Tabung Elektronik

Saturday, January 15, 2011

KENAPA AKU YANG NAK MALU?

Tadi pagi, pukul10, aku ada kelas skill. Wajib ambik untuk semua pelajar.
Kira bahagian KoKo ke KoKu ke, lantaklah. Jangan Koko Krunch. Tu skill yang tak payah ajar. Nama pun skill mencekik. Ni skill yang aku ambik kali ni, (padahal kali pertama kan) bukan main2 nih., Serius weyh. Tapi skill apa, biarlah rahsia. Hehe

Lain kali cerita okay? I promise ;p

Balik daripada kelas skill, sambil bawa muatan barang (barang yang berkait dengan skill tuu) tiba-tiba...

I; Eh, maacam kenal sorang mamat tu. Dia buat apa dekat kolej kediaman (mahallah) perempuan ni. (Takkan pulak kelas skill aku ni dekat mahallah lelaki).

dupdapdagdigdug.

Serius, pejam celik. Eh betu ke dia ni? Sebab aku ragu-ragu, he was wearing a cap. Macam nampak lain.

So, terlampau berdebar, aku tersebut err..."damn" hahahHAHAhaha. Ampunkan hamba-Mu ini Ya Allah. Kau kerja memang mencarut eh minggu ni, wawa? *aksi menempeleng diri sendiri*

Astaghfirullah. -___-

Ala, dan-dan je masa aku nak lepas laluan tu sebab nak tak nak, Kena jugak lalu situ. Sebab lelaki nih dah usha-usha, kira kalau aku patah balik, nampak gila aku loserrr okaayyyy!

Tak kuasa ah, nak gostan sebab ternampak lelaki nih. Ceh!

Tetiba pulak kan, 2lelaki ni, duduk dengan 2perempuan. (apa hubungan, malas pulak nak ambik tahu, tapi mungkin pasal society ni, kalau nak dating, konfemla keluar dari tempat ni- kira dating dalam mahallah, mana boleh. Gila kau?)


Tetiba lagi, 2perempuan tu pulak kawan-kawan aku. Boleh? Ala, tak boleh blah nih?
Dan-dan tu jugaklah aku tercover-cover. Apasal aku cover2 pun aku tak tahu. Gedik sekejap.


Haih, apa la nasib guwe hari ni.


Sat lagi nak ajak sembang pulak, lantas dengan pantas aku buat muka lapar, nak balik mahallah aku yang dekat seberang jalan tuu. Yang si lelaki ni macam cover jugak. Duduk dekat belakang member dia, tapi nak dengar apa yang kita borak. Eleh, eleh. hahahaha

########

You, guys people..Mestilah tertanya-tanya siapa si lelaki ni. Apasal aku malu sangat nak jumpa dia.

Well, he is nobody pon. Sebab tu lah aku geram pasal apa aku nak malu jumpa dia. Adeh! Ni masalah dalaman ni kau tahuuu..

Lelaki ni, saya namakan Ef.

Bukan nama sebenar okayy. Siapa terasa tahu pasal cerita ni, diam-diam sudah. Aku nak cerita dekat blog je. Korang tak payah bawak mulut dekat luar, dunia luar. Fitnah banyak sangat nanti. Cerita lama je pun. BASI dah.

Sebenarnya, saya kenal si ef, dekat matriks. Kenal melalui sebuah persatuan yang femes dengan jantan. Dah perempuan kurang nak msuk, pasal apa saya tak tahu.
Mungkin sebab nak cover malu. hehehe Jahatnyaa akuuu-

Dia orang kuat kelab, berbanding saya, kira freshie kelab. Sebab kehadiran yang konsisten, saya terpilih untuk jadi setiausaha. Gila gempak. Tapi to be frank, I hate to be secretary. Otak mesti fokus, kena bajet ayu macam dalam tv tu kan? haha wek3 wateva.

Tapi belajar banyaklah sejak jadi s/u nih. Phewwit!

Eh,sesat cerita pasal s/u pulak.

Masa join kelab nih, eceh saya perasan dia selalu usha saya. Hahaha (muntah hijau,) ala, dulu hot kan, hot ke? lalala Tak ah, tapi cute la. ;p ;p ;p
Dia mesej2 pulak. Ala, tak payah cerita panjang2 la. Aku geli dan malu. Tak mengandungi sebarang mesej keterlaluan, cuma malu lah nak kongsi kan.

Lepas setahun join kelab nih, ada annual grand dinner. Lelaki ni tukang ambik gambar. Kira senior la kan. Jadi, dia sebok okeh tangkap gambar aku. Nampak okeh! Aku sorang je simpan cerita ni. Nak kongsi dengan siapa? Perempuan tak join sangat kelab nih. Jadi, kawan itu kurang, sementelah perempuan2 tersebut dah mahir, i was a beginner at that time.
kesian aku.

Dia text aku, 'Nanti tunggu saya taw, kita ambik gambar sama keyh?" _dia dah grad dekat matriks, so nak masuk main campus la_

I did not replying his message pon. Hahaha

Dengan sesedap rasa, lepas habis majlis (pelantikan aku jadi main board pulak for next tenure lepas lelaki ni punya tenure menyerah jawatan) aku pun tolong kemas meja2. Maklumlah, s/u kena tunjuk rajin. Kalau malas sangat, orang dah boleh baca perangai kita untuk kerja pada upcoming event and etc.

Lepas tolong kemas meja, aku lari weyh balik Mahallah Zainab. Lantak kau la. Biar kau terkontang-kanting cari aku.
Takmolah. Dah la tak rapat, tetiba nak ambik gambar sama. Mana boleh? Ini adalah weird.

You; "Dia hensem tak?"

I; "Ada rupa, cerah, tinggi.okaylaaa.~ "

You; "Habis tu, taknak apesal?"


I; Meh aku cerita.

Aku tak tahu la korang judge aku macam mana after aku cerita pasal lelaki secara detail untuk 1st time nih.
Up to you, people. Kita tak boleh halang persepsi orang dekat kita. Baik atau buruk, semua terserah dekat diri anda sendiri.

  • Dia mendesak. Semua lelaki pun suka mendesak. Zaman hormon tengah membiak hebat. 18,19tahun. Manusia kalah dengan nafsu. Betul?
  • Dia dah ajak aku pergi jalan2. Korang tahu, bapa saya, mana bagi keluar sesuka hati. Dengan kawan perempuan pun sangat bersoal-jawab. Nak nak pulak dengan lelaki. I said to him, "Saya tak keluar dengan lelaki" He; " Meh, saya jumpa dengan parents awak, nak mintak izin keluar" Sabar je lah lelaki ni kan. Ni maksudnya aku taknaklah. Kalau nak, tak payah bagi alasan mak bapak. Gila semangat nak jumpa mak bapak ok?
  • Dia nak hantar balik rumah hujung minggu. Gila?? Aku yang waras ni, tolaklah dengan baik. Mujur, alhamdulillah hormon yang membiak ketika itu berimaaaan,hahahahhaa.
    Nak jawab apa dengan daddy, tetiba dia nak hantar balik. Tahulah kau ada kereta. Tapi tak payah ok. Aku tahu dah, itu kereta bapak kau. Ni bukan kau punya kan.. Alasan nak hantar pulang, sebab rumah kita sehala. Kitorang sama daerah dekat Gombak nih. Tapi, kudrat abah masih ada. Pesanan abah pun ada dalam kocek lagi.
  • Dia ajak pergi Johor ambik saudara perempuan dia. HaaaaH?? Ni gila kuasa tiga. Bapak jauh doh! Ni lagi tak boleh ikut. Even nak. Hahaha (syaitonirrajim mengambil tempat dalam hati). Mana boleh anak dara ikut lelaki pergi selatan tanah air. lagipun, itu saudara kau, bukan aku? Dia cakap, nak suruh aku teman. Takmaulah. Nehi2, kabhi kushi kabhi gham! Nak mintak izin dengan daddy pun mahu nak terkencing. Takde koje lain gamaknya? Takde orang lain gamaknya boleh teman si ef ni pergi Johor? Kita takde kaitan pun?
    Aku, sekali lagi, menolak pelawaan tersebut. Fikir panjang perlu beb, jangan main redah je. And again, he said, Takpe, he want to meet my parents and would ask for their permission. Degil ye kau ni? Aku pun malas dah layan. Ni macam nak paksa pulak. Then dia cakap; " Saya pernah ajak kawan perempuan teman dan saya jumpa parents dia." And I was ; "Heh?? what? what??" eleh, kira kau dah pernah ajak perempuan lain pergi merata-rata la ni eh? Hah, xpelah, dekat situ dah nampak dah kau macam mana. SALAH ORANG LA KALAU NAK DIBUAT MAIN.
  • Dia tak dapat secara terus, dia guna kawan dia tolong adjust. Kawan lelaki nih bukan main pujuk2 lagi. Tapi nak buat macam mana, hati tak terbukak lagi.
He is one of men yang tunggu aku, lama (lama tak lama pun, setahun lebih kot). Lama sikit daripada lelaki-lelaki lain yang pernah hinggap dalam hidup aku.

Hidup yang sekali ni, saya bukan nak jadi perempuan cerewet, terlalu memilih. Selagi ada hak, apa salah kalau kita tapis secara berkali-kali untuk berkawan?

Ya, benar. Masa nilah nak rasa ber'couple' macam mana. Tapi, tak matinya de kalau takde partner yang bergelar boyfreng atau girlfreng.

Last-last, bila dah jumpa time2 matured nih, kan dah malu.

Patutnya dia yang malu lebih, tapi aku pun tak faham apasal aku yang termalu lebih. Sheeet lah begini.


Bukan kali pertama kami terserempak dekat sini sebenarnya, dalam 3,4 kali jugak. Dia tak pernah tegur. Aku nak tegur? Memang lagi taklah. Maklumlaaah, Daddy's Girl ini memang pemalu. Nak tegur lepas tu nak cakap apa?
Aku tak kisah nak berkawan balik, cuma selesa dengan keadaan macam ni.
Biar kau dengan life kau, mungkin dah ada someone else. Should be la kan? Takkan lah takde?
Kat sini bukan main cantik lagi perempuan bergaya.

Sudah,lagipun saya selesa begini. Kang kalau tegur balik, ahhh malas la fikir! Biar je macam ni. Ye tak?








No comments: