Tabung Elektronik

Sunday, July 18, 2010

Makan Angin Kasi Kembung dekat AMPANG PARK

Topik meja bulat kita pada tengah malam ni adalah secara gerakan BROWN, atau rawak dalam bahasa mudah.

CAAKKKkkk!!


Hahaha wat lu baby ni. Main cak cak dengan saya pulak..haha

Masa ni saya tengah makan dekat Ampang Park, dengan kakak saya, Khalis tuh.
Dia mengidam, bukan pregnant, tapi tekak dahagakan
Cantonese Yee Mee. Ish, kakcik, patutlah kau kurus. Aku je gemuk. T__T ouh,jangan sedih sangat, asalkan kau bahagia dah.

Ni dia mee dia. Taklah sedap sangat, tapi bolehlah. Tapi saya memang jatuh cinta dengan banana milk shake dia..yum3

Mulut budak ni, bukan main banyak ye. Suara dia memenuhi restoran anda tahu? Mentang2lah kedai tersebut ada 3 meja yang penuh dengan pengunjung, termasuk mak bapak dia, Baby ni sesedap rasa buat macam kafe sendiri ye. Haip! biasa kau ni. haha

tapi takpe, saya ada kawan main masa makan. Aik? Hahaha Badan budak ni sasa betul, woot2.
Comel bagai dipam2.

Minggu ni jugaklah saya pergi cari manik2 nak jahit dekat baju raya saya yang tailor cina jahit baju kurung tu. Saya pesan jahit kurung moden, tapi dia jahit baju kurung biasa.

ouh, perempuan memang ambil berat benda2 macam ni saya kira ya kaum lelaki.
Yes, you might say;

U; "Alah, bukannya tak boleh pakai langsung?kan?"

I; " Yes, memang bukn tak boleh pakai. Tapi, kan kita dah melabur beli kain mahal2 (mahallah sangat kan,haha) ingat nak cantik2 boleh mengorat siapa2 yang hensem dekat kampung..haha *manalah tahu kan..hahah" gatal you ni wawa!

Lalu, saya perlulah menghabiskan bajet beli manik, RM 16 ke? tak ingatlah, tapi yang pasti lebih Rm15. Tapi takpe, asalkan dapat kepuasan, bukan?

Nanti saya tunjuk dekat awak semua teknik menjahit yang tak berapa cantik dan kemas tu.
But, who cares isn't it? nak pakai sendiri je pun. Mommy saya pun ada cakap nak melanggan dah. Heheh

Itu jelah saya rasa nak menaip setakat ni. Esok ada kelas memandu dekat Imkeda.
Rabu depan, 21 Julai ada test JPJ. warggh! tak sabar nak ambil bagi lulus. wuuhooo!

Doakan saya ya. Nanti anda boleh jadi penumpang saya, manalah tahu kan? =)
Boleh merempit merempuh di Sepang sama2. Manalah tahu kan? Hahaha
Boleh berdrift di UIA together2. Manalah tahu, bukan?
Aii.annoying pulak tulis manalah tahu kan banyak2 ni. DAh2.

Bebelan terhenti di sini.

Kita tutup round table kita dengan tasbih kafarah dan surah al-'Asr.

Cop! kau bukak majlis ke tak tadi??

No comments: