Tabung Elektronik

Thursday, August 25, 2011

Double Season



Sebab esok aku dah nak balik kampung, aku mintak, rakyat pantai Timur tolonglah balik hari selain esok. Hahaha,

Bontotku tak koser okay nak bertahan lama-lama dalam kereta. Yang tak bawak kereta pun sakit bontot, ini kan pulak driver? Ke driver tak sakit? Aku tak pernah drive pun Hahahaha

Macam tahun-tahun lepas, 13jam itu perkara biasa. Tahun ni aku tak koser nak imagine. Aku tak koser nak imagine berapa lama aku boleh tidur dalam kereta. Sampai kampung kan, membedal tidur lagi. Penat kononnya. Macam kan dalam kereta tu aku summersault kan? Tak pun aku buat kerja RA aku. Harapanlah nak buat kerja dalam laptop. Kang ada yang juling time raya.

Eh, bukak puasa dengan kacang pun pernah dalam kereta. Time tu aku sekolah menengah lagi.
Style family kitorang memang camtu, bertolak nak tengahari saja. Orang lain takut hitam dan panas, kitorang memang sukaaaaaaaaaa. Panas!

Tapi masa berbuka dengan kacang tanah tu, (mana nak cari kedai dalam hutan kan?) aku ada tusyen pagi tu. Masa form3 kot. Style kan? Aku DISURUH ponteng satu kelas. BM. BM adalah seubjek kegemaran aku, tapi aku tak nak tanggung risiko beraya di perantauan. Aku masih muda. hahaha

Apahal nak cerita panjang-panjang niiii?
Baju raya pun tak ada lagi. Ganow niiii? Stress (tipu) Janji kasut dah ada :))

Hmm Hmm.

Esok kemungkinan besar bertolak balik, mungkin jugak sabtu. So, mungkin aku dah tak bukak FB and blog for a week or two. Kampung tak boleh nak online sangat.

Mana sempat nak kejar ayam kampung lagi, dan meriamkan kampung lagi. Nan hado sempat :D

Aku nak minta maaf atas segala kekurangan yang berlaku atau yang terjadi sepanjang hidup dari 1988-2011.

Siapa yang kecik hati atau sentap dengan aku, aku mohon kemaafan dari hujung rambut ke hujung jari tangan dan kaki.

Dont worry, kesilapan semua umat manusia aku dah ampunkan.

Tapi bab hutang-hutang duit tetap kena jalaannn! hehe

Jadi,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
SALAM MERDEKA.

sila baca dengan feeling lebih sikit ucapan ni masa malam raya hikhik.

Last, but not least. Tunggangi keldai dan kuda (read: transport) dengan selamat. Ingatlah orang tersayang, dan Najwa Suhaili.

:: Ucapan Selamat Hari Raya ini mewakili saya dan keluarga saya juga:: :)

Jumpa anda September nantii!!

No comments: