Tabung Elektronik

Thursday, February 23, 2012

BENGANG


Hidup ini tak selalu cerah.

Meh aku cerita sikit apa kebengangan yang dibengang-bengangkan sangat.

First,
Berkenaan role-play group kitorang. Kan aku bagitahu hari tu kitorang kena berlakon untuk Schizophrenia. Dalam group ada 7 orang. 2 lelaki, 4 perempuan.

Sahih sahih lah 1 pelakon jadi patient, 1 lagi jadi Clinical Psychologist.
Yang lain-lain, jadilah narrator, parents kepada patient, atau apa apa yang kau nak jadi.

Yang buat aku bengangnya, semua tak nak jadi pesakit. Kalau perempuan tak nak tu, aku faham lah jugak. Ini lelaki 2 ketul ni tak nak ni kenapa?

Kang aku jadi pesakit terus aku buat gila kat uia kang. Lari lari berkejaran macam dikejar hantu kat centre ke, kafe ke. Aku, kalau berlakon memang over kang,. So, kalau taknak timbulkan kontroversi dekat tv3 nanti, 'Siswi IPT berlari tak tentu arah sambil buka tudung'

Kauuuuu. Tak ke meremang bulu ustaz ustaz kat sini? Imam masjid terus tarik aku bawak pergi Darussyifa' kang.

Ynag foreigner lelaki siap pesan : 'You can give any character to me, except patient'

Memang tak lah aku nak kasi kau jadi CP kan? Suara pun nak tak nak keluar je. Okay fine.

Aku ni sebenarnya nak jadi CP. Hahahaha

Sebab sem lepas, ada group yang buat role play (bukan Schizo), group diorang dapat full mark kau!.

Tak kanlah aku tak nak? Haruslah berpoyo-poyoan menjadi doktor yang best. Tapi aku risau gila dengan abnormal sampai tak boleh nak buat kerja lain.


2nd

Madam oh Madam.
Aku ambik subjek Neuro kan sem ni.
Last week, madam bawak buku Human Neuro. Dia cakap semua orang kena pakai buku ni.
Tapi, dealer boleh sediakan 17 buku sahaja.

Dia siap pesan, kalau nak cari dekat kamal Bookstore pun tak apa. Dekat situ memang kedai buku medikal, dah namanya pun kedai depan HKL.

Pergi situ dah macam 'Separuh Diriku Doktor' Hehehe :P

Oh, yang pergi situ pun bakal doktor lah bukan?

Mungkin boleh jadi agen pencari jodoh, juga?
Hahaha

Okay, melalut.

Sambung balik cerita.

Aku siap dah pergi order tahu buku Human Neuro and Abnormal Psyc. (2 buku)

Sekali, Isnin lepas(20feb), madam bagitahu dia tak jadi guna buku tu. Alkisahnya buku tu Mahal okkk. 200++

Aku yang bijak pandai dah order buku Rabu lepas (15feb).

Dah madam bagitahu, order atau beli kat situ. Kalau tak, tak ada lah buku aku. :(


Semalam aku call Kamal tu., Of course nak cancelkan 1 buku. Haruslah lelaki tu tak nak cancelkan order aku.

Elok je minggu lepas kata sampai dalam masa 3minggu. Semalam boleh pulak cakap sampai dalam 3,4 hari ni. -__-'

Aku tak salahkan Kamal lah. Bisnes kan? Takkan senang je customer nak main tolak buku yang tak jadi nak beli. Rugi lah beb. Kan buku tu kena naik ship semua bla bla bla.

So, aku terkilan dengan Madam.

She should tell us lah buku tu mahal bla bla. Yang penting plan awal nak guna buku mana. And now, dia bagitahu, guna buku Principles Neuro je. Yang lecturer sem lepas lepas guna.

Duit yang bakal aku habiskan sekarang adalah mungkin dalam 400-500 untuk 3 buku. Tak ke tersedak ayam mendengarnya?

Aku kena diet berapa bulan macam ni???

p/s aku tak bengang dengan lecturer aku. Aku terkilan saja.
Aku tak salahkan dia 100%, sebab aku tahu dia lecturer baru berkhidmat dekat sini sem lepas.

Everyone makes mistake.

Dan aku kira, nak jadi Dean's List Student memang kena berkorban banyak. Jiwa tu harus digadaikan beberapa kali.




No comments: