Tabung Elektronik

Thursday, September 30, 2010

PENTHOUSE AMINAH


Hey! Sekarang wa sudah berpindah ke level baru dekat mahallah aminah.siapa yang xtahu mahallah tu apa, biar saya bagitahu.

Mahallah tu derived from bahasa arab, maksud dia kolej kediaman.

Sem lepas, saya tinggal dekat level 2. Sem baru kena pindah sebab setiap tahun pun kena bertukar bilik. Biasalah, uia kan.

Anda tahu x sekarang saya duduk mana?

Level 5 tahu? Adooi..memang! memang penat anda tahu?

Saya rasa setahun duduk sini memang xpayah mengamalkan diet seimbang x seimbang ke hapa..

Bayangkanlah, lepas naik dari kafe, lepas makan ke..naik penthouse ni,memang nafas tersangkuts weyh.hahaha

Tercungaps apa lagi kan?

Jangan panggil bilik tingkat 5 lagi dah.

Saya panggil penthouse terus!.haha

Tinggi woo.

Tapi, siapa cakap macam duduk kat flat..memang ah dia! Nak kena ke?

Aminah adalah satu-satunya kolej yg macam apartment.(abaikan mahallah foreigner-yg bayar mahal tu)

Best2!sebab toilet dlm bilik,nak basuh baju pun cm ada bahagian laundry sendiri. Orang lain basuh baju pakai mp3. Tapi saya pakai laptop apb melaundry.heheheh

BEST, bukan?!

Eee..malam2 sejuk bukan main duduk sini.

Xtahulah kenapa kan.sejuk,angin menderu2 masuk bilik.

Anda bayangkan heh, saya Nampak mahallah NUSAYBAH,kalau jalan kaki pergi sana,mungkin 20-30minit bg pejalan kaki..tinggi woo.ada tangga batu caves kat nusaybah tuh.

Fun kan duduk penthouse aminah ni?haha

Nanti saya bagi gambar,lekat kat blog ni.

Lepas tu, saya dapat skodeng.heheh.budak yang duduk blok sebelah.

Maklumlah,mereka duduk bilik yang bukan bercirikan penthouse,atau tingkat yg bukan tiggi.

“oh..malam2 ni kerja kau ya?tengok movie?bagitahu mak kau.bagitahu mak kau.ahahaha”

Saya xgatal ya nak mengintai perempuan tukar baju ke hapa. Aku pun perempuan jugek..heheh asli lagi!hahahaha

Tapi yang sedih sikit, ini satu-satunya penthouse dekat Malaysia yang tak ada LIF.. sediih kaaaann????


p/s: dah lama cipta entri ni, tapi lepas berbulan-bulan,baru diizinkan Tuhan untuk dipos dalam blog ni..heheh =p

Tuesday, September 28, 2010

Monday, September 27, 2010

Oh MooDy!

Bila mood manusia datang dengan tidak semena-mena, atau erti kata yang lain, datang tidang diundang mahupun dirancang, mahu tergolek jantung saya dibuatnya. T__T

Kesalahan yang biasa dibuat orang lain, terkena tempias dekat saya.
Saya jamin lepas ni tak pergi kelas lambat dah..
Tak mahu lagi dah kena kunci kat luar kelas.
Pheww. Nasib bukan sorang. Ramai.

Makanya, jangan kacau mood wanita mengandung.
Tapi, kalau tak tahu lecture tu mengandung, macam mana?? *?*

Instead of kalau..Kalau saya tahu..Kalau saya tahu. saya tak pergi kelas lambat.
tak pernah aku lambat pergi kelas madam ni.
Sorry madam.
Takot ah nak tegur muka dia tadik.. -___-

Yang lagi syahdu,my classmate dah letak beg dalam kelas. Tapi disebabkan perut beliau berbunyi2 mintak dilepaskan, dia terlambat lah masuk kelas.

Tapi, nak buat macam mana? Mood manusia datang tanpa amaran. Adeehhh!
Tiada maaf bagimu, darlings!

okay.minta izin pergi solat zohor.

p/s: Life saya memang warna-warni semenjak pindah kampus Gombak.

semuanya bergabung menjadi satu.

Ini adalah peringatan. Never be late again!!! ^__^

Sunday, September 26, 2010

MODE; CLOSE HOUSE


UPDATE secara LIVE; in library IIUM
26sept 2010.

Hai people! Selamat Hari Raya yang ke ( )isi tempat kosong. Nampak tidak bagaimana perayaan tahun ini, punyalah saya tak sempat nak kira hari raya yang ke berapa belas. tidak seperti kanak2 riang yang lain. Remaja riang kena stay dekat library buat kerja rumah sekolah atau apa sahaja yang anda rasa sesuai. -___-

Okay, petang ini, family beraya di rumah sepupu yang terletak di..err...err..mana ye?
atau wherever-you-are di rumah Nadzari.
Nape heh kau tak ikut?

I busy nyah, sibuk yang tak disengajakan. Mempunyai 2 study group pada hari Ahad adalah tidak produktif.
Betul tak?

Tapi akan produktif, inovatif, kreatif, dan tif-tif yang bersahabat baik dengannya jika kerja kena hantar dalam masa terdekat.
Frankly speaking, saya benci buat kerja by group nih.
tertangguh-tangguh::lambat::mengharap aku yang mula dulu

Bukan nak cakap diorang tak sibuk, tapi tahu tak maksud term ni :: bergantung harap pada orang lain::
Selagi saya tak sebut atau mesej nak buat meeting ke hape, memang tak pernah budak2 ni nak tanya.

Lepas tu baru terkocoh2 nak buat,macam sekarang *sob4


Sesi discussion 1: pukul 11pg.

Done!
at 1.30pm


Sesi discussion 2: at 5pm
gambar tak ada.

p/s; Anggap jelah ni preparation nak masuk alam pekerjaan ye. -_-
Jumpa orang yg lagi banyak ragam.
Nak handle rumah tangga lah. tangga patah, sebab anak main loncat2 ke. dahi dagu kena jahit sebab jatuh la.Tak kira tangan kaki yang patah riuk sebab nak jadi batman la.. hehehe *tumpang lalu sepupu =p

Itu baru anak. hal mak bapak lain pulak. tapi tak apa. Nabi menganjurkan kita mendahulukan ibu bapa. Tapi jangan over.
Nanti kena sumpit. (err..apasal sumpit weh? ..tatau..tatau.)

Kalau hal bini nak bersalin pulak? Dah terkocoh2 pergi lari sana-sini.
Itulah,perancangan awal penting...Siapkan kerja dulu.Perancangan yang sistematik bagi kehidupan yang teratur.. Bla3..bebel.
Tapi, kalau hal yang ada 2,3,4 bini tu?Buatnya ketiga-tiga bini nak bersalin serentak yob?
Haaaa...kau fikir sendiri okek. Bak kata Nabil: "..............."
Padan muka kaw.hahaha
adeh2..

Life is very challenging.
I am survivor. You too.
Jangan susahkan orang lain, otherwise orang lain akan susahkan anda secara berganda kelak.

a conversation with sista (doakan lah yg terbaik..mulut kau ni jahat taw)

Saturday, September 25, 2010

JOURNEY TO THE AIRPORT tiga

Epilog musim ketiga. mana nak pakai episod2 dah. Itu drama melayu je.eceh. tumpang lalu.
*
*
*
Here you come, few seconds to go.
*
*
*
Masa berlepas: 1.30 am


Hai, I am a student of Mansoura University- Hanis Zhafirah

Dia memang gedik. tak nak duduk dekat lantai.Ribaku jadi mangsa.
But it's okay -_-

Merajuk sebab ada masalah dengan beg.
Dia sudah cuak kena angkat beg yang berjumlah 40kg beratnya secara solo dekat sana nanti.
Ada miscommunication sikek. Biasalah, apabila abah kalut, then agensi pun tak ada cakap secara detail. janji kumpul pukul 5pm. Tapi masa maghrib baru nampak lubang hidung and tahi nya sekali. Tapi xpe.Ujian2..
Kira settle lah tu. Pujuk sana-sini.
Taklimat diberi oleh semua orang utk dia, bagi menyedapkan hati beliau pasal beg tu.
malas nak cerita panjang lagi, sebab beg selamat sampai ke pangkuan tanpa ada sebarang masalah pOoon. Kecoh je lebih minah ni.
Miracle happened lah somewhere.Alhamdulillah.

At 11.30;
Lepas check-in. (sob3)

taklimat daripada doktor (jangan main mercun di tempat org...eh??hahaha)

Maybe MAS make it hard to say goodbye, but we were not.

tiada tangisan, meleleh ke hape, memang takde.,Penting untuk kami bagi sokongan moral untuk bakal doktor ni.
Buatnya ada adegan tarik2 baju; 'umi,i don't wanna go!!please2! kak ude, adik xmow pegi..help2' hahaha bukankah haru lagi biru dekat situ? Buat tambah sedih dia buat apa ye tak.
Lagipun, dia yang best naik kapal terbang, jumpa bentuk muka bumi baru bla2.main mayat..(erkkk!!) I takut nyah,haha.
Bertakung2 air mata ada. Tak boleh halang jugak. Penat nak cari idea macam mana tak nak bagi nanges. Last2, fikir pasal midterm & basikal saya takut kena curi. Yes adik, my Garion is more important than you.hahahah. Buat masa itulah.

Sanak saudara, keluarga kecik besar semua ada.ramainya family orang..ish2 macam nak hantar pergi haji.;p


Lambaian terakhir



Dah nak scan pasport & boarding pass. ok bye


p/s: a million thanx to ayah chik & cek cik, ayah chik abah & cik za and kak aus & abe ze kerana menghantar adik pergi airport. Also mat youh, yang umi & abah kata kacak semenjak dia kerja ni. Polis airport =)

terima kasih untuk saudara mara yang bekalkan duit (zakat utk menuntut ilmu) buat hanis.
Allah saja yang mapu membalas..
Err,harap tahun depan duit raya kami adik beradik tak disekat lagi seperti tahun ini.Hahahahaaha

sikit gile owh..hanis punya pasal la nih! hahaha
xpe2. rezeki tempat lain pulak, dalam study ke, kerja ke. anything.
rezeki tu Allah yang bagi..

Dah2!!isu duit raya terhenti di sini. jangan ambik serius. kau bukan budak2,,haha =p
Sekian, cerita habis!

Friday, September 24, 2010

JOURNEY TO THE AIRPORT dua



Epilog perjalanan ke lapangan terbang..ececeh. bajet tiru tajuk cerita Epilog Cinta, tapi saya tak menonton pun drama tersebut, sebab macam tak pernah ada niat nak tengok pun. Dan semestinya macam agak2 tahu plot cerita tersebut, walaupun ada perubahan sedikit. Tak menjejaskan minat sangat untuk menghadap tV. Anyway, tak apa.
*
*
*
*
*
Sambung cerita.
*
*
*
*

Selasa,21 Sept, saya telah memonteng kelas Psyc of Learning.Yelah, hantar si kecik yang keding ni nak pergi airport kan.


Ini driver kami a.k.a Abah


Ustazah a.k.a umi- tengah baca doa selamat. Vogue taw cikgu ni. (inilah yang kita panggil hati berkopiah atau hati bertudung labuh.haha)
Kakcik memang suka menyelit. Gila glamour lagi seorang ni. =p

di situ ada kak Ngah.

korek gapooolaaaa nyo tuh


agak muram sedikit di situ. I can see and feel that.


Beg baru, baju baru, kasut baru..serba serbi baru.

for your information, semasa kami baru bertolak dari rumah, nak dijadikan cerita,petang yang permai itu hujan. Bumi yang ditimpa hujan sama basahnya dengan hati2 yang menangis.hahaha

Poyonyaahhh!

Sampai airpot dah!! at 5.30pm

Another beg was in Cik Sapit's car.

Muka kami sama, bukan? yes "I am mommy's daughter" said adik.

takutlah umi..huhu
takpe2,umi baca doa selamat,doa permudahkan urusan..weee ^^
to be continued.

Tuesday, September 21, 2010

JOURNEY TO THE AIRPORT satu

*
*
*
*
*
Bersedia menghantarnya petang ini.
semoga perjalanan dia,kami diberkati.
Doakan yang terbaik.
Berdebar-debar..
dup,dap,dup,dap..
*
*
*
*
*
err,ada niat lain lagi sebenarnya.
Nak shopping kasut di situ.
**
Agak mengelirukan entri ini ye x?
you will know, one day. some other time. ^_^ (Lab ITD kulliyyah Human Sciences, IIUM)

~Fly me to the moon; I believe you can fly~ hahaha

Saturday, September 18, 2010

MARI PURA-PURA DIET

Ceh,tak guna betol entri ni.haha Pura2 diet macam mana weyh?
mai cek nak habaq..

  1. Makan sarapan yang bernas. Jangan pilih bijirin multi grain, tapi sebaiknya whole grain. Tapi people, Malaysian mana lah ramai makan bijirin ni. Jadi saya sarankan anda apply aje whole dan multi kepada nasi lemak atau roti canai. Nasi lemak whole grain ni macam mana? Bukankah aneh bunyi dia? =?
  2. Makan bermusim. Jangan buat muka pelik. Ini bukan blog terrorist,haha tak kelakar. maksud dia,nasihat ni untuk penduduk negara bermusim2. tak relevan lah nak diguna pakai dekat Malaysia. Sini semedang ada buah, tak kira musim pun. Contohnya, BIG APPLE, donut perisa duren2 ada ja tiap kali kita pergi beli? tak pernah letak -Maaf,kehabisan stok- jadi, jangan ikot perintah ahli dietetik yang ini. (bukan ke kita janji pura2 nak diet tadi?)
  3. Elakkan 'picking'. Kalau nak makan, duduk.nikmati food tersebut. Jangan gaduh (rush). tidak lari kitchen dikejar,melainkan dapur anda terapung atas sungai,kot2 la hanyut.muahhahaha.
  4. Anda boleh ambil kalori, tapi harus berbaloi. Ya,kalau nak ikut mulut yang berbaloi, makan Pizza thai seafood hari2 pun tak mengapa. tapi kalori tersebut tak memadai bagi anda sebab anda tidak membanting tulang di sawah padi atau buruh kasar bina bangunan.Jadi, jangan makan pizza, KFC xpe. eh,kita kan pura2 nak diet? hehe
  5. Tambah rempah ratus bagi menambahkan perisa. Cili,halia,kari mampu bertindak sebagai anti oksidan. Saya juga pernah terbaca bahawa makan makanan pedas mampu meningkatkan metabolisme anda. Jadi, makan lah cili burung setiap hari. Tapi,saya juga pernah terbaca bahawa makan cili secara melampau dapat memberi penyakit pada perut anda,tindakbalas asid dalam perut. Boleh akibatkan gastrik taw.
  6. Makan ikan 2kali seminggu. Tapi penulis makan ikan tiap2 hari kalau beli nasi di kafe. Kalau di rumah, semua barang aku telan. haha. walaubagaimanapun, ikan ada omega 3. saya tak kisah, chipsmore,ada omega 10! huh!
  7. Berhenti sebelum kenyang. Readers, ini ada dalam hadith tahu? 'makan ketika lapar,berhenti sebelum kenyang' sebab dia; hadith lagi; "akal yang sihat datangnya daripada tubuh yang sihat" =)
  8. Makanlah pelangi. Ini nasihat pelik. Lagi sekali, ini bukan blog pemusnah alam maya. Maksud makan pelangi dekat sini adalah makan buah atau sayur yang terang benderang color dia,yang pudar kita tolak tepi dulu. kalau rajin, susun ikut warna pelangi macam (Michael Jackson Kena Hantar Balik India Utara) tapi tak wajib buat.kalau anda buat,anda memang...er....anda..something-wrong-somewhere lah.hahahaha
Thanx to Yahoo. Siapa diet betul2,siap dia..haha.Kita kan pura2 diet je?

Friday, September 17, 2010

PERGI NGAJI MOLEK2 EA..

Pesanku utk adik2 yang nak terbang menuntut ilmu, di seberang laut, (err,seberang sungai,seberang jalan(UIA) seberang MRR2 (UIA lagi) seberang parit..bla3). Eh,ini serius,untuk adik2 yang baru tamat spm tahun lepas,tapi sekarang (bulan september) baru pergi mendaftar sebab kemasukan universiti diorang lambat. Jangan tanya ah apesal diorang lambat. UIA xpernah pun buat pendaftaran lambat cenggini? I jealous. ouh.cemburu buta haku.

Jadi,kata2 azimatku untuk anda:

"Selamat menempuhi alam yang baru, alam yg mendewasakan, alam yg 'memeritkan' tapi menjanjikan seribu kemanisan ^^, jaga diri di negara orang"

masa belajar,memang kadang2 pahit, sibuk dengan assignment,kuiz,test, exam.
tapi,masa belajar jugaklah jumpa ragam yang macam2. kawan2 yang begitu begini.
mood kita sendiri yang macam bola,anda sendiri tendang ke sana ke sini.sometimes people do that to you. (ape ni??entah,aku pun tak paham.buat2 ajelah paham ek?)

**
ok,sambung..
masa belajar jugaklah cari EHEH2 (boyfriend a.k.a bakal suami)
menurut saifulislam aka en hasrizal,jodoh itu tidak datang bergolek ye. adalah digalakkan utk kita cari pasangan hidup ketika ini sebab kita sekufu tapi dengan syarat yang tak boleh sapa2 sangkal, ia haruslah berlandaskan syariat atau batas2 agama.
Tak percaya ke? -_-
Aish..jangan risau,bukan kau sorang je baru tahu..aku pun baru tahu semalam..hahahaha.
jom kita cari sekarang. =p

jadi,entri ni suruh orang pergi mengaji molek2 atau cari pasangan hidup molek2 ni? ^__^




Thursday, September 16, 2010

SEKEJAP EH?

Saya akan upload gambar2 raya, akan menyusul suatu hari nanti. Minggu ni saya pura2 sibuk.HAHAHAHA.sorry sebab tak lawak pun. -_-

Banyak benda akan digoreng,tapi kenalah tunggu. Okey?
Kiss muah2,sorry again sebab gedik.

Selamat Hari Penubuhan Malaysia!! 16 september.
Semenanjung+Sabah+Sarawak.

sekian dulu, =)

Saturday, September 4, 2010

Announcing an Announcement.

Dah agak2 la nak menghancurkan grammar English ni.hahaha
Respect sikit kawan2 BENL.hehe tumpang lau,excuse me. lalallaallaaa

okay,jadi mari berkongsi sekarang pengumuman yang nak diumum itu;
  • anda menjadi follower saya? thanx =)
  • nak saya letak link blog anda dekat page saya?
  • oh.sila tinggalkan link dalam ruangan komen di entri ini.
  • sebab saya begitu baik hari ini. mood sangat mengancam hahahaha
  • ragu2 ke? kalau taknak xpe. peluang datang 1,bukan berkali2.haha
  • yang bulat tak datang bergolek,yang pipih tak akan datang melayang. what thE?? -.-
  • malu lagi? erm, xpelah..
  • **penyertaan tidak terhad kepada pengikut sahaja.yang tak jadi pengikut pon boleh kalau nak.lagi ramai lagi bagus. boleh jadi Asia Bagus...what the fuss.lalllalallaa
Happy MERDEKA DAY Malaysian! (tetiba)
ouh,rindunya nak nyanyi lagu Jalur Gemilang dekat assembly *.*

Dan Lagi-lagi Ini!!

Tak ada cerita lain dah ke gamaknya. Yes, the same topic. McLead in Felda Tekam, not sure either in Jerantut or Jengka. who cares? tell me now! haha
Bawak balik cempedak free 3,4 biji. Tak best amende lagi, ye tak? Rambutan jangan cakap. Eiisssh,best sangat! tempat kem ni macam kebun dah. depan Chalet ada pokok manggis,belakang chalet,pokok rambutan. memang buah-buahan tempatan yang macam tak berapa nak glamour lah. Tapi, nak cari dekat depan rumah Taman melati memang tak ada weyh. kau jangan porak peranda emosi aku pagi2 puasa ni.haahhaha.

Malas lah nak cerita banyak, nah tengok gambar. Ni sebab tak boleh update blog berbulan-bulan lah aku jadi macam ni.hahaha
heeehh.tension.okay itu kita cerita dalam entri lain.

sekarang cerita dua orang anak dara cari buah-buahan di pelosok felda. Saksikan.

introducing, this is Ras Adiela, not ras adiba tv3. tak eh.bukaan.


introducing..eh perlu ke?? hahaa

posing2 dulu sebelum timbul idea mencari buah-buahan. =)


eyh,kawan2 kuantan lagi. MRC Talhah. ^__^ tak sempat join mereka.saya berpindah.hehe=p

we are not typically gadis bandar ye ^_^


ish2..payah ni..payah.


hasil=result=keputusan=jangan pandang rendah.sebab kami agak tinggi.hahaha
Begitulah rupanya kejadah dua anak dara ni buat tengah hari buta.Orang lain membuta di bilik sebab time ni Ramadhan.First week lagi. kami kerah tenaga, habis peluh wanita keluar semua..

sLLRRppp. Sedapnya rambutan...hhahaha
Rindu Residence Felda Tekam ni. ^0^

Ini Lagi

departure time

syikin memang suka buat muka macam tu >.<

teman2 Math

manja2 dengan Jenny
(dengan semua orang pun aku menempel.haha kalau tak,dengan siapa lagi)


gambar ni macam nak tunjuk dekat anda semua yang saya ramping.haha tapi sayang, ramping dalam mimpi dahla.
saya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang,mana boleh slim2 dan kempis?

Saya pegang biro sukan dan rekreasi sebenarnya. tapi, walaupun badan tidak pula menterjemah biro yang saya pegang, saya anggap itu cabaran hokkay. Siapa kutuk, aku doa kau gemuk jugak,hahahahaha Padan MUKA!! suka sangat kutuk. Go to heh okay. Sekali anda mencaci, sejuta kali saya punya kedudukan lagi tinggi daripada anda. Kau ada jawatan ni? tak ada..helpless!!;p

Sebenarnya jugak, saya pilih biro ni sebab ingat tak adalah kerja sangat. Tapi, baby.,I lupa la.I lupa yang semester 2 nanti ada program under SRC a.k.a MPP UIA 'USC-university sport carnival'. whereby people, whereby i need to be the programme manager for my mahallah. -.-
oh..matilah aku. tapi tak apa,I'll try my best. Challenging people.Challenging.
saya gemar buat apa yang orang lain tak boleh buat. ^___^ haha betul ke orang lain tak boleh buat? maksud saya, peluang ni bukan semua orang dapat. kira saya dapat ni bertuah lah..bukankah begitu cik readers semua? hehe
alhamdulillah.pray for the best.