Tabung Elektronik

Tuesday, September 6, 2011

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Didalam koma...adik lihat....
Syurga itu sangat hebat...
Hebat dari apa yg mummy cakap...
Adik dah tak boleh nak tunggu lagi...
Sekarang juga adik nak pergi...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Suatu malam datang malaikat...
Adik merayu, adik dah tak larat....
Tolonglah ambil nyawa adik cepat...
Tapi kata'nya' sabarlah dulu...
kerana apabila sampai waktu..
Dia takkan pernah lewat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Pagi tadi 'dia' datang lagi...
Masa hujan turun..membasah bumi..
Dia datang dengan senyuman..
Senyuman manis berserta kiasan...
Tanda adik dah tak berkesempatan..

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila adik dah tiada nanti...
Bolehlah mummy dan daddy berehat lagi..
Kerana adik selama ini...
Sering membuat mummy menangis..
Tak henti-henti...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila mummy dan daddy leka tak nampak..
Adik bisik kat 'dia'...
Ambil lah sekarang kalau DIA nak...
Adik taknak mummy nanti ternampak-nampak...
Wajah adik yang sedang menanggung azab...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Masa semua tak sedar yang adik dah tiada...
Adik dah tak sakit..tak kejang...dan tak derita...
Alhamdulillah...Adik sihat-sihat saja...
Dan dalam erat pelukan malaikat..
Adik terus dibawa ke syurga...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Dari atas adik nampak mummy menangis kehilangan ..
Adik nampak daddy menangis ketakutan...
Adik nampak abang menangis kesunyian...
Dan adik nampak semua menangis keinsafan...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik nampak muka mummy pucat...
Adik nampak daddy peluk adik erat..
Adik nampak abang diam...
Dalam malam pekat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Tiada lah lagi duka nestapa...
Lenyaplah segala sakit sengsara..
Buat mummy dan daddy kedua..
Teruskanlah kehidupan bertiga...
Seperti sediakala....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik akan sentiasa memerhati...
Setiap langkah mummy dan daddy..
Dan semua saudara sedarah ku nanti...
Ke Rumah kita...Di Syurga nanti....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Benda nih adik tak sempat cakap...
Tp adik malu nak ucap...
Ssshhhhh....
Adik amat sayang pada mummy,
Daddy dan...
Abang Nadime.....

Semalam menghabiskan masa menjengah blog INI.
Sebelum ni pun saya dah pernah post pasal blog Moon, yang adik iparnya bergelut dengan kanser otak (lepas bersalin terus dapat detect).
Dulu, niat saya berblog hanyalah suka suka buat penghilang stress. Merepek sekian sekian sementelah penat study *kekonon je. You know, najwazin is juast a simple blog, yang memang tak ada hala tujuan. Knowing me, menulis untuk ketawa ketawa. Kekadang untuk bersendu duka.

Tapi lepas terjumpa blog di atas, saya menangis macam tsk tsk tsk. Pergi ah baca.
Every entry buat saya sebak. Kisah tersedih setakat ini. Latar belakang lagu pula memang sentap, memang sedih. Rasa macam hati disiat-siat.
Eh, over kan lu ni?

Get back to the track.

Teringat. Dunia ini bukan sekadar tempat untuk kita ketawa. Ini tempat kita diuji. Sebab destinasi kita seterusnya bukan sini. Tapi sana. Jauh atas sana. Mungkin di sudut paling dalam dunia. Entah. Moga hati ibu yang teruji ini kian teguh dan kukuh. Hanya Tuhan yang tahu betapa Dia melukai hati itu. Mungkin telah dijanjikan sesuatu yang lebih baik, itu rahsia Dia. Kita buat dengan kerja kita.

Psssttt: Kerja aku belum siap lagi nihh. Sikit ag wa, sikit lagi.

Satu lagi kisah hati

2 comments:

NurIzza said...

dear kita pun nah baca pasal moon tue teresak2 nages.. hehe..

saper wat sajak nie?

NajwaZin said...

Atul!! Wawa baca kat blog seorang ibu yang kematian anaknya sebab penyakit apa entah. dah 2tahun anaknya meninggal. kat dalam entri ni ada link blog tu. sila baca popular post k. :)