Tabung Elektronik

Sunday, April 24, 2011

eMO IN THIS WAY

Malam ni aku emo. Sebab utama, sakit kepala, bahu lenguh semua.

Demam, senang cerita. Mulut yang bagai bertih jagung, dah senyap macam kakak aku cakap, 'Kau kenapa? kena sampuk ke? haha'

Kalau aku tak demam, aku dah ketawa dah. Tapi, sebab aku demam, aku diam je. Taknak layan.

Dah lama tak sakit kepala macam ni. I hate ubat because I had depend on them for almost one year (2010). Every month mesti demam. Tak boleh bla, bukan?

Takpe, kau ni bangsa kena ingat Tuhan banyak waaa.


Okay, pulang ke landasan.

EMO

Sejak kita sibuk melayani alam maya lebih-lebih lagi Facebook Twitter dan semua kejadah yang sewaktu dengannya, manusia didapati macam hek eleh..

Macam dia seorang jelah yang sakit. eh eh. Ni aku.

Macam dia seorang jelah betul. Maki-makian dekat status.

Macam dia seorang je terror. Orang lain ni terrorist gamaknya?

Macam dia seorang je makan mee pinggan besar, sampai nak letak gambar profile pic? haha
Eh, itu akuuu.

Macam dia seorang je yang lara kena tinggal boyfriend.

Macam dia seorang je hot tahap cabai.

Macam dia-the -only best- in- the- Fb- among- her/ his- friends.


Rakan-rakan, tak perlulah macam ni okay? Aku ni bukan bangsa kejam nak hide korang daripada recent post.

Ya, betullah, it is an option. Tapi selama mana anda akan berperangai buruk macam tu? And i dont have to be that emo, macam kita pulak yang gelabah.
So, people.. Memang benar facebook tu kepunyaan uols. Tapi, ini kan kegunaan public (awam).
Yang uols post status tu masuk dalam HOME.

First thing first, fikir sebelum bertindak.
Kena fikir apa kesan, sebab-musabab dan lain-lain atas semua perkara yang korang buat tu.
Tulis ikut sedap tangan. Don't be please.

Contohnya la kan:

  1. Eh, siapa tengok ** (artis af) cakap English dalam ** (Rancangan gosip).. Haha serius lawak. Tersalah sebut perception dengan reception. Banyak kali pulak tuu.

    Meh aku bagitahu. Aku bukan marah sangat pun. Tapi kau tahap budak u takyah la nak pertikai sangat tahap cerdik orang ke tak. Dan aku marah bukan sebab aku peminat Artis kipas mati ke tak susah mati ke.
    Dulu aku kenal kau, cakap Melayu je memanjang. Tak pernah speaking BI dengan aku pun? Tak tahu pulak kalau kau memang terror BI tapi tak pernah cakap BI dengan aku sebab takut aku tak faham. Manalah tahu. Kau terror.
    Aku siap tegur, sound direct. "Biarlah dia, masih belajar''
    Logiknya, orang Sabah suara perfect. Nyanyi lagu english pun sebab mereka betul2 versatil. Lagipun, tahap pendidikan budak2 Sabah dengan KL, sama tak? (I dont underestimate pendidikan sana dengan sini ke tak tapi cukuplah blalalala *faham sendiri la*) Tolong fikir dari banyak segi terutamanya segi kemudahan @ facilities..
    And I believe, kalau artis tu terror BI, for sure dia takyah susah payah masuk rancangan realiti tv lompat sana sini to win money etc dan kerja sebagai penghibur. Kalau dia ada peluang study macam kau, dia takde la dekat dalam tv, sebut reception padahal yang dimaksudkan beliau adalah perception.

  2. Yang ni lagi satu kaum. Post status, mesti ada tanda seru banyak!! Sakit hati kita yang baca!! okay, wawa!! takyah ah baca!! Remove je friend!! Kang dia sentap pulak!!! Nanti entah post apa pulak dia post lepas tahu kita remove dia!!.

  3. Yang lagi seketul ni, golongan yang memang kena tempias emo aku jugak. Terbaca status beliau, "Kitorang keluar makan mintak dengan pelayan chicken chop. Tanya dia ayam bahagian apa dekat pelayan tu. Then the pelayan tu masuk dapur, keluar balik cakap bahagian dada. Hahahahaha..Mampu? ..........tag-tag nama-nama kawan-kawan untuk gelak2 sekali"
    Bagus perangai orang macam ni. Tahap pemikiran pelajar begini?

    Dear, kau ambik kos masak2 kan kat U kau? Kau agak, pelayan tu sekolah tinggi macam kau ke? (Sekali lagi, aku tak pandang rendah dekat pelayan atau mangsa keadaan. Tapi, sebagai golongan yang MACAM BAGUS like uols yang sekolah tinggi2 ni, perlu ke buat statement macam ni?)
    Seni kulinari kau pun belum tentu lagi berseni. Budak pelayan tu sekurang-kurangnya bagussss. Siap masuk dapur tanya lagikkkk. Kalau kau jadi pelayan, aku agak kau jawab macam ni " Semua bahagian yang berdaging, kecuali kaki harharhar"
    Kau mesti ada cita-cita nak jadi macam Chef Wan kan? Ke Chef Ismail ke siapa2 jelah. Tapi belum sempurnakan pelajaran jadi chef, dah lupakan bumi. tsktsk. Down to earth jauh sekali.
Lelah sungguh.
Aku ni bukan bangsa reti dan gemar condemn orang. Tapi, dah jadi resam hidup, orang yang korang permainkan ni lah selalunya level dia tinggi sikit daripada korang sebenarnya.
Mungkin ilmu tak setaraf uols, tapi they have something that you don't people.

Melayu berbudi bahasa ya?
Melayu gemar menolong ya?

Cermin balik diri tu.
Kita tak pernah sempurna babes. Aku tergolong dalam kumpulan yang sama.

Mungkin korang berpendapat, lepak ah. Hal kecik takyah nak besarkan sangat lah. Emo je.

Yes. Betullah tu. Tapi cara anda semua berfikir, ekspresikan sesuatu menerusi rangkaian sosial (social network) ni sebenarnya secara tak langsung refleks keperibadian anda.
Terpulang untuk kita pilih yang buruk dan baik.

Esok, tunggu aku bagi ceramah lain pulak ye?

**Aku tukar sikit beberapa perkataan. So, in case pemangsa keadaan baca, dia tahu diri dia siapa. Tapi aku taklah menaruh harapan yang terlalu tinggi sebab kusedar blogku takde orang baca sangat. In case kalau pemangsa keadaan baca, dia tak sentap secara direct, at least tak direct macam post2 dalam facebook beliau.

Melayu cepat sentap. ho?