Tabung Elektronik

Saturday, July 17, 2010

Jangan Sedih, Kalau Ada 1,000,000 Sebab Untuk Bahagia


Jangan Bersedih! Kenapa bersedih, bila anda pakai kasut crocodile, sedangkan orang lain dekat negara arab yang sedang berperang, ada yang berkaki ayam babe. tak ada kasut, kaki beralas tanah, cacing tanah. Ada yang sesetengah tu, tak ada kaki langsung.

Ini serius punya entry. Jangan gelak.

Kenapa nak bersedih, kalau anda pakai cardigan, tapi ada orang pakai baju t-shirt koyak, dibaluti debu perang. Lubang sana-sini.

Kenapa nak bersedih, kalau anda ada siblings cantik, penyayang macam saya, tapi ada orang dia anak tunggal, lepas tu tak ada ibu bapa.


Kenapa nak bersedih, kalau tak dapat KFC, tapi ada orang tak pernah sentuh ayam pun.

Dan aku ulang, ini bukan entri nak sedih2. Ini entri serius.

Kenapa nak sedih bila lelaki tak nak dengan kita? Tapi ada orang, bukan je lelaki, perempuan pun tak nak kawan dengan dia. Sebab ketiak dia berlecak..Eee. pengotor kau ni. =p

Kenapa tak nak ceria, sedangkan anda boleh bahagia?

Kenapa perlu bersedih bila ada lelaki curang dekat awak, sedangkan terbukti awak lebih mulia daripada dia?


kenapa awak kecewa, kalau kebahagiaan yg awak impikan selama ni tak berpihak dekat awak?
Allah dah bagi banyak. Dia cuba nak tarik sikit aje.

Nak sedih lagi ke?


Kenapalah awak nak sedih lagi bila awak ada saya. Saya ada, masa awak suka, mahupun duka.
Kita kan berhubungan, silaturrahim kita sebab DIA. Dia tu siapa? Allah lah.

Dan kenapa mahu berduka, jika kita ada berjuta sebab untuk bahagia. Kan? =)

LA TAHZAN!!

pesanan ikhlas buat semua.
gambar di atas hiasan semata-mata =)

No comments: