Tabung Elektronik

Wednesday, July 21, 2010

AM I NORMAL?

Pagi yang ceria, mendebarkan dan sakit perut semua ada.
Today, is Wednesday. "wednesday is English day, English day, English day..Wednesday is English day, English day..We love English!" dush! -penumbuk-

Kau normal tak hari ni wawa sebenarnya?
I had my JPJ test this morning.. I am so Happy. Macam Barney & friend. But I am sad. Macam Elmo. kejap, elmo tu bukan binatang yang happy jugak ke? Shut up!

RESULT; jeng jeng jeng jeng... dang!!!!

Dua jenis berita; berita gembira dan berita terlebih gembira.. Hahaha. (jadi readers, sekarang anda rasa aku normal tak?)

Berita gembira; Saya gagal ujian menaiki/memanjat/ mendaki bukit. gahhh! kau ni, naik guna kereta pun gagal. ish3. tapi saya happy =)
Saya tak tahu kalau orang lain rasa macam mana. Mungkin ada sebak,yang tu saya rasa sikit. Mungkin sedih, macam nak pergi lenyek bukit tu dengan *binatang yang warna kuning - dia ada bila orang naik baiki jalan ke hape kan. Mungkin gembira-obviously itu adalah saya, orang yg dimaksudkan. Ni nak kena lempang dulu baru *hormon happy kurang sikit kahkahkah.
Naa, lepak lah. Kita gagal tak bermaksud lepas ni peluang untuk kita ambil ujian kali-2 akan berkurang, bukan?
Chances is always there. tapi sebab kita gabra, semua benda kelam kabut. Alah, bukan kita seorang yang malu kena turun kereta sebab gagal, ramai lagi. tapi saya gembira sebab saya orang pertama gagal. HAHAHA!
malu betul! Saya orang ke-4 terawal pada pagi yang mulia ni (boleh tak jadikan ini sbg alasan aku fail?oohh!). tapi tak apa. Kita belajar dari pengalaman. Lepas ni dah tahu dah macam mana nak handle emosi semua. tahu dah setiap kereta berlainan clutch. Jangan dok ingat sama je dengan kereta pakcik sekolah memandu. tak bagus.
Tapi setiap kegagalan ada harga yang perlu dibayar. kegagalan ini bernilai RM120. terbang lagi duit daddy. Sorry daddy~~ kan best kalau daddy beli kereta 1 letak kat rumah boleh pergi buat latihan semua..heheh

Berita terlebih gembira; As you can expect, but not me (KAHKAHKAH), saya lulus jalan raya. Bereh la, dapat JPJ ore kelate kei. Kito kecek laluh. hahaha~(HAI, SAYA WANITA YG BIJAK AMBIK KESEMPATAN.HAHAH) ~ ini teknik psikologi ya kawan2.
Dalam hati saya; "encik wi lah sayo luluh. Kito ore sekampung jah kei. tok soh dok wak payoh2 la..heheheh"
baik betul dia, kitorang sempat lah taaruf. hehe, tak banyak, saya tak ada goda2, cuma guna ilmu yang ada, ilmu psikologi _hahahah blah la lu wawa! bukit pun fail! cis! Dia ada ajar jugak..Tolong tekan brek semua, macam bagi arahan belajar. Oh best2. ALHAMDULILLAH! bersyukur sangat je bunyi dia kan? macam mana lah tak bersyukur, nak mampus, buatnya dua2 ujian gagal..Tak malu kat orang kampung ke?hahahah
bagus betul beliau, kitorang asyik story2 je. memang lari habis gabra zebra aku. Best2.
dapat 18/20 pulak tu.Hahaha, obviously nampak bukan keterlebihan gembira saya? ^_^

DAN TERBUKTI, SAYA MEMANG DADDY'S DAUGHTER. bapa saya pernah fail bukit jugak duluu...HAHAHAHAHA
ok nyanyi kat daddy lepas ni~ "kita serupa..kita serupa.."

Usai ujian memandu, pulang ke kantor daddy,..hahaha yang ini sangat menyampah. Sampai ofis, daddy bukak pintu sengih2-menyampah haku hahaha dengan anak2 buah dia sekali ada depan pintu (meja receptionist) senyum2 bajet sweet ke hapa, tengok aku masuk..cis! hahahaha bencilah..
yang bhgn Lulus boleh la nak bangga, sekali cakap pasal bukit, jalan masuk bilik abah menunduk memang sebijik gadis baru lepas kena risik.haha bongek. ok, diam semua. aku benci fikir pasal ni.

Dahla dah ponteng kelas sehari suntuk. Empat kelas pulak tu.Haih. -_-
catch up study pulaaaaaakk!
Semester ni sangat melelahkan, saya boleh nampak begitu. Tapi belum rasa lagi setakat ni =P

No comments: