Tabung Elektronik

Friday, August 16, 2013

TEASER TRAVELOG UMRAH 2013 (?)


Ketahuilah, post post atau entri yang bertajuk hujungnya ada '?' camni, tak tentu hala lagi bila akan diupdate semula.

Semua bergantung pada penulis. Kalau tak nak bergantung kat siapa lagi kan kan. HAHA



Wah gittew!

Teaser gambar nak terbalik je kan.
Kalau upload gambar dari phone, memang dia perangai macam ni.
Suka hati kau lah.




A. SAMAD SAID & KOREAN


Ehee. Debar sangat nak update entry kali ni. NGAHAHA 
Gedik di luar batasan!
Uols! Tahu kah anda semua.. Jadi jobless ni best! wakakaka

Tadi pergi KLCC. Maklumlah, berbapakan pesara.. 
Sudahlah tu, hormon untuk melangkahkan kaki ke Mall berhampiran pasti satu pekerjaan
yang.. macam best atau memang best? hehe

So we went to KLCC this afernoon. 
Actually, my daddy planned to buy him some baju raya. 
Kisahnya tak sempat beli baju raya.
Bla bla bla. 
Lepas lunch dengan adik, janji jumpa abah dekat Kino. 
Kino is the fav place for us.
Tempat wajib pergi gittew.

So masa dah ambil buku, dah bayar pun tetiba aku nampak atuk ni. HEHE

Nervous ai!


Dengan sedikit terkinja kinja, aku pergi dekat abah. 
"Abah! A. Samad Said.!" Haaa. Nak tangkap gambar okay. 
Jakunn. kihkih

Abah kata, pergilah. Bagus tu. 
Kalau nak tahu, abah memang geng kalau bab camnih. 
Mungkin jika terserempak dengan artis, dia tak akan geng untuk support ambil gambar.
Pfft,

Beliau ni punya lah baik. 

Dengan mengawal sedikit hormon gembira, supaya tak kelihatan menggeletis sangat.. 
I approached him!

Assalamualaikum Datuk!
(wah, alim gittew)
Abah suruh panggil dia datuk. Kalau ikut mulut yang ringan ni, aku panggil pakcik je. hehe

"Datuk,.. Nak tangkap gambar boleh?"
hehehe

Beliau, dengan suara lembut tetapi tegas (wah, cam nak tulis novel aku nih) dia cakap..
"Boleh tetapi dengan cepat.. sebab dekat sini tak boleh bergambar" 

:D yiehaaaa!

Tak kisahlah Kino's staff nak halau ke tak. Pedulikkkk

Kemudian, aku pun tanya. 
"Datuk, saya nak minta tandatangan boleh?"
Dengan innocent aku hulurkan buku yang baru dibeli kepada beliau. 

hahahaha
.
.
.
.





Yeah, it is a Korean book.


Adik aku kata, jangan kasi buku ni, Nanti dia tanya.
Sifu Bahasa Malaysia lah katakan.
Tapi,  buku lagi satu tu buku adik, bukan aku.
I just bought this one. What to do?

-_-

A. Samad Said pun tanya; "Why Korean?"

Si gedik pun lantas menjawab.

"Because I want to learn Korean. HAHA"

Ketawa adalah tidak direka. Memang aku ketawa khas untuk beliau. hehe



Sunggu gembira dan teruja. 
:D

TEASER 2013 EID?


Tunggulah kalau mahu. 
Aku khuatir benar ni, kalau kalau mood menghasut untuk tak meng-update blog. Hehe
Mohon rajin sampai bila bila.