Tabung Elektronik

Wednesday, February 8, 2012

PUPPET


Sekarang aku keliru. Bila baca gosip pasal artis pegang anjing kan, aku mesti baca komennya sekali. Aku memang follow blog gosip yang satu ni. Then, aku suka baca komen readers. Memang best kalau tengok 'beradabnya' orang komen dekat situ. Yang dengan style ustaz ustazahnya pun ada. Tapi last last kena condemn jugak.

Berbalik tadi tentang pegang anjing ni. Bukan seorang dua artis pegang anjing kan. Dah banyak kali. Yang buat aku kelirunya, ada komen dari readers cakap tak apa pegang anjing.

Dah bertahun tinggalkan sekolah agama petang dulu dulu, sedikit sebanyak statement ni buat aku keliru keliru keliru. Jadinya, betul ke?

Aku tak berniat pulak nak bela ke apa. Cuma yelah. Jangan lah tak tentu pasal komen macam bajet tahu. Mungkin kita yang dah matang ni cuma sekadar baca sepintas lalu pasal komen komen ni.

Macam : "Pegang babi anjing tu haram,tapi bukan berdosa,lebih baik usap anjing dari pegang tangan pakwe makwe,tak dapat dosa pun usap-usap dan peluk-peluk anjing"

"Apara yg kecoh sgt psl dia pegang anjing.. Yg dok bekepit jantan betina bukan muhrim tu lg la teruk dr pegang anjing tau x.. Apa2 pun bagus jgk dia mintak maaf.."

Ni baru dua aku tolong paste dekat blog ni. Banyak lagi yang cakap, pegang tangan bukan muhrim LEBIH BERDOSA berbanding pegang anjing.

What if ada sesetengah orang yang jahil, cetek ilmu agama (macam X, Y dan Z) ambil benda ni serius. Then pergi rumah member non-Muslim then pegang cium cium anjing kawan diorang.

Komen komen ni diibaratkan, :: Tak apa, peganglah anjing tu, asalkan kau tak meraba boyfriend girlfriend korang ::

Budak sekolah agama tahu fikir, tapi kalau budak sekolah biasa, tambah tambah budak sekolah elit, haruslah diorang berpihak pada benda yang senang. Berbanding benda leceh.

If you know what I mean.

Tapi tak semuanya jahil. Dia main pakat majoriti minoriti je yang tahu dan yang tak tahu.

Dan aku rasa, siapa tahu lebih dari orang lain tahu, patutnya tampil ke depan. Jangan senyap je, peram ilmu tu pun tak ke mana jugak.


No comments: