Tabung Elektronik

Friday, December 16, 2011

WHO SAYS?


Ada beberapa info yang nak aku tambah daripada post sebelum ni.

Entri 'Inspirasi Sanubari' :)

Aku semalam bukan main feeling update blog. Lepas tu lupa point apa yang feeling sangat tu kan..

Tapi dah ingat dah :)

Nak menyingkap balik sejarah 2011, banyak luka sebenarnya. Nak cerita panjang panjang pun, masa tak mengizinkan. Dengar apa yang ustaz cakap semalam cukup buat aku merenung panjang.

Oleh sebab aku ni suka benar nak ingat yang sedih, macam kan t
ak ada benda lain nak ingat. Padahal aku ni gelak memanjang. Tasik hati tak ada siapa yang tahu. :')



Ustaz pesan, tak mengapa orang hina kita. Tak apa orang buat macam macam dekat kita. Tak apa.

Kenapa?

Sebab kita bukan orang mulia. Yang mulia ni Nabi saja.
Kan?
Bila aku fikir kan balik. Eh, betul jugak.


Alangkan Nabi sendiri pernah kena lempar tahi ketika solat, yang kita nak melatah lebih lebih apasal? Lebih lebih lagi bila orang buat jahat dekat kita.

Satu-satu ayat yang aku tak boleh lupa adalah, 'Tenure baru ni seakan-akan bala pada tahun ni'.

Bala isnt a nice word though. Sepanjang aku terlibat dalam sebarang aktiviti dekat sini atau mana mana, itu pertama kali orang panggil kita bencana.


Aduhai.

Kita memang tak boleh puaskan hati orang. Tak pern
ah.

Manusia tu 1001 Ragam. How can we understand them all? Even hati sendiri kita pun tak faham, kan? Contoh dekat lah. Kita admire orang pun, kita keliru, ni suka ke cinta? Haaaa.

Complicated hearts, complicated way of thinkings.

Everything is hard on its way.

Menyampahlah nak hurai satu satu.
But satu jelah aku nak cakap. Pengajaran 2011 paling banyak mengajar
aku sebenarnya.

Bila ada hal lain yang boleh menimbulkan kegalauan di hati, bila toleh belakang merenung kisah silam, you will say, 'Alahai..Benda macam ni pun nak kisah ke? People, grow up please.'

Then boleh sambung study macam tak ada benda pun. Sometim
es, kalau someone hurts me, Ahhhh. Ada ke aku Kisah? Kalau kau tak suka, tolonglah kau yang blah. I'll stand here and just carry on. Yang isunya, kau tak suka aku. Asal aku nak blah? Kalau kau tak suka, kaulah blah! Hahaha

Macam gituu, hidup ni tak boleh nak give up cepat sangat. Jangan menyerah kalah. Memanglah perempuan tu lembut, but somehow kalau lembut selalu tu
bukan dah kategori santun. Itu LEMBIK!

Sem lepas, betul betul menyeksa jiwa raga aku. Dengan midterm aku fail 3 paper. Final Alhamdulillah survive. Itu pun macam nak mati je belajar. *Tipu je. Padahal tidur lagi banyak daripada study hehe.

Aku tengok sem ni, ramai member yang depressed, stress! Semu
a macam nak mengalah. Dont be, people. Aku yang lembik lotek ni boleh struggle, lawan those feeling yang. alahai.. Kalau layan lagi menjadi. Bukan mudah nak lawan, tapi tak adalah sampai mustahiil.

Maybe aku ada satu pegangan. Aku dah waste time and my parents money A YEAR for my study in Kuantan. So, nak tak nak, aku kena survive jugak dengan Psychology. Ada tak patut kita nak gadaikan masa depan sebab terciptanya watak-watak bodoh like Giant yang datang interframe dalam life kita, then blah. Tetiba kau nak feeling sedih berta
hun tahun. Tak yahlah.

*Giant: boleh diertikan sbg musuh kau ke, ex-gf ke, ex-bf ke, atau sesiapa yg kau benci.

Bila lama lama, kau akan berfikir, sampai bila nak benci orang pun? Esok lusa pergi supermarket, tetiba nampak dia jaga cashier. Kau dah beratu kemain panjang, tetiba nak lari kenapa?


So, bagitahu aku, siapa loser sebenarnya?

Remain calm, baby.

Ustaz cakap, biarlah orang hina kita mengata kita benci kita ke apa.
Pahala dia tu, Allah boleh ambil dan bagi dekat kita. Susah a
pa?

Kalau orang berhutang dengan kita pun, tak bayar, sampai mati ke tak bayar. Tak apa. Setiap pahala amalan perbuatan yang dia buat tu, Allah kasi dekat kau yang bagi hutang ni.
Esok esok dekat akhirat biarkan Allah yang tentu,. See?


Jangan pening pening dah. Esok esok stress, darah tinggi, kau jugak yang nak bayar bil hospital. hehe

Lagi satu ustaz ada pesan. Solat lagi.

Solat kita ni, kan semalam sibuk nak dibangkitkan akhirat esok esok, kau nak dibangkitkan dalam golongan wali kan? Ustaz cakap jaga solat. Khusyuk tu kena!

Malaikat ada untuk kira berapa peratus khusyuk kita ni. Kira, eh 1%. Eh, 2% khusyuk je. Jadi apa?

Mana nak jadi apa apa.

Allah nak 100% khusyuk. Kurang kurang 80% 90% tu dah biasa dah.

Ustaz tambah, khusyuk 2% ni macam mana? 'Yang tengah sembahyang boleh cakap gini: Ehh, ni rakaat ke3 atau ke4?'

Berderau kejap darah aku. Bukan apa, ni selalu jadi dekat aku sendiri. Bukan orang lain pun.

'Yang tengah sembahyang pun sibuk duk rasa lapar lah apa lah.'


Ehehe. Ni memang aku sangatlah.

Then, ustaz tambah lagi dan lagi.

'Bila malaikat bawak solat kita ke langit, Allah lempar balik so
lat kita ni, tak nak terima.'

Fuhhh. Macam kena lempang kejap. Selama ni penat sebab tertonggeng jelah. Khusyuk tak ada. Rupanya Tuhan tak terima.

Panggggggg! Cam kena pelempang. Padan muka aku. Patutlah exam selalu dapat biasa-biasa. :'(

Bila lagilah aku nak jumpa ustaz ni.
Semalam last class.


Bila fikir panjang, sebenarnya, yang kita lapar kan sangat tu, bukan makanan utk fizikal. Tapi makanan rohani.

Makanan rohani untuk jiwa. Usrah.

Dah 3 tahun dekat sini, tapi aku jaranggggg sangaaaaattt pergi usrah. Sampai aku terfikir, kalau aku dah grad.. mesti rugi gila tak pernah tambah ilmu dekat di
ri sendiri masa study.

Cukup-cukuplah dengan aktiviti *sosial* menjadi YB tak bertauliah sampai tak balik rumah.

Mana taknya, kerajaan nak graduan berkualiti, boleh perfor
m dalam study dan communication skill segala. Bagi aku, aku dah cukup benda benda ni.

Bukan mendabik dada, tapi kalau setiap kali kau buat program, kau akan jumpa jenis manusia yang sama. Sampai satu tahap macam sekarang, kau fed up. Lepas tu nak termuntah tengok manusia macam ni. Boleh tak aku lempang orang macam ni
berdas-das? :D

Last last, kerja tak buat. Layan hati perasaan je lebih., LAME.

Da, cukup! Aku tak nak jadi lame lagi.

Sekarang ni pun, ada banyak rezeki depan mata aku.

Aku sedang belajar untuk menolak sedikit demi sedikit.

Bukan kufur nikmat, dalam Qur'an tak pernah pulak ada perkataan tu.

So, kalau dulu malaikat pernah offer kekayaan dan kemewahan buat Nabi Muhammad, berbukit bukit emas, then Nabi tolak. Kita nak cakap Nabi bodoh ke tolak semua benda tu?

Mestilah tak, kan?
Kenapa Nabi pilih jalan yang payah? Bilik tidur Nabi, sebesar ini: bila Nabi tidur, kaki dan kepalanya bersentuhan dengan dinding. Cuba compare dengan rumah kita. *senyum

Bagi aku, ada dua perkara yang pasti aku nak kejar. Ijazah a
ku.
Itu untuk kepuasan diri dan parents.

Yang kedua, baru aku reti nak cari: Ilmu agama.
Aku je tahu banyak mana jahil aku ni.

So, mari kurangkan jahilness ni sama sama. So that, esok esok kerja karang, ada orang tanya hukum hakam ke apa, at least kau tahu. Tak adalah nama uia, tapi bila tanya bab bab agama, tunduk je.

Masa yang ada ni aku nak guna elok elok. Siapa ada group
usrah, boleh ajak aku sekarang.

Sebab aku tak pernah berhenti percaya bahawa, kalau kita k
ejar akhirat, nescaya dunia akan mengejar kita. Aku ada satu cerita. Tapi aku malas dah sambung. Nak solat ZOhor. Kang lambat-lambat tak boleh tergolong dalam golongan wali pulak nanti. hehe


Just my 2 cents. :)







1 comment:

adikk said...

please dont show our upside down, scattered living room @ home t org sangat lahhh!! >.<