Tabung Elektronik

Friday, November 5, 2010

AS WE GO ON, WE REMEMBER.

**all the time we had together..
Graduation Day! vitamin C -nama band ni ke?

Argh, apa2 jelah. As long tak masuk exam kan. Kita baca lain untuk exam. Baca EOP, Development. Heh! bosan, update blog sikit2 pon nak relate dan interconnection kan dengan exam..
E! Beautiful life betul. -_-

takpe, kali ni kita cerita yang best2! Orang graduate, kita jadi terinspirasi sikit. Lebih hangat daripada biasa. Tapi kalau tak study2 jugak lepas baca ni, memang hangit dan hangus lah kau.
Tak boleh tolong. Balik kampung ternak lemak jelah.hehehe *kidding. Gurau kena bagitahu, nanti orang tak faham sentap aje.

Last Monday, 1st Nov. 2010, Cik Lis kita, as well known as (a.w.k.a) KakChik, telah dianugerahkan sekeping sijil ijazah. Disertakan sekali Anugerah Emas Timb. Naib Canselor UUM.

Setinggi-tinggi tahniah tiang lampu letrik luar rumah I bagi dekat u kakChiQ. =D
Ko Mg nok tinggi ag?

Eh,bestlah. Lepas konvo dapat degree. Semua happy nak konvo lepas study.
tapi, sebelum kemanisan datang, kepahitan haruslah ditelan.
Suka hati uols lah nak telan macam mana
Each one of person cannot escape from difficulties during study period. oh, memang tak =(

Kadang2 I terfikir ye tuan2 dan puan2. Manusia memang aneh.
I pun tergolong sama dalam golongan ni.
Kita macam excited gila nak dapatkan sekeping kertas tu masa hari graduasi.
tempah baju mahal, gemerlapan wow-wow-wow. Fikir nak mekap apa nanti, kasut nak berapa inci nanti. Memang macam buat prep utk kahwin la. Tapi kahwin grand lebih sikit. &&haila, apasal cerita kahwin dikaitkan dengan konvo?&&

Namun, pernhkah kalian terfikir, ada apa dengan cinta eh tak tak.

ada APA DENGAN SKROL IJAZAH

Kertas je. Boleh cetak banyak2.
Sumpah, ni jelah yang aku fikir.
tapi, tapi tapi miss and mis tres hermanas..
I rasa I tahu sebab apa kita jadi manusia aneh.

  1. sebab time nih boleh jumpa Canselor Universiti. Alang2 pulak dia Sultan ye tak. Boleh bisik secara personal, "tuanku ada anak lelaki sebaya saya tak?" T__T glamor weh, glamor you amik skrol dengan sultan.
  2. Naik pentas orang ramai tengok. phewwit!
    kesian golongan yang tak pernah dapat publisiti, INILAH MASANYA. yeay! tak sabar. tunjuk kasut tinggi. boleh baling dekat lelaki gatal. perempuan gatal lelaki lah baling.
  3. Dah berpenat lelah, berpeluh ketiak pergi kelas, nak lah duduk dalam majlis berprestij. Kan best rasa macam pandai gila boleh naik pentas.
  4. Cikgu pesan ;" belajar tinggi2, tak payah masuk dapur *hahaha* aku gurau*" ~belajar tinggi2, masuk menara gading, kerja dapat gaji ribu riban. (kertas itulah buktinya korang masuk U. eventhough you never know what the exact meaning of menara gading (bergadingkah menara tu?)
  5. Boleh bawa atuk nenek masuk dewan. "Lihat tok wan, lihat nanny. Eventhough tok wan nanny opah tak masuk U, cucu dapat masuk." umpanyalah kan.
  6. Golongan berpendidikan melahirkan generasi berketrampilan. ngahahaha. aku punya ayat best! Macam nak jadi Menteri Pendidikan. YAB Muhiyiddin Yassin (siap sedia pencen ok.nanti I ganti you) hhehe *eja nama menteri memang aku fail sikit. nama bapak je tahu// PM dan bekas PM2 mesti bangga ada rakyat macam I.
  7. Last but not least, (malas nak pikir reason lain dah sebenarnya hikhikhik) kau nak kerja takkanlah nak tunjuk sijil nikah atau sijil jadi setiausaha kelab kowtt?! Beragak sikit heh. hahaha Tunjuk lah kertas ijazah tu. Begitulah cerita dia
  8. (aku tunggu lembab gila blog ni upload gambar,fikir lagi reason. malas ah!
Kita upload nanti gambar. Masa, internet tak mengizinkan. Datuk Daddy nak mencemar duli guna lappy.

So, congratulations to Cik Lis, another Daddy's Daughter.
Sayaaaang umi.

Thursday, November 4, 2010

EXAM ANXIETY

Eh,tak tahulah apasal bagi tajuk macam ni. Yelah, obvious sangat sekarang musim periksa. Wherever you are, exam is around the corner. HaHaHa. annoyed tak? HaHa.
Mungkin sebab masa tulis entri ni rasa macam nak ter... er..er.. (wtv)

Tahu jelah, rindu sangat dengan blog I. I bukak je tengok2 nak dekat 600 view daddy's daughter ni. Ku ingatkan blog ni adalah blog yang kegersangan tak ada pelawat.
Ceh, ada. Ada rupanya. =p
mesti rindu saya. mesti. kan? (lempang meh wawa. lempang nak?)
Tapi xpe,sekurang-kurangnya cinta akak tak bertepuk sebelah tangan. haHAha tetiba.

i have no idea nak tulis entri pasal apa sebenarnya.
gap exam selasa depan,9hb. hari ni 4hb. Haih, gap cepat tak boleh, gap lambat pon
tak boleh..habis tu dapat takde gap karang.

Macam kawan saya, ada 3paper eh sehari. Gila ke apa?
pihak pentadbiran pun, agak-agak la. karang aku bagi surat kat rektor baru tahu.
Ada sesetengah tu, kerja kerani je I guess, yelah duduk kaunter tolong jawab soalan pelajar je
pun.
ah! kau nak emo2. geli aku. kau nak jawab baik2 dekat siapa?
harap Remy Ishak & Fahrin Ahmad datang sini ke baru nak jawab elok2.
harapan la dyorang nak tegur kau. mesti diorang tegur aku dulu. HaHaHa. *dush.
Kejap eh, kita emo kejap je.
Sebabnya macam ni, kawan saya pergi tanya pihak terbabit, takkanlah takde kemungkinan nak tukar tarikh untuk mana2 paper..
Anda tahu dia cakap apa? "Students takde hak nak pertikaikan bla3"

Jom, lempang staf macam ni jom.
kau ingat bagus sangat ke jawab macam tu? kalau dah malas nak edit, perah otak tu, cakap jelah.
eleh, bajet nak guna kuasa veto.
Sorry eh kalau baca entri ni nampak macam nak kutuk kerja2 org bawahan (kerani what-so-ever). *kita tak tengok status*kita tengok ketaqwaan je.* ececeehh

tapi kenyataanya; WE ARE NOT ROBOT. Robot takde emosi kalau kerja banyak pon, but we are not!!! NOT!

Ada dua paper dalam sehari pun otak dah penat macam apa.
Logik lah sikit. haduuulaaa.

yelah, U ni kan nak melahirkan pelajar yang jamil, berketrampilan WTV, niat tu dah baik dah,. Tapi lagi baik kalau timbangkan sikit benda2 yang kecik dan remeh temeh ni.
Nanti kang KPT nak tengok pulak prestasi U kita macam mana, nak duduk ranking nombor berapa bla2.

Aih, apasal entah aku nak emo. eh tak tahulah. concern sangat dekat orang Hahaha.
Biasalah, simpati dan empati sukar dipisahkan dari aku. Emping jagung tidak terkecuali.

Berbalik kepada tajuk entri, kita cerita pasal kisah aku pulak.
semalam, ada paper Islam & Psychology.
tengah nervous, gementar, anxiety, excited, sambil tangan laju2 tulis esei, tiba2 pen takde dakwat nooxxx!
geram I. tapi kita kawal ye perasaan marah tuh. Idea turun mencurah2,alhamdulillah, sampai dakwat pun habis hahaha you wish!

bawak pen pon 1 je. Lalu dengan penuh keredhaan, saya menjawab exam guna pen basah. warna biru laut pulak tu. Aih, kategori pen warna pulak tu. kesian. Actually, i dont really prefer to use gel pen for anwering the paper. buat nota pun hanya nak buat corak2 guna pen tu.
takpelah! rezeki jawab dengan pen basah
kalau ikot skema SPM, memang dia tak terimalah jawab dengan pen basah.
banyak bad consequences.
naudzubillah.
Doakan yang terbaik, insyaAllah.

Semoga dapat markah extra sebab pen tu harga RM2.50//
yang habis dakwat tu RM0.80//
MEMANG KITA TAK BOLEH DEMAND TINGGI dengan pen murah. HEHE =p
taklah, I gurau je.
Pen tu banyak sangat guna untuk buat notes,tu pasaila.

jadi,lepas habis paper tersebut, pelajar genius ni pergilah ke kedai buku berhampiran untuk beli pen barang sebatang dua.
Kesian,
eh. salah.
SEKIAN. =)