Tabung Elektronik

Thursday, April 26, 2012

PUAS




Dalam banyak banyak benda...
Aku tak pernah terfikir ambil lesen memandu boleh menggetarkan urat saraf aku
yang terletak di central nervous system.

Sampai tergadai maruah aku berkali-kali.
Bukan 2 kali. 
Tiga. -__-

Kalau rajin korek entri yang dulu dulu, aku ada cerita. 
Tapi sebab aku pun malas nak letak link (dan cari pun malas jugak), baca jelah entri pendek nih. 

Aku ni, asalnya ambik lesen masa 2010 lagi. 
Tapi sebab fail bukit 2 kali, aku postpone ulangan kali ke3 pada tahun 2011. 
Tarikh yang begitu hampir dengan tarikh kematian lesen L pada bulan Julai.

Pergi mengulang tarikhnya 29 Jun.
Elok sangat lah tu. 

Just wanna tell you guys. 
Kadang kadang, orang Psikologi pun tak tahu nak kawal nerve sendiri.
Benda di di luar kawalan.
Somehow kita boleh kawal, tapi kena kuatlah. 

Dah mana taknya.
Masa ujian pertama dulu, aku diarhea sampai 3 kali.
Yang repeat bukit tu, diarheanya sampai 5 kali. SobSob. 
Kalaulah ujian bukit tu ada hari hari, mahu aku slim macam Kimball. Maksud saya, Kim Kardashian :P

Makanya, nak dijadikan cerita:
masa hari mengulang kali ke3,
aku puasa sekerat hari. 
(Sekerat je?) Ya.
lepas exam, mestilah lapar. hehe

So, nak mengelakkan gangguan sistem pencernaan berulang secara teruk, 
saya tak ambik input makanan pada pagi keramat itu.
Malam sebelumnya pun jaga makan agar tak makan secara over over. :P

Dan, sudah janji pada diri sendiri:
Kalau lulus, boleh belanja Fish Manhattan untuk menaikkan kembali self-esteem. Hahahaha

Motivation and Reinforcement are important in our daily life. Hahaha :D


Portion untuk food ni, ada diskaun.

Harga untuk student: RM10 saja. 

HEAVEN!



Makan di ala-ala-ala-manda secara solo.
Bapa bekerja. Cari duit.
Anak makan, perabih duit. 

Worth it lah. 

I am alone, I am okay. 


Gambar cili saja. Tapi kecoh sangat nak tunjuk. Kihkih

*Macam makan dekat stall Mamak pun ado. Bekas besi ghupa gini. Kan?


Muka bajet Puas sangat lah ni. :P


So far, saya baru memandu 2 kali (kereta auto) Viva and City.
Kereta manual, sekali. Serena. 

Mampu kau?


p/s : Gambar bawah. Kawan skill sewing. Update later. Take care people.



I HAVE NOBODY BUT YOU


Let the PEOPLE think BAD of you. 
Just ensure that ALLAH is PLEASED with you. 
~Anonymous


Monday, April 23, 2012

HILANG


Hilang semangat.
Harap sekejap.



Tuhan tengok usaha, bukan?
Bukan pada hasil.
Tapi saya tak nampak usaha.
Saya rabun, kadang kadang buta.
Harap 'buta' ni tak lama.

p/s: struggle to survive.


Saturday, April 21, 2012

WORDLESS SATURDAY


If my future mom-in-law see this. 

Surely I'll be loved. 

Hahaha. 



Today is an ordinary Saturday.
Done with Interview. 2 more interview sessions will be conducted. -__-
2 interviews will be transcribed. Gaahhhh!
Annoying.

So, I was staring out of the window. And I found peace there.
Yah. From my bed.

Excused my 'sopanness'.


Tuesday, April 17, 2012

EMO LAGI


Ada je benda yang nak kena marah lagi.
Pelik lah budak budak ni. Bila nak grow up?
Dah sampai universiti, benda benda kecik pun nak kena tunjuk lagi?

I know. Some parts, we have to guide their way.
However, kalau isu sekecil semut pun nak kena tanya..
LETIH.

Aku ni sekarang dah 3rd year.
Kebanyakan subjek lain pun subjek Level 3. Ada 2 subjek level 4. (Final Year)

Ceritanya, macam ni.

Satu subjek ni. Ada 2 assignment.
I am not the leader.
Ada 2 guys dalam 1 group. 5 of us are the second gender.

Untuk assignment first, macam macam halangan dah tempuh.
Alhamdulillah. Dapat juga pujian dari classmates.
Berbaloilah tak balik rumah sebulan.

Untuk assignment ke2.
Presentation.
Madam dah bagi outline sejak minggu pertama lagi.
Date untuk semua group pun sama.
Cuma 1 group akan present 2/3 tajuk. Ikut turn ah.

For the first turn, aku tak ambik port.
Tak reti nak bergaduh dan berebut dengan assignment lain.
So, biar leader (lelaki) yang handle budak budak nih.

To make it short.
Supposedly, group kitorang (group last) present Isnin lepas. Semalam lah.
Nasib baik.

1kulliyyah, bilik semua terkunci.
So, kelas cancel.
Melompat budak budak ni.

Yang tak bestnya.
Esok lah present kan.
Tetiba budak budak ni mesej.

Tanya aku, reti tak buat Quiz dengan flash.
Esok nak present. Hari ni baru terkincit kincit nak buat.

LAST MINUTE.
Aku tak suka.
Bukan tak nak buat.
The fact is, I dont have the skill pun. Tapi takpelah.
Mungkin boleh belajar.

Cuma Jangan last minute lah.

Aku mesej lah leader.

Sebelum tu, he said: 'Nak buat quiz. Jadi menarik sikit'

Aku reply: 'Kerja last minit. Tak menarik nye'

Dia; 'Kau tak boleh expect semua orang reti buat flash.bla3'

Point aku:' memang semua orang tak reti buat flash. tapi kalau plan dari cuti sem hari tu, 
dah tentu lah kita boleh cari jalan nak buat.'

Aku pun ada assignment lain. Ada discussion group lain. (seperti sekarang) Ni pun tengah tunggu budak2 ni datang.

Then he replied.

"ko sorang je lah betul. ko sorang jelah buat kerja ikut planning. sorry aku xdapat nak buat macam yang ko nak"

KE SITU PULAK.

p/s: sabarlah banyak banyak.

Aku tak tahu nak cakap macam mana.
Dah, last last aku pulak yang sedih. Macam kan aku ni jahat sangat.



SUAMI



Satu perkongsian yang menarik dari Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? 


Beliau adalah
USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :)


Ini lambang kasih sayang seorang bapa. 


p/s: lelaki penyayang, lelaki terbilang. 


Gemilang dalam Hati :D

Sunday, April 15, 2012

BIAR GAMBAR BERBICARA





********

(ada sesetengah perbualan, tak layak ditonton umum) hek hek hek
*gedik sangat gelak.,





**********


(ada upacara tamparan wanita di sini -_-')
err. upacara hidung hidung kidung,
Maaflah. Kurang sopan. 



*************
(Suara sedap katanya_. Nyanyi ikut tulisan pun boleh)






*****************
Okay. Ni jijik.


****************
Mode Lapar. 
Resepi baru, Amacam? *kening double jerk
-____-
Makan tah pape. Semangat kasi resipi dekat orang.
You're LAME! Haha




***********************

Belasah.



****************




*****************


 ********************





p/s: Selamat mencuba!
Ada 2 resipi:
1) Maggi Ayam Limau Nipis
2) Ayam Goreng Kari Kicap.

Nak rasa? Cuba sendiri. Hehe


Variasiiii sungguh post ni.
Lelaki, kalau nak tahu, macam ginilah perempuan.
Mulut ada 2, tapi topik nya sejuta* okay acah je.

Diibaratkan, kalau kau tengah cakap topik A, ehhh tetiba sangat GF korang melompat topik B and C.
Padahal baru je nak sambung topik A dengan lebih mendalam.
Aku bukan cakap kosong, benda dah terbukti ya bro.

Cuba tengok, kejap melompat cerita pasal parents, tetiba hidung, tetiba lagi pasal Yuri(SNSD), tetiba again pasal masak, tetiba nyanyi, tetiba ayam, tetiba kari tetibaaa. ahh, banyak pulak tetiba. -__-

Eh, yang aku gigih sangat terang dekat lelaki ni, macam ada je readers kaum Adam. tsk tsk
*Malu






QUEEN


Hai Gorgeous people in Georgia, Korea, America, Australia and bla bla.

Tak ada motif entri ni. Saja saja.

Melayan adik saya ni kadangkala menghiburkan.

Semoga berjaya melaksanakan ilmu masakan dari kekandamu, ini, Hahaha

p/s: Please do not add this new FB :)
For academic purp. only.

Thursday, April 12, 2012

KUNING


Quick update.
Sebab aku rasa, benda ni lucu. Hehe
Lucu untuk aku tak semestinya lucu untuk kawan kawan lain. ^__^

Esok, patutnya hantar assignment.
Yang 1 ni memang pening kepala.
So, semua group dalam 1 section semua berebut rebut hantar.
Tak mau dah serabut.
Boleh bergaduh. Tikam lidah. Selisih pendapat. T__T

Sampai lah petang tadi, compilationnya.
Lalu, leader B hantar pesanan khidmat ringkas (SMS):
"Salam, people. Please pay to *** RM10. For boxes materials, printing, binding etc..$$$ (nama subjek) ass sucks every angle of us, energy and money. Sorry peeps. :("
 Saya faham ya. Semua orang stress. Sambil senyum senyum, aku balas mesej Leader B:

"Haishh! Dosa..mencarut.! haha"
Tet tet (bunyi mesej dibalas)

"Sucks tu menyedut la wawa.. hehe"
 Hahahaha,

Malu okeh.

Hish. Kuning ke otak aku ni?
Kuning sangat ke?

-__-

Allah, please forgive me.

:)

Faktor tekanan, usia, err.. atau apa apa sajalah!



 

PRE-REGISTRATION



Baru je petang tadi keluar schedule untuk subjek next semester.

Yeehaa! Bila tengok, tenung dan kenangkan kembali, ada 10 subjek sahaja yang tinggal :)

Best bukan bunyi dia?

Rasa panjang perjalanan ni. Tapi dah makin hampir ke penghujungnya. 

Never mind. Orang lain yang sudah tu, sudah lah. 

Destinasi kita berbeza. 
Pencapaian kita turut berbeza.
Lelah kita tak sama.
Perit bernafas tak serupa. 
Duri di jalanan pun lain lain rupanya. 

Aku percaya, hidup sekarang yang diatur Tuhan adalah terbaik buat aku.

Malas nak omong lagi dah, 
aku tunjuk gambar subjek subjek yang bakal diambil

Termasuk Optional Subject & Minor Subject. 

Malas nak spesifikasi. 





Sebab next sem, aku akan update subjek apa yang aku dah confirm ambil.

InsyaAllah.

Semoga Alla permudahkan perjalanan nak add drop.
Sebab Selalu sangat terjadi, lain yang dirancang, lain pula yang mengena.

Dia adalah sebaik-baik perancang.
Kejap je tak puas hati. 
Hikmah memang terus nampak di seberang sana.



p/s: Assignments akan dihantar this week. Cuma 2.

Ada lagi 3. Due date tengah bulan april dan awal Mei.
Berdebar tunggu final.

Sekarang boleh start buat Nota.


Dean's List!!
:)

Wednesday, April 11, 2012

TIPS UNTUK HATI


Bila terkenang apa yang ditulis semalam.. Memang over aku.
-__-' Geram sangat,
Tak pinta untuk orang faham betapa tertekannya aku.
Sebab semua orang ada masalah sendiri berkait dengan akademik.
Kalau yang belum kena, satu hari mesti terkena.
Cuma CARA handle saja lain.
Aku kan kurang iman sikit. *istighfar

Hehe. Tapi tak apa.
Let by past, be by past.

Setiap yang berlaku tu kan ujian.
Ada someone pesan dekat aku,
'Biarlah orang nak cakap atau buat apa pun. Yang penting kita ni tak balas. Kita tak payah buat apa pun..
Sekarang ni Tuhan bayar cash je, nak. Esok lusa dapat balik dekat dia.'

Maafkan lebih afdhal.
Biar orang buat kita. Tapi kita jangan buat orang.
Semoga hati lebih tenang.
Kerja pun lebih ikhlas.

Pahala, Pahala, Pahala.

p/s: Eventhough makcik ni dah 60, dia tak ada sakit apa pun. Selalunya orang tua kan ada diabetes lah, darah tinggi and et cetera. 
Terbukti dah, jaga dalaman akan sekaligus jaga kita punya luaran. She said, 'Hati makcik lah yang ubat penyakit makcik.'

Enough much for today?

Aku happy nih. Hahaha Cam nak beli aiskrim. :P




Tuesday, April 10, 2012

TERIKAT SEBELUM SAMPAI WAKTUNYA


Cincin, selalu dikaitkan dengan 'berpunya' dan kepunyaan.
Bukan?

I was thinking about that too.
But, somehow, this tolol ideology of mine keep changing.
Tolol to me means not tolol for you.

Why?

I am wearing a silver ring.
My dad bought it for me when we were in Kelantan last year.
I have never had a ring before.
Eleh, standard lah. Gatal nak rasa pakai sesuatu.

Not only girls in Egypt saja yang perlu pakai untuk mengelak gangguan lelaki. :P
Sexual Harrassment. NaudzubIllah.
But, me yang in Malaysia pun saja saja.

Lek arr.

Tak menjatuhkan saham pun.
Kalau dah jodoh, kahwin jelah. (Takde makna aku ada ideologi, 'pakai cincin, lelaki taknak dekat'
Takyah tunggu pakai cincin dekat jari manis ke.
Middle finger, eh cam melucah pulak sebut middle ni -__-'

Let's make this story short.
A few friends, (old friends and new friends)
keep asking me, if I am really a someone's fiance.

Alahai, cutenya.
Untunglah my fiance. hahaha :P

Chill lah dear brother and sister.
This is just a cheap ring.
However, it is expensive in terms of sentimental value. :')

Nanges EnZin baca entry ni. HahaHa

When the girls keep asking, I am okay.
When a boy tanya, I was like 'eh, busy body okay.'
Handphone ada dua pun tanya.

Eh sibuknya. Sibuk sangat.

Actually, people do not care pun either we are belong to someone or not.
It is just a matter of busy body to be 'gossipers'

Tak sesuai ye abang. Abang ni pakai kopiah.
Pergi masjid, mengaji boleh?


Boring sangat.

p/s Hari ni meletup betul pasal assignment.
Aku kalau marah mesti update blog kena ada aura speaking.
Untung lahh. T__T
Takyah paham. Takyah.

p/s lagi. Seronok kakcik baca blog hari ni. Tajuk entri, beliau yang propose. 



Saturday, April 7, 2012

PRELIMINARY EXAM TIME TABLE


Macam DISASTER!

-__- Nak menangis, boleh?

Tak boleh. Tak boleh.

Aku susun satu persatu. T____T


  1. EAW (english academic writing) : 25Mei, 9am
  2. PSYC 4190 (neuropsychology) : 26Mei, 3pm
  3. PSYC 3150 (abnormal psychology) : 27Mei, 3pm
  4.  PSYC 3080 (qualitative research method) : 28Mei, 9am
  5. PSYC 4080 (cross-cultural psychology) : 3pm
  6. LQ 2046 (arabic language level 6, final stage) 
Istighfar panjanggggg aku. Hahaha :')

Masa ada. Gunakanlah sebaik-baiknya.

Ingat, Dean's List. 

Sem ni buat assignment habis-habisan! 
I won't let my exam paper treated inappropriately by myself -__-'

Ada kawan kata, jangan study untuk kejar markah. She said that, Psyc is a very interesting field. 
Memang aku belajar dan benda ni sangat fun.
Somehow, bila kita under-pressure dengan kerja-kerja (workload), kita akan lupa niat 
nak study. For the sake of Allah. Especially.

Exam means stress. Camne?

Tapi I salute my friend. She is pandai. Intelligentsia. 

Berusaha ke arah itu. 

BiiznIllah :)

Belum check lagi?

You guys can click HERE. 


Friday, April 6, 2012

ILuvBag Incorporation Contest

Actually, this is the first time ever I join a contest. Hehe.
Dah tentu dari blog Kak Di : Contest Blog Green Apple

I am so excited when I see the Grand Prize. Surely you will produce burst of tears lah.
Am I exaggerate? Ahaha Yes I am.

Here you are.

Aku dah pun like. Anda semua bila?


Aku sebenarnya terjumpa blog ILuvBag Incorporation through blog KakDi. 
Dah nama pun follower tetap. 
Every entry never missed. 
Okay, fine. Takyah tunjuk hard core fan sangat. Hehe :P

Tapi, kenyataan tetap menjadi fakta.
Blog ILuvBag Incorporation ni adalah gudang beg.
Bukan sebarang beg ya. 
Beg Coach ada, Gucci ada, Burberry ada and banyak lagi.
Kasut ada.
Tali pinggang ada. What? Belt pun ada.

Bukan tu saja. 
Barangan ni dah lah Original, MURAH Oi! 
Murah berbanding kau pergi beli tiket pergi Australia, London, Singapore ke. You want to buy those goods with good price, BUT blog IluvBag Incorporation provides you good things with good price. HahaHa
Best kan?

Contoh, kalau Retail Price untuk beg Gucci harga RM1500, you can buy the same beg at this blog with RM8**. Gila tak?

Meh aku jawabkan. GILA! :)

Gila sangat. 
Tapi, sebab I student, hasrat nak memiliki barangan semua ni terpendam. 
Bila dah kerja, baru boleh beli. 

Some Review about this Blog:  


Cantik tak sayaaaaa?
Cantik! Cantik! :')


BUKTI DAH JADI FOLLOWER TEGAR. Tapi boleh telan air liur je. Tunggu aku grad, siap ah.

Aku dah follow dah. 




Comel sangat. Lagi comel untuk pinggang yang lebar macam aku. 
 Eh, Mekap pun ada??

Yes, ada! :)
Clinique You alls :)


Tak pakai Clinique?








ESTEE LAUDER pun ada. 



Heh, beg ni sexy ^__^ Slrrrpppp.



Jam ni boleh buat hantaran ni -__-' Haha


Tunang pun tak ada, kecoh sangat dah nak buat hantaran.


Tapi at least boleh pujuk kakak kakak I (I mean diorang nye tunang) can put these on dulang hantaran. 


Ni boleh bawak masa pergi Outstation.
Pergi dating pun boleh.
:')


Siapa beli ni dah boleh buat koleksi alat mekap sendiri.
Yang Mak Andam boleh beli nih ok. 
Takut nak mekap pengantin yang nak nampak classy ke. 
Boleh Boleh :)




Ah. Stress aku nak buat caption lagi. 
Nanti sendiri rasa nak beli. ;(

Duit tak ada. Tapi tak apa, sabar.
Nanti tunggu birthday mesti ada orang pos depan rumah. :')

Apa apa pun, this blog is worth it to shop with. 
Takyah susah mintak diskaun dengan saleswomen yang kerek kerek. 
Kakak blooger ini pun is baik enough. HikHik. 

Tak kisah kalah menang, Yang pasti kalau menang, hadiah leh pass kat umi. Mother's Day.



Thursday, April 5, 2012

SYUKRAN RABBI!!




Alhamdulillah.
TokAyoh dah keluar hospital.
Masih di bawah pengawasan/ pemantauan Klinik Sungai Pinang, Tumpat.
Bawah pantauan nurse Siti Maziah.
Anak bongsu beliau sendiri. Aloh Aloh.
Sweet Tok Ayoh.

Next week, kalau abah balik.
Saya mahu ikut!

Saya cuba selesaikan semua kerja secara pantas.
Saya lengkapkan proposal EAW cepat cepat.
Secara detail dan baik.

Tadi Madam cakap. She is not very happ with my objectives and Research Q's.

Saya ni, lebih 100 kali sedih.
Saya punya markah.
Saya punya CGPA efek nanti.

I bet semua orang kena bertanggungjawablah.
Jangan tunggu kena gertak, baru jalan.
Sem ni, group member memang menguji.
Tapi tak apa. Cerita entri lain.

Bila semua selesai.
Betul betul selesai.

InsyaAllah.

Pray for me.
Thanks! :)




ROLE PLAY: ABNORMAL CLASS.




Hasil kerja sebulan.
Sebulan jugak lah tak balik rumah.
Even rumah sekangkang katak.
Tak apa.

Dean's List Student punya pasai :)

BIMBANG


Doktor dah sahkan TokAyoh menghidapi Tibi. Bakal dipindahkan dari hospital KB ke Tumpat untuk dikuarantinkan.

Semoga Allah memberkati urusan.

Best Regards,
cucu yang jauh.

Monday, April 2, 2012

BERITA






Dua khabar berita. 1 penting dan 1 tak penting.

1. Yang Penting,
Tok ayoh sakit, warded in Hospital. Jangkitan kuman dalam peparu.
Mesej umi, doktor kata oksigen kurang dalam peparu akibat daripada kuat merokok.
Tok ayoh seorang perokok tegar. Sejak dari muda, sejak bekerja buruh dan nelayan.
Ya, kami asalnya orang laut. Sebelah umi asal orang darat.
Dalam periuk bertemu juga.
Campur asam keping, jadi sedap. Eh.

Umi cakap lagi, depends lah berapa lama tokayoh duduk dalam wad. Itupun mengeluh susah nak sembahyang, kena cucuk ambik darah (sakit!) Huk alohh. COmel. Aku dulu denggi pun kena cucuk jugak. Berhari tak mandi. :P Susah nak buka baju dsbg. Sama lah tokayoh dan aku. Haha Sepp tokayoh.
GEt well soon. No more nescafe and cigarrettes!
Kesian dekat mek. Takut tadi. Tokayoh demam gigil gigil. My parents pun kena patah balik (dalam perjalanan pulang ke KL pagi td)


2. Tak penting.
Saya sakit, Batuk gedik.
Batuk gedik maksud dia batuk main main.
Tapi, I tell you. Waktu malam, kalau bunyi dia macam orang sakit yang ada kena mengena dengan peparu. Naudzubillahiminzalik.
Tadi pergi klinik. Doktor check.
Kata beliau, saya radang tekak. Harap tak serius. Cuak je. Nak main radang radang.
Tengah exam ni. Assignment berlambak kena hantar this two weeks.
Jangan main.
Nanti kawan groupmate tak tentu arah. Saya pun meradang nanti. :P