Dulu.... Bukan main gedik nak bekerja, tak nak ambik short semester. Nak kerja lah. Nak rasa penat dapat duit hasil titik peluh sendiri lah, apa lah. Habis dengan umi, kakak aku, dah aku susahkan pergi hantar, mengambik. -__-" Datang kerja ikut suka. Dah tu, siapa suruh cakap, 'asal cukup 80 jam' aku pun tibai datang tengahari. Ikut suka lah. Asalkan cukup 80jam. Terima kasih.
Tetapi.
Sekarang.... Dah namanya kerja kat ofis mahallah, dari hari Ahad jaga kaunter tunggu bebudak check-in, register bilik.. Eh, apasal aku rasa aku seorang yang tak ambik short-semester ni? Petang tadi menggedik cuba nasib add subjek. Sekali dapat tahu? Subjek yang bukan calang2. Dulu panggil EAP (english for academic purpose/s) namun kini dikenali EAW. Aku tak tahu stand dia apa. Sebab basically, format dia bertukar. Jadi, aku amat ragu2 sekarang, sementelah ada kontrak sesuatu untuk dibuat dari bulan mei hingga oktober. Aku rasa macam, eh boleh ke buat dua benda dalam satu masa ni? Bukan apa, sesuatu ini menuntut saya ke sana sini (luar daerah) hahaha poyo gila ayat. Rasa macam nak tonyoh je muka sendiri.
Lagi satu, subjek ni sangat hot. Orang yang hot je boleh add. Tak semua rezeki berpihak kepada semua orang. Hanya yang betul2 hot sahaja. haha yang buat aku rasa hot lagi, dah tak senang duduk nak add ke tak? Semester 1 belum tentu dapat add ni. Tambahan, subjek ni ada research2.
Macam dah tamak le pulak. Naudzubillah.
Fikir aku, kalau aku sedap melepak 5 bulan, sekarang berbaki 4 bulan, kawan2 dah belajar 2 subjek. Nanti diorang habis dulu. Tak sedaplah tinggal dekat uia seorang, orang lain dah grad. ;(
Tu lah dia. Dilema entah apa2. Yang kiri cakap ambik short sem. Yang kanan cakap, buat sesuatu yang tak pernah dibuat, lalu kita kena fokus untuk tengok outcome yang macam best.
Orang tamak selalu rugi,wa.
Jadi, siapa ada nasihat terbaik?
Drop ke, tak?
2 comments:
kawan wawa yg lain amik ke x?klu drg amik,better amik je eaw tu.it stands for english for academic writing.fiza da amek sem lepas.heeee
kena wat research..ala xde la susah sgt.soalan exampon sonang jo ha..
wawa! wawa keje eh..? hik3! selamat bekerja~~~ -saod-
Post a Comment