Rumah dah siap, pahat masih berbunyi.
Dah lah takat berbunyi, banyak bunyi lagi pulak tu.
Terkejut (read: buat buat terkejut) bila buka FB, ada orang kutuk kutuk bebudak yang handle taaruf week.
Chill sajalah eh? Standard lah buat program dekat U ni. Memanjang kena condemn.
Aku tengok perangai bebudak nih, nama saja educated dari segi fizikalnya, minda tu nampak kampung lagi. Sorry to say.
Cuba tengok program mana saja yang gempak, kalau ada orang-orang macam korang, selagi itulah tak ada program yang berjaya sejaya-jayanya.
Siapa kata kita-kita tak boleh dikritik atau mengkritik.
HARUS ADA CARANYA.
Tiap-tiap sem, mesti ada punyalah kritikan korang yang dikatakan 'membina'.
Masa Datuk Khaled Nordin jadi timbalan dulu, aku pernah jumpa dia secara personal dengan bebudak Leadership Team.
'Seorang pemimpin harus tahu masalah-masalah, namun HARUS juga tahu membawa penyelesaian terhadap masalah yang timbul.'
Benda ni jadi sebab, masa kitorang jumpa dia tu, dia dok tanya, apa perancangan bla bla, masalah dihadapi pelajar ipt bla bla. Then ramai lah bersuara, mengutarakan masalah segala.
Kau ingat dia nak layan sangat (atau dalam erti kata lain menyuap macam lecturer kasi hint untuk exam?) Takde dik non. Tak ada.
Lantas beliau menjawab begitu. Time tu aku malu even aku tak cakap pape. Tolong malu sikit boleh ke? Kau tahu komplen komplen komplen! Usaha kau nak atasi problem? Ada?
Haa. Itu yang aku belajar dulu. Aku tak rasa orang yang jenis condemn2 orang ni tak pernah tertengok, terbaca, terdengar situasi ini.
Dia rasa dia dah menang habis dah boleh sakitkan hati orang. Padahal, faktanya: Kau dah lama kalah. Memang air liur je lah.
Menyampah okay tengok korang ni. Nama je lah dibesarkan dalam komuniti Islam. Korang sekadar terror Ilmu agama tapi korang tak pernah terror dalam mengAMALkan ajaran tu.
*peringatan buat aku jugak kan.
~ aku pernah rasa sebab aku pernah di-condemn juge. Oleh bekas SRC lagi. Sampah katanya teamwork kitorang. Tapi mungkin dia lupa. Apa sangat sumbangan kau dekat UIA, dekat kulliyyah sendiri pun tak ada. Lagi sekali, kau ni menang air liur je. Busuk k.
Enough said: Orang yang suka menjatuhkan mahupun mengkritik orang lain ni sebenarnya TAK SUKA MENCABAR DIRI SENDIRI, dia lebih suka mencabar orang lain. Sebabnya senang sahaja. You just know you can't do it. Am I right? :)
No comments:
Post a Comment