Tabung Elektronik

Sunday, February 20, 2011

PENANGAN VICTORIANS; Rindu Yang Tak Berkesudahan?





Cerita indah bermula minggu lepas.

Pergh, ayat aku.. ;)

Begini. Masa sedap bercuti CNY, (raya cina). Tetiba, ada abang handsome call.

Handsome; "wawa!"

Beauty (hahaha, lawak nickname aku. kasi can please) : "yes, hensem?"

H; "wawa, check fb taw"

B; "haa? okay2." *nanti2lah check. dekat kampung mana nak dapat line yang laju berdesup.

H; "ok bye."

Si beauty ni, tertanya-tanya. Apakah plan si H? Bukankah ini perbuatan weird, tetiba call aku suruh check fb. Padahal selama ni tak pernah pulak kau rajin nak call aku bagai kan. baik kau mengaku irwaannnn!

Okaylah. naik semester. Mulalah panas bontot aku bukak fb, check inbox. Apa benda lah budak ni nak. *okay, sekarang takyah guna nick name handsome. Guna nama asli. Next time guna lagi, untuk orang lain pulak. hehe ;p

~oh, irwan ajak saya pergi VI rupanya. jadi fasi.

Baguslah ajak aku masa nih. Sumpah, minggu tersebut demotivated gila.

And now, he want me to motivate adik-adik dekat Victoria Institution tuu? No way man?!

Aku tengah tak sedap hati tunggu adik nak balik dari Mesir,

Aku yang tengah tak sedap hati nak ponteng kelas skill menjahit.. (*oh men! rahisa terbongkar)

Aku yang tengah bermalas-malasan melayan perasaan saban hari boring tunggu .. err. merepek. takyah layan yang ni.

But, last week memang banyak excuse yang buat saya tak mahu pergi VI. I was thinking, #budak2 pandai perlu motivate lagi eh?# Apa kata fasi2 yang nak pergi sana tu, motivate aku dulu? haha

Ingat ye puan-puan. tuan-tuan, kalau ada.

Nak bagi motivasi ni, bukan senang beb. Tambah-tambah hormon kau melayang ke man-mana entah. Ingat senang ke nak grab mood tu? I bukan fasha sandha, I tak reti berlakon bagai ni. I is me. Me is Wawa. Wawa is Najwa. Najwa is Beauty. ah! adoi. terpesong lagi.

ce cite. ce cite. Sambung cite.

I don't like to be hypocrite. Nak nasihat budak-budak. Bukan main gebang kau ye? Padahal, aku pun bukan main takde mood nak belajar. Benci sebab ada rasa macam ni. Macam kurang perhatian boyfriend je kan. Padahal memang takde bf. Teman lelaki je ramai. Ah sudaah.

Teringat pulak dekat kelas skill sewing. Perit ooo kalau tinggal kelas ni. Eventhough 2 jam je. perit nak hambat balik. Catch-up bukan main payah babe. Nak-nak pulak tangan I yang keras macam kayu ni. Belum skil masak-masak lagi. Tu dah keras macam ais pulak.

Kesimpulannya; SAYA TAK ADA HATI LAH NAK PERGI VI SANA!! I know I wouldnt be a good faci though.

Dah bagitahu irwan, nak tarik diri. Gila tak mahu ambik risiko menjatuhkan maruah sendiri. Ini adalah pathetic.

Tapi, taknak pergi VI means taknak tolong kawan. Saya kenal si irwan ni dah lama. Tahun 2007 lagi. Sangat tragis kalau taknak tolong member sendiri. Bukan?

Kemudian, masih menimbang tara, mahu pergi ke tak.

To be frank, i can feel that my coursemates, ada yang tak bagi pergi. *I wont explain here* Takde impak besar pon kalau cerita.

Balik bilik, mengadu dekat roomate, nama dia Faza.

B:'Faza, perlu tak wawa pergi VI?? Wa ada kelas jahit faza...Kang susah catch-up etc. Kang lalalalalalaalala." Nampak tak kawang-kawang?

Betapa aku berada DI PERSIMPANGAN DILEMA?

F; "Ala, pergi la wawa. Jahit leh catch-up"

Tapi, aku yang membosankan ni jawab lagi macam ni;

B" Tapi, banyak tertinggal nanti. Assignment banyak faza. Faza rasa perlu tak?" Dalan hati memang nak pergi, tapi tak tahu mana keutamaan.

Dengan pantas, guna kelajuan roket si fa jawab:

F: perlu wawa. Ni kira tanggungjawab sosial (sebut elok-elok. akak lempang kang kalau sebut tak elok2. haha)

Perghh! Hati terus berdetak, lantas pergi induction faci dekat centre,

Ni lah yang aku nak. kawan yang tolong tunjuk jalan. Bukan yang lagi mengaburkan jalan yang aku perlu pilih.

Sometimes, kita da 50-50. Tinggal nak top-up peratus konfiden. Sekali, rumet bagi cadangan, ha ambik kaw!

terus decide pergi VI.


what is so good about VI?

Puas aku tanya sana sini. Budak2 ni macam mana kan? Habislah kalau semua speaking tak hengat. Mati kebekuan aku kat sekolah tu kang.

Thank you untuk supporters: Aini Basri, Diela & Faza. Durra pun ye jugak.

Ramai kan kawan yang aku mintak pendapat?

Punya lah takde konfiden nak pergi. *sambil nyanyi lagu Nora tadi*

Tapi, alhamdulillah.

Keputusan ini tak salah. Dan insyaAllah tak akan salah. Ya Allah, please guide me.

VI memang best. Cuba tengok pic dekat atas.


  • Sekolah kau ada ke vending machine sampai 3 (yang aku nampak lah). Tepi asrama ada. Tepi dewan makan ada, Tepi post-guard pon adaa??? Kaya pak guar dia nihhh!
  • VI ; famous pasal gentlemen, sportmen and scholars.
  • Betul tak adik-adik? =)


Nak tahu lebih lanjut? Tunggu esok.

p/s jangan lupa tekan iklan nuffnang atas.

Boleh saya sambung cerita esok? *mengantuk. -____-"


1 comment:

Anonymous said...

ok wa. its nvr a mistake :) live with the sweet memories ok :)