Tabung Elektronik

Monday, March 7, 2011

BERCAAMPUR-BAUR

2011
I don't think 2011 is a good starting for me. =.=
Maafkan, Tuhan. Bukan tak bersyukur.
Cuma sekadar meluahkan.. Selama ini diberi nikmat keterlaluan, lantas bila diuji sekali terus
menggedik down. Najwa. Najwa.
Meh lempang aku sedas..

  1. I know I am a sad person nowadays.
  2. Demotivated psychology student. Currently. I am motivated myself now. Kalaulah minum superpower mampu menaikkan hormon happy. Akan kuminum berbalang-balang.
  3. Hidup tak seindah dulu semenjak join mrc. Gilalah, hati akak ditendang sana-sini sampai kau buatlah apa-apa dekat aku, no effect anymore.
  4. Yang akak perasan, akak dah malas layan orang. Lelaki perempuan sama je. Letih. Nak dengar masalah orang pun, aku dah menguap dalam hati. Asyik dok fikir masalah aku lebih besar daripada diorang. Sorry.
  5. Yuran bayar lambat. Finance tak key-in data akak. Jadi akak tak boleh pre-registration subjek. Akak sedih, nak menangis. Terkenang waktu add manual nanti. Perit.
  6. Akak benci bila coursemate cakap macam ni; " Haa? Apa? tak pre-reg lagikkk? Dahla student Psyc (kena berebut lalalalal.) Akak pun tak tahu kenapa golongan ni boleh jadi student Psyc. Yes, I am underestimate you because of this SMALL problem.
  7. Kalau kata-kata diorang boleh buat aku selesa, takpe. Ni tak, tak bagi keselesaan. Langsung!!
  8. See, aku cepat marah 5bulan kebelakangan ni.
  9. Lainkali, mungkin kita boleh mintak ihsan diorang tolong bayar in advance. Kan?
  10. Apa perasaan kalau selalu kena aim dengan lecturer, as if kita ni 'problematic student'?
  11. Sepanjang bergelar student, dari sekolah dulu. Disiplin aku cemerlang bukan main. Sekarang niii?? (adakah kita jauh daripada pandangan ibu bapa? Tambah-tambah Taman Melati dengan UIA jauh sangat.) Tambang pun mahal kalau nak balik.
  12. Lecturer ni suka sebut nama akak dalam kelas. Tahulah student psikologi. Lecturer adalah master (sifu) psikologi. Pantang boleh baca mata kita. Adehh!
  • Najwa, are you okay?
  • Najwa, you looked tired?
  • Najwa, you looked confused? (mapuh g la kalu grammar saloh pong)
  • Najwa, we are discussing about lalalala. What is the relationship with lalalala?
  • Najwa, are you in Twilight Zone? (weh, twilight zone ni apa benda? daydream e natang apa?Akak tak tahu la dikk)
  • Najwa this. Najwa that.

  1. malu lah. Tahu tak? Yes, I know, my first class (performance) was good. Lately, i don't feel i want to participate. Akak pun tak tahu apa yang akak penatkan sangat nihhhhh!!
  2. Adakah akak perlukan kacip fatimaaaahhhhh abu bakar???????? hahahahaaha
  3. Sumpah, this is tiring. Penat. lelah gila. Nak menangis lah.
  4. Saya dah takda harapan ke Tuhan untuk ambik praktikal? =(
  5. That 5marks....
  6. I wonder why, that post graduate student had to be soooooo strict.
  7. As if she is my lecturer. Tolonglah. Aku harap kau dapat benda yang sama one day. Let you remind about this thing. Tak semua benda akan berjalan dengan baik, walaupun anda perancang masa yang terbagus.
  8. Yes, Allah wants me to learn something. He wants me to be a better person. Get a good lesson. Yes, I am redha. A big redha.
  9. Terkilan tetap ada pada sister tu. She should know, because she is a student too.
  10. Takpelah. Hari dia. Bukan hari aku..
  11. Tengok, tengok. lately sangat menyedihkan. Jiwa raga sakit.
  12. Minggu ni sangat sakit. Kena siapkan semua benda.
  13. Tak sangka hidup jadi pathetic macam ni.
  14. Ini semua sebab nak jadi psychologist.
  15. It is a very big OKAY. For the God's sake. Family. Friends. Others ( communities) and, especially, MYSELF. to my future children. my new generation. (husband pun termasuklah. ;p)
  16. And, last but not least, I have learnt about life. this is the reality. Terimalah dengan tangan terbuka, jangan fikir seolah-olah esok dah tertutup buat kita walaupun ita dah terjebak dengan kesilapan. Tak kisahlah besar gajah ke. Kecil macam kuman, amaeba ke. The thing is, yourself. Either you want to proceed with a greater step or vice versa.
  17. Aku sahut cabaran iniiii. Yeah!!

Sesiapa tak faham, takpe. Ni personal life. Adakala kita tak mampu nak cerita semua.
Esok akak bawak cerita cinta.
Bawak bekal keropok (cikedis) depan laptop eh.

Thursday, March 3, 2011

SEE YOU LATER. OR MAYBE very soon?




Semalam, cik dokter Zhafirah telah kembali ke pangkuan Mesir.
Flight pukul 2.40.
Yang aku pulak, tergedik-gedik nak menghantar jugak. Tapi niat di hati Allah sahaja yang tahu.
hehehe

Antaranya;
  1. Syok jugak memonteng kelas. Satu jelah. Satu sudah. Kau nak ponteng banyak kelas macam lah kau tu genius sangat??
  2. Eh cuci mata tengok kasut ehem2 (new arrival pun bagus jugak? Tapi tak sempat. +.+
  3. Weh!! Dah lama tak pergi kLia. Rindu. Rindu asap kapal terbang. What the heh? hahaha
  4. Hmm. naik kLia express pon macam best nih.
  5. Hantar cik Zhaffy, sebab haritu masa dia kembali ke pangkuan Malaysia, saya tak pergi jemput. Sebab menggedik dekat VI. Ingat tak?
Nak tahu uols? Saya pergi KLIA dari UIA naik bas transit kL sentral kemudia naik KLIA ekspress.

Bagus dari uia pukul 11.50. Berkejaran macam nak gila. Semput naik bas t231. Hah! ambik. No bas sekalikk aku kasiiiii.

Lepastu, pergi KL sentral. Sungguh lembab tren ketika itu. Rasa nak keluar tren berlari secara watson nyambek (wahahahaha- nescaya bertaburanlah lemak auntie) dan pecut meninggalkan tren ke belakang. Tapi tak usah percaya. Ni boleh terjadi dalam mimpi saja.

Okay2. Sampai kL sentral 12.30.
Tersalah pergi kaunter KLIA transit pulak daaahhh. Mak kan jakunnn????
Okay2. pergi KLIA ekspres pulaakkk!.
okeh2. cik kaunter cakap next train lagi 7 minit. Okay beli tiket.

Kemudian beli makanan doraemon. Perisa cokolat. Mineral water. Ganti balik peluh2 yang hilang. Pffftt!



Tengah elok menogok air mineral BLUE sambil tunggu si ekspres tu datang, tetiba ada seseorang lalu depan haku.

Sambil togok air, mata tak lepas tengok orang tersebut. Aikkkk? Macam kenal. Gila tak kenal?
Kecik2 dulu, selalu lah tengok miss world kejadah apa yang tak senonoh tu.
Tapi, saya adore dengan pengacara dia. Oh..

Tak sangka boleh jumpa dekat sini. Oh, syahdunya hati. Terus feeling artis-artis kejap.

Guess who?
Mahadzir Lokman.
Aku yang jarang jumpa artis ni. (artis tahap atas sikit) macam usha tak lepas. Nak tegur kang takut salah orang. nak letak muka kat mana? Celah cardigan?

Kita aim. Kita aim kena tinggi. Haku yang ala-ala dah excited ni, dah cakap dalam hati. Hah, kita kena duduk sekali ni uncle. Baru best. Hahahahaha

2minit kemudian (macamlah sebelum ni ada mention pukul berapa kan?)....
Tren sampai.
Wuhhuuu. Misi perlu dijalankan. Jeng.Jeng.

Menyelit sikit. Doa dalam hati mintak2 ada tempat kosong bersama uncle Mahadzir nih.
tetiba je, ada lelaki mana entah menyelit nak lalu tempat aku. Oh nooo!

Jangan duduk situ. Aku jerit kuat-kuat.

Semua orang dah pandang aku pelik. Uncle M turut pandang. Dan dia macam seakan-akan tahu aku nak duduk dengan dia. Dia pun tepuk2 kerusi depannya (bajet cop untuk aku la) wehehehe
I bangga I bangga. hahaha


Muka penuh kepuasan.
(p/s: Tulisan warna kuning adalah berbentuk khayalan. Kesian dia, siapa yang percaya. huahuahuahuahua)

Tapi, betul lah people. Aku duduk dengan beliau. (kepoh kan aku? Tapi kau ada????) hahahaha

Aku dengan santun duduk depan dia. Tapi, betul ke pakcik ni Mahdzir Lokman. Haish. Kang takut hampa, aku nak angkat punggung pergi duduk gerabak lain.Boleh?

Dekat 10minit usha situ sana sini. Nak tanya, haruslah aku malu. Pemalu. Biasa ah.

Sat lagi nampak dah. CeQ nampak dah. nampak apa?

Beliau letak tiket dalam kocek baju beb. Dengan menggunakan power mata yang tertinggi, dapat juga scan nama dia. Fuhhh!

Mahadzir Lokman Dato


yehaaaa! Berjaya babe, berjaya.
=) =D

Kenapa wawa adore dia?
Sebab kemahiran L ni mengacara, perghhhhhh.
Suara dia. perghhhhhhh.
Bahasa yang dia kuasai. Banyak lah sikit daripada daripada Paknil. hehehe
Adorable sangat!!!!!!.

Dasar penyibuk ni, berasa curious. Ingin tahu ML ni nak pergi mana. Tak sabar dah nak gosip dengan Daddy. Hahaha.

Uncle ni nak pergi KK jeeeee. Kalau tulis Paris, dekat situ jugak aku cakap nak ikut. hehe

Lepas tu, sambil stalk orang yang dah ada depan mata ni, dia dok la tulis something atas paper.
Baju melayu..suit..

Takut tertinggal barang ye, uncle?

Tapi kan, macam teringin lah pulak nak dengar suara uncle ni live.

Alhamdulillah. Allah telah mengabulkan doakuuu. haha
Ada orang call uncle ni. He speaks Malay. Then he speaks English too..,.Yea! (apesal excited nau nih?

Memang best. Best, best. Macam dalam tv. haha
Okay dah. 30minit je boleh duduk dalam tu. terus sampai klia.

Eh, lupa kejap pasal adik. Boleh?
Terus berdesup pergi lari naik lif, cari international departure sampai lelah esofagus aku (betul ke aku eja ni?)

jantung pun pam darah 2,3kali lebih hebat daripada biasa. Maklumlah, malas exercise.. ;)

Sampai je dekat mCd, terus kena bebel dengan adik "hey, orang nak turun dah ni. Lambat gila sampai." Biasalah tu.. dasar darah gelabah tak habis -habis. haha

Ada aku pedulikk? Jumpa ML pon dah seronok. ;D

penat dari uia ke klia berbaloi-baloi.


Okay, lepas salam terus adik turun dengan 3kawan dia. Memang 3 orang ni je tinggal sebab tunggu aku.
tQ lah tunggu. Susah-susah je >,<



Another Daddy's GirL. (anak bongsu abah ye dikk? ;p)



With our sister (kak Ngah yang bakal kahwin tak lama lagikk. Aminkan ramai-ramai cepat!!)
Yang bajet-bajet maskulin, tapi pemalu tu kitorang punya sepupu. Single lagi kot. Anyone?
Muda setahun daripada saya. Borang mintak dengan I okay ^__^

Dah, tu jelah cerita terbaru. Gambar aku dengan adik memang takde. Sempat salam cium pipi je. Terus budak tu turun.

Cerita hati dan perasaan aku, banyaaaaakk. Tak sempat nak buat entri baru je.
Kang group-mate ingat aku tak buat kerja pulak kan. Maklumlah, kita tak tahu siapa stalk kita kan?


P/s: Aku rasa, aku ada darah polis sikit. Boleh mintak jadi calon FBI nih. =.=

Sekian dulu...

Kakak Cik Zhaffy yang cute. Oh!