Tabung Elektronik

Monday, January 31, 2011

RUNSING

Memikirkan rusuhan di Mesir sekarang. Sementelah adik tersayang berada di sana. Semoga selamat wahai bakal doktor2 semua. Semua pelajar Malaysia.

Umi sudah berulang-ulang menghubungi adik saya sebenarnya. Bertanyakan keadaan sebenar.
Adik pun tak pasti apa yang berlaku kerana mereka hanya mendengar bunyi bising di luar kediaman.

Benar. Mengapa tidak dibawa pulang. Ada rakan yang bertanya.
Memandangkan kita tidak tahu keadaan ini bila akn reda, kita tiada peruntukan kecemasan. Tambah pula cuti hanya 3minggu. Lagi, adik bukan keseorangan di sana.
Rakan2 seperjuangan ada menemani. Bukan mahu membahayakan keselamatan adik, tapi biar adik lawan kelemahan, menjadi sekeping kekuatan buat teman2 beliau yang lain.

Lagi pula, perjalanan ke lapangan terbang semestinya berisiko.

Dan saya difahamkan, tempat kejadian berlaku di bandar. Mungkin di sekitar cairo (al azhar, iskandariah dll). Manakala adik di Mansoura, universiti di kawasan pekan tetapi masih perlu berjaga-jaga (tempat orang kan). K'ude runsingkan adik. =( tapi mudah-mudahan adik selamat taw.

Mesej dari adik; "Dalam rumah kena bergelap. Tak boleh pasang lampu."

Kerajaan memutuskan untuk blok internet, kemasukan dan pengeluaran wang. (untuk mengelakkan campur tangan pihak luar uols.)

Saya juga diberitahu bahawa rumah perlu ada bekalan makanan selama sebulan. Adik bagitahu umi, ada gandum je. Alahai, macam cerita ali baba.

Mintak tolong semua, doakan warga Mesir selamat. Semoga segala rusuhan berakhir dengan aman. Semoga kerajaan bijak menangani masalah negara.
Begitulah. Setiap tempat ada masalah.

Kalau di Malaysia pelajar kita bergelut dengan masalah sosial, pelajar di Mesir bergelut dengan krisis kerajaan di sana. Pelajar di Indonesia, mungkin bergelut dengan bencana muka buminya.

Semua ini Jihad. oh!

Menimba ilmu itu jihad. Aku taknak sedih sebab mak bapak aku okay je tengok. Semua okay. Pasti! insyaAllah.

Kalau aku ada duit, aku fly g Egypt teman adik. tsk,tsk,tsk.

Tak lupa titipan doa buat mangsa banjir di Johor.

Semoga anda di bawah lindungan-Nya. =)

4 comments:

EFNADIA EFFENDI said...

insyaAllah Anis selamat kat sana. sentiasa berdoa :)

camellia a.k.a came said...

sabar ye wa..came akn doakn keselamatan adik and sme student kat sana..doakan semoga dorg akn dibawa pulang ke mesia and government dpt solve kan sme nie :)
jgn sedeh2 k..came ade =)

HafizahNik said...

inilah pengornabanan yg mereka perlu lakukan.semoga mereka di bawah lindungan Allah

NurIzza said...

insya ALlah semua akan baik...