Tabung Elektronik

Saturday, April 30, 2011

KESIAN PAKCIKS


I do not know what had happened to me nowadays.

Beberapa hari yang lalu, saya telah menemani someone ke Bank yang paling hot dekat Malaysia. Bagus untuk manusia yang gemarkan duit, melabur selain di bilik termenung. hahaha Tak faham takpe. Kau budak.

Eh, bank ni kan belum bukak lagi pun, orang dah sibuk beratur. Al-kisahnya pada pagi yang damai tersebut dan kurang kalut (masih ada queue yang wujud, tapi kami antara yang terawal). Masa bank tak bukak lagi, pintu yang besi tu (imagine please, aku dah cakap dah, kalau nak baca blog aku daya imaginasi tak boleh kalau tak tinggi. hehe Siapa tak boleh imgine jugak, ce pergi bank esok beratur. Sampai dia bukak. Malangnya esok sabtu. Kang isnin dia bukaklah)

Jam menunjukkan 9.03am. Ada beberapa jantan (lelaki-bahasa haluuuuuusnya) dah menebeng-nebeng sebelah barisan orang yang beratur sambil sok sek sok sek "aih masa nih tak bukak lagi bank?"

Ah, kau. Masa ada urusan, baru kisah bank bukak lambat seminit dua. Dah tentu-tentulah orang bank nak bagi pelanggan tertunggu sebab dia tahu dah kita tak lari punyaa. Memang pasti dah muka yang beratur ni nak masuk bank itu, bukan bank lain.

Yang kakak aku ni, dah tolak-tolak, "wa, kau jangan kasik dia masuk line. Sibuk gell pakcik nih. Tak reti2 nak beratur dah?"

Aku yang tak suka orang tolak2 aku nih, even siblings sendiri, aku mereply dekat kakak aku, tone keras dan kuat, "Dah diorang tak reti beratur, nak buat camne?"

Bapak kuang asam. Dah la kuat., Terkulat2 aku tengok pakcik-pakcik yang tak reti nak beratur tu tertoleh-toleh kat aku. HAhahaha Niat aku bukan marah dekat kakakkuuu. Tapi more to sound orang2 yang pergi sekolah ni, tapi tak cerdik.

Tu pun tak pandai2 nak masuk barisan lagi tuuu. tercegat jugak depan pintu. Kau nak jugak ambik nombor yang awal-awal kan? Sebab kau seorang je yang ponteng masuk ofis lambat. Orang lain tak.. Tak padan dengan beruban.

Kemudian, pintu besi bank tu terbukak. Atau bahasa lain, staf dia dah OPEN la bank tu.

Yang dalam barisan, tetaaappp dalam barisannya. bagusss. Pakcik2 yang tak sedar diri ada lagi harapan nak masuk line. Tapi bukan rezeki kau hari ni, aku dengar ada siapa entah sound, "Pergi lah masuk barisan. Ni barisan awal ni.."

Aku siap spontan letak tangan dua-dua belah atas bahu makcik depan aku okaayyyy!! hahaha Bajet tak bagi pakcik2 tadi curi line. Hahaha

Apa sengallah aku ni pagi tuuu. Terkekeh2 ketawa, haha funny. Kau ingat ni sekolah ke nak angkat tangan turun tangan atas bahu macam tu yeee??? ;D

Nasib baik makcik depan tu tak sound aku. heee

Biarlah, yang pasti, takde orang yang suka dengan perangai macam tadi. Nak semua senang. Kalau boleh, takyah bagi nombor pon takpe kat orang macam ni. Kasik dia dulu. Harap je pakai smart (melambangkan akan masuk ofis kejap lagi, siap berkemeja lalala.) Setiap perbuatan kita, melambangkan hati dan akal ye adik2. Jangan main redah je nookkk.

Habis urusan, tercari2 aku pakcik2 tadi..Nampak sorang je. Yang lain tu, pergi cawangan lain ke, malas pulak awok nak ambik tahu.

Tapi, tak salahkan kalau jadikan "as-sobru minal imaaaannn'' sebagai pegangan hidup, bukan?

Biar lambat, asalkan selamat. bank tu takdenya bukak pukul9.03am, pastu tutup 9.23am.

Dia bukak sampai petang ye tuan/puan/dato'/datin.

Harap maklum sangaaaat. Kang pedih telinga lagi kang.


No comments: