Tabung Elektronik

Wednesday, April 27, 2011

NASI LEMAK SAMBAL UDANG, SOTONG CAMPUR PETAI SIKIT




Isu ni dah kecoh lama. Sabar je lah aku baru nak naikkan isu ni dekat belog. Ni bukan lame ke hape, tapi aku kan insan yang suka bajet busy. Ha ha ha. Busy body, uols. Yang benar-benar busy ialah I-ols je.

Nasi lemak penyumbang Obesiti.

Siapa yang setuju tu? Meh muka nak tempeleng. Biar wajah berpusing ke belakang. Bukan setakat nasi lemak, nasi putih biasa pun kau tak makan dah. Time ni kau nak mengaku diri Slim ke aku bagi.

Betul ke obese makan nasi lemak ni tuan-tuan & puan-puan? Tidak, bukan?

Ya, aku akui aku ni kategori bukan berat badan ideal. Tapi masa sekolah dulu, memang ibu bapa saya menjaga pemakanan kami adik beradik. Dah besar-besar ni, aku je yang tak reti jaga makan sampai tolak kayu- batu- selipar jepun. Yang lain, semuaaaa aku telan.

Kalau buat buku biodata dulu, tang makanan kegemaran tu, aku list nasi lemak umi, nasi ayam umi, spaghetti umi, tu jelah. Mana ada mcD kfc ni. Bajet sederhana kaaan?

Lepas tu, takde pulak aku gemuk. Malas lah pulak nak scan gambar sekolah tunjuk aku kurus ke tak. Poyo kemain lah nak main bukti2 pulak.

Anyway.

Berbalik kepada topik asal, cerita nasi lemak ni berasal dari menteri mana sebenarnya.

Alangkah tak cerdik pulak bila dengar. Why do you blame nasi lemak kalau budak2 sekolah Gemuk? Adakah kanakkanak obes ni duduk dekat sekolah 7hari seminggu, 24jam sehari untuk makan nasi lemak yang entah sedap ke tak tu sebab tuan kantin selalunya kedekut tang bagi sambal?

Sukahati lah budak tu nak makan nasi lemak ke apa. Tapi betul ke ia menyumbang obes. Kawan2 cuba fikir dalam sikit. Uols setuju ke?

Hujah-hujah aku (aik, dah berdebat pulakkk)

  • Hujung minggu, mak bapak penat nak buat breakfast, ce teka diorang bawak pergi mana? (clue; sebelah rumah ada petronas dilengkapi McDonald 24jam. OLD town bukak pukul 10)
  • "Abang, saya teringin nak makan McD. Kita makan ikan, takyah makan ayam. Yang makan ayam, bebudak ni jeeee. Kita makan Filet o fish ye yang." Kata si isteri kepada suaminya. Your children will say "Hurrayyy!" Ni malam (dinner) Nak ke aku buatkan dialog makan tengahari pulak? " Yang, mCd Murah ni 12-3pm. Jom la jom la." Laki ajak bini. ( Asyik perempuan je kan ajak makan Mcd KFC, haha kali ni aku tukar pulak. ) LOL
  • "Baby, mama tinggal duit ni, nak pergi meeting, kalau Lapar, jangan call mama. Call delivery." Cuba senaraikan makanan apa yang boleh delivery. Setakat ni takde syarikat jual salad hantar produk sampai depan rumah sebagaimana syarikat makanan segera yang lain buat.
  • Babes, cuba bayang kalau nasi lemak diharamkan atau dibenarkan dijual 2 kali seminggu je dekat sekolah. Atau mana-mana lah. IPTA atau pejabat mana-mana pun. Tak ke kesian dekat makcik-makcik MELAYU yang jual tepi jalan, gerai kecik-kecik boleh muat 1meja je bawah payung? Sekali, boleh jual 2 hari seminggu. Siapa yang rugi niiiii?
  • Anak-anak korang akan obes, kalau dia mampu habiskan 5 pinggan nasi lemak sehari waktu rehat. Ni bukan budak yang makan ni kau tahu? Hantu raya ada sekali.
  • Alah, setakat mana lah sangat lemak-lemak yang ada pada nasi lemak? Maksud aku, santan dekat nasi. Sepanjang aku makan nasi lemak dekat sekolah, tak pernah rasa lemak. Tuan kantin bangsa penipu, diorang guna nasi putih je kottttt! Takyah nak obes sangat lah dengan NL tu kaaan?
  • Dulu, aku tak belanja sangat. Save money nak pergi sekolah agama. Nak beli jajan. Harus lah aku kurus dulu. Mak bapak aku tahu dah aku jenis suka beli jajan. RM1 je dia bagi sehari dulu. hahaha Kang aku beli Nini Choco Celup2, tak ke habis duit tu? Tapi mak bapak aku ni memang best! Hari-hari bagi bawak bekal. Nugget, again, takde obes pun dulu? sekarang lain, Kafe selalu menggoda, then Stress pun penyumbang terbesar kepada nafsu makan aku. hahahahahaah ;P
  • Macam mana aku nak cakap lagi, orang tak boleh salahkan NL? Kalau aku, aku tak hadap la nak makan NL hari2 time pergi sekolah. Adakalanya kita perlu berebut berlari2 keluar kelas semata-mata nak beli nasi ayam and laksa pada hari-hari yang istimewa- SIAPA CEPAT DIA DAPAT. Siapa makan NL jugak pada hari tersebut, aku akan anggap dia loser. hahahaah
  • Salahkan nasi lemak lagi ke? Bawak-bawak lah mengucap. Tu nafsu siapa yang nak makan NL tu sebenarnya?

Tak salah untuk aku cakap ni.

Peranan mak bapak, khusus untuk aku jugak, bakal jadi mak orang-orang ( aku nak anak ramai) hahahaha

Apa-apa masalah yang timbul dekat anak, takyah gedik nak salah kan orang lain. Masalah sosial ke apa ke. Kau beregang pada hadith (mak aihh)

" Semua bayi yang lahir, dilahirkan dalam fitrah, ibu bapa merekalah yang menentukan sama ada mereka ini menjadi Yahudi, Majusi dan Kristian" ~ kalau tersalah, gelakkan dulu, pastu jangan lupa betulkan yeekk.

Itu hadith, Kalau pepatah Melayu pulak: Anak2 diibaratkan kain putih, ibu bapalah yang bertindak mencorakkan kain tersebut.

Pernah dengar tak? Kalau tak, tolong lah bawak-bawakkan diri korang pergi BOOKFAIR sekarang-1mei..Carilah sebuah atau dua buah buku berunsurkan perumpamaan ke hape ke. Jangan reti baca blog dengan facebook je, people.

Hahaha Okay, aku bab-bab nasihat orang ni almost terror. Padahal sama je, ilmu tak tinggi mana tapi sengaja gedik macam ni. Maafkan. Okay? Siapa gedik nak pergi bookfair, contact me please!!!!!!!! ^__^ eh, tapi kena belanja buku sebijik eh eh. hahaha

Ouh sambung cerita NL.

Aku sakit hati la hukhuk tsk tsk Boleh tak jangan kacau rezeki orang Melayu nak berniaga. Ada pernah dengar orang India atau Cina jual nasi lemak? Takde kan?? Kalau ada pun, kedai mamak. Tapi aku tak pulak pernah beli dekat situ.

Ouh yes, those people yang nak banned sangat NL tu, katanya nak ganti kuey teow mee meehoon goreng-goreng. Yang tu tak berlemak pulak? Tak silap aku, makanan di atas tergolong dalam kumpulan makan berkabohidrat. Sama je dengan NL.

Aiskrim pon nak banned jugak? Kesian haha =D Nasib baik aku dah habis sekolah time ni.

Jadi, lepas ni. Cadangan aku, kita jual jelah roti kosong dengan air milo je kat budak sekolah. Barulah berat badan korang ideaaaaLLLLLll!! Nak bagi sedap, cicah je roti dengan milo. Mantap geLL body korang ouh.



p/s: sementara roti canai tak kena banned, aku ingat nak jual roti canai segera je dekat sekolah. Aku rebus, pastu budak2 ni makan cicah kuah dal. Memang kurus i tell you.

Tolong faham aku perli. Jangan nak gelabah sangat.

Roti Canai ni tak yah banned eh?

Ni pun, kalori banyakkan? 1 keping = 5km jogging.





Aku curi gambar dekat Google.

No comments: