Tabung Elektronik

Thursday, August 18, 2011

SAYA BARU TAHU


  1. Sedekah itu penghapus dosa :)
  2. "Anak yang dididik dengan harta, subur nafsunya. Anak yang dididik dengan agama & kasih sayang, subur hatinya" - Imam al-Ghazali
  3. Makan jasmani, orang tekankan. Makanan rohani? Orang abaikan.
  4. Orang yang berbuat dosa adalah orang yang tidak mengasihi diri sendiri: So, macam mana nak kasih orang lain, Lalu, macam mana orang lain nak sayang kita? T__T
  5. Sedapnyaaaa nasihat orang, tapi diri sendiri macam mana? Best solution: belikan CD atau buku, biar muhasabah seorang seorang (sorang sorang hehe)
  6. Perangai ibu akan mempengaruhi tabiat anak-anak. Contoh: merungut, menyesal.
  7. Dunia akan berubah jika kita berubah :)
  8. Sifat pendakwah, bukan untuk ustaz sahaja. tidak limit, malah sifat pendakwah harus ada pada semua orang.
  9. Ilmu itu ibarat ikan, kalau tak disebarkan, ia akan terus hilang. :)
  10. Mendidik anak itu bermula dari semenjak ibu atau bapa anak-anak itu sebelum mereka berkahwin lagi. (terutamanya wanita, carilah jodoh yang baik)
  11. Kita bangga dengan menghantar anak ke sekolah 'antarabangsa', tapi satu hari nanti kita akan bimbang dengan akhlaknya, begitu juga dengan nama. Nak nama anak pelikpelik, tapi tak ada maksud yang baik.
  12. Manusia suka negatif. Dan media suka menggembar-gemburkan perkara negatif, berbanding positif. Fakta, seperti yang dapat anda lihat. :)
  13. Untuk anakanak 0-6tahun: berikan kasih sayang supaya membentuk imej positif tentang diri mereka.
  14. Perancangan untuk anak anak, bukan sekadar menjadikan mereka hartawan, tetapi Solat. T_T
  15. Peta kehidupan kita semuanya bermula dengan niat.
  16. Setiap pekerjaan kita bukan bermula sebagai doktor, guru, pakar psikologi, peguam, jurutera, malahan sebagai hamba Tuhan. *down to earth/ humble- no matter what our status.



    Sumber: Majlis Ilmu- Prof Muhaya

    Mungkin di antara kita yang dah tahu. Tapi terlupa. Mungkin yang benar-benar tak tahu, boleh ambik tahu sekarang ^_^ macam saya!

    psstt: Sebaik anak dilahirkan, bayi bayi dikenalkan kepada Allah terlebih dahulu, melalui AZAN & IQAMAT. Bukan ibu, bukan bapa, apatah lagi nenek dan moyang.

No comments: