Dah habis cerita pasal high school,(dah habis buat setakat ni,kalau ada sambung kemudian2) kita bergerak maju ke tahap yang lebih maju sikit, tamat sekolah. Dapat SPM (4A something) saya tak pandai seperti yang anda sangkakan. Saya biasa. Tak ada bimbingan tusyen i guess. Duduk asrama kan, proses penyesuaian belajar sendiri2 tu payah nak ada. My advice to people outside there, u have to think not twice, but trillion times when you want to decide on something. Jangan menyesal, tapi saya tak pun. Hahahahahah HIDUP BUKAN UNTUK DISESALKAN. Trust me, mungkin masa itu rezeki masih tak menyebelahi. Tak dapat ilmu dunia, ilmu akhirat sikit ada. Yang al-mathurat tu. Other than that, saya join Qiamullail buat pertama kali dekat sekolah berasrama. Harap sendiri nak buat, memang payah. That’s why la saya dapat rezeki belajar kat UIA. (uia mencelah kat sini kenapa?)
Everything that happens in our life, there are something hidden behind those, kan? =) Tak dapat tengok hikmah dia hari ni, esok mungkin ada. Kalau esok belum ada, suatu hari nanti. Bila? Janganlah Tanya saya, Allah lebih Tahu,tahu? Hehe
Kalau dulu saya bergelar bakal graduan Bachelor of Mathematical Science, namun sekarang saya bertukar bidang (again?? – asked by you,readers ;D) lagi.
Currently, I am a student of IIUM, taking Bachelor of Human Sciences (Psychology). Kali ini memang sebab saya sendiri.
Tak ada sebab lain, bukan sebab daddy, mommy, bf, gf, sebab aku sendiri.
Hidup ni memang kena bersebab. Nak cakap memang banyak: (*sorry to saaayy!)
1. Aku pernah impikan duduk dekat uni kuantan macam uni lain. Gempak, ramai orang, libraray yang best! –kita abaikan facilities, uni Gombak lengkap sebab dia wujud 26tahun yang lalu. It’s unfair kalau you guys nak banding2kan. Tapi ada satu saja yang kurang, rasional otak saya xdapat terima. What was that? Adakah patut, hanya ada 3buah buku disediakan untuk satu batch dekat library? Sedih. Sadis. Aku malas nak cerita. Dahla Malays memang tak suka Maths, kemudahan buku kurang! Kalau student medic,allied,pharmacy banyak buku rujukan, kenapa tidak bagi kami? Eee.i hate to live in Kuantan. Orang kat sana rude, (bukan semua orang Kuantan ye readers, mungkin orang dari negeri lain yang buat perangai ke hapa, yes. Saya sedang menjaga hati orang Pahang.)
2. I never thought Math could be like that? Ku ingatkan kira2 sudah cukup. Dari KL, bawa kalkulator adalah mencukupi, ilmu Calculus yang sikit hai memang tak mampu nak tanggung sengsara belajar Math. Upsr/pmr saya xdapat A utk Math, masa SPM tetiba dia nak dapat A1 apasal? Everytime nak mid-term, saya akan cry. Menangis sebab tak tahu nak jawab apa. Kalau suruh study memang tak boleh. Tak minat –ini alasan aku-.Cry baby cry. Macam loser. Sumpah saya benci Matematik dekat uni. Kan bagus kalau......(ok dosa cakap kalau). Tak, nak berpesan, Matematik dekat sekolah adalah yang pling fun sekali. Rugi aku tak belajar macam nak pengsan. Harap BM je dapat 100%!! Hahaha
3. Tanpa saya sedar, i love to read. Almost every day, I went to library (at night) bawak buku berkilo-kilo (buku math berat tahu?buku lain pun I guess). Sudahnya, library nak tutup, i still reading newspaper. Baca sampai 3 jenis. UTUSAN, BERITA HARIAN & METRO. Sigh*
4. People say I move to Gombak coz U is nearer with my house. Banyak lah kauuu! Kalau aku nak, dah lama aku mintak. Tak payah tunggu 3tahun menelaah Math yang diingati hingga kini.
5. I love to learn about emotional, feelings, people, their reactions towards something and so on that related. Dulu, masa dekat matriks jadi penasihat orang jugak,hehehe. Any problem. Kawan, cinta kawan2. Banyaklah. Kalau ramai yang cakap “eh,wawa patut jadi kaunselor lah,” dulu, dah lama saya akan pertimbangkan, kawan2. =) tapi takpe. Semua dah ditetapkan dengan setiap musabab yang tersendiri. Sungguh, saya tak tahu. Kenapa Allah bagi jalan senang selepas 5 tahun saya kesusahan mencari hala tuju hidup> dari sekolah teknik hingga bidang matematik. Saya percaya ada sesuatu di sebalik semua ini.
6. Things happen for a reason, Wawa. I keep telling myself this.
~SAYA TAK PENAT NAK MENJAWAB APABILA;
Orang tanya, “kenapa you tukar course?” “tak sayang ke wawa?dah 3tahun belajar Math,” “kenapa ambik psikologi?,” “Math susah ke?”
Jawapan pertama saya; haruslah dengan senyuman. ;) then, saya goreng guna mulut macam saya goreng anda semua sekarang ni.hahahaha (I’m serious okay, cerita benar ni).
Keadaan jadi sayu, bila ada yang macam mencebik, “wawa,rugilah tuka course”. Tapi xpelah, hidup kita kan lain2? I know you are a doctor-to-be, tapi janganlah nak men’down’kan orang lain.
Semua orang berhak menentukan masa depan masing2 eventhough I have to ‘waste’ my parents money. Daripada saya grad dengan CGPA 2++, saya rela grad dengan apa yang saya suka CGPA 3++. At least saya tahu ada jaminan bagi prospek kerjaya saya. Saya tak mahu sentuh pasal life yang lain, kita kita.saya saya.awak awak.dia dia. Faham? Saya tak cakap bidang dulu tak menjamin kerja, Cuma saya selesa dengan bidang sekarang, selesa. Comfort zone ;) Alhamdulillah.
For your information, people. I have to face those questions almost every semester coz I met new friends, always. Setiap kali nak berkawan, kita perlu terangkan. Tapi tak mengapa, no harm friends. Anda sudi dengar pun saya dah rasa cukup dihargai.
Sebab saya memang tak penat nak menjawab. Trust me.
Bercakap pasal *generation gap dekat post yang lepas, mungkin ada yang xfaham. Maksud saya, bila saya ada anak, and my children nak consult dengan saya “mama/ibu/mak nanti I nak amek bidang apa ye?” jadi ibu yang bertuah ini tadi dapatlah membantu si anak nak pilih bidang yang mana dia minat ke hapa, at least people, I know a little about those stuff. Bidang matematik, kejuruteraan, arkitek, dan tak lain tak bukan bidang sains termasuklah PSIKOLOGI. ;p
Minat anak-anak memang perlu diikutkan, even kalau anak lelaki minat masak2, hantar ajelah uni yang tawarkan bidang seni kulinari. Masyarakat Melayu ni mundur ke? Sikit2 nak suruh anak jadi doc, engineer, bla33..sekarang ni memang chef ramai, silap haribulan dapat bukak restoran. Malaysians love to eat people. Including me. J masak aku tak reti..hahaha
Tak jadi doktor pun okay, saya ialah bakal pakar psikologi. Suatu hari nanti, insyaAllah ^_^
No comments:
Post a Comment