Tabung Elektronik

Friday, July 2, 2010

SAYA TAK PENAT NAK MENJAWAB (1)

Perkara yang terbesar yang saya pernah lakukan dalam hidup saya adalah menukar bidang.

Macam main lompat-lompat gitu, bukanlah macam katak,tapi lompat dari dahan pokok ke dahan yang lain,tapi masih pada pokok yang sama. Sebab kehidupan hanya satu, satu saja dekat dalam dunia ni. Yang lagi satu tu, yaumul akhirah. Life yang tak akan semua orang tahu bila,hanya Dia yang tahu.Anda memang tak akan tahu.

Kalau nak cerita dari awal sampai akhir, memang blog ni dengan tiba-tiba akan jadi panjang gila.hahaha mungkin juga boleh hilang tiba-tiba.Manalah tahu, kan?;p punyalah panjang saya nak cakap kat awak semua.

Dulu, masa sekolah rendah dan menengah, cita-cita saya memang satu. Nak jadi doktor. Amboi,siapalah yang taknak,bukan? Anda pun mahu,saya tahu.

  • Jadi idola masyarakat,siapa xmahu?
  • Jadi idola bila balik kampong. Tokcik tokwan nekwan opah pak lang mak uda cik uda (cik uda ni nama haku la!hahah) adik bongsu abang sulung abg tengah bla blab la blab la bla. Punyalah orang kampong Bandar semua bangga, bukan begitu?
  • Bila orang tak tahu penyakit apa, nak sebut pun lidah tergeliat, tapi kita tahu. Maklumlah nak jadi doktor.
  • Bila saudara-mara sendiri sakit, kitalah hero/in hidup mereka. “aku datang,aku datang bawa ubat!” –bajet suara ultraman la-
  • Siapa taknak kena puji, makngah??! Doctor hebat, doktor jugaklah cekap,gaji beriban. Tambah-tambah lagi bila anda doctor yang pemurah. Duit raya bagi dekat satu kampong,(okay x,ni acah saja.maksud saya bagi dekat anak saudara kaum keluarga besar lah).

Jadi,SIAPA YANG XMAHU JADI DOKTOR,KAN??

Tapi, saya bersyukur jugak tak dapat jadi doktor pun. Life must go on. Cita-cita tu dah menghilang sejak saya menjejakkan kaki ke sekolah menengah teknik.. Saya tak menyesal pun, hidup ini bukan untuk disesalkan, tahu?

Dekat sini, saya belajar banyak perkara. Sebagai contoh eh..

1. Saya berkenalan dengan bakal-bakal jurutera, akauntan etc ;p

2. Saya kenal al-Mathurat. Ain’t that so sweet? Agama punya ilmu ada bertambah. Tak banyak, sikit kan? Daripada saya stay dekat sekolah lama, belajar bio kimia fizik dengan dua tiga tempat tusyen. PENAT.PENAT sangat. –saya pernah menangis masa PMR dulu, sebab saya kena pergi tempat tusyen 3 tempat dalam seminggu. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Hari2 kena pergi kelas tambahan. Otak saya.... Tapi saya faham. My parent did that because I’m not like other siblings kot. Saya,bukan jenis yang belajar tekun dalam bilik masa hujung minggu. Saya ulangkaji ketika tusyen. Habis tusyen, saya hadap tV. Tapi masa tu parents xkisah la, sebab saya penat ke hapa. ‘Bagilah dia tengok tv.’ Tapi mana ada rancangan best malam2?cerita hong kong adalah. >> result PMR saya memang gempak.,hahahah 7A gempaklah bagi aku yang *rajin ni. By the way, pusat tusyen pun banyak bantu, TITIAN CAHAYA. Kalau anda ada anak nak beljar ke hape,pergi hantar sana.

3. Saya belajar stay dekat hostel..alooolloo.. sweetnya.!x sweet macam mana?almost two months asyik menangis teringat rumah.hahahahahah shame you,wawa! Hhahaha bau rumah pun terhidu2 dekat hidung ni. Pelik kaaN?

4. Saya belajar lukisan kejuruteraan. anda ada?hahah my goodie bag!!

Every LK class, saya menangis macam loser weyh! Sumpah aku tak minat! Kawan2 dah macam pelik apasal minah ni dah x ada kerja lain,nak menangis je time masuk kelas LK. Dah la duduk belakang. (FYI people, dari kecik sampai besar,kedudukan saya dalam kelas memang kat depan selalu.I memang ingat pesan daddy I.I kan, anak daddy?heheh) sempat la belajar nak buat elips guna ‘French curve’, lukis pelan nak guna lukisan perspektif berapa titik kau nak (either satu titik atau dua). Trust me, bukan semua orang bertuah macam saya, ceh bongkak.hehehe

Taklah, at least suatu hari nanti, saya ada anak, saya xmerasai sangat ‘generation gap’ tersebut.

5. Tak malu untuk saya bagitahu ini, I learned how to share. Yang oasti bukan share suami ke hapa.haha share makanan dengan dormate (kawan se’dorm’.kawan dorm yang lain jugak) frankly speaking, saya kena culture shock dekat sana, tak pernah-pernah saya kongsi biskut Chipsmore dengan orang lain kecuali dengan beradik saya, aku kena kongsi dengan kawan lain apesal kan? Hahah that was me! Tapi slowly, kita belajar untuk berkongsi, bukan berkongsi suami ye kaum Adam yang membaca story ni. =)

6. Untuk pertama kali didenda time mengantuk sangat,.Hmm. but then, it was really nice experience to be thought of..hahaha bukan saya seorang eyh..Ramai2. satu DORM. Dorm apa? KIAMBANG,hahah masa saya form 4.

Al-kisahnya begini, lepas kelas prep malam, semua balik bilik lah kan. Saya terbongkang terus, dekat prep pun saya tidur, jadi wajiblah saya menyambung tidur di katil berdreaming. ;D

Tapi malam tersebut, jadi igauan hingga hari ini. Well, nak dijadikan cerita, peraturan asrama dah menetapkan bahawa pelajar kena ‘light-off’ (tutup lampu) dorm pukul 12 malam. Malangnya, malam tu dorm kitorang tak tutup, xperasan dah pukul 12 ke hape saya xtahu lah. Coz saya dah pun sampai bulan masa tu. Sedar-sedar someone gerak saya, “wa,..wa..bangun.cikgu..(lupa nama aka cover line la nama cikgu tu.haha) datang,” saya mamaiii! Alih-alih, kena beratur panjang kat depan dorm, kena KETUK KETAMPI! Hahaha tahu tak saya mamai??! Sudahlah aspuri (asrama puteri) bertentangan dgn aspura. Hai, budak lelaki apa lagi, pakat kira ramai-ramai la time kitorang naik turun tu..Nasib baik xnampak muka kitorang yang blushing tuh. Malu sungguh,hahah. Lepas tu,pakat semua sambung tidur ye kawan2.

*time kena ketuk-ketampi saya masih di bawah separa sedar,aku rasa aku tersengih2 je time tu. Fikir mimpi ke betul ni? Hahah

Esoknya, terima kasih banyak2, kecoh gila satu kelas aku. Classmate lelaki cakap dia Nampak aku..STUPIDD!!

to be continued~

4 comments:

Anem Mazlan said...

comelnye najwa igt sume tu...tersengih sendirian

NajwaZin said...

hehe mestilah ingat kak anem..;)
tgh tidur kene kaco plak.

I wanna text with U said...

babe...the one yang kene ketuk ketampi...superb laa story u...:)

n LK, i hate that too...ngeh3x..

NajwaZin said...

hahaha,yang tu aku paling ingat.
sumpah kelakar.

err, ko xsuke boleh buat,aku asyik dapat markah 60++ je.

that's why org adore idham adli, skor LK memanjang. and lelaki2 lain.haha 100%! ee!jelez!!