Tabung Elektronik

Thursday, May 5, 2011

CONCERN.


Mood malam ni memang kencang. Macam bola disepak David Beckham, laju habiss!

Ehem2, ni yang aku nak cakap ni.

Blog aku, kepunyaan aku lah. It means semua pendapat aku dikira ada benar, dan ada salah. Jadi, faham2 sendirilah.

Baru2 ni, saya ada menulis tentang derma, sindiket, budak sekolah. uols carilah sendiri post tu kat mana. Dan lebih bertuah lagi, ada pengirim yang senang hati mengutuskan sedikit komen mengenai penulisan saya yang serba kekurangan.


"tak kesah la budak2 tu nak bagi. yang penting dorang niat nak tolong org. kat situ dah dapat pahala. sindiket atau tak tu blakang kira. daripada ko. dah la tak bagi. simpan niat nak halang org menderma pulak. busuk hati."

Dan lebih bertuah lagi, penulis komen ni namanya Anonymous. ;( Sedih saya.

Whoever you are Anon, let me tell you this ya.

Pada saya, perkara ini tak perlulah dibesar-besarkan. Sebab, niat saya menulis ini untuk memberi kesedaran yang bukan sedikit nilainya. Mungkinlah saudara nampak cara saya bagaikan menghalang para pelajar atau manusia lain untuk beribadah ke jalan yang diredhai Allah.

Kalau Cik Anon berasa senang dan ada masa lapang yang lebih lapang lagi, cuba baca balik entri tersebut semula. Saya tak menghalang mereka menderma, apatah lagi busuk hati.

Cik, saya ada menyebut tentang, kalau students nak menderma, dermalah kepada yang betul2 memerlukan. Saya ada cakap, peminta sedekah yang buta tersebut adalah golongan tak memerlukan? Saya harap cik belum rabun ayam lagi.

Cik, niat saya cuma ingin menerapkan sedikit nilai dan kesedaran terhadap sindiket ni. Kalau cik tak bersetuju, tak mengapa. Saya tak mengharapkan sesiapa pun yang baca blog ini, dan komen macam:

"Oh my goodness wawa, you are so right!! Absolutely right!"

"Memang benar Daddy's Daughter. You are so cool"


Ha ha ha. Niat macam ni tak ada. Ni penulisan peribadi. Harap sangat cik faham. Mengenangkan penulisan komen cik pun saya tahu dah cik ni tak memiliki blog. Bukan?

Cubalah buat satu. You will know what is the purpose of having a blog.

Akta hasut menghasut tak ada dekat sini. Ini hanya penulisan rawak, random. Kalau cik setuju, setuju lah. Kalau tidak, saya langsung tak kisah.


Habis tu wawa, apasal kau kena terangkan benda ni semua dekat entri baru?

Dah tu, ni kan blog aku. Sukahati akulah nak tulis apa2 pun. Mungkin nak sedapkan hati sendiri sebab terfikir2 ; did i do something harsh?

Dan saya juga terfikir adakah dalang sindiket membaca blog saya dan komen secara anonymous? ;0 !!!

Dan saya juga terfikir, adakah saya menghalang niat orang lain beribadat? Mungkin selepas ini saya perlu meng-update penulisan berbaur keagamaan, lantaran kerana ke-kerek-kan menulis di blog dan banyak mencarut. Mencarut??? Bukankah blog ini larangan mencarut?

Ini adalah sebahagian kata2 dari kotak pemikiran saya. Anda mampu halang? Tak mungkin. Hanya iman je mampu. ;)


maaf, sebab saya telah membalas cara komen Cik Anon tadi dengan cara yang sama awak menegur. I am not perfect. Just like you. Mungkin Cik Anon boleh bagi emel? so that kita boleh bincang isu ini (salah satu masalah sosial) di negara kita. Why not? kan?

Banteras gejala ni ke? Kita sama2 hantar mereka ke tempat yang sepatutnya ke (JKM). Eh jom laah.


So, come. Orang macam encik lah yang Malaysia perlukan.

Siapa sokong?


Tak yah sokong pun tak apa. Saya tak bertanding dalam mana2 pilihan raya pun. Haha -_-"

p/s: Aku tak kata aku benar, tapi mohon semua faham style aku tulis.

Aku terfikir2 bahwa, adakah wujud orang yang dengki dengan blog aku nih? Kalau betul, janganlah begitu. Follower akak ada 30 je. Follower org lain lagi ramai.

Lagi satu, kalau benar nak menegur, please, use a very good sentence.. I appreciate your advises.

I do and I will. Use brain's word. Not bontot. Okeh?


No comments: