Tabung Elektronik

Friday, April 22, 2011

BANTING TULANG


Bila bercuti 5bulan ni, kau jangan nak meng-obes-kan diri sangatlah Najwa.

Tapi, siapa cakap aku makan je cuti-cuti niiiii??! 5 bulan yang lalu~~~~

Aku dah siap berangan cuti panjang, merangka dalam otak, yang saya akan cuti 5 bulan, lepas tu kerja. Cari duit. Kang senang nak beli Jimmy Shoe- fine, tak boleh bla kau bajet kasut tu 2 pasang 15 ringgit?

Taklah, at least boleh feeling2 shopping duit sendiri kan. Angan2 nak menjahit, memang aku lupa , tak kuasa nak ingat sangat sebab mesin jahit uia macam moden, mesin dekat rumah jenama Singer- keluarga bahagia, apesal singa je bahagia, keNapa tak harimau?

Ouh, kang tak sempat menjahit dah kena telan.

Hey! Back to the subject lah!

Okay3.

For now, saya dah mula bekerja. Tempat kerja paling dekat yang boleh difikirkan. Selesa. Dan sudah terbiasa.

Mahallah punya pejabat. (Kolej kediaman)

Kerja dia? Panjat semua blok2 yang ada dalam Aminah tu, checking room, either ada barang rosak ke tak, buat report dah setel!!

Tapi masalahnya, Aku baru naik 2 blok je. Dalam masa 3 hari. pfftttt. *sembur2 air liur

Penat nak mampus. Hahahaha sakit pinggang, tahu?

Setiap blok ada 5 tingkat. Eh, bukan itu sahaja!!! Setiap blok ada 2 wing. Eh, ada lagii!!! Setiap blok ada 32 bilik.

Tak yah imagine lebih2. Kang korang yang cramp kaki malam karang. Siap mimpi bagai, tak perluuuu.

Anyway, anyhow, penat pun berbaloi. The salary (wah kerja kejap pun gedik bergaji siap masuk KWSP) is quite well. Gedik benar nak gaji ribu2, kerja check bilik je an?

Tapi saya kerja kejap je nih. Cukup 80 jam, okaylah. Gaji ni tak sampai nak beli Jimmy Shoe. Beli kasut cap Bata je la ye nooxxxxx?

Mungkin blog akan jarang diraba lepas ni. Sebab bila dah jadi pekerja ni, balik rumah terus ke laut, membelah pantai & ombak. Hahahaha Tidur la maksudnya.


P/s: Eh, Tak sabar nak cuti 1Mei. hehehe ;D

Ouh, lupa nak cerita. Umi tanya; "Gaji sampai tak 4ribu sebulan?"

Kalau korang, korang jawab apa? Sampai hari ni aku tak jawab lagi soalan tuh. hahahahahaha


No comments: