Tabung Elektronik

Tuesday, February 28, 2012

SATURDAY NIGHT IN UIA


Dihabiskan masa untuk tangkap gambar minachi ni lagi.

Hehe, sorry readersss! (Banyak kemain s. Macamkan followers ada seribu!)

Mek, sila ambil yang mana berkenan. Sekali diela download, dia akan delete sendiri. Hehe :)


Skema never changed :P


Skema dipaksa berbuat 'peace'.
Look at her, how kekok she was. Hahahahahaha *gelak seth tan


Skema tetap tak mahu berubah biarpun dipaksa. :(
Hahahahaha


Skema tetap cun.
Secun tiang tiang di belakang.
:D
Lukisan perspektif.



Salam Sayang,

Saya Cik KadangKala.
Sorry, I am taken. (CK cakap) Bukan Daddy's Daughter atau DL Student :)

IKEA








Bila orang sebut Ikea, orang akan ingat smart creatures of perabot. Isn't?

But, sometimes ada orang bila sebut Ikea, dia terbayang benda bulat. What the heck is that?

.
.
.

.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ini dia! Meatball Ikea nama dia.

1st time dapat makan. Hahaha. My whole family dah makan dah bulatan bulatan ni. Tapi masa diorang ber-mingle around, boleh tak bawak aku? So, my sis bawaklah sabtu lepas.
Sekarang aku kena fikir motif dia belanja aku. Ada meatball di sebalik spageti atau ikhlas semata mata. Kahhh!


Ini makanan sampingan. Maklumlah. Takut meatball 10 biji tak cukup untuk tong kesayangan *usap perut. :P
Aku satu, kakak aku punya satu.
Not recommended to buy. Pergi beli dekat King's atau LaBoheme pun lagi sedap.
Kek yang orang cakap sedap sedap tu pun aku tak beli. Tak sampai hati nak beli. Nipis benarr.
Aku takut kalau beli nanti, kek tu tak sempat jadi tahi pun. Hahaha Geli Geli Apa main najis dekat sini??
Lepas menghiburkan diri dekat Ikano, Ikea dan The Curve, kita boleh hiburkan hai kanak kanak yang tersembunyi dalam diri.
Meh, kita beli belon.
Muraaaaaahhh. Haha
Selamat tak ada anak buah lagi. Memang aku borong habis belon kedai Uncle ni.

Bayangkan yang paling murah RM3.
-__- mahal eh? Tapi comel.

Kita kena sedar kemampuan kita. Layaknya beli basikal jelah :)
Tak perlukan minyak untuk dibawa berjalan huhi
Tapi, tak sempat sehari, tayar belakang dah meletup. Sebab kengkonon nak landing kan belon tu atas rumput.
So dalam gambar nampak jelas sikit.
Sekalii.. PomPomPom. Pecah pemegang dengan tayar belakang.
Tanda murka dari Tuhan nama dia. Hehe
Sedar diri lah gamaknya.
Eh, harus menanggung malu yang besar nak heret belon dari Ikea pergi parking Ikano.
Ahhh. Very much tak malu. -__-'


Balik petang tu, malam nya dapat mesej daripada My Cik Kadangkala. Remember her?
Ada, sebelum ni ada update pasal minachi ni kat entri lepas. Agak lama.

Korang tahu dia mesej amende?

"Wawa, ni Diela ni. Ingat lagi tak? kenapa kita dah jarang contact"

(Alkisahnya CK ni dah 4th year. Sem lepas kitorang jumpa 2kali. Sekali pasal hal duit, sekali lagi lunch. itupun kebetulaannn.)

Aku dengan lantas menjawab: "Diela? Who is it?'' Pastu I was laughing la kan. Gila kau tak ingatttt. Ingat lah wey. Tak pernah dibuat orang lah kalau dah jadi kawan baik tetiba tak ingat. Tu tanda ada brain d
amage tu.
Aku so far alhamdulillah baik lagi kesihatan. :)

Pastu, minachi CK ni reply.
"I Ras Adiela lah. Your Cik Kadangkala. Kita MRC sama dulu bla bla bla.." Ha
hahahahaha


Aku tergelak macam nak muntah.
Budak nihh. Skema no?

Diela, diela.

*geleng kepala. geleng lagi. hahahaha

We were very close back then. Menangis dekat bahu dia. She was listening to me each time I need her. Same goes to me. Borak sampai tengah malam. Pusing Aminah. Difitnah pun pernah. Aku tak nampak rasional apasal aku kena lupa CK ni. Ahahaha


Tak kisahlah mek, yang penting sem ni kena spend masa banyak okay. This is your final sem.
Tak boleh hang out selalu like pergi KLCC untuk berfoya foya. Padahal kita naik bus lrt pun tak pernah. Tapi kita pernah naik teksi dari Aminah ke KICT kan? Just untuk hantar speaker. Bodoh gila.
Hahaha

Everyone is selfish. We both sel-shrimp. Bapak sedap.

Mek, lainkali, nak ajak pergi mana mana.. Ajak jelah mek.

Ni memang style wawa mek. I wont (kinda) offering someone go out because I do not know if she (anyone of my best friends) is free, having financial problem ke apa ke. *yes, I think too much.

Takut kena reject nak dating dengan Gf sendiri. Hehe.

I had rather to go anywhere alone sebab best tu satulah kan. Ikut kaki melangkah pergi mana mana suka.
Tapi boring time makan jelah. Bosan.

Macam kawan kawan sekolah dulu like Hilwani, (a.k.a My Hillary Duff Malaysia ni kan). She is the only one yang selalu ajak aku keluar. Jarang sangat atau maybe tak pernah aku ajak dia keluar. Kami akan berfoya bila beliau ajak sahaja.

Tempat date adalah KLCC memanjang. Haha
Sebab situ senang.





Thursday, February 23, 2012

GOODBYE BABY


Baru je tadi aku marah, now aku sedih.

Entri malam tadi yang aku update pasal Adik Faris. Menghidap penyakit barah darah.

Beliau dah meninggal pagi tadi, selepas 23 hari diwadkan.

Duit sumbangan orang ramai dah cukup membiayai bil hosptal.

Al-Fatihah.

Semoga kau damai di sana.

BENGANG


Hidup ini tak selalu cerah.

Meh aku cerita sikit apa kebengangan yang dibengang-bengangkan sangat.

First,
Berkenaan role-play group kitorang. Kan aku bagitahu hari tu kitorang kena berlakon untuk Schizophrenia. Dalam group ada 7 orang. 2 lelaki, 4 perempuan.

Sahih sahih lah 1 pelakon jadi patient, 1 lagi jadi Clinical Psychologist.
Yang lain-lain, jadilah narrator, parents kepada patient, atau apa apa yang kau nak jadi.

Yang buat aku bengangnya, semua tak nak jadi pesakit. Kalau perempuan tak nak tu, aku faham lah jugak. Ini lelaki 2 ketul ni tak nak ni kenapa?

Kang aku jadi pesakit terus aku buat gila kat uia kang. Lari lari berkejaran macam dikejar hantu kat centre ke, kafe ke. Aku, kalau berlakon memang over kang,. So, kalau taknak timbulkan kontroversi dekat tv3 nanti, 'Siswi IPT berlari tak tentu arah sambil buka tudung'

Kauuuuu. Tak ke meremang bulu ustaz ustaz kat sini? Imam masjid terus tarik aku bawak pergi Darussyifa' kang.

Ynag foreigner lelaki siap pesan : 'You can give any character to me, except patient'

Memang tak lah aku nak kasi kau jadi CP kan? Suara pun nak tak nak keluar je. Okay fine.

Aku ni sebenarnya nak jadi CP. Hahahaha

Sebab sem lepas, ada group yang buat role play (bukan Schizo), group diorang dapat full mark kau!.

Tak kanlah aku tak nak? Haruslah berpoyo-poyoan menjadi doktor yang best. Tapi aku risau gila dengan abnormal sampai tak boleh nak buat kerja lain.


2nd

Madam oh Madam.
Aku ambik subjek Neuro kan sem ni.
Last week, madam bawak buku Human Neuro. Dia cakap semua orang kena pakai buku ni.
Tapi, dealer boleh sediakan 17 buku sahaja.

Dia siap pesan, kalau nak cari dekat kamal Bookstore pun tak apa. Dekat situ memang kedai buku medikal, dah namanya pun kedai depan HKL.

Pergi situ dah macam 'Separuh Diriku Doktor' Hehehe :P

Oh, yang pergi situ pun bakal doktor lah bukan?

Mungkin boleh jadi agen pencari jodoh, juga?
Hahaha

Okay, melalut.

Sambung balik cerita.

Aku siap dah pergi order tahu buku Human Neuro and Abnormal Psyc. (2 buku)

Sekali, Isnin lepas(20feb), madam bagitahu dia tak jadi guna buku tu. Alkisahnya buku tu Mahal okkk. 200++

Aku yang bijak pandai dah order buku Rabu lepas (15feb).

Dah madam bagitahu, order atau beli kat situ. Kalau tak, tak ada lah buku aku. :(


Semalam aku call Kamal tu., Of course nak cancelkan 1 buku. Haruslah lelaki tu tak nak cancelkan order aku.

Elok je minggu lepas kata sampai dalam masa 3minggu. Semalam boleh pulak cakap sampai dalam 3,4 hari ni. -__-'

Aku tak salahkan Kamal lah. Bisnes kan? Takkan senang je customer nak main tolak buku yang tak jadi nak beli. Rugi lah beb. Kan buku tu kena naik ship semua bla bla bla.

So, aku terkilan dengan Madam.

She should tell us lah buku tu mahal bla bla. Yang penting plan awal nak guna buku mana. And now, dia bagitahu, guna buku Principles Neuro je. Yang lecturer sem lepas lepas guna.

Duit yang bakal aku habiskan sekarang adalah mungkin dalam 400-500 untuk 3 buku. Tak ke tersedak ayam mendengarnya?

Aku kena diet berapa bulan macam ni???

p/s aku tak bengang dengan lecturer aku. Aku terkilan saja.
Aku tak salahkan dia 100%, sebab aku tahu dia lecturer baru berkhidmat dekat sini sem lepas.

Everyone makes mistake.

Dan aku kira, nak jadi Dean's List Student memang kena berkorban banyak. Jiwa tu harus digadaikan beberapa kali.




BERAT MATA MEMANDANG..


BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL.

Buat kawan kawan readers yang ada rezeki lebih, jangan ragu sumbangkan pada adik Faris yang kini menanggung kesakitan di Pusat Perubatan Sime Darby.

Parents adik ni tak mampu bayar kos perubatan hospital yang dianggar RM100K (100,000) - diwadkan sekitar 19hari. Tak termasuk bil rawatan esok lusa tulat dan sebagainya.

SEntiasa mendoakan yang terbaik untuk adik ni dan keluarga beliau.

Cerita lanjut refer sini :


Maybank
1628-5200-2738
atau
1140-1115-2218
(Shamrulismawi Ismail)



Monday, February 20, 2012

DOA

Tengok header baru memang rasa nak melempang penulis.

Tapi, semaikan sikap positif dalam diri anda. Mari kita aminkan supaya ia jadi realiti.

Terima Kasih. :)

p/s Poyo untuk sendiri sendiri saja. Hehe

Thursday, February 16, 2012

PATH


Aku nak update pasal kerja. Nak kerja dalam bidang apa eh?
Memang dalam Psikologi, tapi dalam opsyen yang mana..

Considering aku pernah bercita cita jadi doktor masa kecik dulu, aku teruskan niat nak ambil Clinical Psycholgy. Then boleh jadi Clinical Psychologist, dia lebih kurang Psychiatrist (a doctor with degree- medical doctor.) cuma CP macam kami ni tak boleh handle lah dengan drugs ni. Cuma consultation dengan patients sahaja.

2,3 weeks ago, my dad suggested to me that I should go for Industrial and Organizational Psyc.
macam biasa, abah akan cadangkan bidang bidang yang berkenaan dan boleh menjamin masa depan dari segi material sebab bidang ni belum meluas lagi di Malaysia.

Tapi, bila aku baca ni tadi :

"
Before you decide on a career in I-O psychology, there are a few factors you should consider. Do you enjoy research? Are you comfortable with statistics? If not, I-O psychology might not be the best choice for you. Those working in business, government and academic positions often spend considerable time conducting research. If you prefer working one-on-one with people, you might find that clinical or counseling psychology is a better match for you."

Aku rasa aku lebih sesuai dan layak ke bidang klinikal. Sebab aku suka approach yang ni, working one to one with people.

Aku tak boleh stress nak buat research pening pening kepala ni. Ini boleh buat aku tertekan. Hehe

Clinical macam best sebab nanti kerja dekat hospital setting (dah kata dulu pernah nak jadi doctor kan) So, macam tak ada beza pun dengan psychiatrist. :)

Entah, tak tahu nak terang macam mana lagi. Cuma aku suka 1 to 1 approach. It's easier. Nak deal dengan orang one by one. Tak lah macam gedebukkk masalah bertimpa timpa kan.


saya sedang rindu makcik aini :P

Aku tak tahu kenapa rasa macam ini. Tuhan sedang tunjukkan jalan.
Last sem buat presentation tentang Schizo. Sem ni, untuk subjek Abnormal, again group aku kena berlakon pasal Schizo (read: schizophrenia) I like!

p/s: Sedang giat cari idea.

Kalau aku baik, aku sertakan video. :P

Saturday, February 11, 2012

NO ENTRY



Dengar sini, aku nak peringatkan kau semua. Esok ada KuchKuchHotaHai ya dekat tv3. Jam 2 pm.

Jangan ketinggalan. :)

Tapi ni aku baru tertinggal cerita Mohabbatein dekat Channel B4U. Dah nak dekat ending baru turun tengok -__-.

Frust, bukan?



Tapi tak payah lah frust lama sangat. Sebab ada sesuatu nih yang perlu dikongsi. Tadi, buat kali terakhir aku buat add online, try jugakkkkk nak add subjek Dr. Syukran. Tak dapat. :(

It's okay. Redha. Redha. Redha. Mungkin Allah sudah menyu
sun yang terbaik untuk aku. Kita amek sem depan ea Waaa.

Tak lari Psychometric Application dikejar. Hahaha.



Gambar selingan. @pantai baru, Tumpat.

Actually, aku hari ni ada mood nak update pasal kos aku. Kita bincang sedikit apa Psikologi ni sebenarnya. Tengok macam dapat sambutan pulak entri yang pasal Psikologi tu. Post yang paling ramai viewers. Alhamdulillah, entah siapa siapa entah baca entri yang kurang ilmu tu.

Namun adik adik, hari ni perut tak mengizinkan. Makan banyak pulak hari ni. Eh tak minggu ni.

Mungkinkah aku stress sebab semester baru dah nak start nih? Hahaha

Tell you huh, memang banyak aku makan.

Naik sem ni, ramai tegur badan naik. Weyyyy, cuti cuti ni aku buat kerja kebajikan tahu.. Nenek datuk ada dekat rumah haruslah I yang kena masak. Bila aku masak, mestilah 2 kali sehari. So how? Selera macam bagus, walaupun masakan tu pun macam bagus. HuaHuaHua

hehe

Yang buat aku geramnya, asal lepas makan aku timbang, 64kg (bapak beratttt, aku tak) ahahah
Bila bukan masa lepas makan, aku timbang, tetiba je berat badan sukahati dia turun 4kg.

Agak agaklah kan. Tak jadi aku nak diet camniii. Jangan main mainkan gua tau (pesan dekat cecair dan lemak tepu/ tak tepu dalam badan).

Aku sendiri nak kawal berat badan adalah tak mampu. Sebab duduk Malaysia ni penuh dengan makanan yang kena dengan tekak aku. Ke aku tekak tong sampah memang terima je semua benda. Tempoyak pun dah jadi favourite, start sem lepas. Ni sikit lagi nak telan batu kayu semua.

Eh, kenapa terpanjang pulak entri ni?


Wednesday, February 8, 2012

AHLAN WA SAHLAN




Perjalanan semester baru.
Pengembaraan yang masih misteri.
Moga kan kutemu 'harta karun' yang bernilai buat sepanjang perjalanan.

2 pendakian berjaya dinaiki. Tinggal 2 lagi cerun untuk dituruni.

2 --> ; 2 tahun bersamaan 4 semester.

2 lagi satu --> ; pun bermaksud 2 tahun.

Sekarang aku berada di tahun ke3, semester ke2.
Pejam celik. Tidur bukak mata.
Kejap sangat masa.
I have other 3 semesters to go through. to fight with.

Moga rahmat Allah mengiringi perjalanan ini.

Pertama kali ambil subjek opsyen atau elektif :: NeuroPsychology.
Much enough untuk kecut perut aku sendiri.
Tapi tak apa. Effort, effort, effort sentiasa perlu ada. :)

  1. Abnormal Psyc
  2. Cross-Cultural Psyc
  3. Qualitative Research Method
  4. Neuro
  5. Arabic Lang Level 6 (final stage for Arab. Lang. - yeay! + sobsob)
  6. I am considering to take EAW or not. Another vacancy for History and Philosophy of Psyc or Psychometric Application.

Dengan lafaz BismillahiRRahmaniRRahimm, saya mulakan semester baru dengan ceria dan bertenaga.

Go Wawa Go!.

p/s: Saya bukan memencilkan diri dari dunia FB, cuma berkorban waktu sosial. Saya puas dah bersosial. Lepas ni saya akan lebih beramah mesra bersama buku.
Mengharapkan 3 semester yang berbaki ni dapat Dean's List. :)
Aminnn.

Any prob, boleh contact emel, najwasu@yahoo.com.my.

PUPPET


Sekarang aku keliru. Bila baca gosip pasal artis pegang anjing kan, aku mesti baca komennya sekali. Aku memang follow blog gosip yang satu ni. Then, aku suka baca komen readers. Memang best kalau tengok 'beradabnya' orang komen dekat situ. Yang dengan style ustaz ustazahnya pun ada. Tapi last last kena condemn jugak.

Berbalik tadi tentang pegang anjing ni. Bukan seorang dua artis pegang anjing kan. Dah banyak kali. Yang buat aku kelirunya, ada komen dari readers cakap tak apa pegang anjing.

Dah bertahun tinggalkan sekolah agama petang dulu dulu, sedikit sebanyak statement ni buat aku keliru keliru keliru. Jadinya, betul ke?

Aku tak berniat pulak nak bela ke apa. Cuma yelah. Jangan lah tak tentu pasal komen macam bajet tahu. Mungkin kita yang dah matang ni cuma sekadar baca sepintas lalu pasal komen komen ni.

Macam : "Pegang babi anjing tu haram,tapi bukan berdosa,lebih baik usap anjing dari pegang tangan pakwe makwe,tak dapat dosa pun usap-usap dan peluk-peluk anjing"

"Apara yg kecoh sgt psl dia pegang anjing.. Yg dok bekepit jantan betina bukan muhrim tu lg la teruk dr pegang anjing tau x.. Apa2 pun bagus jgk dia mintak maaf.."

Ni baru dua aku tolong paste dekat blog ni. Banyak lagi yang cakap, pegang tangan bukan muhrim LEBIH BERDOSA berbanding pegang anjing.

What if ada sesetengah orang yang jahil, cetek ilmu agama (macam X, Y dan Z) ambil benda ni serius. Then pergi rumah member non-Muslim then pegang cium cium anjing kawan diorang.

Komen komen ni diibaratkan, :: Tak apa, peganglah anjing tu, asalkan kau tak meraba boyfriend girlfriend korang ::

Budak sekolah agama tahu fikir, tapi kalau budak sekolah biasa, tambah tambah budak sekolah elit, haruslah diorang berpihak pada benda yang senang. Berbanding benda leceh.

If you know what I mean.

Tapi tak semuanya jahil. Dia main pakat majoriti minoriti je yang tahu dan yang tak tahu.

Dan aku rasa, siapa tahu lebih dari orang lain tahu, patutnya tampil ke depan. Jangan senyap je, peram ilmu tu pun tak ke mana jugak.