Tabung Elektronik

Saturday, November 27, 2010

BERITAHU MEREKA

Sekadar berfikir, daripada idea ni berkisar dalam otak tak berhenti, baik bagitahu blog. Supaya blog bagitahu orang lain. =)

Tak salah pentingkan kawan daripada kekasih. Bukan menyalahkan sesiapa, tetapi saya nampak, sesetengah orang yang sedang berkasih sayang (belum kahwin- bujang trang tang3) ni kadang2 perangai mereka agak jelik di mata saya.

Yang utamakan bf/ gf lebih daripada kawan itu biasa. Melebihkan kekasih drpd ibu bapa juga semakin menjadi kebiasaan.
Tapi tak kisahlah. Just watch out your steps. Dont let your parents and family cry because of you. Kawan2 dah biasa.

Saya perhatikan dari zaman matriks lagi sebenarnya. Saya malas nak ungkap lagi malam ni. Mungkin esok2 jelah. Sebab utama nak post entri malam ni adalah topik perpisahan dengan kekawan. Berkait rapat betul dengan hidup wawa 2tahun kebelakangan ni. Terutamanya dengan kawan2 UIA.

I really appreciate you guys. Deeper in my heart, I'll always thinking of you taw.

Cerita happy yang bertimpa-timpa. Sedih yang datang menyelit tiba-tiba. Syahdu, pilu. Teruja. Semua ada.

Missing our memories. (nak mati agaknya aku nih.hahha) Orang cakap, kena bagitahu kita sayang sementara waktu masih ada. {ouh, ayat novel gila} Benci wawa! =P

  • Bila kita boleh meronggeng sama2 lagi?
  • Bila kita boleh bergosip pasal diri kita lagi? We hate talking about others kan? ehehe
  • Bila kita boleh sakiti hati sesama kita lagi? So nanti boleh pujuk2,kan? ^__^
  • Bila entah kita nak jalan sama lagi. Sebelum, awak, saya, kita, dia, semuanyalah dimiliki oleh somebody. Itu membataskan tahu. Sorry cakap macam ni, haha. Biasalah, aku kan single T_T
  • Mari ratah usia remaja puas2. Taknak jumpa lagi sekali, kita dah tukar topik cerita kepada >> Anak you pakai jenama pampers apa? >> Anak you ni menyusu badan ke tepung? Aiyooh. That's not so sweet.
    Pernah dengar ke Live our life to the fullest?? Bukan menidakkan proses kematangan korang nak jadi wanita ke apa..But,aih entahlah. apa aku merepek nih.
Tapi jangan salah anggap, melangkah ke fasa yang lebih baru adalah menarik, dan tak akan tertannding dengan mana2 momen pon. =)
Dapat hubby baru (ramai dah member saya kawen, dalam proses, dll. sekuran-kurangnya dah 10- belum termasuk yang bertunang) anak, kerja baru. Ini memang best. Tapi tak adil nak banding2 dengan kewujudan friendship. Siapa nafi, memang ah dia. Abnormal. Hahaha

I just miss those previous moments. Saya rindu la semua kenangan lalu. **lagu retro berkumandang** atau lebih gedik lagi, lagu matriks uia terus aku bagi hahaha (pasang sendiri laa)

Perpisahan adalah pahit, tetapi ini adalah satu pengalaman. Kita tidak akan merasa bertuahnya hidup di muka bumi ini jika kita tidak membuka mata dan melihat malam yang bertimpa di tempat orang.

Setiap seorang dr kita mempunyai tujuan dan cita2 yang berbeza. Tujuan utk mengecap kebahagiaan, dan ketenangan.

.::najwazin::.

Pesanan terakhir saya berkaitan dengan persahabatan.

Jika mahu bersahabat, bersahabatlah puas-puas semasa di UK dan Ireland.

Pulang ke Malaysia, biar pun kita seposkod, namun peluang untuk bertemu semakin sukar. Semua orang ter’sihir’ oleh kalimah berkuasa tinggi bernama S.I.B.U.K. Tiada lagi masa untuk bersama. Tiada lagi peluang untuk bertandang. Tiada berita mungkin sebaik-baik berita. Kalau sakit adalah bunyinya. Kalau mati adalah beritanya. Tanpa berita, mungkin semua baik-baik belaka.

Tambah-tambah pula bagi Muslimat.

Selepas kahwin, sahabatnya hanya suami dan anak.

Teman yang begitu rapat dan mesra semasa di perantauan, yang berkongsi tudung, baju, bantal dan tilam, mungkin tidak akan lagi dihubungi. Sekali berjumpa, update mungkin tentang jumlah anak dan produk pelangsingan tubuh yang diguna.

Jangan begitu.

Telefon ada.

Mailing list ada.

Semua ada.

Apa yang mungkin tiada ialah keinginan untuk mengekalkan persahabatan. Sedangkan sahabat-sahabat itulah yang sekapal dengan kalian semasa mengembara mengenal Iman dan kehidupan, semasa di perantauan dulu. Jangan lupakan mereka. Jangan tinggalkan mereka.

Jika tidak dapat bertemu 20 orang, hargai peluang bertemu dengan 2.

Setiap pertemuan, untuk menyuburkan kembali persahabatan yang pudar oleh kesibukan, adalah nikmat besar dari Allah, tatkala bermastautinnya antum di bumi Malaysia ini.

petikan daripada .::saifulislam.com::.


No comments: