Tabung Elektronik

Tuesday, May 24, 2011

SU-JU


Hari ni aku paksa diri update blog. Kalau dulu, bukan main sukarela kau update. So, sekarang kenapa nak main paksa-paksa. Ce cite.

Kerja adalah satu tabiat yang memenatkan. Reti? Kalau tak mengenangkan aku yang tergedik nak kerja, taknak belajar (ambik short sem), memang aku dah lempang diri sendiri dah. hahaha

Okay, tapi tak apa. Tak ada sesiapa pun suka menzalimi diri sendiri, melainkan orang tu dah tak gorgeous dan hilang kewarasan sikit. Nehi okay? nehi!

Sebenarnya, biar saya berterus terang. Kerja part timer hampir habis jam nya. Sementelah saya sudah terikat dengan satu janji, untuk menjadi RA (tawaran mendadak, lalu diterima, sebab macam nak sangat-sangat)..

RA- Research Assistant.

Thanks Aini, dah 2kali anda memakbulkan angan2 saya, meskipun bukan anda sebenar2nya yang memakbulkan doa-doa itu. Tetapi, Allah memakbulkan doa-doa menerusi Aini. Thanks. Jadi kawan-kawan, aku terlibat secara tak sengaja, sekadar ingin menguji diri. Adakah benar2 hebat seperti yang diperasankan oleh aku. hahaha *nampak sangat kah aku insan perasan.

Ngee, whatever.

Wey, aku malas ambik short sem sebab sem lepas belajar, rasa macam exhausted sangat2. Nak cerita, tapi entri tu akan jadi panjang sangat. Lepastu aku akan feeling2 lebih. Emosi, emosi berlarutan tak best, tahu?

Tapi akan kutulis jugak. Penting untuk tumbesaran aku. Mungkin akan ada pihak kurang berpuas dan berpanas hati, tengoklah macam mana.

Give me some time.

Ada seorang budak yang part time sama dengan aku cakap macam ni:

X: Wawa kenapa taknak ambik short sem? Tak baik tahu cakap penat dan malas belajar? Kalau saya, saya tak sabar nak habiskan degree dan sambung master.

Aku: Tak, sebab memang rasa penat sangat. *Tuhan je yang tahu betapa aku penat.

Kenapa orang lain sentiasa rasa perancangan dia je hebat? Salah ke aku nak cuti 5bulan? I have my own reasons lah!

Macam ni lah 'orang'.. Suka look down dekat orang. Ingat dia je yang ada plan buat Master? ;(

Kau tahu ke aku ada plan buat sampai phD? Kau tahu ke aku nak buat Master / phD dekat luar negara? Perlu ke aku canang dekat semua? Kau ingat aku artis ke nak cerita semua benda.

Tiring!

Kadang2, orang yang banyak mulut ni, cakap memang nak manis2, tapi please lah weyyhh aku bukan jenis manusia yang senang dibawak gurau sendu senda bila kau baru kenal aku 2,3 hari. Come on!

Benci ah. mula ah emo nih. Dah dah. Kita cerita pasal lain. Arggh!

Dan jujur aku katakan, masa aku jalan dekat HS masa cuti ni, bau kelas kat situ pun aku muak. Then nak ke paksa diri belajar, belajar lagi.

Semua benda yang aku buat dalam hidup, memang sentiasa dalam kitaran menuntut ilmu. Aku mungkin lah terkurang dalam ibadat lain dan lain. Tapi aku hari2 muhasabah diri. Aku tahu siapa aku, aku tak tahu bila aku mati. Dan aku tak suka kalau orang marah2 aku je, aku manja tahu tak? -__-'

Saya orang psikologi, jadi saya layan orang dengan pendekatan itu. Jadi, saya dambakan orang layan saya sebegitu. Tapi, kalau ada yang tak berjaya berbuat demikian, saya terima, sebab semua orang pun berbeza. Cuma kelemahan saya, bila ada orang yang menegur saya secara tak berhikmah dan berhemah ni (bagi aku la) aku akan compare betapa baik dan buruknya dia berbanding aku. Aku akan reject nasihatmu. Kedengaran tak sopan eh? Bagus, aku manusia biasa.

Abaikan! kata ganti nama pun dah bertukar2, kejap kejap aku. kejap kejap saya. Pening ni.

Perkembangan

So far, jadi RA pun penat. For your info, jadi RA dapat gaji tahu? Memang dah menepati niat aku dah, cuti cari duit. Kerja lah kau sampai lebam. Dapat gaji nanti, menabung lah demi keamanan sejagat. Beli buku. hehehe. Kalau murah rezeki, aku akan sponsor untuk seseorang- engagement ceremony dia.

Mencari duit sangat melelahkan. Kalau nak suruh beza kerja atau belajar yang best, aku tak reti nak nilai lagi. Dua-dua pun susah. Mungkin kerja sekarang pon guna otak jugak. Kena bermain dengan tesis, literature review, naik turun ofis dan pelbagai division, kutip research. Sangat menyentalkan jiwa. Dengan period-pain lagi. Sangat menjejaskan jiwa dan tenaga.

Kaki masih sengal, kepala sakit.

Saya pinta, kalau ada sebarang kesalahan ketika bekerja, saya sangat memerlukan nasihatdan teguran. Bukan sindiran mahu pun cakap belakang.

Satu je ingatan utk diri sendiri, yang aku semat dalam hati tiap2 hari, aku kena tunjuk aku bagus, so that Aini tak menyesal pilih aku jadi sebahagian drpd projek ni. Aku tak mahu bikin malu sama dia. Sebab aku sayang dia. hehe Okay. Geli noookkk.

Sesungguhnya, saya SUPER-JUNIOR dalam hal ini. ;)

Bye, kena buat 20 literature review. Jumaat kena meeting dengan lecturer 3 orang. Scary kan?



*Bila baca balik, entri ni sangat banyak perkataan penat. It is sooooo -ve thinking kan? ;(




No comments: