Tabung Elektronik

Monday, September 12, 2016

Eid Adha 2016 yang Paling Bahagia


Dalam banyak hari, kita menghitung masa.
Dalam banyak ketika, kita dihambat oleh masa.

Bagi kes aku, aku yang dulu malas.
Sekarang rajin berfaedah.
Rajin tak perlu disuruh.
Ikhlas tak perlu dipanggil.
Kalau masih di bangku sekolah, dah tentu jadi pelajar contoh.

Untuk malas yang berlalu, rajin sedang melambai ke arahmu.
Pergi tolong jangan buat uturn.

Sempena eidul adha paling bahagia tahun ini, aku memutuskan utk mengorbankan sikap malas aku.
Berlalulah kau. Tinggalkan sisa rajin ibarat semut semut halus merayap di sekitar rumah.

Biar sisa rajin ini jadi habit untuk aku membesar dan menempuh segala cabaran hidup.

Malas boleh pergi terjun bangunan sekarang. Kau boleh bunuh diri jangan kembali.
Kau suicide tak masuk neraka.
Kalau manusia suicide, tak bau syurga.

Memilih. Dulu, jalan ini yang dipilih.
Istiqamah pada pilihan yang ada adalah fasa jihad kedua.

Najwa Suhaili Bt Nazipah..
I know you can do it..
We are starting every single thing over again.
Kita jalan dengan baby steps.
Esok kita langkah macam remaja.
Lusa kita berlari bagai sudah dewasa.
Tulat kita hati hati macam orang tua-tua.

All the best. Hwaiting Baby King!
Pray
Patient
Persistent
Perseverance.
Bismillahitawakkaltu 'alaAllah.

Friday, September 2, 2016



Budak berhijab merah tu baik sebenarnya.
Harini tetiba umi bebel bebel berpesan kat anak dia yang nakal secoet ni..
"Mengaji mengaji la. Sedekah sedekah yaasin kat tokmek ngan tok ayah."

Both are already gemulah.

Busy sangat fangirling kau ni.

Si hijabis merah pun turun pergi sembahyang Isya'.
Beliau ambil Qur'an.
Dia buka page 863.

Beliau tak baca Yaasin
Sebaliknya beliau baca alMulk.
Pendek sikit.

Ikhlas.

.
.
.

Tuesday, August 23, 2016

Sunday, August 21, 2016

JANGAN SEDIH, SAYANG

Untuk luka yang paling dalam..
Siapa mampu ubatinya, jika tidak Tuhan?

Untuk luka yang parah..
Siapa lagi yang mampu tunjukkan arah, jika tidak Tuhan?

Untuk luka yang masih bernanah..
Siapa lagi yang mampu balutkan jika tidak Tuhan kita?

Ada luka perlu dibaluti sendiri.
Ada waktu kita perlu gagah bangkit kembali.
Ada cara kita perlu kayuh kuat lagi.
Ada masa kita bersemangat berapi-api.

Allah bukakan jalan.

Yang perlu kita buat cuma mulakan langkah ke depan.

Walaupun berat, mencuba itu perlu.

Wednesday, August 17, 2016

Pilu Separuh Hati


Hati yang lelah itu kian parah.
Luka yang tercalar itu kian berdarah.

Kutanya diri.
Siapa yang melukaimu?
Lalu kujawab.. Tanganku sendiri.
Minda lemah bisa tewas dengan mainan ini.

Sudah dibilang berkali.
Kalau jatuh, kamu kan bisa bangun kembali.
Kamu sudah bertarung berkali-kali.
Perisai kamu lebih dari yang mencukupi.

Namun, kemana perginya motivasi?
Berulang kali ku tercari-cari.

Hati yang kental bertukar rapuh.
Langkah teratur bertukar gaduh.
Dari Tuhan aku pinta hati yang baru, lebih ampuh.

Sesungguhnya hanya Dia mampu betulkan kembali apa yang tersalah.

Betulkan hati dan kaki yang tersalah langkah. Benarkan kembali yang tersalah arah.
Kutip aku kembali dan letakkan aku di jalan yang tiada gundah.

Pepatah benua Eropah kata, tiada pain.. tiada gain.

There will be no rainbow if youre not ready to experience the rain.

Thank you baby.
You are the smartest. The best shoulder to lean on.

*big applause*


Wednesday, May 20, 2015

PENGALAMAN ITU PERIT YAKNI MENYAKITKAN


Kuntuman rindu terhadap blog ini selalu mekar.
Cuma taklah selalu mewangi.
Kalau mewangi, I update entri hari hari dah. HEHE

Dulu, masa undergrad, selaaaaalu patah hati.
Patah hati, update blog.
Patah hati, update blog.
Riang hempedu, update blog.
Riang hempedu, update blog.

Semua memori dinukilkan, digores halus atas papan kekunci.
Dicatat ke skrin.
Memori datang dan pergi.
Kadang kadang bila belek blog, tak sangka Najwa Suhaili 2011, 2012, 2013 boleh bersikap aneh sekali.

I am like "Betullah perempuan ni?" HAHA
"Garang dan kereknya you ni?"
"Gila geli baca tulisan you ni"

Well, life is moving. Same goes to my characters and personality wise. :P

-
--
---
--
-

2014.

Banyak cerita pahit.
Lebih pahit dari serbuk kopi.
Biarpun ditambah gula, atau serbuk stevia, manisnya tetap lemas dengan kepahitan.

I was asking God why..
Yet I received no answer.
Sometimes He told me (imagined myself) you know the answer, Najwa.
I bukan baik sangat.
Dosa tu, hari hari buat.

Sedar atau tidak je.

Dari awal Februari 2014- I was babysitted #AmmarK the nephew.
Suka gila I jaga baby. Maybe because I don't have little sister to take care of before?
My adik pun selang 4 tahun.
So, masa dia kecik, I pun kecik.

Entah entah, dok sama berebut susu,

Anyway.

Masa tu, semua terkejut. Keluarga, kawan kawan.
They did not expecting me to be a jobless.
Ya lah. Like I wrote before, people looked at me like I ni cendekiawan bak tumbuh selepas hujan.
Orang pandai.
Padahal I ni ibarat cendawan butang.

Scored many A's for final sem, finally became a babysitter? LOL

Personaliti I, I suka menentang arus.
I don't like it when people put soooo much expectation on me.
So, biar I sajalah yang mematahkan sendi expectation yang tinggi membukit itu.

So, kerja I tahun lepas, menggodek si #AmmarK , membelek-belek tubuh, menggoncang susu, melambung -lambung, mendodoi dan memanjakan dan apa apa jelah yang you nak panggil.

And I called myself as a Classy Baby Sitter and Executive Baby Analysis.

Being a jobless, and then jadi EBA.

Kau tengok kawan kawa semua diserikan dengan gambar gambar pejabat, lunch dengan kawan-kawan. Have a good position.

Banyak masa, aku tak jealous. Sebab being an EBA is my own choice. Was really happy to be a jobless.

#AmmarK tidur, aku tidur.
Bila time dia makan, aku lapar.
Have no time to cook because I was lazy and slept with him when he was sleeping HAHA

Tapi kenapa masa tu kurus? Jaga baby ni ibarat mengangkat dumbbell.


-
--
---

Tetiba aku nak balik rumah.
Esok I cerita lagi.

Tak sure lah bulan berapa nak sambung.

20/05/2015

UKM KL