Tabung Elektronik

Friday, December 3, 2010

KAWAN KAPAL

Kawan kapal; Friendship.

Kubiar kalam berbicara,
Menghurai maksudnya di jiwa,
Agar mudah kumengerti segala yang terjadi,

Sudah suratan Illahi.

Kubiarkan pena menulis,
Meluahkan hasrat di hati,

Moga terubat segala keresahan di jiwa,
Tak pernah kuingini.

Aku telahpun sedaya tak melukai hatimu,
Kasih yang lama terjalin berderai bagaikan kaca,
Oh teman maafkanlah diriku..

Oh Tuhan, tunjukkanku jalan

Untuk menempuhi dugaan ini,

Teman maafkan jika ku melukaimu,

Moga ikatan ukhuwah yang dibina..ke akhirnya


Aku tidak 'kan berdaya menahan hibanya rasa,
Kau pergi meninggalkan diriku,
Redhalah apa terjadi,
Usahlah dikau kesali,

Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..

Boleh picit sini untuk dengar; Sahabat Sejati


Untuk teman-teman tersayang..
yang jauh di mata, tapi dekat di hati,
yang dekat di mata, melekat dalam doa. =)

p/s: yang jauh pun ada dalam doa.
Mana2 anda semua pergi, doakan kebahagiaan saya di dunia dan akhirat; doakan kesihatan saya..Doakanlah saya, semoga Allah merahmati kamu semua. insyaAllah.
Sama-sama kita doa okay!!

Wednesday, December 1, 2010

KAHWIN SITU SANA SINI

Pictures: Credited to Lina & Daus

Wedding Achinut dan Suami (cinot is my ex-Uni.mate)

Wedding Sarah & Fitri (my schoolmates)

"Aku terima nikahnya...." - Saya pasti ini ayat keramat untuk 2 bulan terakhir 2010 (atau mana2 tahun pun). Cuti sekolah sama dengan kahwin. Wah! Gituu ye?! Begitulah. Masa nilah nak kumpul saudara ramai2, jumpa famili jauh dekat selain hari raya.

Saya pun tak terkecuali. Tapi setakat ni tergolong dalam golongan hadirin jemputan ajelah. Jadi pengantin belum lagi HaHaHa. =P

Ramai betul kawan2 nak kahwin (ada yang sudah setakat ni). Meh saya listkan;
  1. Achinut 27nov (Nurul Ashikin Mohamad Radzi)
  2. Sarah & Fitri 28nov
  3. Lina & Tunang 12dec *kot (Lina Iryani)
  4. Sepupu (Pije & k'Yat) 18dec

Pictures; Credit to Nurul Nadhirah; Sabrena & Adib.

Sarah fitri punya wedding je saya pergi.
Wedding yang lagi 3 tu saya tak berkesempatan untuk pergi; di atas beberapa sebab
-Jauh (Johor & P.Pinang)
-Wedding sepupu dilangsungkan masa semester telah dibuka, tambahan terikat dengan program di UIA. Kalau saya lari drpd program, tak boleh. Aku tersepit dekat sini.
Malas nak terangkan, sebab saya tak mahu anda pening dengan masalah saya.

Apa-apa pun seronok dapat jumpa ex schoolmates. Yeay!
Jadi, ada siapa2 mahu kahwin lagi? Hantar saya kad okay =P

Untuk semua pasangan pengantin;
  • May Allah bless you, your spouse and the marriage.
  • May you have children, Quick2. Hahaha
  • Dikurniakan anak2 soleh & solehah.
  • Dikurniakan kesabaran, toleransi - perkahwinan yg bahagia. InsyaAllah.
Aminn.