Maka aku pun malas dah blogging. Nafsu menulis semakin berkurang. Sekarang aku ada nafsu nak baca novel je. haha Rupa rupanya, tanpa kita sedar, dah banyak sangat berFB, berBLOG, waktu untuk buku pun berkurang. Bersenam apatah lagi, kan wa? ;? *aahh, sentap nya dengan ayat sendiri. tsk tsk
I didn't say I will stop blogging kan?
Tapi kalau faham ke arah itu pun lagi best sebenarnya. Kesian adik, dah tak boleh baca hikayat kekanda dia dah ;P kau buatlah hikayat kau sendiri kan? Siapa duduk luar negara ni? Siapa yang jauh dengan famili ni. kau ke aku dik? Siapa yang terror masak lagi ni? Kau ke aku? Siapa yang paling banyak guna resepi dekat blog ni? Kaulaahhh. Buat blog please. Cuba jangan jadi student yang boring. Hahaha Emo. Tak lah.
Orang busy study kan. Mana boleh kacau. Ada tusyen. Masak untuk satu rumah lagi.. Tak sempat, tak sempat.
# # #
Abaikan cerita junior saya, aku tak sabar tunggu kau balik. Kejadian buli membuli bakal bermula. hek hek hek. Kena pergi gim ni. Dapatkan kuasa ENERGIZER kah kah kah.
Okay, people. Are you guys sihat bebenau? Dapatkan MC kalau tak sihat. Kalau nak pergi kerja jugak, atau ke sekolah atau ke Kulliyyah, sila pastikan anda okay okay je dan minum banyak air mineral. Bukan air batu. (motif cerita macam ni, aku pun tak faham)
# # #
Cerita memalukan 1
Rasa ingin menangis, pada Jumaat lepas. sob sob sob. Lepas makan tengah hari, perut sakit. Biasa lah, proses cerna mencernai berlaku. Bergegas gegas ke tandas. Masuk tandas, 'Kenapa tandas ni warna hijau? Selalu oren je warna tandas dekat uia ni.' Takpe, ingin meng'qhada' hajat segera. wa tak tahan ma. Masuk2, 'ah! what the heck ada mangkuk tandas kat luar' Memang sahih aku masuk tandas jantan ni. Pfftt. Nasib baik takde orang, masa nak keluar.
tap tap tap *ni bunyi kasut orang berjalan ye. Kasut lelaki.
Tebal menebalkan muka adalah biasa kan? okay. Aku keluar, tutup muka. Malas tengok siapa, sure lah staf an. Misi penyamaran bermula.
tetiba dia marah ; " Macam mana lah tersilap masuk toilet?!"
Ala, rileks ah broo. Nasib aku tak redah je tadi. Kang kita jumpa depan cermin kang cane? Tandas je pun. Macam lah tak biasa kongsi tandas kat rumah kan?
Ini ayat cover hati. HAHAHA
Takpelah, hajat perlu diteruskan.
Lupa nak cakap, tandas kat bangunan admin bukan sebelah menyebelah mahupun bertentangan, tapi dia bersifat 'oh belah sana lif sana. oh belah sini lif sini'
Cerita memalukan 2
Semalam, dinner dekat Sakura Kristal. Biasalah, tempat makan favourite kami (read: Abah). Namun, tak baik menolak rezeki sementelah ada orang ingin belanja. ehem ehem ehem. haha Sorry kepada yang berkenaan. Everybody is available. including tok ayah & mek. Juga future-in-laws. Seorang adik kandung je tak ada. Ingat, Jun ni. Tapi so far tak ada niat nak belanja dia pun. Dari pihak aku lah, kan? Belanja roti boy, boleh. Roti girl girl, tunggu I buat. Tolonglah percaya. Tahun mana nak jadi tu, memang aku sendiri tak ada jawapan. haha
Okay, part mana wawa yang malu tu?
Ahh, laju pulak nak tahu kan?
Baik, mari cerita laju laju jadi tak ada nak ingat pasal ni lama lama. It would end here.
Masa tunggu order sampai, masing masing pakat sibuk ambik gambar. Dik, umi bagi phone lama dekat t'ayah. Then, masa semua busy capturing pictures, t'ayah said: "eh. Phone t'ayah tertinggal" motif? tak faham takpe. Ini cerita peribadi. HAHAHA watluuu?
Siapa tak kenal aku personally, memang rugi. I am a kind of person, kalau cerita, tangan memang nak berkung-fu. Ada style. Ketawa mengekek, serius ni. Bising punya orang. Tapi dengan stalkers, wa malu ma. Wa tak reti ma mesra2 secara pantas. Kalau kau pok (read: hempok2) memang wa sentap ar apek. Wa tak kenal lu ok. Gurau tu harusssssss sopan.
Jadi, semalam, tengah sibuk bergurau dengan atuk nenek ayah dan emak , sebab geng 5orang yang lain bergurau senda bertemakan kekasih, makanya aku tak reti, jadi meh la berborak secara kedewasaan dan kekeluargaan.
Sekali, tangan kiri aku naik, nak menggeliat *okay tak senonoh, tapi urat tersimpul sikit, tunggu air lambat sampai. Then, keciping2 (ni bunyi) tanganku berlaga dengan cawan panas okay. pfft/ sikit lagi, nasiblah tak tersimbah atas sesiapa, selain aku (nasib air tak panas, tak apa).
Dan again, alhamdulillah, cawan tak jatuh. Kesian pelayan tu, in case gelas jatuh. For sure, manager akan marah. Takkan lah marah aku, CUSTOMERS ARE ALWAYS RIGHT. Dimana mana pun. Jadi, tiada tragedi Mei yang buruk berlaku. Okay, makanlah dengan tenang. Malu ah.
Okay, tu je yang memalukan. Dan sedikit memualkan.
Nak tidur.
Esok nak pergi beli novel lagi. Boring ah tekan keyboard je. ~siapa suruh?
Bacalah buku, jadi ilmu tu akan bertambah sedikit. baru menulis tu ada makna, dan mungkin jua tak kedengaran bodoh?
Lepas ni, saya akan belajar behave. Nanti tak ada orang nak bawak pergi makan mana2 dah. hehe Tapi takde orang marah pun. Well, I am Daddy's Daughter. ;D
Nenek pun cakap, beberapa hari lepas: "Yelah, dia anak abah" Eh, nenek! Baca blog kita jugak ke nek? hahaha
No comments:
Post a Comment