Tabung Elektronik

Sunday, July 31, 2011

Tuesday, July 26, 2011


Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

credit to: Jari Pun Berkata


Dalam Qur'an pon dah cakap kan, kita mengaku yang kita dah beriman. Maka, Allah menguji, setakat mana iman kita tu berdasarkan ujian atau dugaan yang kita hadapi.
Nak tak nak, kita perlu hadapi.

Allah telah menciptakan kehidupan utk manusia. Penuh rencah segala.
Tapi, jangan lupa. Dia pernah menitipkan di dalam kitab-Nya, bahawa Dia sentiasa ada di sisi kita.

Kita saja yang sering terlupa.

Pesanan khidmat masyarakat dan kaunseling ni dibawa oleh aku sendiri utk sesiapa saja. ;)

Saturday, July 23, 2011

KAMPUNG PINANG SEBATANG



Someone said I look like a flower when I wear this tudung.
Betul eh? -__-

Takpe, aku tak kisah. Hahaha
Pipi umpama pau pun macam lah kisah. -__- *kisah sebenarnya, bagaimana nak buat bentukbentuk kuih lain pula?

Karangan bermula dari sini ::

Pada beberapa hari yang lepas, (aku pun tak pasti berapa hari tu ada berapa) serius tak ingat. Tapi dalam bulan ni jugak kot. Hahaha

Ok, pada beberapa hari yang lepas, masih dalam bulan Julai, we (the whole family, including my youngest sista yang dah balik tu, including kakakkakak nya boyfie memasing) had a dinner..
Kira makan sajasaja. Maybe nak celebrate si kecik ke, tak taula. Tapi bagi aku, celebrate perut aku cukuplah., hahahah *tak ikhlas eh? ;P

Kami pergi makan dekat Pinang Village. Masa ni teman umi pergi beli barangbarang hadiah persaraan staf veteran. (kurang asam eh ayat ni). Takpe, diorang tak baca..

Ni 'landskap' cafe tersebut. Cantik no? I bet ni lagi cantik dari FullHouse.

Sebenarnya, ai tak pernah makan dekat FullHouse pun. hahaha
Macam best dapat tipu readers.

Satisfactions. *mood gila apa ni??!!

Esoknya, umi fly pergi Sabah. Ada kursus.

Next weeknya pergi Pangkor.
Haih,.

Ini food saya. Nasi Goreng Tomyam.
Yang paling sedap, dia provide kerabu mangga. Yummeah!!

Penyumbang penglipatan perut. I hate you!!

*tapi hate sekejapan je. Esok Lusa Tulat, tabiat melantak diteruskan macam biasa.

Sila bina caption sendiri.



Caption seperti yang anda nampak.

Kau nampak apa?

Ni pasangan folk and spoon saya.
Kita saling melengkapi. Kata mereka.

Caption: saling melengkapi jugakah?

Ini memang terbukti melengkapi.


Bila selalu celebrate perut, beginilah jadinya.
Automatik nampak pendek.
Sudah2, aku je boleh kutuk diri aku.
Anda boleh lupakan utk membahan saya.
Jika tidak, saya akan segera membaham awak semula. Hahahahaa


## I am soooooo pelik mengapa my blog tak boleh kas the words colorcolor. My blog sepatutnya berwarna, warna penting you know?
Ini boleh buat saya stres. Kalau saya stres, anda pun mungkin stres jugak.


Friday, July 22, 2011

Hari Jambu







Ini wajah Happy.

To be continued...





Random


Dah lama DD tak ada update entri bergambar. Jadi, pagi ni ada. Aku rajin stay-up, nak menghabiskan segala stok stok gambar yang ada dan idea yang berbaki untuk digoreng hangit khas untuk korang.

Sedia...1, 2 Go!

Takyah lari lari, jari telunjuk je yang lari setempat ok. tu pun nak skrol page ke bawah, huehuehue


Ni kenal apa ni?

Ini tuala badan untuk dijadikan cenderamata research aku.
Yang aku kecoh kecoh cari peserta sampai lebam.

Nak menangis ok jadi RA ni.

Hanya indah pada nama. Hebat pada kerja juga. -_-


Semua dah makan Tutti Frutti.

Kami (read: aku saja) yang terliur.
Lalu beli.

I would suggest to my lovely readers, tak payah la kot nak tergoda sangat dengan TF ni.

Mahal, then macam 'La, begini je rasanya'

Standard la, lidah kampung macam aku kan? hahaha
Tapi serius eh, aku suka ais krim McD lagi kot.

