalas panggil binatang dekat strangers tu. Haha . Sekali, orang tak siuman laaaa. Malu je kan?

Motif: Kalau kau buat salah, lebih afdhal kau mintak maaf. Kalau tak, boleh baca entri lain blog aku. Haha . :P



Thursday, August 18, 2011

SAYA BARU TAHU


  1. Sedekah itu penghapus dosa :)
  2. "Anak yang dididik dengan harta, subur nafsunya. Anak yang dididik dengan agama & kasih sayang, subur hatinya" - Imam al-Ghazali
  3. Makan jasmani, orang tekankan. Makanan rohani? Orang abaikan.
  4. Orang yang berbuat dosa adalah orang yang tidak mengasihi diri sendiri: So, macam mana nak kasih orang lain, Lalu, macam mana orang lain nak sayang kita? T__T
  5. Sedapnyaaaa nasihat orang, tapi diri sendiri macam mana? Best solution: belikan CD atau buku, biar muhasabah seorang seorang (sorang sorang hehe)
  6. Perangai ibu akan mempengaruhi tabiat anak-anak. Contoh: merungut, menyesal.
  7. Dunia akan berubah jika kita berubah :)
  8. Sifat pendakwah, bukan untuk ustaz sahaja. tidak limit, malah sifat pendakwah harus ada pada semua orang.
  9. Ilmu itu ibarat ikan, kalau tak disebarkan, ia akan terus hilang. :)
  10. Mendidik anak itu bermula dari semenjak ibu atau bapa anak-anak itu sebelum mereka berkahwin lagi. (terutamanya wanita, carilah jodoh yang baik)
  11. Kita bangga dengan menghantar anak ke sekolah 'antarabangsa', tapi satu hari nanti kita akan bimbang dengan akhlaknya, begitu juga dengan nama. Nak nama anak pelikpelik, tapi tak ada maksud yang baik.
  12. Manusia suka negatif. Dan media suka menggembar-gemburkan perkara negatif, berbanding positif. Fakta, seperti yang dapat anda lihat. :)
  13. Untuk anakanak 0-6tahun: berikan kasih sayang supaya membentuk imej positif tentang diri mereka.
  14. Perancangan untuk anak anak, bukan sekadar menjadikan mereka hartawan, tetapi Solat. T_T
  15. Peta kehidupan kita semuanya bermula dengan niat.
  16. Setiap pekerjaan kita bukan bermula sebagai doktor, guru, pakar psikologi, peguam, jurutera, malahan sebagai hamba Tuhan. *down to earth/ humble- no matter what our status.



    Sumber: Majlis Ilmu- Prof Muhaya

    Mungkin di antara kita yang dah tahu. Tapi terlupa. Mungkin yang benar-benar tak tahu, boleh ambik tahu sekarang ^_^ macam saya!

    psstt: Sebaik anak dilahirkan, bayi bayi dikenalkan kepada Allah terlebih dahulu, melalui AZAN & IQAMAT. Bukan ibu, bukan bapa, apatah lagi nenek dan moyang.

Tuesday, August 16, 2011

BERAKIT-RAKIT KE HULU


Baru siapkan dua, tinggal lagi empat.

Rasa macam dah terseliuh pinggang, bahu serta jari jemari montok dok menghadap kejadah ini semua.

Ya Allah, kalau tak fikir pasal nak raya dengan tenang, ah tak kose mak! Siap ah. Aku mintak bonus setengah bulan nanti! Haha

tsk tsk nak menangis lah buat kerja-kerja ni.

Letih. Sumpah penat.

Serius nak ronggeng puas puas selepas semua kerja beres.

InsyaAllah. Aminn., Semoga segalanya dipermudahkan.


Kita bertenang-tenang, terlentang kemudian!! :)

Salam 16 Ramadhan people!

Saturday, August 13, 2011

2 PILIHAN





lautan yang berapi
daratan yang berduri

bagiku bukan musibah
malahan hikmah berharga

katalah apa saja
yang jelik penuh dusta

kau bebas warnai diriku
di minda yang kelabu

siapa diri ini
Tuhan yang memahami

amarah dan kecewa
hanyalah bara membakar jiwa...


sungguhpun kuterkilan
terguris perasaan


kupilih berdiam diri
tanpa dendam di hati


Ini lirik Dato' Siti.

* * * * *


Sabar. Itu saja aset yang saya ada. :')

Saya selalu berjaya memujuk diri saya, selalunya dengan bantuan Dia.

Kalau boleh, nak bold setiap perenggan. Sebab semua penting. Tapi pilih yang mana penting sahaja. Kita ada rasa. Kita boleh pilih untuk bahagia. Kita jugak boleh pilih untuk derita.

Dan, kalaulah mereka tahu.


After 30minutes I posted this entry, I would like to add something on this..

Jika manusia mengecewakanmu,Jangan berduka kerna Allah selalu menunaikan harapanmu . .
Jika manusia menzalimimu,Jangan berduka kerana Allah selalu berlaku adil terhadapmu . .

Jika manusia melukaimu,Jangan berduka kerana Allah selalu memberi penyembuh buatmu . .

Jika manusia menyayangimu,ketahuilah bahawa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu..

Dan ini semua, ternyata benar benar belaka. :)


Wednesday, August 10, 2011

Iftar Jama'ie


Quote from Najihah Saiful Anwar:

We don’t use people to build a great Masjid. We use the Masjid to build great people.

Thanks for sharing.

Tadi, aku tak berbukak puasa dekat rumah sendiri. Berbukak puasa di rumah majikan, hikhik. She needs my help. Sebab suaminya menjemput a few people (Chinese Beijing ke Guangzhou ke aku tak pasti) tapi bukan Chinese Malaysia. hikhik :)


Total semua: 30++

Stok imam imam belaka. Cakap dengan tetamu bahasa Arab. Menangis orang gaji sementara dekat dapur nak faham.
Haha

Tapi bini dia terjemahkan balik lah. :D

Oh okay. Tak hairan pun diorang nak cakap apa. Aku lapar. hehe kurang sopan di situ.

Kitorang tak masak berat berat pun. Cuma tolong masak spaghetti ajo. Nasi Arab ditaja oleh suaminya, datang dari kedai Hadramawt.
Sedap juge. Ke aku yang lapar mentekedarah tak hengat. maafkan saya. HIDUP perlu jujur.


Rumah majikan saya terletak di Taman Harmonis. Tadi masa nak pergi rumahnya, lalu di hadapan rumah Arwah Sosilawati dan Setiausaha Parlimen *agaknya- Mashitah.

Style kan, tak payah letak gelaran. Harap korang kenal.

Ya, rumah di situ sangat cantik cantik belaka.

Macam nak pengsan aku tengok, maaf, kebatakan melanda. Perut pun dah berzikir, hormon pun meloncat-loncat sana sini.

Lepastu, memang kena stop tulis dah la.

Kebarangkalian merepek sangat tinggi, + (plus) kerja banyak. BANYAK. serius banyak!



p/s jangan tanya, "wawa, tak try usha-usha ke mana berkenan. Imaammm tuuu!!"

Jawab aku: "haha, tak sempat. Lagipun Imam ni duduk jauh-jauh. Aku pun tak reti mana pakai chopsticknyaa. haha"

Perasan.



Kilik bawah. Nak bagi duit raya kat nenek n atuk. Thanks!

Tuesday, August 9, 2011


Bila tenang itu jauh dari hati,
itu tandanya kita jauh dari Illahi.
Bila kita minta tapi Allah tak bagi,
itu tandanya Allah nak kita minta lagi.

Jangan banyak bersangka-sangka, teruskan saja laluan yang Allah dah sediakan untuk kita.
Sebab.. Allah Maha Tahu dan menguji atas kemampuan diri kita sendiri.

credit to: Afzan

Bulan puasa, bulan mengumpul kata-kata hikmah. Esok-esok, bila Ramadhan berlalu (sedihnya) nanti boleh godekgodek entri Ogos memujuk hati sendiri dengan setiap keajaiban ayat ni.

Menasihati diri sendiri, termenasihat diri yang lain. *eh, boleh?

p/s: Tak perlu mohon izin utk share entri yang tak bertajuk (words of wisdom). Feel free to spread over the world okay? :)

Monday, August 8, 2011


PATUTLAH MACAM PERNAH BACA. ;)

Six easy ways to earn even after death.
1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads from it, u gain.
2) Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain.
3) Participate in building a Masjid.
4) Place water cooler in a public place.
5) Plant a tree. U gain whenever a person, animal sits in its shade or eats from it.
6)And the easiest of all, Sharing this message with people. Even if 1 applies any of the above, u gain inshaALLAH :)

Credit to HafizahNik.
thanks for sharing.

Friday, August 5, 2011


"Do not be afraid to make mistakes now. As students, you learn thro' your mistakes and corrections by your teachers. If you're scolded or criticized for your mistakes, be strong. You could only be hurt or affected as much as you have
allowed yourself to be!"
( Dr.Harlina Halizah Siraj)


Ambik dari Hykiza Putri :)

Thursday, August 4, 2011

BUKAN NOMBOR EKOR


6666
(I love consistency) :)



1234
(macam nombor plat Serena) :)


p/s: entri yang takde motif.

Sorry, buang masa korang click. hehe

MACAM MACAM HAL!


Masa Ramadhan jugaklah kalut gosip goalkeeper HM (harimau malaya) putus tunang.
Tambah tak best, org yang komen bukan main banyak dan komen macam diorang saja yang terrar pasal kisah cinta. Kan?

Aku baca setiap komen, setipa post kat blog Nara memeang mencecah ratusan okayy. Begitu hot sekali pasangan ni, tp dah tak jadi pasangan dah sekarang.

Agreeable, si perempuan terlalu meng-exposekan diri, si lelaki dan cinta mereka. Namun, hak masing masing la. Yang komen macam kan bagus tu, semuanya orang yang cemburu dengan si perempuan sebab dpt balak hot. Dan dan je bila putus semua baru nak mengaku yang si perempuan over bla bla bla. Macamkan org yang bercakap tu, kalau dapat couple ngn si lelaki tadi tak update basa bf then update pasal belajar kat uiTm & jumlah cgpa.

Normal lah tu.

Bagi aku sendiri, aku bukan follower tetap blog tu. Cuma sejak mereka putus, aku baru start usha blog nih.

Perempuan ni dah start cakap pasal si lelaki sejak 2010 lagi. Kira masa tu si lelaki belum hot lagi lah, especially di mata perempuan yang tak tengok bola. Aku percaya, nama dia baru naik tahun ni. (BERDASARKAN PANDANGAN AKU)

Dan nak tergelak, bila mak bapak datu nenek segala keturunan diburuk-burukkan masyarakat. Masyarakat kita ni terlalu ber'penyakit hati' aku rasa.

Doakan jelah yang terbaik. Jangan terlalu mengata hal orang. Hal kita, sekali dengan keturunan kita tak tahu lagi macam mana.

Tuesday, August 2, 2011

SAYONARA


I deactivated my FB's account because I dont want it disturbs my work and ibadah during ramadhan.

Begitu poyo sekali ayat. Mudah-mudahan ikhlas. :)

I want a happy, great and blast hari Raya!

Pertama kali berpuasa sebagai pekerja. Dan itu bukan best.

TAK SIHAT


Mengharapkan kesihatan yang jitu untuk menjalani ibadah puasa dan lainnya sepanjang bulan Ramadhan.

5hari demam.