Eh, saya datang lagi. Sekian lama tak meraba blog ni, otak pun asyik berhalusinasi buat karangan sendiri dalam otak, gelak2 sambil sengih2, tapi apalah daya tak ada blackberRy. kalau ada, tang2 tu jugak aku hupdate.
Anyway, hari ni kita akan borak pasal isu berat sikit. Mungkin seberat aku? ;P
Tentang aku, kau dan mereka. Selagi kau bergelar pelajar, gigih mengejar cita, pengsan-pengsan sampai melipatkan usaha.
Tadi saya terbaca tentang ini PELAJAR LUAR NEGARA POHON KEMAAFAN DARI RAKYAT MALAYSIA ..
Siapa malas baca? Jangan harap aku nak huraikan. Tak koser mak!!.
Dan, satu lagi luahan blogger, pelajar cemerlang spm yang sambung study ke luar negara ..
Jadi, abang2, kakak2 dan adik2 sekalian, pendapat anda bagaimana? Sila nyatakan dlm shoutbox kalau malas nak tekan post a comment.
* * * * * * * *
Camnilah ea. Student ni mintak maaf, pasal menyalahgunakan duit rakyat Malaysia, sebab pergi berjoli main skate time musim salji, beli kasut ikut musim, pakai barangan branded, ponteng kelas dan lain-lain. Katanya, menuntut di luar negara memerlukan pengorbanan yang tinggi i.e: duit.
Aku rasa, student lelaki ni yang buat tulisan macam ni. Gaya macam tu lah. Tapi kalau salah, maafkan akak. Akak memang suka meneka. Padahal bukan dapat apa pun kan? Nature.
Entri ni sangat layak lah untuk anda, tak kira la kau belajar kat pondok mana pun, ceruk oversea mana pun, tepi karak hi-way ke, apa ka. As long as you are students. Pandangan bernas anda memang diharap. Takde door-gifts pon nak dibagi, tapi apa salahnya sumbang idea serba sedikit, sumbang kasih sangat dialu-alukan ;D Dah mula daahhh merepek dia..
Okay, back to the entries. Aku buat kesimpulan untuk dua2 entri ea. Nak jimat masa, esok kena kerja.
> > > You-ols, aku tak rasa pun student yang tulis entry ni salah. Why, najwa why?
Aku sangat faham keadaan diorang kat sana, bajet macam aku ada pengalaman la kan duduk sana? haha Tak, maksudnya, tak adalah isu penyelewengan duit rakyat ke hape ke sebab pergi beli makan, melawat sana sini, beli snowboard and it's accesories. Bagi aku, those students sangat normal lah bukan? Kau gilo ke apa pergi belajar London Korea semua lepas tu musim salji kau duduk dalam rumah , then bertafakur tepi pendiang api.
Hilang nikmat dunia tu.. Tak pulak aku cakap pergi melaghakan diri korang sampai lupa nikmat akhirat tu, tak ada kan? karang datang blogger tak cukup umur sound aku, menghasut readers buang duit rakyat. Payah pulak dek non.
Adik-adik, masa musim salji, pergilah main salji. Takkan nak tidur je dalam rumah macam beruang putih bulu lebat- kot ye senonoh sikit, manusia tak berhibernasi. Bagi aku, tak salah students Malaysia yang study abroad nak pergi main salji, masa musim dia. Bukan ke itu salah satu target semua orang di Malaysia nak main salji, including me?
Kalau tak, takdelah Apek buat bisnes kat Genting nokkk. Takde salji pun takpelah, angin sejuks pun jadi. Hilang rasa mengidam. Tak payah nak cakap students overseas, students M'sia pun sama je naiknya bab-bab pergi jenjalan. beza? Sana, negara orang. Sini, negara kita. Tujuan? Sama, hilangkan tekanan sebelum dan selepas peperiksaan. Kadang2, pergi tanpa tujuan pun. Agak2, students sini guna duit siapa? Ada yang JPA, MARA, PTPTN pon hado. SELF-SPONSORED pun hado~ DUIT SENDirI je nan hado, dan jarang jumpa.
Tak kisahlah sumber mana2 pun, biayai sendiri, pinjaman, biasiswa atau lain2. Sudah namanya hukum karma, nafsu manusia. Aku pun sama saja. Kadang2, keluar dengan kawan2, lepak pergi KLCC, makan tu makan ni. Beli tu, beli ni. Cumanya, I used my parents' money. Isu berkat tak berkat tu aku tak sentuh. Sendiri perlu ingat.
Masing2 pun dah besar, agaknya layak tak aku nak pergi KLCC tiap2 minggu, tengok wayang, makan subway ke, kfc, mcD, Popeye, manhattan fish market ke..?
Soalan sama; Agaknya, layak tak students dekat sana pergi main salji tetiap minggu, ambik gambar port sama, upload FB tunjuk dekat saudara, yeay, dapat ramas ais sambil tunjuk muka cute pakai snow cap?
Dua-duanya, konsep serupa sangat. Bezanya cuma tempat. Kalau begitu situasinya, memang dah jatuh 'menyalah pakai' duit mak bapak, biasiswa. Mana boleh aku jatuh hukum haram kan? Aku bukan ustazah. ~ya, kami tahu.~
Jangan cakap students sana je pakai barang branded, students sini pun sama rata. Sana nak pakai brand A. Kat sini, brand B tengah famous ni. Dua2 pon memerlukan duit. Siapa berjiwa tegar je tutup mata dan telinga, pergi library baca paper, tak baca buku, cari journal, eh ni apasal macam aku? hahahaa
Bukan masa remaja ni ke kita nak cuba semua? Semua perkara. The thing is, kau ni jenis manusia ber'angin' ke tak? Angin macam mana pulakk? Perasaan ingin tahu & cuba yang sangat berleluasa. Kau faham ke tak? Faham eh?
Phone canggih, student sini ada je pakai, tapi lebih ramai guna BerryHitam. Tapi, aku tengok, ada member dekat overseas, diorang guna Iphone. Yang pasal phone, memang salah satu benda yang aku tak back up sangat. Aku tak tahu kenapa ada orang nak sangat mengejar teknologi, sedangkan kau tahu teknologi sentiasa meninggalkan kau. Contohnya, kawan2 dekat sini, *masa matriks dulu; matriks uia atau matriks kpm, akan dapat rm1000 per semester. Cuba nilai tahap kejakunan anda semua masa ni. Aku? Setahun pertama je reti berjimat. Tahun ke-2, nan hado. Belanja sampai lesap. Mostly for food. Dapat member taste tinggi, mana main makan food court. -_-'' Tapi salah aku, aku yang tak reti kata TIDAK padahal pilihan di tangan aku. Ni dilema semua orang.
Ikut sangat cakap kawan. Pengaruh rakan itu besar. Bijak menilai perkara baik dan buruk, sangat diperlukan dalam karakter diri kau, tambah2 kau ni duduk jauh dengan family. Dekat sini, pergerakan tu terbatas lagi.
Sambung cerita pasal matriks. Ex-roomate aku, every sem tukar phone. Gila kan? Dulu, cikai2 pun, nokia la paling hot. Dia? Pakai sony beb. Dah pakai yang slide lagi. Tapi sayang, kali kedua beliau tukar, kena curi lah pulak. Kena curi masa beliau tidur. Duit kerajaan. *berkat tak berkat, nilailah sendiri.
Dekat Kuantan dulu pun sama, masuk PTPTN, *sekali masuk, siapa yang dapat pinjaman penuh memang masyuk. Phone dia, memang sah-sah kalah phone aku. tsk tsk.
Mungkin dalam lingkungan RM600++, tapi sayang, itu diragut. Ketika menunggal motor. A week after ke, a few weeks after, beli phone baru. Eh, tak mainlah nokia 3120. Nokia siri apa aku tak pasti, tapi harga dekat + - RM1000. Kau tahu kan, kawan kau tu dapat pinjaman ke, biasiswa ke, PaMa ke..
Itu adalah situasi biasa aku kira. Since dekat Gombak aku tak bergaul sangat dengan orang secara rapat, dah lama jugak aku tak nampak situasi begini. Mungkin sesi tukar lappy pulak, ye tak?
As long as menggunakan duit secara perlu, atau kau hendak *asyik2 hendak, tak pernah tak hendak, memang susah la macam ni. Kawan pakai motor, kita nak motor. Kawan beli kereta, kita pon paksa mak ayah beli kereta. Nanti tak nampak kelas. Out-dated.
Boring!
Kadang2, kita tak perlu terlampau mengikut arus. Susah!
Contoh lagi:
#Sabtu lepas, aku pergi Alamanda, singgah beli mcD, family tunggu dalam kereta.
Dalam restoran tu, ramai sangat budak sekolah pakai baju outing. Semua lelaki. Guess which school are they. Tengah aku tunggu pesanan sampai, ada budak ni tengah meng-order. Betul2 sebelah aku. Dia bukak wallet, okay nampak RM10 sahaja. ONLY. Hanya sekeping itu. Tapi aku tak bimbang, sebab masa ni ada mc value lunch. Harga 5.95. Cukuplah 1 set burger.
Sat lagi, budak ni order Double mc chicken - total lepas kakak cashier tu kira 18.95. Terkejut aku, bukan ada 10 je ke tadi? then, adik ni tukar order. Macam mana entah kakak tu punya telinga, kakak tu buat total jadi 12.25. Masih tak cukup- aku monolog sendiri. Elok je aku berkira nak tambah duit, macam kesian la kat budak ni, tetiba dia tukar order ambik mcvalue lunch biasa yang 5.95 tu.
Selingan: masuk kereta, cerita dengan umi & abah, abah cakap, kesian budak tu, sambil cakap, kalau ada dekat sebelah budak tu, memang abah dah tambah. Tapi masa tu, aku berbolak balik nak tambah. Aku tak tahu apasal. Mungkin hati tak suci pada hari tersebut. Kalau tak memang dah bayar. Sedar tak, kalau korang semua dekat tempat aku, korang akan buat apa dulu? Yes, senang nak cakap macam ayat my father, tapi belum tentu buat. *bukan bererti tak nak buat tahu? Cuma kita macam fikir banyak benda masa ada dekat tempat kejadian sampai tak sempat tolong. Cam tu la.
Okay,kembali pada situasi dekat atas, ni sebab pengaruh kawan ke? Aku pernah rasa jadi budak sekolah. Kawan pergi situ, kita nak pergi situ. Kawan hang-out ramai2, takkanlah kita nak dudutik asrama makan dekat Dining Hall, tatap lauk sama. lantas menyayi Menatap Matamu, macam ahhh boringgnya tengok kau. Sesekali tak apa bertukar selera. Setiap perkara ada batasnya.
Daddy selalu berpesan, kita jalani hidup kita dengan apa yang termampu. kalau nak ikut nafsu semata, memang tak pernah cukup.
Kita student, tengok orang pakai BB, kita pun beli BB. Tengok orang tu pakai lappy Apple, kau pun beli jugakk. Orang pakai selendang pashmina semua, kau beli berdozen2. Tudung Indon, tak main yang tepi jalan, uptown downtown semua. Kau prefer Ariani. Tudung bawal favourite, dah lama hantar kampung. See? Duit tak pernah cukup. kenapa?
Antara kes yang kita mungkin jarang dengar sebab kita bergelar pelajar lagi. Tapi tahu tak, bahawa walaupun kita bekerja, adakalanya kita tak pernah rasa gaji itu cukup untuk menampung hidup. 1001 alasan boleh diguna.
- Hidup sara diri di Bandar mahal.
- Minyak, gula naik. Beras disorok lah apa lah
Dapatlah gaji 10k (read: rm10,000) pun, kalau dah nafsu lebih besar daripada diri kau, memang gaji sejuta pun tak cukup.
Renungkan.
Duit belanja daddy bagi, kalau tak cukup kenapa agaknya? Cuba hentikan menuding jari dekat orang lain, fikir masalah itu punca dari kau ke, siapa?
Isu lain dalam entri blog tadi.
Ponteng kelas. Budak sini pun buat. Budak "sini'' yang tengah menulis ni sama jelah. Thanks untuk kau, aku bagi kredit. Aku dah tahu dah kenapa aku ditakdirkan belajar di Malaysia. Bukan dekat negara luar.
Alangkan belajar dekat Malaysia pun nafsu tak terlawan. Belajar di sana, belum tentu lagi.
bab ponteng ni, muhasabah diri selalu. Ingat niat belajar, tu je. Aku takleh nasihat yang ni, aku pun sama je dalam proses merajinkan diri. That is why aku kerja sekarang. 5bulan cuti, harapnya cukup untuk aku rindu kulliyah yang berbaki 4 sem. Insya-Allah.
Isu lain, Toyol. Bab ni paling aku benci. Korang kena tahu, you are cheating yourself, your parents when you are doing this. Being unfair to others, being unfair to yourselves. Sangat kasihan. Sangat, sangat.
Aku bukan tak pernah buat. Pernah. Di Kuantan dulu. Aku pernah cakap, aku tak minat kos dulu. Tapi aku meniru untuk quiz. Belum terbawak masa exam. Mujur rasa itu masih ada. Aku diberi peluang ke-2, hapus cgpa hasil tiru kuiz, ada cgpa baru. Kat Gombak tak yah gedik nak tiru. Kau fail sebab diri kau. Takde alasan lain. Kau tak buat, sebab kau malas. Itu yang aku ulang cakap kat diri aku.
Meniru-niru ni buat jiwa aku tak tenang, terkenang2 aku akan bagi husband aku makan apa (sebab aku suka belanja makan kahkahkah dan aku suka masak. tsk tsk tsk hahaha ~dusta harap maklum) nanti air tangan dan rejeki itu tak berkat.. Isu ini sensitif. Kalau agak2 ada yang terasa, sorry, ini peringatan personal, buat diri aku je. Pintu taubat ada. Jangan risau. untuk aku, untuk kita. Kita manusia. Tak bisa lari drpd silap. Kita bukan nabi, yang sempurna, tak luput dari dosa. ;)
p/s; kau belajar ke, kerja ke, kat mana-mana pun.. Kau kena ada prinsip. Jangan jadi lalang. Terlampau ikut arus. Kejap je akan tumbang. Aku lebih menasihat diri aku sebenarnya, kot-kot la terlupa, nanti kau boleh das aku dengan entri ni, tulisan dan buah fikiran aku sendiri. Hidup tu kan ibarat roda. Tak semestinya aku tak buat sekarang, dan aku tak akan buat dalam masa akan datang. Pusing2 tang tu jugak kan? Tak semestinya aku takde BB sekarang, sampai ke tua aku takde phone canggih, surely ada. Tapi, tunggu duit gaji sendiri. yes, aku hodoh, tak reti melawa. pakai je tudung baju yang parents sponsor. Kerja esok2, kau nak beli 10 kain corak sama warna lain pun takpe. At least guna duit kau, kalau cepat habis, kau yang kena ikat perut, bukan orang lain.
jadi, kalau setakat guna duit orang lain, pastu berlagak sana sini, beli carlo rino pakai duit ptptn, beli pulak tiap2 bulan. Kau ni tak kurang orang Loser je ha., Kalau cgpa 4.00 flat tak kisah. Kalau seberapa je, fikirlah secara ilmiah sikit.
No comments:
Post a Comment