Kalau nak diet, silakan ke TF.
Daripada aku diet pergi makan kat TF, apa kata aku tak payah makan aiskrim seumur hidup ku, no?


Kami sudah, anda bila lagi?

Haha tadi halang, sekarang memberi pengaruh. ;P


Kami makan 3perisa.

Vanila- okay okay
Oreo- Boleh la
Strawberry ke apatah yang ada berry2 nama dia. - Yang baju oren suka.


Lepas ni kami nak pergi tengok 'Sekali Lagi'.

Tak boleh ikut dah. Dah 2,3 minggu berlalu baru reti nak update.
Pathetic no, kehidupan ketika bekerja?

Film Review.
Sekali Lagi tu best. Sebab ada kena mengena dengan kos aku, mungkin. Dekat dalam paper sinopsis ada sebut pasal autisme (Sam).

Sekali ending dia, takde kena mengena pun. -__-

Bila pengarah Malaysia nak sajikan kita dengan filemfilem cerdik dan bijaksana nii?

Asyik tomboi mengorat lelaki hensem Farid Kamil, macam kan lah lelaki ni hensem bebeno.

Asyik drift, rempit lepas tu bergocoh. Tahu gocoh tu apa?

Hint: Meme Lah! *jangan sapasapa berani buli aku. Rumah Jai tepi rumah aku je k. Sepelaung. Ok, tipu. Tadi kata tepi. Metafora people, relaks eh? ;D


Baik, akak mengantuk. Mungkin perlu tidur sekarang. Esok kerja.



P/S::

Hey, to dear all new readers and followers, welcome ey. =)
Kena tegur, nanti korang kecik hati tak dilayan sbg tetamu.
Hehe



Wednesday, July 20, 2011

HORIZON BERCAHAYA


CONGRATULATIONS

to both of them for the rewards!!


Hanya Tuhan yang tahu berapa banyak usaha yang disumbang.

Alhamdulillah.
Syukran Tuhan.


Proud of them. Dapat anugerah pada hari yang sama, iaitu esok.

Aku kira ni romantik ok.

^___^


P/S : semoga horizon hidup kami lebih lebih bercahaya. =)

INI BUKAN MADAH BERHELAH

Entri ni tak digalakkan untuk dibaca sambil dengar lagu Ziana Zin. Lagu NajwaZin takpe. KahKah *sorry. takde mood nak ketawa pon.

Baiklah, tanpa membuang masa, ayuh lajukan kayuhan jemariku memetik kunci2 keyboard lappy ku demi memeberitahu sesuatu utk anda.

Petang tadi, bukak FB (padahal tetiap malam siang pagi pon bukak) Tetiba dapat mesej dr kekandaku versi perempuan. Versi lelaki belum lagi *entah bila nak muncul entah. haha

My kekanda wrote this : Baca ni soo touching (sebab so dah dieja soo, memang touching bebeno ini) dan disertakan link sebuah blog.


Kalau berkesempatan, baca lah semua link2 yang ada dalam situ.
Aku ni, jenis kepoci memang menyempat je baca semua. Biasa lah. Hidup bagai tak lengkap tanpa ambik tahu kisah masyarakat. Kisah sampah masyarakat pon aku kena ambik tahu. Tengok nature study aku la, ye tak?

Baiklah. Jangan risau dengan kekepocian ai.

Uols. Anda akan dilanda, naluri sebegini 'eh eh. entri apa ni tak tacing ponnn?'

Kalau baca link kat atas saja memang tak mencukupi. Scroll ke bawah - author blog ada kisah lain yang menyayat hati. Readers lelaki (majoriti) khususnya, aku tahu tabiat korang malas membaca, jadi aku sangat bersenang hati menolong untuk pendekkan cerita. Dah, dengar sini.

Moon- merupakan penulis link blog yang aku kasi ni.
Entri-entri menyayat hati dibuat khusus untuk adik iparnya yang bergelut dengan kanser ok. Ada tumor dalam otak.
Dikesan ketika masih dalam pantang. Dibedah pertama kali ketika dalam pantang.
Masa Norma (adik ipar Moon) sedang mengandung, dah mengadu pening2.
Masa dalam pantang tu dah teruk2 pulak. So, refer la Hosp Serdang, then transfer Hosp KL.

Lebih menyayat hati, 1st anniversary pun disambut dekat hosp.
Masa ni memang nampak ketabahan seorang insan bergelar suami.
Baru setahun jagung usia perkahwinan diorang, dah diuji ujian berat sebegitu.
Anak baru berapa hari dah berpisah dengan mak.

Kak norma tu dah dibedah tempat yang sama sebanyak 5 kali ye kawan2.
Sebab ada infection (nanah) di tempat luka itu.
2,3 kali masuk icu.

Aku baca jugak, ramai readers bagi feed back --> rawatan alternatif lain. Banyak gila cadangan.
Rakyat Malaysia sesungguhnya rakyat yang concern ^__^
Family diorang dah bawak dah pergi kat pusat rawatan hidayah,
yang Ashraf Muslim teraju dengan bakal bapak mertuanya.
*artis gak yang interframe.

Kak Moon pun tinggalkan akaun bank adik ipar dia kat blog tanpa pengetahuan adik ipar dia sendiri (suami kak Norma) utk meringankan sedikit sebanyak beban which is to me sooooo kind. Dan yang aku tahu, sampai ada beberapa readers buat jualan kek, jualan album dll utk tolong family ni.
Perbelanjaan utk pesakit kanser besar. Bukan makan ubat sekali kebah camtu.

Yang paling latest aku baca entrinya, chemo pon tak jalan dah utk kakak ni.
Tumor yang dah dibuang masa awal pembedahan dulu tinggal 20% je. Tapi lately, ia makin membesar.
kanser dah sampai ke tahap ke-4. Ni yang terakhir kan?
But, they still expect for a miracle happen. Sekarang, baby kakak ni pun dah mencecah 5bulan.

Kalau baca aku tulis, memang tak touching. Baca sendiri entri2 kak moon itu.
Nescaya anda rasa kepiluan tersebut.

Jadi, aku pun tak tahu nak tolong dengan cara macam mana selain doa.
Aku letak no akaun kakak Norma kat sini.
Jika anda sudi menyumbang sedikit kewangan, anda sentiasa dialu-alukan.

0107 00 686 77528 (CIMB)
Pastikan yang nama yang keluar adalah NOORMAWATI *kalau xsilap ehhh.

Kalau tak caya sumber aku, korang boleh godek2 sendiri setiap link. Tak larat aku nak menggodek balik. hehe. Ada urusan.

Tapi, kalau tetiba pop uo nama NAJWA SUHAILI. Ce jangan bubuh duit tu.
Akak tak pernah bukak CIMB okek.


Itu saja entri kali ni ye.


Selamat menitiskan air mata semua.
Aku nak menangis terkenang kena buat pilot study. Ini lebih annoying.
Takyah cerita lagi. Esok aku cerita. *esok tu belumpasti hari yang mana ok.


P/s Acik kema pon saya rindu.

(susulan aku rindu cik kadangkala. Pasni ada la cik lain komen 'cik yang ni wawa tak rindu? cik yang tu wawa x rindu?


PAYAH PAYAH. hahahahaha

Sorry sebab bajet femes.

Thursday, July 14, 2011

KADANGKALA


Ada masa kadangkala kita nak kecewa, tapi tak jadi.

Ada eh? Bagi aku, adaa. Aku lah itu.

Adakala kita nak terjatuh tertonggeng, tapi tak jadi.

Mungkin sebelum ni dah biasa berserah dan mengalah.

So, bagus lah utk latihanlatihan yang terdahulu.

I have someone or maybe more than 1 person yang taknak aku tertonggeng kat tengah jalan.

Aku jalan je.

Tuhan kan ada.

Berjuang selagi mampu. poyo eh?

Haha Biar la. Sesekali poyo tak rugi.


p/s Semoga dipermudahkan urusan kerja. Urusan segala-gala. Aku takmau kecewa.


Ouh, lagi satu, saya RINDU cik KadangKala saya.

Dia je suka sebut kadangkala. Orang lain tak. hahaha


Sunday, July 10, 2011

PSCI

Bila semua orang nak keluarkan buah fikiran masingmasing, like semua terror pasal kepimpinan.

Sampai nak muntah aku baca postpost yang berbaurkan politik nih.

To all my dear friends yang students lagi nih..

Please stop okeh?

Negara kita memang demokrasi, tahu?

Aku dah memang pening dari bulan lepas pasal bersihbersih ni. Bukak FB dah nampak dah kekacauan dalam jiwa setiap umat Islam ni.

Belajar tinggitinggi, study molekmolek dulu. Esok lusa karang, kau nak jadi ahli politik cakap pung pang pung pang orang akan dengar.

Kalau setakat tengok TV, FB (post kawan2, then gaduh2) tak payah lah.

To me, better kau duduk diam2, (bukan bererti kau looser dan tak prihatin TAPI ..) kau perhatikan APA, KENAPA, BAGAIMANA semua benda jadi. BAGAIMANA NAK ELAK SEMUA NI JADI LAGI.

Tolong, melayu gaduh sama melayu. Rugi tahu?

Aku tulis panjang esok.

Boring sangat.

Kuning aku tak bela. Merah pun sama!

Sunday, July 3, 2011

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG MENERIMA

Everytime aku bukak blog ni, tengok blog favourite aku, aku kecewa. Apasal heh mereka tak update nih?? Tu pasal la aku malas update, boleh? HAHAHA

Maafkan aku DD. Aku memang malas. Kadang2 nak update, tapi macam mood mengarang dan menggoreng tu jarang ada. Aku malas berfikir, sebab aku ada perkara lain perlu aku fikir.

Dear, sebenarnya, aku frust! Kalau you guys ada FB aku (korang add aku lah/ aku add korang), aku ada post pasal notes (read: merujuk kerja aku).

Tak dapat sambutan weyh. Sedih betul.

Aku fahamlah, kerja mana yang senang? Ini kerja pakai otak (tapi aku tak cakap pulak kerja dekat KFC tak pakai otak kan? Kecuali budak yang calit paha ayam kat tapak kasut dia. Macam %^&* betul perangai).

Baiklah, malam Ahad yang mulia ni tak baik emo-emo. Hehe

Marilah aku tanya, sesiapa yang berminat nak join research aku. Kalau takde respon jugak dekat blog aku nak pergi letak jawatan dah.

Kajian ni tajuk dia: KUALITI SERVIS; IMPAK PADA PENGURUSAN DI IPT MALAYSIA (UIA)

In case kalau korang blur jugak (seperti mana aku yang blur, dah 2bulan kerja baru faham jadah apa aku nak buat ni.) Jadi jangan rendah diri kalau tak faham ok.

Aku kena interview (sebenarnya jadi pemerhati, sebab aku RA .research asst. Yang tanya2 tu should be researcher aku). Jadi janganlah segan silu taknak join research aku sebab aku yang tukang tanya. tak perlu ok? -_-'

Baiklah, ada 4 kategori peserta:
  1. IBU BAPA
  2. KOMUNITI *
  3. MAJIKAN
  4. ALUMNI
*tertakluk pada komuniti di sekitar GOMBAK, PJ, KUANTAN. sahaja. Ok?
Sebab? Ada soalan yang bertanyakan pasal apa sumbangan pelajar UIA dekat komuniti sekitarnya? Membantu tak masyarakat sekeliling?

  • Ibu bapa; kalau kawan2 uia saya sudi beri pinjam pada saya untuk ditemu ramah. Bakal pelajar uia pon tak mengapa. ;)
  • Majikan; Seeloknya mereka yang pernah bekerja di unit HR (Human Resource). Mereka ni golongan yang tahu jenis graduan yang melayakkan diri bekerja di syarikat mereka. Ok?
  • Alumni; pelajar uia yang dah grad. dari tahun 2005-2011 diutamakan. kami perlukan info dari anda.
Kalau kawankawan tak keberatan, boleh tak tolong bagitahu dan kongsi benda ni dekat orangorang lain yang berkenaan?

Saya tahu keterbatasan saya mencari peserta. (Amboi guna saya? haha) Jadi gunakan kuasa anda sebagai YB yang banyak pengaruh tuuu! haha

kalau berminat, boleh contact saya dengan segera. jangan ragu kerna kami menyediakan makanan untuk anda. dan pastinya anda tak akan pulang dengan tangan kosong (souvenirs are provided)


Last but not least, aku stop dekat sini je. Sebab kawan aku pernah cakap, 'Wawa update blog mesti panjangpanjang.'

Ok, terus aku tak update seminggu. Hahaha

lagipun bukan ada orang rajin baca panjang2. nasiblah aku dilahirkan memang untuk syok sendiri selalu.

p/s: Kajian ni sesuai la untuk orang yang mengutuk UIA. Ada apaapa hal tak puas hati, tolong daftarkan diri sekarang! Takpelah kau dah grad pun, sebab uia kena kekalkan kualiti untuk generasi masa depan ok. Bantu kami untuk kami bantu yang lain. ;D Terima kasih.

Wassalam.